Jumaat, 28 Januari 2011

AMK KLGT

AMK KLGT


Kesihatan suami: Normala seru tanya doktor

Posted: 28 Jan 2011 07:03 AM PST



Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman mahu semua pihak merujuk kepada doktor yang mengeluarkan cuti sakit kepada suaminya, sebelum membuat sebarang spekulasi.

Menurutnya, jawapan dari doktor berkenaan adalah lebih wajar kerana hanya doktor tersebut sahaja mengetahui kenapa suaminya Maarof Abdul Mutalib wajar diberi cuti.

"Saya rasa lebih baik media bertemu doktor yang mengeluarkan surat, kerana sebagai doktor dia lebih profesional dan tahu kenapa surat dikeluarkan kepada pesakitnya," katanya pada sidang media PAS di Tenang hari ini.

Beliau membuat gesaan demikian sebagai menjawab laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain akhbar, beberapa blog turut mempersoalkan status Maarof kerana bercuti cuti sakit yang panjang.

Malah sijil sakit itu juga disiarkan di sebuah blog berkenaan dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Laporan tersebut juga menjadikan persoalan sekitar status kesihatan suaminya itu menjadi fokus utama soalan wartawan, apatah lagi Maarof tiada bersama Normala pada kempen pagi tadi.

Bagaimanapun menurut Normala, suaminya terpaksa menyelesaikan satu tugas lain dan tidak dapat menemaninya pada kempen hari ini.

Tambah Normala, gambaran 'terlantar' yang diberikan media berhubung status kesihatan suaminya juga adalah tidak tepat.

"Istilah sakit itu bukan terlantar, kita dah jelaskan pagi tadi oleh pihak operasi...Media lebih baik tanya doktor," ulangnya lagi setelah diaju bertubi-tubi wartawan.

"Setakat ini keadaannya ok insyaAllah, emosinya stabil dan ok.

Sepanjang pengetahuannya kata Normala, suaminya itu seorang yang jarang mengambil cuti, selain kerap menghantar pelajar bermain hoki pada setiap Sabtu dan Ahad.

Sehubungan itu katanya, apa yang dilaporkan media hanya spekulasi dan berharap media melaporkan dengan tepat.

Posted: 28 Jan 2011 06:56 AM PST

Makin popularlah KFC lepas ni..gara-gara tak suka KFC..hehehe..kenapa ye?hairan bin ajaib..Pelik sungguh apabila Normala secara tiba2 marah apabila dikaitkan beliau dengan Syarikat tersebut. Menurut beberapa ahli PAS terdekat, Normala mendakwa ayam KFC itu bukan dari sumber yang halal, maka beliau secara peribadi menjatuhkan hukum haram untuk makan produk KFC.eceluparan mulut wanita ini seolah2 tidak menghormati pekerja2 KFC yang rata2 nya beragama Islam. Dikata pula makan KFC hukumnya haram. Maknanya, pekerja2 KFC turut bersubahat menjual makanan haram tersebut?Kesian kat pekerja-pekerja KFC seluruh Malaysia ni..mereka cari rezeki yang HALAL .Rezeki untuk sapa?pastinya untuk menyara keluarga..janganlah sewenang-wenangnya berkata sesedap hati aje..Kepada pengundi DUN TENANG,PUcTD berharap agar Tuan/Puan buatlah pilihan yang bijak,SELAMAT MENGUNDI!

Dari Blog Pemuda umno Telok Datok


AMK KLGT nak tnya satu soalan kpd PUcTD , apakah bukti yg mereka ada utk menggukuhkan dakwaan di atas !!!!

Jawap

Tiada ulasan: