Anwar Ibrahim |
- Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak
- Pembekuan/Penghapusan Tol Bukti Buku Jingga Boleh Dilaksanakan
- Najib Patut Fokus Perbetulkan Ekonomi, Bukan Salahguna Kuasa Diplomatik Untuk Risik Pimpinan Pakatan Rakyat
- Laman Direktori ‘Wanita Pertama’ JPM Dikeluarkan
- Christians Under Siege: The Challenge of Religious Pluralism in the Muslim World
- Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar
- Malaysian Insider Digesa Perbetulkan Laporan Mengelirukan
Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Perak Posted: 28 Jan 2011 05:28 AM PST Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia 31 Januari 2011 (Isnin) 1) 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea Loaksi : Dewan Ko Chow, Ulu Bernam, Tanjong Malim Penceramah: 2) 8.00 – 12.00 malam – Jamuan Makan Malam Lokasi: Dewan Sek Men Cina Tsung Hwa, Jalan Tenas, Kuala Kangsar Penceramah: 3) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi: Tokong Lao Sin See Yeh, Kopisan Baru, Gopeng Penceramah: | ||||||||||||
Pembekuan/Penghapusan Tol Bukti Buku Jingga Boleh Dilaksanakan Posted: 28 Jan 2011 05:20 AM PST Pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan. Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan. Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri. Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah. Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat. AZMIN ALI | ||||||||||||
Posted: 28 Jan 2011 12:49 AM PST Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini. Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan. Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang. Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005. Statistik "Kesilapan dan Ketinggalan" dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya). Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif "Kesilapan dan Ketinggalan" yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:
Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010 Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun. Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. MOHD RAFIZI RAMLI | ||||||||||||
Laman Direktori ‘Wanita Pertama’ JPM Dikeluarkan Posted: 28 Jan 2011 12:33 AM PST Dari Malaysiakini Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan. Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian “First lady of Malaysia” atau "Wanita pertama Malaysia". Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak. Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas. Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi “Datin Rosmah”. Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan. Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh. Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina. Menipu rakyat Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia. Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat. Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa. Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi. Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong. “Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia. Dan ‘Wanita Pertama’ Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat. | ||||||||||||
Christians Under Siege: The Challenge of Religious Pluralism in the Muslim World Posted: 27 Jan 2011 10:35 PM PST From huffington post By John L. Esposito Note: This post was co-authored by Sheila B. Lalwani. Conflicts and killings from Africa to Southeast Asia have brought into sharp relief the significant threat to religious minorities in some Muslim societies. While constitutionally entitled in many countries to equality of citizenship and religious freedom, religious minorities in the Muslim world increasingly fear the erosion of their rights — and with good reason. Interreligious and inter-communal tensions have flared up not only in Egypt and Malaysia but also in Sudan, Nigeria, Turkey, Iran, Iraq, Afghanistan, Bangladesh, Indonesia and Pakistan. Conflicts have varied from acts of discrimination, to forms of violence escalating to murder, to the destruction of villages and mosques. Majorities of Muslims and Christians embrace religious diversity. However, a significant minority of hard-line conservative, fundamentalist, and militant Muslims — like their counterparts in Christianity and Judaism — are not pluralistic, but rather strongly exclusivist in their attitudes toward other faiths and even fellow believers with whom they disagree. As recent events in Egypt and Pakistan illustrated, these myopic religious worldviews can turn ugly. The Coptic Christian community in Egypt is an ancient faith group whose presence in Egypt predates the coming of Islam. Relations between Copts and Muslims in society had generally been good. However, in recent decades, extremists have targeted Copts and the government. While the government has addressed their status as a security issue, it has failed to respond to the desire of Egypt’s Christian Copts for full equality of citizenship: equal treatment with regard to building their churches; appointment into top positions, and non-discriminatory policies. In the past year, extremists have again targeted Coptic Christians. In the town of Nag Hamadi in southern Egypt, seven people were killed when gunmen sprayed automatic fire into a crowd of churchgoers after a Coptic New Year’s eve midnight mass on Jan. 7, 2010. Officials believed the attack was in retaliation for the November rape of a Muslim girl by a Christian man. But in December 2010, Egyptians were shocked when Muslim militants slaughtered 25 and injured another 100 Coptic Christian worshipers in Alexandria on New Year’s Eve. The magnitude of the atrocity triggered an unprecedented public outcry. Egyptian government officials, Muslim religious leaders, the media, and civil society moved quickly to condemn the attacks. Islamic leaders and groups from the Muslim Brotherhood to Dr. Ahmed Al-Tayeb, Sheik of al-Azhar (Egypt’s highest religious authority) and the Grand Mufti Ali Gomaa, along with the Coptic Pope Shenouda III, all came out with strong condemnatory statements and calls for Egyptian unity. Across the country Egyptians rallied to the defense of the Coptic community, its freedoms and its security. Thousands of Muslims turned out at Coptic Christmas eve mass services on Jan 6, 2011 around the country for candle light vigils and to serve as human shields and protect Coptic churches as they celebrated their Christmas. In Pakistan the assassination of a major politician who opposed its blasphemy law and its aftermath signaled any even more critical and worrisome threat. A Christian woman, Asia Bibi, a 45-year-old mother of four was sentenced to death on charges of insulting Islam, in a case stemming from a village dispute. This case is not an isolated incident; allegations of blasphemy against the Prophet or desecration of the Quran have often been used against Christians in local disputes. Asia Bibi, believed to be the first woman sentenced to death under Pakistan’s blasphemy law, strongly denied the charges and requested a presidential pardon. In November 2010 the Lahore High Court in Pakistan barred President Asif Ali Zardari from issuing a pardon. The issue resurrected calls in Pakistan and internationally for the recall of the blasphemy law. The violent reactions of militant religious leaders and mosque preachers triggered the assassination of Salmaan Taseer — the governor of Punjab and an outspoken critic of the blasphemy law — by one of his bodyguards who shot him 27 times on 4 January 2011. The assassin, Mumtaz Qadri, admitted that he was influenced by the fiery sermons of militant preachers who had denounced Taseer. According to Pakistani journalist Ahmed Rashid, an internationally recognized expert on Sout Asian politics: Taseer’s death has unleashed the mad dogs of hell, inspiring the minority of fanatics to go to any lengths to destroy the democratic, secular and moderate Islamic Republic of Pakistan. We Pakistanis are at the edge of a precipice and as a consequence the stability of the entire region is at risk. Not a single registered mullah in the city of Lahore with its 13 million people was willing to read Taseer’s funeral prayers, because they were too scared to do so. Five hundred lawyers have signed up to defend Taseer’s killer Mumtaz Qadri, but Taseer’s wife cannot find a single criminal lawyer to prosecute him. It is hard to see which judge is even likely to pursue the case to its obvious conclusion. Shockingly, the assassin has been greeted as a celebrity and hero. The extent of extremist influence, its power to turn out large street demonstrations and to intimidate liberal reformers could be seen in mass street rallies like that in Karachi where more than 40,000 people took to the streets in his support. At the same time, a notable number of more mainstream as well as militant religious leaders were quick to come out against repeal of the blasphemy law and the government has been quick to retreat, declaring it would never amend the law. The deafening silence of marginalized liberals and reformers, who fear to speak out, and political parties has been testimony of the extent to which extremists have been able to threaten and intimidate, target, issue death threats and kill. This is nothing new. Two of Pakistan’s prominent reformist Islamic scholars and popular television preachers, Dr. Tahir al-Qadri and Javed Ahmad Ghamidi, have been forced in recent years to flee the country and live in exile in Canada and Malaysia. Muhammad Tahir al-Qadri authored a 600 page fatwa, an exhaustive study of what the Quran and Islamic sources have to say about the use of violence, terrorism, suicide bombing. Qadri categorically and unequivocally rejects all acts of illegitimate violence, terrorism and every act of suicide bombing against all human beings, whether Muslim or non-Muslim. He also distances himself from all, whether fellow prominent religious leaders or Muslim youth, who have the potential to be radicalized, who would seek to justify and excuse suicide bombing and terrorism for any reason. Javed Ahmad Ghamidi, who fled to Malaysia last year after police foiled a plot to bomb his Lahore home has publicly opposed the blasphemy laws since the assassination of Salmaan Taseer. Like al-Qadri’s condemnation of terrorism and suicide bombings, Ghamidi attacks the blasphemy law on religious grounds, maintaining it has no foundation in either the Qur’an or the Hadith — the sayings of the prophet Muhammad. Religious tolerance and equality of citizenship remain fragile both in secular Muslim countries and in self-styled Islamic states. Mainstream Muslim religious and political leaders and the media need to not only condemn religious extremism and terrorism, as many have done nationally and internationally, but also speak out against those mainstream religious leaders and others who continue to advocate religious exclusivist theologies or doctrines and their implementation in law and society. Critical is the implementation of reforms in religious thought, in law, and in society to ensure equality of citizenship. Both Muslim and Christian religious leaders will need to work more closely on religious and curricula reforms for madrasas, seminaries, schools, and universities and utilize mass media, the internet, and other avenues of popular culture. Failure to do so will not only feeds the growth of religious extremism but also contributes to the mentality of sectors of mainstream society, the estimated 500 to 800 lawyers, who offered to represent the self-confessed killer, and the physicians, teachers, police and others who have also publicly supported him. The plight of Christians and other minorities in some Muslim countries in the face of a significant and dangerous minority of religious extremists and the failures of political and religious leaders threatens both the safety and security of religious minorities and the very fabric of Muslim societies. *Prof. John L. Esposito, author of The Future of Islam, is University Professor of Religion & International Affairs at Georgetown University and founding director of the Center for Muslim-Christian Understanding. Sheila B. Lalwani is a Research Fellow at the Center.* | ||||||||||||
Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar Posted: 27 Jan 2011 08:38 PM PST Kami menjemput wakil media untuk hadir ke Seminar Critical Islam Oleh Ziauddin Sardar Ziauddin Sardar, seorang cendekiawan muslim progresif cuba menawarkan pola pemikiran yang 'out of box', yang diharapkan mampu menyegarkan pemikiran umat Islam terhadap dirinya, masa lalu dan masa depannya berkaitan peradaban Islam, dan posisinya terhadap peradaban lain. Institut Kajian Dasar melihat peri penting persoalan ini dibincangkan dengan lebih mendalam, dengan harapan ia menjadi pencetus kepada wujudnya wacana-wacana yang menyegarkan kembali pemikiran umat Islam di Malaysia. TENTATIF SABTU 29/01/2011 MASA 9:00pg Pendaftaran & Minum Pagi 9:45pg Ucapan Aluan 10:00pg "Critical Islam" Oleh: Ziauddin Sardar 11:00pg Ulasan oleh: YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 12:00tgh Perbincangan oleh: YB Nik Nazmi Nik Ahmad 1:00tgh Makan Tengahari & Bersurai | ||||||||||||
Malaysian Insider Digesa Perbetulkan Laporan Mengelirukan Posted: 27 Jan 2011 08:30 PM PST Laman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk ‘Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN’. Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu ‘Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda’ (laporan disertakan sebagai rujukan). Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi. Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato’ Sri Najib adalah tidak benar dan tidak berasas. ‘Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: “Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim” dan “dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas.”‘ Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi. Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut. Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut. NIK NAZMI NIK AHMAD |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan