Khamis, 2 Disember 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Surat Khabar Versi Tamil Bakal Terbit

Posted: 02 Dec 2010 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 2 Dis - Sejajar dengan hasrat kerajaan negeri merakyatkan informasi kepada segenap lapisan rakyat di Selangor, surat khabar dalam bahasa Tamil bakal diterbitkan menjelang 2011.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, setelah hampir setahun naskah Selangor Kini memuatkan perjalanan program kerajaan negeri dalam bahasa Melayu, kini tiba masanya surat khabar bahasa Tamil dijadikan alat penyebar maklumat bagi masyarakat kaum India pula.

"Exco bersetuju untuk mengeluarkan majalah dalam bahasa Tamil tahun depan dan kita akan pastikan setiap bulan diterbitkan satu naskhah," katanya ketika berucap sempena sambutan Deepavali untuk kakitangan SUK hari ini.

Tambahnya lagi, naskah lapan halaman itu diberikan secara percuma oleh Pejabat Menteri Besar dan akan menampilkan berita, agenda dan program untuk rakyat Selangor.

"Lapan muka surat akan kita muatkan tetang berita-berita negeri Selangor dan diberi percuma kepada seluruh masyarakat India di Selangor," katanya.

Dalam pada itu, Dr Xavier turut meminta kerjasama daripada ketua-ketua komuniti untuk menjalankan kerja-kerja penyebaran naskhah bulanan tersebut.

"Saya akan minta kerjasama, terutamnya daripada ketua-ketua komuniti kaum India untuk menyebarkan surat khabar ini kepada penduduk di kawasan masing-masing," jelasnya.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Setiausaha Politik Kerajaan Negeri, Faekah Husin.

Sambutan Perayaan Eratkan Hubungan Sesama Kakitangan dan Kaum

Posted: 02 Dec 2010 12:30 AM PST

SHAH ALAM, 2 Dis – Majlis sambutan Deepavali bukan sekadar meraikan perayaan kaum semata-mata, sebaliknya landasan bagi merapatkan hubungan dengan mewujudkan kemesraan di kalangan kakitangan SUK yang pelbagai kaum.

"Saya rasa sambutan sebegini amat penting untuk kita jalinkan rasa kemesraan sesama kaum, bagi tujuan perpaduan, selain sama-sama membangunkan negeri Selangor, di samping dapat menikmati segala kebaikan daripada pembangunan tersebut," kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pada majlis makan tengah hari sempena sambutan Deepavali, di ruang legar Bangunan SUK, Shah Alam, tengah hari ini.

Tambahnya lagi, sambutan ini adalah julung-julung kalinya dianjurkan untuk kakitangan SUK dan ini jelas membezakan antara pentadbiran kerajaan terdahulu dengan yang ada sekarang, khususnya di negeri Selangor.

"Julung-julung kalinya pernah diraikan perayaan Deepavali di Pejabat SUK dan ini adalah satu daripada perbezaan, khususnya di Selangor dengan negara lain di dunia kerana di Malaysia kita mampu menyambut lebih lima perayaan bersama," katanya lagi.

Khalid beramah mesra dengan para tetamu sambil di temani Dr Xavier

Turut hadir pada majlis tersebut, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu, Exco Pelancongan,Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan Setiausaha Politik Kerajaan Negeri, Faekah Husin.

Selain itu, Ahli Majlis dan Ketua Komuniti masyarakat India turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut.

Kerajaan PR Selangor Laksana Pelan Tindakan Bantu Rakyat Tidak Mampu Lunas Tunggakan Bil Air

Posted: 01 Dec 2010 01:00 AM PST

SHAH ALAM 1 DIS: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan melaksanakan pelan tindakan untuk membantu rakyat Selangor yang tidak berkemampuan untuk melunaskan tunggakan bil air, sebaik sahaja ia diberikan kelulusan oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih pengurusan air negeri ini daripada Syarikat Bekalan Air Selangor atau Syabas dan tiga syarikat konsesi lain.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal atas tindakan terbaru Syabas yang menghukum lebih 800 penghuni pangsapuri Desa Pandan selepas beberapa penduduk terbabit tidak mampu membayar tunggakan mereka.

Tan Sri Khalid menjelaskan rancangan pengambil-alihan aset-aset milik konsesi air digerakkan kerana Kerajaan Negeri menyedari pengusaha air hanya memikirkan keuntungan semata-mata.Bantuan untuk golongan yang tidak mampu menjelaskan tunggakan bil air mereka akan disalur menerusi tabung yang membiayai skim pemberian air percuma 20 meter padu.

"Apabila pemilikan pengurusan air dalam kerajaan, kerajaan mempunyai dana kebajikan, dimana ianya boleh dilakukan (untuk membantu rakyat yang tidak mampu membayar tunggakan bil air)," kata beliau di satu sidang akhbar di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Tan Sri Khalid melahirkan rasa dukacita dengan tindakan Syabas menghukum kesemua penghuni blok pangsapuri yang terjejas, walhal isu ini boleh diselesaikan secara matang dan bertimbang-rasa.

"Syabas mendapati ia akan mengurangkan keuntungan mereka. Oleh sebab itu Syabas tidak teragak-agak memotongnya sebab dia takut dia tidak mendapat keuntungan," komen beliau.

Tan Sri Khalid berharap Kerajaan Persekutuan dan pengusaha konsesi air dapat berkerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi memecahkan kebuntuan rundingan pengambil-alihan aset air.

"Itulah sebabnya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pada 2006 bersetuju pengurusan air diberikan kepada kerajaan negeri. Ini bukan di Selangor sahaja, di Negeri Sembilan sudah dilakukan dan di Melaka pun sudah dilakukan.Tapi boleh jadi sebab Selangor di bawah Pakatan Rakyat, Kerajaan Persekutuan enggan melakukannya," tegas Khalid.

MB Ajak Rakyat Bangkit Pertahankan Hak Mendapat Harga Air Lebih Murah

Posted: 30 Nov 2010 01:00 AM PST

SHAH ALAM, 30 Nov - Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka  daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata  rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.

Tan Sri Abdul Khalid menyampaikan taklimat kepada nazir dan AJK masjid seluruh Selangor

Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap  supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang  di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini.

"Kita perlu berubah dan bijak membuat penilaian jika tindakan yang dibuat Kerajaan pemerintah hanya menguntungkan kronik dan membebankan rakyat biasa.

"Rakyat perlu menyokong usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syarikat Bekalan Air Selangor  Sdn Bhd (Syabas) supaya kebajikan serta kepentingan rakyat terus terpelihara dan tidak teraniaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat mengenai usaha kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan air dari Syabas kepada kira-kira 500 Nazir dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid seluruh Selangor di sini, hari ini.

Turut menyampaikan taklimat, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Ahli Panel Penilai Air, Dr Dzulkefli Ahmad dan Pengarah Penerangan Negeri, Dr Badrulamin Bahrom.

Kerajaan negeri menganjurkan Kempen Kembalikan Air Kepada Rakyat untuk menyedarkan rakyat Selangor dan Lembah Klang terhadap usaha-usaha Kerajaan Negeri mengambil alih industri air dari syarikat konsesi supaya perkhidmatan bekalan air lebih efisien dan tarif air lebih rendah.

Kemuncak kepada kempen ini ialah perhimpunan beramai-ramai di Masjid Negara sehingga ke Istana Negara  pada Ahad, 5 Disember  2010 untuk menyerahkan memorandum.

Resolusi Shah Alam Utamakan Kerjasama Negeri Pakatan

Posted: 29 Nov 2010 02:00 AM PST

Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.

khalid ibrahimSetiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.

"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman," kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.

Resolusi berkenaan menggariskan lima janji penting – antaranya untuk membentuk satu "pakatan ekonomi" di antara kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan dan mengurangkan amalan birokrasi dalam pentadbirannya.

Kerjasama exco negeri Pakatan

Dokumen itu antara lainnya turut menyentuh usaha memperkukuhkan permuafakatan antara pemimpin Pakatan serta mengkaji usahasama yang boleh dijalankan antara anggota exco kerajaannya.

Resolusi berkenaan juga menetapkan janji untuk memastikan persefahaman dan kelunakan hubungan antara pemimpin politiknya dengan pentadbiran negeri, kata Khalid lagi dalam persidangan di kompleks perumahan kerajaan, Seksyen 7, Shah Alam, lewat malam semalam.

NONE"Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat," katanya lagi dalam ucapan perasmiannya itu.

Persidangan berkenaan merupakan yang kedua seumpamanya yang diadakan melibatkan ketua-ketua kerajaan Pakatan. Persidangan pertama telah diadakan di Mentalun Kedah pada 18 Januari tahun lalu.

Dr Xavier Ikrar Menyokong Penuh Kepimpinan Dato' Seri Anwar Ibrahim

Posted: 19 Nov 2010 11:00 PM PST

Shah Alam, 19 November 2010 - Rapat umum yang bertemakan 'Anwar Pengemudi Zaman' mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Bertempat di Auditorium MBSA, para pimpinan PKR terutamanya dari Selangor memenuhi auditorium tersebut yang boleh menempatkan lebih 1500 orang. Majlis berlangsung dari pukul 8 hingga 11 malam.

Penerangan tentang proses pemilihan dan isu berkaitan diberikan oleh Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution. Dalam penerangan tersebut, beliau menegaskan bahawa pemilihan telah dijalankan sebaik mungkin dan 'kekecohan' yang berlaku semasa pemilihan telah diperbesar-besarkan oleh media pro kerajaan. Beliau juga menyatakan Jawatankuasa Pemilihan Pusat tidak berpihak kepada mana-mana calon seperti yang digembar-gemburkan.

Senator Dr Syed Husin Ali yang merupakan Timbalan Presiden pula menyatakan bahawa pemimpin yang tidak lagi sehaluan dengan matlamat parti yang mengutamakan rakyat boleh keluar jika itu yang mereka mahukan dan parti tidak akan menghalang mereka.


Azmin Ali yang menyatakan sokongan penuh beliau kepada kepimpinan Dato' Seri Anwar meminta supaya setelah proses pemilihan berakhir supaya 'trojan horse' dibersihkan daripada parti dan kesemua ahli parti bersatu semula dalam membawa aspirasi rakyat.

Pada malam ini juga, Azmin Ali telah menyatakan bahawa beliau akan memberi sokongan penuh kepada Tan Sri Dato Seri Khalid Ibrahim bagi mempertahankan negeri Selangor. Sokongan beliau kepada Dato' Menteri Besar secara terang terangan ini merupakan jawapan bagi wayang yang dimainkan oleh media pro kerajaan selama ini yang kononnya terdapat pertelingkahan oleh Azmin Ali dengan Tan Sri Khalid.
Tan Sri Khalid dalam ucapan beliau menekankan aspek setiakawan yang perlu diterapkan oleh semua ahli PKR.

Ucapan yang ditunggu-tunggu kemudiannya diberikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau menyatakan rasa kekecewaannya kepada pemimpin parti yang menggunakan media pihak lawan untuk mengkritik parti.

Dato' Seri Anwar turut menyatakan bahawa parti ini wujud bukan kerana beliau semata-mata tetapi adalah kerana kebangkitan rakyat melawan kezaliman kerajaan yang dipimpini Barisan Nasional. Paling penting diutamakan adalah rakyat dan bukannya kepentingan peribadi individu tertentu.


Majlis berakhir dengan ikrar menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Anwar oleh barisan kepimpinan serta semua yang hadir.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Dasar Pemberimilikan Tanah atau pengambilan tanah?

Posted: 02 Dec 2010 07:55 PM PST


LIHATLAH 'KEMEWAHAN'[ ORANG ASAL SETELAH 53 TAHUN UMNO/BN MEMERINTAH

1. Pada 4hb Disember 2009, Majlis Tanah Negara telah meluluskan suatu dasar pemberimilikan tanah. Dasar tersebut telah merujuk kepada Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965.




2. Didapati isi kandungan dasar tersebut bukan untuk menjaga kepentingan masyarakat Orang Asal tetapi telah dan dalam proses untuk mengambil tanah orang Asal yang sudah sekian lama diperuntukkan oleh nenek moyang mereka.




3. Buktinya:




a) Hanya ketua isi rumah (KIR) sahaja yang akan mendapat hakmilik tanah sekali seumur hidup. Bagaimana dengan Orang Asal yang tidak berkahwin? Ibu Tunggal?




b) Hak milik tersebut hanya akan diperuntukan kepada waris jika ada berlaku kematian sahaja. Tidak boleh menambah jumlah keluasan tanah yang telah diperuntukan.




c) Berapakah kelulusan tanahyang telah diperuntukan? Ya, dalam satu KIR hanya akan mendapat antara 2-6 ekar tanah sahaja. Jika ramai jumlah keluarga yang belum berkahwin bagaimana? Cubalah kita Orang Asal fikirkan bersama-sama.




d) Tapak rumah hanya 5000 kaki persegi atau hanya 1/4 ekarsahaja. Cukup ke untuk kita bahagikan kepada anak cucu kita nanti? Fikir-fikirkanlah wahai semua masyarakat Orang Asal.




e) Sekiranya anda sebagai orang Asal mempunyai keluasan tanah melebihi 6 ekar, anda hanya akan mendapat keluasan yang disaran sahaja. Manakala selebihnya akan diberikan kepada orang lain..apakah kesannya kepada hubungan masyarakat kita?




f) Yang paling utama wahai Orang Asal, jika berlaku masalah tanah ditempat kamu..kamu dilarang samasekali untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah apatah lagi mendapat pampasan yang setimpal..beringatlah wahai Orang Asal..




4) Siapa yang terlibat dengan merangka dasar tersebut?




a) Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dibawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dengan bebeapa wakil yang sangat mereka percayai.




b) Tiada langsung wakil komuniti akar umbi yang turut dibawa berbincang dalam mereka merangka dasar tersebut dan ini salah dari fahaman UNDRIP.




5) Apakah yang sebenarnya yang kita inginkan wahai masyarakat Orang Asal? Yea..kita hanya mahukan hak kita dikembalikan bukan diputar bukan diputarbelit sedemikian rupa..kerajaan yang bagaimana yang kita mahu untuk mengembalikan hak milik kita..adakah kerajaan yang sudah memperkotak katikan kita sejak 53 tahun Merdeka atau kerajaan yang sememangnya mahu memberi hak milik kita..fikir-fikirkanlah..




6) Ingatlah kita bukan memiliki apa yang telah nenek moyang kita perturunkan kepada kita..tetapi kita hanya meminjamkan kepada generasi masa depan kita untuk kita pertahankan dan perjuangan supaya mereka dapat menikmati sama rata apa yang nenek moyang kita telah turunkan kepada kita.




(Terbitan Parti Keadilan Rakyat).


Perlantikan Ketua Wanita Negeri Dalam PKR

Posted: 02 Dec 2010 07:33 PM PST

Pergerakan Wanita didalam PKR amatlah penting kerana disana letaknya gerak kerja yang berkesan jika wanitanya aktif untuk membangunkan parti.
Keputusan dem keputusan yang diambil didalam pelbagai perjumpaan mahu meletakkan wanita 30% peratus minima didalam pimpinan baik diperingkat Pusat, Negeri, Cabang dan Ranting.
Di peringkat Pusat, kuota 30% ini, Alhamdulillah telah pun tercapai, dan PKR bukan sahaja berjaya mencapai kuota 30% wanita, bahkan Presidennya adalah seorang Wanita dan dua dari Naib Presidennya adalah juga Wanita, manakala didalam Majlis Pimpinan Pusat begitu ketara kehadiran Wanita yang begitu hebat, dengan YB Elizabeth Wong memperolehi undi terbanyak untuk duduk didalam MPP.
Ini menunjukkan bahawa PKR menyedari bahawa lebih dari separuh penduduk Negara ini adalah Wanita, dan PKR meletakkan Wanita ditempat yang sangat bernilai didalam parti itu.
Namun begitu, perkara ini tidak menyeluruh hingga sampai kepada pimpinan Negeri, jauh sekali kepada pimpinan Cabang dan Ranting.
Sesetengah pimpinan Wanita Negeri tidak begitu pro-aktif, bahkan disesetengah Negeri, Cabang-Cabang nampak lebih bersinar daripada kepimpinan Wanita Negeri.
Ada disesetengah Negeri, Wanita yang dilantik menjadi Ketua Wanitanya di Negeri itu, tidak mempunyai organisasi Wanita di Cabangnya sendiri. Ketua seumpama itu tentulah tidak layak untuk pergi ke Cabang-Cabang Wanita dan menyeru agar Wanita di Cabang-Cabang bergerak aktif sedangkan ianya sendiri tidak mempunyai organisasi Wanita di Cabangnya sendiri.
Fasal 20.5 didalam Perlembagaan PKR memperuntukkan : "Ketua Wanita Keadilan mempunyai bidang kuasa untuk melantik Ketua Wanita Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan setelah mendapatkan nasihat daripada Pengerusi Negeri dan perundingan dengan Ketua-Ketua Wanita di Negeri-Negeri berkaitan dan Wilayah Persekutuan. Perundingan tersebut perlu dibuat didalam sesuatu mesyuarat setelah notis diberi kepada semua Ketua Wanita Cabang".
Maka, walaupun Ketua Wanita Pusat berkuasa melantik Ketua Wanita Negeri, perlantikan itu perlu dirojok juga kepada Pengerusi PKR Negeri untuk nasihat dan mendapat pandangan Ketua-Ketua Wanita diperingkat Cabang.
Itulah roh Perlembagaan parti dan itulah yang sewajarnya dilakukan oleh Ketua Wanita Pusat sebelum membuat perlantikan Ketua Wanita Negeri.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat

Posted: 02 Dec 2010 12:45 AM PST


KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'.

Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno.

Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995).

Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun.

"Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu.

"Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya.

Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor.

Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

"Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya.

Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

"Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa.

"Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya.

Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat.

Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno.

"Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar.

"Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya.

Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat.


Sumber: Harakah Daily

50 Marsyal Lancarkan Demo Air Ahad Ini

Posted: 02 Dec 2010 12:40 AM PST


SHAH ALAM 2 DIS : Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menjanjikan perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara pada Ahad ini akan berjalan lancar dengan bantuan 50 'marsyal demo' yang berpengalaman.

Katanya, mereka ini yang sudah lali dengan demonstrasi jalanan, akan memastikan proses penyerahan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor berjaya direalisasikan.

Sementara itu, beliau yang ditemui Tv Selangor selepas menyampaikan taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi berkata, beliau yakin penubuhan Gerakkan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS yang bakal menyerahkan memorandum pada hari sama sebagai sebagai modes operandi biasa Umno-Barisan Nasional(BN).

"Ini adalah modus operandi biasa yang dilakukan oleh Umno setiap mula kita hendak (turun ke jalan) sama seperti ketika BERSIH, mereka juga mengeluarkan cadangan kononnya turut menghantar memorandum.

"Bila kita rancang perhimpunan besar, ini cara dan strategi mereka. Saya yakin dan percaya tidak ada satu di antara mereka yang turun pun, mereka ini pasukan berbayar, yang mengikut keperluan tertentu," ujar Badrul lagi.

Tambahnya lagi, kumpulan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibantu oleh 50 'masyal demo' berpengalam sejak 1998, tidak akan akan terjejas dan mengganggu tugas kumpulan GAPS yang berbaju hitam.

"Mereka turun pun tidak menjadi masalah kerana kita kena menghargai demokrasi. Semua orang boleh bersuara tetapi hakikat yang sebenarnya yang pertama, kita kena turun beramai-ramai, turun dengan semangat dan yang ketiga, turun dengan disiplin," tambah Badrul.

Nasihat beliau, apa yang paling penting pada Ahad ini ialah para peserta demonstrasi mematuhi garis panduan yang ditetapkan untuk memudah dan melancarkan perjalanan seterusnya misi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dapat dilakukan dengan jayanya.

"Kita dalam mesyuarat penyelarasan telah meletakkan beberapa pelan tindakan tentang beberapa tindakan kejadian yang boleh berlaku, kedua kita juga telah menyediakan petugas yang terlatih yang berpengalaman dalam berdepan dengan demonstasi-demonstrasi besar ini.

Cuma arahan kepada semua ialah, turun dengan baju merah tetapi kalau tidak mahu memakai baju merah, berada sehampir mungkin dengan Masjid Negara dan yang lain kami akan beri arahan pada ketika itu.

Justeru beliau menggesa seluruh rakyat terutamanya generasi muda untuk bersama-sama mencipta sejarah turun ke jalanan bagi mempertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air.


Sumber: Suara Keadilan

Naik Caruman PERKESO: Rakyat Berhak Dapat Penjelasan

Posted: 02 Dec 2010 12:35 AM PST


SHAH ALAM 2 DIS : Rakyat bergelar pekerja harus mendapat penjelasan sewajarnya sekiranya benar kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan cadangan agar kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dinaikkan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pendekatan tersebut penting kerana ketiga-tiga pihak yang terbabit, iaitu pekerja, majikan dan pemerintah, mempunyai pengetahuan yang jelas tentang hal tersebut.

"Kalau ia benar-benar serius, maka perkara ini harus diberi perhatian.

"Biasanya hal-hal yang menyentuh tentang kepentingan pekerja ini, pandangan pihak-pihak yang berkenaan patut juga diambil," kata Syed Shahir, mengulaskenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menaikkan kadar caruman PERKESO.

Menurut Subramaniam, cadangan menaikkan kadar caruman tersebut berpunca daripada nilai pampasan yang dibayar pertubuhan itu kepada golongan pekerja yang meningkat setiap tahun.

Pada 2009 PERKESO terpaksa memperuntukkan sehingga RM1.4 bilion sebagai pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan berbanding kutipannya hanyalah sekitar RM1.8 bilion setahun.

Justeru menurut Syed Shahir, hal itulah yang perlu dijelaskan dan ia mestilah didatangkan dalam bentuk fakta mahupun kiraan yang tepat dan telus daripada pihak yang bertanggungjawab.

"Pihak pekerja harus ditanya pandangannya, kalau hendak naik ini, naik macam mana, apa kesannya itu yang pertama.

"Kalau sepertimana yang disebut, sekiranya caruman itu kurang daripada apa yang telah dibayar kepada pencarum atau pekerja yang mendapat kecelakaan atau kemalangan, orang ramai hendak tahu berapa yang telah dipungut dan berapa yang telah dibayar untuk kita membuat justifikasi kenapa kenaikan ini diperlukan," tambahnya lagi.

Walaupun menurut Subramaniam, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikan kadar caruman itu tersebut pada tahun ini, namun perkara ini harus diberi perhatian serius bermula sekarang, kata Syed Shahir.

Ia bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku kerana umum mengetahui PERKESO turut terlibat dalam pelaburan hartanah dan boleh mendatangkan pelbagai spekulasi di kemudian hari.

"Kita juga maklum, PERKESO atau SOCSO ini turut melabur dalam hartanah. Kita dapati misalnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PERKESO mempunyai bangunan-bangunan yang dibina dengan duit inilah (caruman pekerja).

"Jadilah tentulah dengan pelaburan ini ada perkiraan yang mana akan mendatangkan hasil kepada PERKESO sendiri.

"Jadi perlu diingatkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial ini dibina atau dibentuk untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja yang disebut sebagai orang yang diansurankan. Atas dasar itu ia bukanlah badan untuk membuat keuntungan," tegas Syed Shahir lagi.

Untuk rekod, tahun lalu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) telah mendakwa 160 majikan yang didapati gagal menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat.

Sementara kemalangan jalan raya membabitkan pekerja pula, menunjukkan sebanyak 55,186 kemalangan berlaku sepanjang tahun lepas.

Daripada jumlah itu, sebilangan besar adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sewaktu pergi dan balik kerja.


Sumber: TVSNEWS

Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura

Posted: 02 Dec 2010 12:30 AM PST


SHAH 2 DIS : Sekiranya rakyat Selangor terus berdiam diri dan membenarkan diri diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura.

Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan.

"Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura," kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam.

Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh kerajaan persekutuan dan syarikat kroninya, SYABAS dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan.

Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan dari penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang.

"Saya bagitahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO SYABAS, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda dari gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu.

Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun.

Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu
untuk meraih keuntungan berlipat ganda.

"Hebat tidak hebat SYABAS ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di SYABAS," kata beliau.

Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada
kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini.

"Polis menangkap orang di kawasan masjd bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram kerana hendak sampaikan hasrat penduduk di negeri Selangor," tambah Mohamad lagi.

Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat.

"Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-Barisan Nasional menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,"katanya.

Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, SYABAS menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan.

Malah SYABAS juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu.

"Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk hendak ugur rakyat negeri Selangor. Kata kalau kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan Rakyat tidak," tambahnya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Tembak Penjual Mi, Menteri Enggan Ulas

Posted: 02 Dec 2010 12:25 AM PST


KUALA LUMPUR 2 DIS: Kementerian Dalam Negeri hari ini enggan mengulas isu penjual mi, Ho Chei Hang, yang nyaris terbunuh selepas ditembak oleh anggota polis berpakaian preman berhampiran rumahnya di Kepong, 16 November lalu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein dalam sidang media berkata bagi isu yang melibatkan kes yang sensasi, kementeriannya akan berbincang dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi melantik jurucakap khas bagi menjawab isu tersebut.

"Saya tidak mahu kes-kes sensasi ini menengelamkan usaha yang lebih besar kita.

"Jadi...mungkin ada jurucakap khas untuk menjawab perkara-perkara yang terperinci seperti ini supaya pihak PDRM akan bertanggungjawab untuk memastikan siasatan telus dan apa yang dikeluarkan tidak menjejaskan siasatan," ujar beliau kepada pemberita, di Parlimen.

Sebelum itu, Ho,32, menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa.

Beliau membuat gesaan itu di dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur , semalam.

Dalam kejadian tersebut, Ho menceritakan bagaimana dua lelaki yang tidak dikenalinya tiba-tiba menjerit kepadanya ketika dia sedang memandu berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 6 petang, selepas menemui seorang kawan.

Ketika memusing kepala Ho berkata, individu tersebut mengeluarkan pistol lalu terus menembaknya.

Ho yang tercedera hilang kawalan keretanya lalu melanggar tembok rumah di depannya.

Selepas pelanggaran, katanya, pintu kereta terbuka dan dia tercampak ke dalam longkang tepi rumah tersebut.

Menurut Ho lagi, dia menggunakan seluruh tenaganya untuk memanjat keluar dari longkang, dan beberapa lelaki menghala muncung pistol ke kepalanya.

Ho, yang terpaksa dimasukkan selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur dibenarkan pulang Isnin lalu meskipun sebutir lagi peluru ditubuhnya masih belum dikeluarkan.


Sumber: TVSNEWS

Yusmadi: Dasar PTPTN Rencat Kemajuan Pelajar

Posted: 02 Dec 2010 12:20 AM PST


KUALA LUMPUR 2 DIS: Dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN)dibidas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai merencatkan kemajuan pelajar.

Berbahas di Parlimen hari ini, beliau menyifatkan skim hutang sedia-ada membunuh dinamik pelajar, Yusmadi menegaskan Kerajaan harus mengiktiraf hak warganegara kepada pendidikan berkualiti, dan menghapuskan PTPTN.

Pendidikan, tegas Yusmadi tidak sepatutnya membebankan, bahkan seharusnya mengangkat maruah umat, sebagai tujahan menghapuskan kemiskinan.

"Hak rakyat Malaysia didalam konteks pendidikan, pelajar dan bantuan pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak," kata Yusmadi.

"Pendekatan PTPTN telah membentuk generasi hutang yang membunuh motivasi pelajar tatkala tamat belajar," tambah beliau.

Yusmadi mencadangkan Kerajaan supaya mengambil serius desakan mahasiswa yang terhimpit dengan skim hutang ini.

Beliau berkata masanya tiba untuk kerajaan melaksanakan ikrar mendahulukan rakyat dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan.

"PTPTN perlu dihapuskan dan diganti dengan 'Biasiswa Rakyat', yang menyediakan bantuan pendidikan secara adil, tanpa mengira batas perkauman," tegas Yusmadi.

"Ia semata-mata bertujuan kearah memperkasakan pendidikan warga Malaysia," tambah beliau.


Sumber: TVSNEWS

TPM Cina: Yang penting bukan kaum, tapi sifat pemimpin, kata Aziz Bari

Posted: 02 Dec 2010 12:15 AM PST


KUALA LUMPUR 2 DIS: Lebih baik mempunyai pemimpin bukan Melayu yang menghormati perlembagaan daripada Melayu yang mencabuli hak rakyat dan Raja yang termaktub dalam dokumen itu, ujar pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa(UIA) itu juga mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi 'menghapuskan kuasa Agong', Malaysiakini melaporkan.

Ini menunjukkan bagaimana seorang Perdana Menteri Melayu sendiri boleh "menjadi sombong".

"Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba Perdana Menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih waspada dalam tindakan dan perilaku mereka," kata Aziz.

Beliau merujuk kepada rekod Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang memperkenalkan pelbagai skim kebajikan untuk penduduk negeri itu dengan sebilangan besar penerima bantuan merangkumi orang Melayu.

"Setakat ini Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz.

Dalam sidang akhbarnya semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk mempersoalkan hak kaum bukan Melayu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mewujudkannya.

"Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz.

"Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru.

"Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri."

Aziz juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada ada keperluan untuk mensyaratkan Melayu wajib memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara.

Sumber: TVSNEWS

Walau Dikritik KEADILAN Tetap Jalankan Pemilihan, Umno Awal Lagi Kecut Perut

Posted: 02 Dec 2010 12:10 AM PST

SNI18KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu.

Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail dalam sidang media di lobi Parlimen semalam berkata Najib bimbang pemilihan yang bakal diadakan itu menyebabkan parti itu menjadi kacau bilau dan porak-peranda.

"Kita tengok dalam Pakatan Rakyat, walaupun kita berdepan dengan suasana politik yang begitu ganas terutama layanan media perdana tetapi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tetap meneruskan pemilihan.

"DAP juga meneruskan pemilihan partinya sementara pemilihan PAS pula akan berlangsung pada bulan enam tahun depan. Saya difahamkan oleh rakan-rakan pimpinan dalam PAS, ianya akan berjalan mengikut jadual," kata saifuddin.

Ini membuktikan Pakatan Rakyat adalah parti yang menghormati hak anggota dan kita tidak menggunakan perlembagaan parti sebagai klausa jalan keluar untuk menyembunyikan kelemahan parti seperti mana yang dilakukan oleh Umno-BN.

"Najib cuba memberikan alasan bagi menggelakkan ketegangan tetapi jikalau betul Umno parti yang terkuat, kukuh dan bersatu-padu, Beliau sepatutnya tidak perlu bimbang bahawa proses pemilihan umno itu akan menyebabkan kacau-bilau dan porak-peranda.

"Ini sekaligus memberikan gambaran yang jelas tentang kedudukan sebenar umno sebagai satu parti yang sangat rapuh dan najib sendiri tidak mempercayai kematangan ahlinya melakukan pemilihan.

"Pemilihan umno hanya ditentukan oleh 60,000 daripada 3.4 juta ahlinya iaitu bersamaan 1.7 peratus berbanding pemilihan KEADILAN pula ditentukan melalui satu anggota, satu undi," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN.

Ujar Saifuddin, walaupun cuma segelintir sahaja ahli Umno yang terlibat, itu pun Najib tidak ada keyakinan bahawa perjalanan pemilihan itu boleh diadakan dengan baik.

Rekod Umno mengada pemilihan juga jauh lebih buruk apabila dalam mesyuarat sebuah bahagian Umno di Kelantan sebelum ini hanya boleh dihentikan melalui tembakan pistol di udara.

"Bayangkanlah keadaan yang akan mereka lalui, dan sebab itulah diarahkan Utusan dan media Umno yang lain berhabis-habisan menyerang PKR, di mana pada masa yang sama Najib pula berasa bimbang untuk meneruskannya pemilihan dalam partinya sendiri," ujar Saifuddin lagi.


Sumber: Suara Keadilan

Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno

Posted: 02 Dec 2010 12:05 AM PST

azan15KUALA LUMPUR 2 Dis - Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail membidas tindakan tersebut dengan berkata badan itu telah lari daripada tujuan asal yang kononnya untuk menaikkan kedudukan dan mempertahankan orang Melayu.

"Perkasa asalnya satu kumpulan yang berasal daripada Umno yang diketuai oleh Datuk Ibrahim Ali yang mendapat kepercayaan untuk menarik minat ahli Umno untuk menganggotainya.

"Perkasa telah menyebabkan Umno semakin hari semakin lemah kerana tugasnya telah diambil alih dan sejak kebelakangan ini peranannnya telah melebihi had.

"Dulu orang yang tidak berminat menyertai Umno akan menyertai Perkasa dengan harapan selepas itu mereka akan menyertai Umno.

"Tapi apabila Perkasa menunjukkan sikap biadabnya dan tidak lagi diwakili oleh orang yang berfikiran yang terang, bagus yang boleh dibanggakan oleh orang Melayu," kata Azan.

Tambah beliau Perkasa kini diwakili oleh seorang 'budak' yang mempunyai pemikiran tidak tentu hala yang melabelkan orang lain sebagai pelacur di mana masyarakat Melayu menganggapnya sebagai biadap.

"Melabel orang sebagai pelacur lebih buruk daripada mengata seseorang itu makan babi. Orang Melayu terutamanya tidak boleh menerima jika seseorang wanita dilabelkan sebagai pelacur, kerana orang tahu, wanita ini lambangnya adalah ibu.

"Apa kata kalau orang lain pula kata ibu dia pelacur, apa dia rasa? Dia senang saja kata orang ini pelacur ekonomi, orang itu pelacur politik, tidak gunakan akal yang dikurniakan Allah," tegas beliau.

Ketua Pemuda Perkasa ini ujar Azan seorang 'budak' yang baru hendak memahami tentang ilmu politik dan bukan seorang terpelajar dan berkedudukan tinggi dalam bidang ilmu.

"Agak malang bagi Perkasa kerana membiarkan seorang budak yang mulutnya celabir, menggunakan pentas Perkasa dan melabelkan orang dengan perkataan yang buruk menyebabkan masyarakat memandang rendah seluruh institusi Perkasa dan meletakkan taraf seperti orang ini," ujarnya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.


Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Naik Harga Petrol Untuk Isu Kantung PRU-13

Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST

PetrolKUALA LUMPUR 2 Dis - Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba Ahad malam lalu bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangkakan Mac tahun depan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang melahirkan kebimbangannya berkata tindakan itu akan menyebabkan rakyat makin sengsara menanggung beban tersebut.

"Dulu kerajaan Umno-BN beri alasan terpaksa menaikkan harga petrol kononnya disebabkan harga bahan mentah itu di pasaran dunia.

"Alasan yang kedua selalu diberikan adalah apabila kadar pertukaran asing melibatkan mata wang Amerika Syarikat telah meningkat. Jadi untuk tidak menanggung kerugian maka kerajaan kata kita terpaksa menaikkan harga petrol," kata Azan ketika ditemui di Parlimen semalam.

Apa yang memusykilkan kata beliau, kedua-dua perkara tersebut tidak berlaku.

"Dari segi pertukaran asing, ringgit Malaysia lebih kuat maka bermakna sepatutnya kita lagi untung kerana nilai dollar AS jatuh.

"Yang kedua, tidak berlaku pun kenaikan harga minyak yang besar atau serta merta di pasaran dunia.

"Ini merupakan tanda-tanda Umno-BN bersiap-sedia mengumpul dana dengan tujuan mengadakan pilihan raya," jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa pula berkata beliau telah menjangkakan kenaikan tersebut apabila kerajaan Umno-BN menstrukturkan semula subsidi.

"Hasil daripada kesan penstrukturan semula akan menyebabkan harga minyak akan naik dan sudah tentu membebankan orang ramai.

"Ada banyak pendekatan yang banyak dilakukan, sama ada jangka panjang atau pendek. Jangka pendek adalah penstrukturan subsidi minyak kita cadangkan jangan membabitkan semua orang.

Contohnya kata beliau adalah orang berhak mendapat subsidi sepatutnya dikekalkan dan yang berpendapatan tinggi, pemotongan subsidi itu boleh dibuat.

"Bagi orang yang benar-benar perlu subsidi, layaklah dia dapat dan orang yang tidak perlu, oklah dia mampu naik berapa sen pun tapi dari segi bebanan kesan kitarannya harga barang akan naik yang akhirnya longgokan bebanan itu diserahkan semula kepada pengguna.

"Malah, saya lihat 'trend' harga minyak akan meningkat dan kita jangkakan ianya akan naik lagi sikit demi sedikit kesan daripada penstrukturan semula subsidi tersebut," kata Dr Mujahid.

Umno-BN menaikkan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.15 kepada RM2.30 seliter yang berkuatkuasa tengah malam Isnin.

Sebelum ini, pada 1 November lepas, harga petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM2.15.


Sumber: SuaraKeadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


MASTER AL-PUTARI !!

Posted: 01 Dec 2010 11:34 PM PST

Ayoyo..kasi sikit putar lah Jijah..kasi cerita saya tuhan punya woranglah!!

Salam 2 all.

Teman melihat isu Ketuanan Melayu yang diputarkan oleh Anwar sebagai satu langkah bijak beliau untuk memutar belitkan keadaan yang semakin menekan beliau yang tersepit dengan isu Ketuanan Anwar yang cuba dibina didalam PKR; yang tembelang kehanyirannya sudah pecah dihidu rakyat jelata!

Sudah menjadi pengetahuan umum betapa banyaknya aduan dan komplen oleh para calon, kepimpinan, cabang dan ahli akar umbi PKR mengenai manipulasi, penipuan, pembohongan dan penyelewengan proses pemilihan PKR baru-baru ini semata-mata untuk memastikan Dinasti 3A terus menguasai PKR dan pakatan pembangkang. Konspirasi untuk melahirkan dinasti baru Ketuanan Anwar.

Dan apabila tembelang busuknya pecah hanyir, Anwar cuba mengalihkan tekanan dengan memainkan isu lain, isu Ketuanan Melayu. Isu Kitsiang jantan rasis dan cauvinis sebagai Timbalan Perdana Menteri. Isu yang Anwar Master Al-Putari tahu sangat sensitif kepada orang Melayu, yang akan mengundang reaksi umat Islam bangsa Melayu. Anwar pakar putar, "master spinners", dia tahu apa yang dia putarkan. Walaupun seluruh rakyat yang peka sejarah tahu bahawa yang memperkudakan isu Ketuanan Melayu dahulu semasa didalam UMNO sebenarnya Anwar sendiri.

Slogan Ketuanan Melayu yang Anwar terjemahkan dalam bentuk "pink form" masih lagi diingati ramai. Berapa ramai rakan taulan dan kroni yang mendapat habuan pink form dibawah slogan Ketuanan Melayu. Ramai kenalan yang dulu hanya mampu berdengkor atas kerusi rotan tiba-tiba boleh bermimpi diatas sofa kulit Itali! Kini dimainkan pula isu Ketuanan Melayu untuk mengalihkan tumpuan daripada agenda konspirasi Ketuanan Anwar yang bau hanyirnya sudah mula dihidu rakyat!

Sebab itu teman menasihatkan semua pihak supaya jangan terpedaya dengan mainan Anwar. Beliau adalah "master spinner", pakar putar alam yang hebat dan memukau golongan kalkatu. Dia yang reka cerita karut itu, dia putarkan sampai lunyai, akhirnya dia sendiri yang percaya! Ini disebut penyakit "psychopathic" - orang yang terlalu kuat berputar akhirnya dia terpedaya dengan putar alamnya sendiri!! Spesis saperti ini sangat merbahaya kepada kemanusiaan.

Contoh terbaik ialah Master Goebbel, Menteri Propaganda dan pakar putar Hitler yang melahirkan satu pepatah "jika mahu orang mempercayai sesuatu pembohongan, ulang-ulangkan pembohongan itu. Lagi banyak kita bohong dan putar, lagi mudah orang nak percaya. Lagi besar pembohongan dan pemutarannya, lagi besar kesannya". Bakat seni putar alam ini memang teman akui adalah kepakaran semulajadi Anwar.

Sebab itu teman pernah sebut kepada kekawan, kalau dalam penjara selama 6 tahun pun Anwar boleh putar kita, apatah lagi kalau dia diluar. Tun Mahathir yang dikatakan lagi bijak daripada Yahudi tu pun Anwar boleh putarbelitkan selama lebih 20 tahun. Terkedu orang tua tu bila akhirnya tersedar dari putar belit Anwar. Nasib baik Tun mahu sedar, kalau tak apa nak jadi pada rakyat dan negara ini entahlah, wallahua'lam ALLAH aje yang tahu.

Dan yang merbahayanya spesis saperti ini, pembohongan dan putar alam itu sudah menjadi begitu sebati dengan mereka. Bila pembohongan itu terbongkar dia boleh buat muka sardin macam takde apa-apa berlaku. Cuba tengok Anwar, satu dunia tahu dia berbohong pasal 16 Sept, tetapi dia boleh terus berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dan lebih malang, ada golongan pak jangoat dan pak kalkatu yang masih taksub mempercayainya walaupun terang-terang dah kena kencing dengan pembohongan Anwar!!

Jadi nasihat teman, jangan termakan isu Ketuanan Melayu ini. Ianya hanya helah Anwar untuk mengalihkan isu tembelang hanyir yang pecah semasa proses pemilihan PKR baru-baru ini. Teman dengar cerita ramai kepimpinan dan ahli PKR pun terkedu bila membaca teks ucapan Presiden Wan Azizah baru-baru ini. Dengar kisahnya teks itu disediakan oleh rakan rapat penyembah Anwar. Dan apabila sang isteri yang taat membaca teks tersebut dan bila tiba peringkat "mempertuhankan Anwar", ramai yang terkedu dan terkejut.

Wan Azizah teman tak tahulah samada dia sendiri terkedu atau terkejut. Yang teman tahu, Wan Azizah memang cukup tahu banyak rahsia Anwar. Teman takde lah nak dedahkan apa yang pernah Wan Azizah cerita kat teman. Tapi teman heran Wan Azizah boleh mengaku Anwar anugerah tuhan. Samada Wan Azizah main baca teks sahaja ke, atau tengah mengigau, atau terperangkap dengan teks itu, atau memang Wan Azizah sendiri memang percaya, wallahua'lam. Cuma bila mengingatkan apa yang Wan Azizah pernah cerita dan cakap sendiri teman boleh senyum sumbin je lah yop!

Tapi kepimpinan dan ahli akar umbi ramai yang angkat kening tersenyum pahit!! Tapi apa nak buat yop, dah dibaca sang Presiden yang menang free, dengar aje lah yop. Sekarang mereka dah terperangkap, mereka sudah "mempertuhankan Anwar". Nanti lain kali nak melawan atau menegur dah tak boleh. Mane boleh tegur atau lawan anugerah tuhan yop. Neraka namanya!! Bayangkan kalau ahli sendiri pun kena putar, apatah lagi puak jangoat dan kalkatu yang sudah mabuk kuasa, lagi senang diputar-putarin pak!! Sampai Anwar putar nak lantik jantan cauvinis dan rasis jadi TPM pun pak janghoat hangguk sampai tercabut turbannya yop!! Nasyib kau lah yeh!!

Selamat diputarin dong!!

Adios amigos, grasius senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Zulhijjah 1431
02 Dis 2010

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Penyerahan Memorandum “Kembalikan Hak Air kepada Rakyat”

Posted: 02 Dec 2010 05:20 PM PST

Tolak Syabas yang naikkan air, Sokong kerajaan Selangor beri air percuma

Mari bersama-sama menyokong turunkan harga air di Selangor dengan turut serta dalam Penyerahan Memorandum “Kembalikan Hak Air kepada Rakyat” kepada YDP Agong pada:

Tarikh:   5 hb Disember 2010, Ahad

Masa:     12 tengahari

Tempat berkumpul: Masjid Negara dan berarak ke Istana Negara bersama-sama YAB Menteri Besar Selangor

Mari turun beramai-ramai demi mempertahankan hak rakyat Selangor dan Kuala Lumpur kepada harga air yang tidak membebankan!