Rabu, 19 Januari 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Kerusi DUN Pelabuhan Klang Diisytihar Kosong

Posted: 19 Jan 2011 12:53 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.



AMK Bukit Gantang : Adakah akan terjadi seperti Dun Kota Seputeh?

Pengundi Hantu

Posted: 18 Jan 2011 08:08 PM PST

PRK Tenang telah terjadual pada 30 Jan ni,. Isu-isu pelbagai akan ditimbulkan dan penafian juga akan berlegar atas isu tersebut.

Pengundi hantu mungkin akan dibangkitkan dan penafian tentunya telah diskipkan.

Apabila dikemukakan bukti, satu pihak lain akan menyatakan itu rekaan dan bukan fakta. Maka kami kemukakan fakta-fakta ini untuk renungan.

1. KWSP Beri Penjelasan Berhubung Kes Penipuan Pengeluaran Kematian sini.
KWSP adalah antara pemegang amanah yang menguruskan simpanan awam antara terbesar di dunia pun boleh tertipu dengan Kad Pengenalan Palsu, inikan pula pengurus pembuangan undi.

2. Sampai Mati Tipu Isteri.
Tambahan, orang paling dekat (Isteri) pun kena tipu bagaimana pula SPR nak jadi telus? Baca forem di sini

Kedua-dua contoh tersebut adalah fakta dan tidak boleh dinafikan ujudnya IC dan identity palsu. Berapa jumlahnya yang akan digunakan pada DUN Tenang?

Tiada ulasan: