ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG |
- PANAS!!! NAJIB CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT!!
- MOHON CAMPUR TANGAN ISTANA UNTUK TEGUR ROSMAH
- PEJABAT 'FIRST LADY' DI JPM, ROSMAH MENDERHAKA
- NAJIB HANYA BERANI BERKOKOK DI SEBALIK SKRIN TV
PANAS!!! NAJIB CIPLAK IDEA PAKATAN RAKYAT!! Posted: 18 Jan 2011 08:33 AM PST Kah kah kah... Bila Anwar Ibrahim ajak Najib Altantuya berdebat pasal Buku Jingga 100 Hari Perlaksanaan Faedah Untuk Rakyat, Najib Altantuya tolak mentah-mentah! Tiba-tiba, terkeluar pulak satu buku hari ni kat Tenang! Buku "105 Pembaharuan Oleh Perdana Menteri"!! Kah kah kah... Nampak sangat Najib Altantuya ciplak bulat-bulat idea Pakatan Rakyat, cuma tambah 5 pembaharuan (penipuan) dalam buku yang tujuannya hanyalah nak pancing undi pengundi DUN Tenang! Sah! Najib Altantuya bankrap idea! Dahlah pengecut!! Sekarang penciplak idea!! Kah kah kah... 105 Risalah Pembohongan Perdana Menteri Najib Altantuya! Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan dan UMNO sentiasa menyokong dan menghormati kaum India di negara ini agar mereka maju bersama-sama masyarakat lain. "Siapa kata kita tidak menghormati orang India. Itu tidak betul. Kita mahu orang India juga ada hak di bawah gagasan 1Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama masyarakat India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di sini hari ini. Najib berkata, pada masa sama juga kerajaan memerlukan sokongan daripada rakyat termasuk kaum India, supaya agenda untuk pelbagai transformasi yang besar terhadap negara dapat dicapai. Beliau berkata, kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa yang telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah dan isu masyarakat India termasuk hal kerakyatan, kad pengenalan, sijil kelahiran, pembinaan kuil dan sekolah Tamil. "Bagi meningkatkan kemahiran dalam kalangan belia India, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia, menyediakan pelbagai skim latihan kemahiran kepada mereka. "Bagi yang tinggal di ladang pula, saya juga sudah meminta syarikat seperti Sime Darby supaya menyediakan lebih banyak rumah dan bekalan air yang mencukupi," katanya. Najib juga merujuk kepada satu SMS yang cuba mengapi-apikan masyarakat India dengan menyebut kononnya UMNO tidak menghormati masyarakat India. "Itu tidak betul. Kita menghormati dan kita hendak orang India maju bersama komuniti lain," tegasnya. |
MOHON CAMPUR TANGAN ISTANA UNTUK TEGUR ROSMAH Posted: 18 Jan 2011 08:20 AM PST Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Perdana Menteri berikutan tindakan Rosmah Mansor menggunakan gelaran Wanita Pertama dan mencampuri urusan negara. PETALING JAYA: Dua memorandum akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung dan Perdana Menteri berhubung tindakan Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap biadap serta derhaka ekoran menggunakan gelaran wanita pertama dan mencampuri urusan rasmi kerajaan. Seorang jurucakap memberitahu FMT bahawa kumpulan dari pelbagai latar belakang akan dianggotai oleh pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan dalam isu yang melibatkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak ini. Menurut jurucakap kumpulan yang bakal menggerakkan penyerahan memorandum ini menjelaskan dua memo berasingan dengan isu yang hampir sama akan diserahkan kepada Seri Paduka dan Najib setiap satu. Menurut sumber itu, antara isi kandungan memorandum kepada Seri Paduka ialah memohon agar pihak istana campur tangan atau menyatakan pendirian berkenaan penggunaan gelaran Wanita Pertama oleh Rosmah. "Sebagai rakyat yang kasihkan Rajanya, kami hanya memohon pihak istana menyatakan pendirian dan membuat teguran tegas kepada sesiapa sahaja yang menggunakan gelaran Wanita Pertama selain Permaisuri Agung. Katanya lagi, lebih malang lagi apabila Rosmah turut menunjukkan sikap angkuhnya apabila dengan beraninya menggunakan gelaran Wanita Pertama walaupun telah dikritik hebat sebelum ini. 'Rosmah semakin angkuh' "Rosmah semakin angkuh dan keterlaluan nampaknya. Ini bukan kali pertama. Dahulu pun masa lawatannya ke Amerika Syarikat dan menganjurkan Persidangan Wanita Pertama pun telah dikritik hebat tetapi mungkin tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menyebabkan dia semakin berani. Ini adalah biadap dan derhaka kepada Agong dan Permaisurinya. "Tindak-tanduk Rosmah semacam mahu cuba menjadikan gelaran wanita pertama sebagai gelaran yang sah dan gelaran rasmi untuk isteri PM, iaitu dia sendiri," menurutnya lagi. Beliau juga memberitahu, keputusan untuk menghantar memorandum kepada Istana Negara tersebut dibuat apabila melihat Najib dan pemimpin Umno lain gagal menasihati Rosmah apatah lagi untuk mengambil tindakan yang wajar. "Memandangkan situasi sekarang seolah-olah menggambarkan tiada apa yang dapat dibuat oleh Najib dan pemimpin Umno lain, maka kerana itulah kami berharap pihak istana campur tangan dalam hal ini. Lebih-lebih lagi isu wanita pertama ini memang melibatkan pihak istana secara langsung," ujar beliau. Perkasa tidak bersuara Menurut salah seorang dari kumpulan tersebut yang mengaku sebagai ahli Perkasa berkata, beliau kecewa apabila pemimpin tertinggi Perkasa tidak bersuara berhubung isu yang melibatkan pihak istana ini. "Selalunya Perkasa tegas dengan sebarang isu yang membabitkan institusi raja-raja Melayu. Tetapi dalam isu ini, yang jelas nampak ada pihak yang sewenang-wenangnya guna gelaran yang sepatutnya untuk Permaisuri Agung, Perkasa tak keluar apa-apa kenyataan pun. "Itu yang saya kecewa. Sebab itulah saya sertai kumpulan ini tetapi bukannya kapasiti sebagai ahli Perkasa, ini adalah secara peribadi saya dan dua rakan saya yang lain juga dari Perkasa. Menurutnya lagi, selain individu dari Perkasa, beberapa pemimpin dan ahli beberapa parti politik yang berlainan idealogi daripada Pakatan Rakyat dan BN turut terlibat dalam rancangan itu. ". Mereka sama juga seperti saya, bertindak bukan atas kapasiti parti politik masing-masing. "Lagipun tiada sesiapa di antara kami yang memegang sebarang jawatan di peringkat pusat dalam parti atau pertubuhan masing-masing. Paling tinggi pun hanya dua, tiga orang peringkat daerah dan mungkin akan disertai oleh seseorang di peringkat negeri nanti," katanya lagi. Menyeru parti politik dan NGO turut bertindak Jurucakap kumpulan ini juga menyeru agar mana-mana pihak tanpa mengira parti politik yang mampu mengatur gerakan penyerahan memorandum ini turut berbuat demikian. "Saya menyeru kepada mana-mana pemimpin tak kira parti politik atau NGO, agar turut mengatur satu rancangan untuk menyerahkan memorandum ini kepada Seri Paduka seperti yang telah dibuat dalam isu air negeri Selangor. Mungkin jika mereka yang mengaturnya ia lebih mendapat sambutan rakyat, ada pengalaman untuk menyusun dan merancang strategi berbanding kami dan boleh beri kesan yang lebih baik," ujar beliau. Manakala, memorandum yang dirancang untuk diserahkan kepada PM pula akan menyentuh penglibatan Rosmah dalam urusan rasmi kerajaan termasuk membantah kewujudan Pejabat Wanita Pertama Malaysia (FLOM) di Putrajaya. Menurut mereka penglibatan Rosmah dianggap semakin serius sehingga membelakangkan menteri-menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian seperti Kementeriaan Pelajaran dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Rosmah mencampuri urusan negara "Nampaknya semakin lama, Rosmah semakin galak mencampuri urusan kerajaan hinggakan kadang-kala lagaknya seperti seorang Menteri Pelajaran, Menteri Hal Ehwal Wanita pun ada dan sebagai duta pun ada," menurut sumber itu lagi. Beliau turut mempersoalkan dan melahirkan kekesalan apabila Najib bukan sahaja dilihat gagal untuk menegur isterinya itu, malahan turut pada masa tertentu menyerlahkan pendirian beliau yang menggalakkan tindakan isterinya itu. "Mengapa Najib tidak menegur atau mungkin juga PM sendiri yang memberikan galakan kepada Rosmah?" soal beliau. "Yang hairannya, takkanlah Najib tidak nampak apa-apa yang tak kena tentang ini? Penasihatnya butakah untuk memahami ia memberi impak negatif kepada PM? "Terus terang saya katakan isu ini bukan sahaja menjadi bahan serangan PR tetapi orang-orang dalam Umno sendiri pun ramai yang mengadu meluat dengan situasi ini," tambah beliau. - FMT |
PEJABAT 'FIRST LADY' DI JPM, ROSMAH MENDERHAKA Posted: 18 Jan 2011 08:18 AM PST KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division. Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini. Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong. Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara. Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan," kata Fuziah kepada Keadilan Daily. Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia. "Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu. "Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji," kata Fuziah lagi. Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com. Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana. Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama. Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah 'mengangkat' dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta. Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. |
NAJIB HANYA BERANI BERKOKOK DI SEBALIK SKRIN TV Posted: 18 Jan 2011 05:57 AM PST MOHD Najib Razak memperli Anwar Ibrahim di Labis hari ini. Dia berkata Anwar akan demam kalau berdebat dengannya. Tambahnya lagi, Anwar tidak perlu berdebat sebaliknya selesaikan dahulu isu peribadi yang mengelilingi diri ketua pembangkang itu. Najib juga dipetik sebagai bertanya kepada hadirin pada himpunan di sebuah tanah rancangan Felda itu sama ada wajar atau tidak beliau berdebat. Mereka yang hadir dilaporkan sebagai berkata, "tidak perlu". Minggu lepas Anwar mengajak Najib berdebat mengenai ekonomi negara dan juga pelan 100 Hari Pakatan Rakyat yang terkandung dalam Buku Jingga. Hari ini Anwar telah menulis sepucuk surat meminta Najib berdebat dengannya. Keenggnan Najib menyahut cabaran Anwar itu disifatkan oleh penyokong pembangkang PM itu sebagai penakut, pengecut, bacul, takut bini dan tidak berani untuk mendedahkan fakta sebenar mengenai ekonomi negara sebaliknya hanya berani bercakap di layar televisyen sahaja. Dalam surat berkenaan Anwar mengatakan keperluan mengenai debat itu bagi membincangkan isu kenaikan harga barang yang ketara waktu ini di mana sesetengah barang keperluan melonjak sehingga 50%. Menjawab dakwaan Najib mengatakan pelan 100 Hari yang yang tidak berjejak di bumi nyata dan menyebabkan negara akan muflis, Anwar membalas dengan mengatakan belum pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana negara yang melaksanakan tatakelola ekonomi akan muflis. Adalah molek juga kalau debat di antara kedua mereka itu diadakan di Tenang sempena berlangsungnya pilihan kecil di situ. Debat berkenaan boleh dijadikan bahan kempen untuk meraih undi bagi kedua calon dokongan tokoh berkenaan. |
You are subscribed to email updates from ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan