Sabtu, 25 Disember 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perutusan Hari Natal & Tahun Baru 2011

Posted: 24 Dec 2010 07:14 PM PST

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Natal kepada seluruh penganut agama Kristian dan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua rakyat Malaysia.

Seminggu lagi, tahun 2010 akan menghampiri penghujungnya. Sebagaimana lazimnya, tiap kali menjelang tahun baru maka kita akan memperbaharui iltizam dan tekad demi menggapai impian dan matlamat yang dicita-citakan. Walaubagaimanapun, segala iltizam dan tekad yang disemai tak mungkin akan tercapai seandainya tak dibaja dengan usaha dan tindakan.

Sepanjang 2010, negara telah menyaksikan pelbagai bentuk pencabulan terhadap sistem demokrasi berparlimen, kenaikan harga barangan keperluan, fahaman jumud yang berasaskan sentimen perkauman sempit serta penindasan ke atas hak rakyat terbanyak. Semua ini menyedarkan kita untuk menilai dan merenung kembali betapa pincangnya pentadbiran kerajaan sedia ada.

Justeru, marilah kita bertekad dan beriltizam untuk sama-sama bersatu menyelamat dan memartabatkan negara ini bersempena tahun baru 2011 kelak.

Selamat Menyambut Hari Natal dan Tahun Baru 2011!

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: