Selasa, 4 Januari 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


PRK N.05 TENANG : MUNGKINKAH PENGUNDI INDIA PENENTU KEMENANGAN

Posted: 04 Jan 2011 06:46 PM PST

Pengundi kaum India sejumlah 12% di Tenang mungkin menjadi pengundi penentu kemenangan samada kepada BN atau PR. Berdasarkan senarai pemilihan terkini yang di keluarkan oleh SPR, DUN Tenang mempunyai kira2 1800 pengundi kaum India.
Menurut salah seorang penduduk di salah sebuah estet di dalam DUN Tenang, Presiden MIC dan beberapa pimpinan MIC negeri Johor ada melawat mereka beberapa hari lalu namun akibat dari kemarahan kaum India terhadap MIC yang mereka harapkan membela mereka, beberapa insiden telah berlaku sehinggakan rombongan MIC itu dihalau keluar bahkan rombongan itu dihalau oleh penduduk yang terlalu marah kepada pimpinan MIC sehingga ada yang mengeluarkan parang.
Berbeza dengan kehadiran Exco AMK Pusat, Sdr, Sacchi dan Ketua Penerangan AMK Gelang Patah, Sdr. Ravin serta beberapa lagi pimpinan AMK ke Ladang Bukit Dato'. Pada mulanya penduduk menyangkakan pimpinan MIC datang lagi namun setelah diterangkan kedudukan sebenar akhirnya penduduk memberi layanan yang cukup baik.
Beberapa isu dapat diterangkan dan diperjelaskan dengan baik oleh Sdr. Sacchi dan teman2 yang lain. Penduduk memberitahu bahawa sumber berita mereka hanyalah media arus perdana dan akhbar2 haria yang pro kepada kerajaan.


Iktibar dari perjumpaan itu, Sdr. Sacchi menerangkan bahawa perlunya kempen penerangan kepada penduduk2 di pendalaman kampung dan estet kerana mereka kurangnya terdedah dengan media2 baru. Sumber maklumat dan pengetahuan mereka amatlah terhad dan inilah sebenarnya peranan dan cabaran AMK untuk turun ke padang bertemu dan merenagkan isu sebenar kepada rakyat. Semoga Tenang dapat memberi inspirasi kepada jentera AMK untuk berdepan dengan PRU-13 nanti.

Tiada ulasan: