Pengikut

Nuffnang

Khamis, 13 Januari 2011

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

sumber :-

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Ketua AMK cabar Ketua Pemuda Umno Berdebat

Posted: 12 Jan 2011 08:53 PM PST

    Saya mengikuti perkembangan mengenai cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak mengenai isu isu ekonomi khusus mengenai Pelan 100 Hari Pakatan Rakyat vs Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

    Sangat mendukacitakan apabila Dato Sri Najib kelihatan berdolak dalih dalam cabaran ini, dengan mengandaikan debat ini sekadar 'membuang masa' beliau. Mungkin beliau kurang arif bahawa budaya debat polisi seumpama ini merupakan amalan puluhan tahun lampau yang diamalkan pemimpin negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

    Lebih mengejutkan apabila Ketua.  Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula yang kelihatan begitu bernafsu untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar. Ini ternyata pelik kerana sudah puluhan cabaran debat yang dikeluarkan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) kepada beliau tetapi tiada satupun yang bersahut.

    Harus diingat, berdasarkan beberapa prestasi beliau di dalam rancangan forum-forum sebelum ini, nyatanya beliau belum sampai ke tahap untuk berhadapan dengan tokoh seperti Datuk Seri Anwar.

    Justeru, atas kapasiti Ketua AMK, saya dengan ini secara rasmi menawarkan platform debat Pemuda satu lawan satu di antara saya dan Khairy, yang saya percaya lebih cocok dan sesuai dengan mengambil kira kapasiti kami selaku ketua sayap pemuda Umno dan KEADILAN.

    Surat pelawaan rasmi telah dikeluarkan kepada beliau, dan saya menyeru rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tidak berdolak dalih untuk menyahut cabaran debat ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia      

       AMK Bukit Gantang : Amat berharap Khairy Jamaludin menyahut cabaran Shamsul Iskandar ini.

Rakyat Marah Kepada Kerajaan Barisan Nasional-DS Nizar

Posted: 12 Jan 2011 06:51 PM PST


       Sebahagian ucapan Ahli Parlimen Bkt Gantang DS Nizar Jamaludin ketika Majlis Makan Malam PKR di Cameron Highlands isnin lepas.

0 ulasan:

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang