Sabtu, 25 Disember 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


307 orang Peneroka Felda sekitar Kilang Sawit Jengka 3 serah Warrant untuk Bertindak

Posted: 25 Dec 2010 06:29 AM PST

Sdr Bostamin Bakar menyerahkan 306 Borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam T.Kumar disaksikan oleh Haji Zahari Mamat, Naib Pengerusi Biro Felda PKR Pahang, Dato Fauzi Abdul Rahman, Pengerusi PKR Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda PKR Pusat, Sdr Rebin Birham, AJK Biro Felda PKR Pusat.
Dato Fauzi Abdul Rahman sedang memberikan ucapannya

Sdr Rebin Birham memberikan pandangan dan mendedahkan beberapa peristiwa di Felda Serting 1 dan 2, dan Palong 9 di Negeri Sembilan di mana peneroka-peneroka Felda telah mengalami permainan manipulasi oleh Felda dan kuncu-kuncu mereka.

Peguam T.Kumar menerangkan proses undang-undang yang bakal dilaksanakan didalam proses menyaman Felda
Haji Suhaimi Said menerangkan masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda didalam memperjuangkan hak mereka berhubung perahan peratusan KPG yang telah dimanipulasi oleh Felda

Sdr Amir, wakil dari Felda Jengka 9 turut menyerahkan 107 borang Waran untuk Bertindak kepada Peguam T. Kumar
Dato Fauzi Abdul Rahman bergambar bersama-sama wakil-wakil Peneroka

==
Seramai 307 orang peneroka-peneroka sekita Kilang Sawit Felda Jengka 3 telah menyerahkan Borang Waran Untuk Bertindak melantik peguam untuk mengemukakan saman terhadap Felda berhubung peratusan perahan KPG yang telah dimanipulasi oleh Felda.
Dari sekian lama Peneroka-Peneroka telah diberikan hanya sekadar 18 hingga 19% sahaja perahan KPG menyebabkan Peneroka-Peneroka kerugian pendapatan dari RM200.00 hingga RM500.00 setiap bulan sejak 20 tahun yang lampau.
Peneroka-peneroka telah maklum bahawa setiap satu peratus perahan KPG yang dinafikan kepada mereka, mereka kerugian antara RM20.00 hingga RM40.00 bagi setiap tan, dan kerana itu mereka telah menanggung kerugian yang besar.
Sejak peneroka-peneroka sedang berusaha untuk menyaman Felda bagi memperbetulkan peratus perahan KPG ini, Felda telah menaikkan peratusan itu hingga 21%, dan ini membuktikan bahawa Felda telah memanipulasi peratusan perahan KPG dengan mendatangkan kerugian yang besar kepada peneroka-peneroka.
Disamping kerugian tersebut, peneroka-peneroka juga telah dimanipulasi mengenai "buah sawit muda, buah mengkal dan tangkal panjang" dan jika dihetung hampir 60 tan setiap bulan buah-buah kategori ini telah dikeluarkan dari timbangan. Peneroka-peneroka tersebut telah didenda kerana membawa buah-buah kategori itu.
Kononnya buah-buah itu dimusnahkan oleh Kilang Sawit Felda, tetapi buktii yang diperolehi, buah-buah itu turut di proses oleh Kilang, tetapi menfaatnya tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.
Maka selain dari menuntut peratusan perahan KPG yang sebenar, peneroka-peneroka itu juga akan menuntut dari Felda kerugian yang mereka alami keatas buah-buah sawit yang dikeluarkan dari timbangan, yang setiap peneroka Felda kerugian tidak kurang daripada RM20,000.00 hingga RM50,000.00.
Peneroka-peneroka tersebut memberi jaminan kepada Felda bahawa mereka tidak akan meneruskan saman jika Felda sanggup merundingkan pampasan yang sesuai dan menggantirugi mereka diatas kerugian mereka selama 15 tahun walaupun mereka telah dipermainkan melebihi 20 tahun.
Selain 307 Borang Waran untuk Bertindak yang diserahkan oleh Sdr Bostamin Bakar mewakili peneroka-peneroka sekitar Kilang Sawit Felda Jengka 3, Peguam T.Kumar juga menerima 106 Borang Waran untuk Bertindak dari wakil Felda Jengka 9.
Jumlah ini akan bertambah apabila Peneroka-Peneroka Felda Jengka 1, Ulu Jempol dan Jengka 11 akan menyerahkan Borang Waran untuk Bertindak ini dalam tempoh 14 hari dari hari ini.





Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Hari Natal & Tahun Baru 2011

Posted: 24 Dec 2010 07:14 PM PST

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia.

Seminggu lagi, tahun 2010 akan menghampiri penghujungnya. Sebagaimana lazimnya, tiap kali menjelang tahun baru maka kita akan memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan. Walaubagaimanapun, segala iltizam dan tekad yang disemai tak mungkin akan tercapai seandainya tak dibaja dengan usaha dan tindakan.

Sepanjang 2010, negara telah menyaksikan pelbagai bentuk pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang berasaskan sentimen perkauman sempit serta penindasan ke atas hak rakyat terbanyak. Semua ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung kembali betapa pincangnya pentadbiran kerajaan sedia ada.

Justeru, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk sama-sama bersatu menyelamat dan memartabatkan negara ini bersempena tahun baru 2011 kelak.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2011!

ANWAR IBRAHIM

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


FITNAH DARI MyKMU JOHOR

Posted: 25 Dec 2010 03:39 PM PST

Fitnah MyKMU disini (klik)

Ketandusan Idea. Itulah yang boleh diumpamakan apabila sebuah laman web pro Umno menyiarkan berita palsu dengan mendakwa Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang terletak di Taman Teratai dikatakan hendak dijual.
Pejabat ini yang disewa oleh Keadilan Johor sebagai ibupejabat Keadilan negeri akan berpindah ke pejabat baru dalam tempoh terdekat. Pejabat ini turut digunapakai oleh Keadilan Cabang Gelang Patah yang akan berpindah ke pejabat baru selewat-lewatnya sebelum Mac 2011 setelah menerima "CF" bagi menduduki pejabat baru tersebut.
Fitnah mengatakan bahawa Pejabat ini akan dijual kepada PAS atau DAP adalah tidak berasas sama sekali dan satu pembohongan dari MyKMU/Umno. Bahkan didalam gambar tersebut banner "DIJUAL" sengaja diada-adakan dengan teknik grafik menunjukkan bangunan/pejabat ini telah dijual dan mereka juga cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan AMK apabila penulis artikel tersebut menggunakan nama "bekas AMK Gelang Patah". AMK Gelang Patah mencabar penulis artikel ini untuk bertemu dengan mana-mana AJK AMK Gelang Patah bagi membuktikan dirinya bekas ahli AMK Gelang Patah. Inilah kebangsatan Umno/BN yang ketandusan modal untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang semakin mengorak langkah menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti. Bahkan beberapa bekas pemimpin Umno menjangkakan bahawa Umno/BN Johor bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Mereka amat bacul bila dicabar untuk berdepan. Buktinya ketika mereka diajak berdebat mengenai isu felda di Tenggara beberapa bulan yang lalu, wakil mereka tidak datang wallaupun persetujuan untuk hadir telah dipersetujui.
Fitnah sebegini menguatkan lagi dakwaan bahawa Umno/BN sememangnya terlibat dalam penyebaran banner yang memfitnah Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan Yang Mulia Tuanku Sultan Johor murka. Yang pastinya kes ini masih belum selesai dari siasatan polis walaupun sudah lebih 4 bulan kes ini disiasat. Kenapa..???? Persoalan yang perlu dijawap oleh pihak polis.....

PRK N.05 TENANG : 30 JANUARI 2011 HARI MENGUNDI

Posted: 25 Dec 2010 05:14 AM PST

Sama ada tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor yang telah ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan sememangnya dirancang terlebih dahulu bagi menghalang pengundi terutama mereka yang berbangsa tionghua yang berkerja diluar Labis untuk balik ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari tersebut. Ini kerana jika mereka pulang ke kampung pada hari mengundi iaitu pada 30 Januari 2011, mereka akan pulang ke kampung sekali lagi selang 5 hari iaitu pada ke 4 Februari 2011 kerana kaum tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.

Penulis bertemu dengan beberapa peniaga berbangsa tionghua di sekitar Labis dan mereka menyatakan bahawa ini adalah taktik Umno/BN untuk memenangi kerusi DUN tersebut dan berkemungkinan majoriti mereka akan bertambah disebabkan ramai pengundi berbangsa tionghua ataupun bangsa lain yang tidak dapat pulang mengundi berikutan tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh sambutan Tahun Baru Cina.

Sememangnya inilah kuasa mereka. Sama ada Suruhanjaya Pilihanraya jujur atau diarah oleh pimpinan Umno/BN bagi menetapkan tarikh mengundi tersebut, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari 2011.

DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi dan hanya 18 pengundi pos yang layak memilih ADUN Tenang.

Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi.

Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

Kepada para petugas Pakatan Rakyat terutama AMK Johor diharap dapat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang baik dalam usaha menawan DUN Tenang.

Lawan tetap Lawan

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Dari Meja SU MPN: SELAMAT HARI NATAL

Posted: 24 Dec 2010 06:37 PM PST

Salam sejahtera,

Selamat menyambut Hari Natal kepada seluruh warga Malaysia yang beragama Kristian. Semoga dengan sambutan perayaan ini akan memberi suatu harapan baru dan semangat dalam melalui detik-detik kehidupan seterusnya dalam tahun baru.
Sudah menjadi kelaziman setiap perayaan akan disambut bersama oleh warga rakyat yang lain. Ini menunjukkan semangat setiakawan dan persefahaman disamping timbang rasa antara kepelbagaian ras kaum yang ada di negara ini. Sikap ini penting bagi mengekalkan perpaduan antara kaum sebagai satu warganegara Malaysia.
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan meletakkan harapan agar perpaduan ini dapat diterjemahkan dalam suatu bentuk sokongan jitu bagi mengubah haluan pentadbiran negara yang lebih telus, amanah dan progresif pada tahun hadapan demi kebajikan rakyat terpelihara dan kemakmuran ekonomi akan dapat dinikmati sebaiknya.
KE ARAH MENAWAN NEGERI SEMBILAN PRU-13

PRK Dun Tenang: 30 Januari 2011

Posted: 24 Dec 2010 06:16 PM PST

SPR telah mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang di Labis, Johor pada 30 Januari bersamaan hari Ahad tahun depan.

Manakala hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada hari Sabtu, 22 Januari tahun 2011 di Majlis Daerah Labis. Pusat penjumlahan undi pula akan dijalankan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis.
Seramai 14,753 pengundi layak mengundi dengan 14,735 adalah pemilih biasa dan 18 pengundi pos.
Daripada jumlah tersebut, 7,014 orang (47.54%) adalah kaum Melayu, Cina (5,766), India (1,780), Bumiputera Sabah & Sarawak (11 orang) dan Orang Asal (171).

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Mesra PKR 31 Dis 2010 Seremban

Posted: 25 Dec 2010 06:45 AM PST

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 31 Disember 2010 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK Pusat)
Mustaffa Kamil Ayub (MPP PKR)
Dr. Muhammad Nur Manuty (Ketua Penerangan PKR Pusat)

Datang beramai-ramai

Sumber : http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/12/ceramah-umum-n9.html

Bekas Ketua Pemuda di Rembau mohon bantuan kebajikan?

Posted: 24 Dec 2010 03:21 PM PST

Sebuah Blog melaporkan seorang bekas Ketua Pemuda Umno satu cawangan di Rembau telah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kalau benar, eloklah Ketua Pemuda Umno Pusat yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ketua Bahagian Umno Rembau melawat bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini untuk menyegerakan bantuan. PAS dan PKR pun boleh ziarah bekas Ketua Pemuda Cawangan Umno ini dan membantu mengikut kemampuan masing-masing.

Nak tahu bekas Ketua Pemuda Umno cawangan mana yang disebut dalam Blog tersebut, sila ke pautan berikut http://bintongan.blogspot.com/2010/12/bekas-ketua-pemuda-umno-cawangan-kg.html

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Bukan Semua Peneroka Dapat Bonus...Usah Sembang ler !!!

Posted: 25 Dec 2010 05:00 AM PST

Felda bayar bonus RM100.9 juta

KUALA LUMPUR: Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600, umum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Najib berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.

"Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.

"Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar," katanya.

Beliau berkata bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.

"Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.

"Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain," katanya.

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya.

Najib berkata seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

"Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan peneroka," katanya.

KEDAH online

KEDAH online


DATA TERKINI MENGENAI MALAYSIA...

Posted: 24 Dec 2010 03:32 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


TARIKH PILIHAN RAYA KECIL TENANG

Posted: 24 Dec 2010 10:35 PM PST



Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan. Manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 22 Jan, (Sabtu) kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

Menurut Abdul Aziz seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

SURAT MISTERI TERDEDAH?

Posted: 24 Dec 2010 05:58 AM PST

KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.

Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO' SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.

ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.

iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.

iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?

v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.

3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk "menjaga" kepentingan Dato" Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu "menjaga" kepentingan beliau di Selangor.

4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:

i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.

ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:

a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato' Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.

b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.

c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.

iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri 'keintiman' beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.

5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah "beraja dimata, bersultan dihati". Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.

6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato' / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat. Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato' / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato' Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.

7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai "cable" dengan pihak atasan.

8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato' / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato' / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI"

Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM MALAYSIA

Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia-Today.