Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
Posted: 25 Dec 2010 03:39 PM PST Fitnah MyKMU disini (klik) Ketandusan Idea. Itulah yang boleh diumpamakan apabila sebuah laman web pro Umno menyiarkan berita palsu dengan mendakwa Pejabat Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor yang terletak di Taman Teratai dikatakan hendak dijual. Pejabat ini yang disewa oleh Keadilan Johor sebagai ibupejabat Keadilan negeri akan berpindah ke pejabat baru dalam tempoh terdekat. Pejabat ini turut digunapakai oleh Keadilan Cabang Gelang Patah yang akan berpindah ke pejabat baru selewat-lewatnya sebelum Mac 2011 setelah menerima "CF" bagi menduduki pejabat baru tersebut. Fitnah mengatakan bahawa Pejabat ini akan dijual kepada PAS atau DAP adalah tidak berasas sama sekali dan satu pembohongan dari MyKMU/Umno. Bahkan didalam gambar tersebut banner "DIJUAL" sengaja diada-adakan dengan teknik grafik menunjukkan bangunan/pejabat ini telah dijual dan mereka juga cuba menimbulkan suasana tidak senang dikalangan AMK apabila penulis artikel tersebut menggunakan nama "bekas AMK Gelang Patah". AMK Gelang Patah mencabar penulis artikel ini untuk bertemu dengan mana-mana AJK AMK Gelang Patah bagi membuktikan dirinya bekas ahli AMK Gelang Patah. Inilah kebangsatan Umno/BN yang ketandusan modal untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang semakin mengorak langkah menawan negeri Johor pada PRU-13 nanti. Bahkan beberapa bekas pemimpin Umno menjangkakan bahawa Umno/BN Johor bakal tersungkur pada PRU-13 nanti. Mereka amat bacul bila dicabar untuk berdepan. Buktinya ketika mereka diajak berdebat mengenai isu felda di Tenggara beberapa bulan yang lalu, wakil mereka tidak datang wallaupun persetujuan untuk hadir telah dipersetujui. Fitnah sebegini menguatkan lagi dakwaan bahawa Umno/BN sememangnya terlibat dalam penyebaran banner yang memfitnah Datuk Chua Jui Meng akan menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan Yang Mulia Tuanku Sultan Johor murka. Yang pastinya kes ini masih belum selesai dari siasatan polis walaupun sudah lebih 4 bulan kes ini disiasat. Kenapa..???? Persoalan yang perlu dijawap oleh pihak polis..... |
PRK N.05 TENANG : 30 JANUARI 2011 HARI MENGUNDI Posted: 25 Dec 2010 05:14 AM PST Sama ada tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, di Labis, Johor yang telah ditetapkan pada 30 Januari (Ahad) depan sememangnya dirancang terlebih dahulu bagi menghalang pengundi terutama mereka yang berbangsa tionghua yang berkerja diluar Labis untuk balik ke kampung bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi pada hari tersebut. Ini kerana jika mereka pulang ke kampung pada hari mengundi iaitu pada 30 Januari 2011, mereka akan pulang ke kampung sekali lagi selang 5 hari iaitu pada ke 4 Februari 2011 kerana kaum tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina. Penulis bertemu dengan beberapa peniaga berbangsa tionghua di sekitar Labis dan mereka menyatakan bahawa ini adalah taktik Umno/BN untuk memenangi kerusi DUN tersebut dan berkemungkinan majoriti mereka akan bertambah disebabkan ramai pengundi berbangsa tionghua ataupun bangsa lain yang tidak dapat pulang mengundi berikutan tarikh tersebut terlalu hampir dengan tarikh sambutan Tahun Baru Cina. Sememangnya inilah kuasa mereka. Sama ada Suruhanjaya Pilihanraya jujur atau diarah oleh pimpinan Umno/BN bagi menetapkan tarikh mengundi tersebut, itu adalah hakikat yang terpaksa ditelan oleh Pakatan Rakyat. Penamaan calon telah ditetapkan pada 22 Januari 2011. DUN Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak mengundi dan hanya 18 pengundi pos yang layak memilih ADUN Tenang. Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu. Pilihan raya itu juga akan menggunakan tiga dewan dan sembilan buah sekolah sebagai tempat pengundian yang melibatkan 32 saluran mengundi. Katanya, penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi. Kepada para petugas Pakatan Rakyat terutama AMK Johor diharap dapat memberikan kesepakatan dan kerjasama yang baik dalam usaha menawan DUN Tenang. Lawan tetap Lawan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan