Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Kerajaan BN henti makanan untuk pelajar miskin
- MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak
- Kementerian Muhyiddin buat silap lagi, bakar je buku KSSR
- Motosikal pun periksa PUSPAKOM, BN prihatin rakyat
- Nasib Islam di Universiti Malaya, Apo Nak di Kato
- Pendidikan SEKS di kem PLKN
Kerajaan BN henti makanan untuk pelajar miskin Posted: 12 Jan 2011 06:20 PM PST Kerajaan nafi hak pelajar miskin KUALA LUMPUR, 13 Jan: Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan. Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, malah ianya dilihat sangat bertentangan dengan slogan kerajaan Umno dan BN kononnya 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Ini, katanya merujuk kepada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia [KPM] 29/12/2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar RMT ditamatkan serta merta atau selewat-lewatnya 12 Januari (semalam). "Ini dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada di bawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut," ujarnya. Beliau mempertikaikan langkah Kementerian Pelajaran itu kerana bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka. Katanya, jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor-sektor lain serta peruntukan yang wajar kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar-pelajar miskin. "Apakah kerajaan kini sedang kesempitan dana? "Bukankah kerajaan telah menguar-uarkan kononnya negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik?" soalnya. Justeru, tambahnya rakyat memerlukan penjelasan yang wajar daripada kerajaan berhubung perkara itu. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30322:rmt-kerajaan-nafi-hak-pelajar-miskin&catid=1:utama&Itemid=50 |
MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak Posted: 12 Jan 2011 06:20 PM PST Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi. Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah. Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas "inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan". Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya. Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Isdlam. Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak. "Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini," kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan. Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama. "Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg? "Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini," katanya. http://malaysiakini.com/news/153269 |
Kementerian Muhyiddin buat silap lagi, bakar je buku KSSR Posted: 12 Jan 2011 05:15 PM PST Buku teks KSSR English Year 1 tahun 2011 pula ada kesilapan. Hangus lagi duit rakyat. Tahun 2011 pelbagai masalah persekolahan yang timbul. Dengan isu Sekolah Tumpang, Sekolah Tak Siap-Siap, Sekolah Usang, Sekolah Daif, Sekolah Plaster, Yuran Naik, Harga Makan Kantin Sekolah Naik dan Sekarang Masalah Sekolah KABIN. Nampaknya Muhyiddin gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Pelajaran. Beberapa kelemahan Kementerian diterajui TPM di http://amkns.blogspot.com/2011/01/sekolah-kabin-umno-bn-gagal-muhyiddin.html Berlaku kesilapan, buku teks KSSR English Year 1 diganti baru Utusan Malaysia 12 Jan 2011 KUALA LUMPUR 12 Jan. – Buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsan akan digantikan dengan cetakan baru selepas terdapat kesilapan dalam buku asal. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, pembetulan terhadap kesilapan itu akan lakukan manakala cetakan baru pula akan diedar ke sekolah-sekolah mulai Mac ini. Menurut beliau, sementara menanti cetakan baru siap, guru-guru dinasihatkan supaya terus menggunakan buku teks sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelanjaran mereka. "KPM berasa kesal dengan kesalahan yang terdapat dalam buku teks KSSR English Year 1 Sekolah Kebangsaan itu. "Oleh itu, kementerian telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyemakan Semula Buku Teks untuk mengatasi masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_40.htm&arc=hive |
Motosikal pun periksa PUSPAKOM, BN prihatin rakyat Posted: 12 Jan 2011 05:14 PM PST Satu lagi projek Umno Barisan Nasional yang amat prihatin nasib rakyat terutama golongan sederhana, kurang berkemampuan, peneroka, orang kampung yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Maklumlah minyak dah naik harga. Banyaklah jawatan kosong ditawarkan di Puspakom nanti. Bijak, bijak. HANTAR MOTOSIKAL TERPAKAI KE PUSPAKOM: NGO BERI REAKSI BERBEZA KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Cadangan mewajibkan motosikal terpakai dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebelum dijual atau ditukar hak milik menerima reaksi bercampur daripada persatuan dan badan bukan kerajaan. Presiden Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong pula menyuarakan pandangan bertentangan kerana berpendapat cadangan itu menyebabkan peningkatan kos yang mungkin terpaksa ditanggung pengguna. "Kita tidak setuju. Kalau diteruskan berapa fi yang akan dikenakan? Siapa mahu bayar kos (motosikal) yang dihantar ini? Biasanya consumer yang kena tanggung semua ini (bayaran penghantaran)," katanya. Wee berkata lazimnya kos penghantaran sebuah motosikal ke pusat berkenaan adalah antara RM100 hingga RM200. http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=556126 PUSPAKOM PERLU CARI KAEDAH EFEKTIF PERIKSA MOTOSIKAL TERPAKAI Berita Harian 13 Jan 2010 : Adalah lebih bijak jika pihak berkuasa mewajibkan penjual terlebih dulu membuat pemeriksaan dan mendapat kelulusan bagi setiap motosikal terpakai yang hendak dijual semula. Langkah ini akan membantu memberi keselesaan kepada pembeli yang sesetengahnya adalah warga emas atau tidak tahu menguruskan proses mengisi borang dan peraturan lain yang berkaitan. Oleh itu, jika kerajaan mahu menguatkuasakan pemeriksaan berjadual ke atas motosikal terpakai, semua aspek itu mesti dikaji dengan teliti supaya tidak membebankan pemilik. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MindaPengarang_PUSPAKOMperlucarikaedahefektifperiksamotosikalterpakai/Article |
Nasib Islam di Universiti Malaya, Apo Nak di Kato Posted: 12 Jan 2011 05:13 PM PST Surau UM sempit, tiada elektrik Berita Harian 13 Jan 2011 KETIKA menuntut peringkat ijazah dan sarjana, tempat yang menjadi pilihan di Universiti Malaya (UM) ialah Perpustakaan Utama yang memberi banyak kemudahan dan keselesaan. Bagaimanapun, apabila menjejakkan kaki untuk menyambung pelajaran peringkat kedoktoran, saya mendapat dua kejutan. Pertama, banyak perubahan dari segi penggunaan komputer dan buku di sana. Saya tidak ada masalah, malah bangga sebagai warga universiti terulung negara, kemantapan prasarana komputer dan bidang keilmuan semakin baik. Kejutan kedua, surau di tingkat bawah sudah tiada. Saya faham apabila penambahbaikan perlu dibuat dan saya diberitahu surau kini di tingkat empat, aras paling atas. Alangkah sedihnya saya baru-baru ini untuk menunaikan solat Zuhur, surau itu tidak ada elektrik. Atas apa alasan sekali pun, saya musykil kerana surau itu amat kecil dan hanya boleh menempatkan tidak sampai 10 jemaah. Kami berjemaah disuluh lampu kecil telefon bimbit kepunyaan seorang penuntut antarabangsa. PHA2011, Kuala Lumpur. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SurauUMsempit_tiadaelektrik/Article |
Posted: 12 Jan 2011 05:12 PM PST Salah satu matlamat utama pendidikan seks di negara barat adalah untuk mengelakkan kehamilan di kalangan remaja bukan mencegah zina atau seks di kalangan remaja, faktanya pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/10/pendidikan-seks-di-seluruh-sekolah-di.html Kosmo 13 Jan 2011 : MELAKA – Modul pendidikan seks atau Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) memerlukan lebih masa sebelum dapat diterapkan ke dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe berkata, pihaknya perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung perkara itu walaupun pada dasarnya MLKN sudah memutuskan menerima cadangan berkenaan. Menurutnya, adalah perlu bagi masyarakat diberi kefahaman yang jelas tentang modul PKRS sebelum ia diperkenalkan di kem PLKN kelak. "Masih ada sebahagian masyarakat yang melihat pelaksanaan modul PKRS ini tidak sesuai dan oleh itu kita harus memberi pemahaman kepada umum bahawa modul ini tidak semata-mata mengenai seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan tubuh badan," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan