Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat
- 50 Marsyal Lancarkan Demo Air Ahad Ini
- Naik Caruman PERKESO: Rakyat Berhak Dapat Penjelasan
- Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura
- Tembak Penjual Mi, Menteri Enggan Ulas
- Yusmadi: Dasar PTPTN Rencat Kemajuan Pelajar
- TPM Cina: Yang penting bukan kaum, tapi sifat pemimpin, kata Aziz Bari
- Walau Dikritik KEADILAN Tetap Jalankan Pemilihan, Umno Awal Lagi Kecut Perut
- Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno
- Umno-BN Naik Harga Petrol Untuk Isu Kantung PRU-13
Di mana Umno kuat, di situ Melayu merempat Posted: 02 Dec 2010 12:45 AM PST KUALA LUMPUR, 2 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, sebenarnya slogan Umno 'Hidup Melayu' perlu ditukar kepada slogan sebaliknya iaitu 'Di mana Umno Kuat, Di situ Melayu Merempat'. Ini, katanya kerana banyak kawasan tanah milik orang Melayu disebabkan Umno. Katanya, pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3 juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Ini, katanya bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. "Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang Melayu. "Kalau tidak disekat, maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja," ujarnya. Tambahnya, pada 13 Jun 2008 akhbar Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. "Ini siapa punya angkara? Pakatan Rakyat atau Umno?" soalnya. Di samping itu, menurutnya, Umno sebagai tonggak BN akan membuat apa sahaja untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. "Semua diktator di dunia, perkara yang paling mereka gerun ialah seksa di dunia, iaitu hilang kuasa. "Pemimpin Umno semakin gelisah untuk menghadapi hari-hari tua yang berada di hujung senja," ujarnya. Katanya, puas mereka memutar isu untuk meyakinkan rakyat walaupun terkena di batang hidung mereka melalui pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, isu yang rancak dimainkan di dalam media ialah isu Melayu semakin terhakis kerana Pakatan Rakyat semakin kuat, dan Umno pula tidak larat. Mereka, katanya menggunakan media televisyen terutamanya untuk menggambarkan bahawa yang boleh menjaga kepentingan Melayu dan Islam ialah Umno. "Pemimpin Umno silap, dunia sudah berubah dan rakyat sudah celik sejarah terutama mereka yang terpelajar. "Mereka yang buta maklumat semakin pupus di atas dunia ini, insya Allah generasi yang celik maklumat akan membuat perhitungan dengan pemimpin Umno," katanya. Tegasnya, generasi itu tidak akan membiarkan setengah abad kedua negara ini diperintah oleh perakus harta negara yang merompak secara terhormat. Sumber: Harakah Daily |
50 Marsyal Lancarkan Demo Air Ahad Ini Posted: 02 Dec 2010 12:40 AM PST SHAH ALAM 2 DIS : Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menjanjikan perhimpunan membantah kenaikan harga air di Masjid Negara pada Ahad ini akan berjalan lancar dengan bantuan 50 'marsyal demo' yang berpengalaman. Katanya, mereka ini yang sudah lali dengan demonstrasi jalanan, akan memastikan proses penyerahan memorandum dan petisyen 100,000 rakyat Selangor berjaya direalisasikan. Sementara itu, beliau yang ditemui Tv Selangor selepas menyampaikan taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi berkata, beliau yakin penubuhan Gerakkan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS yang bakal menyerahkan memorandum pada hari sama sebagai sebagai modes operandi biasa Umno-Barisan Nasional(BN). "Ini adalah modus operandi biasa yang dilakukan oleh Umno setiap mula kita hendak (turun ke jalan) sama seperti ketika BERSIH, mereka juga mengeluarkan cadangan kononnya turut menghantar memorandum. "Bila kita rancang perhimpunan besar, ini cara dan strategi mereka. Saya yakin dan percaya tidak ada satu di antara mereka yang turun pun, mereka ini pasukan berbayar, yang mengikut keperluan tertentu," ujar Badrul lagi. Tambahnya lagi, kumpulan yang diketuai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dibantu oleh 50 'masyal demo' berpengalam sejak 1998, tidak akan akan terjejas dan mengganggu tugas kumpulan GAPS yang berbaju hitam. "Mereka turun pun tidak menjadi masalah kerana kita kena menghargai demokrasi. Semua orang boleh bersuara tetapi hakikat yang sebenarnya yang pertama, kita kena turun beramai-ramai, turun dengan semangat dan yang ketiga, turun dengan disiplin," tambah Badrul. Nasihat beliau, apa yang paling penting pada Ahad ini ialah para peserta demonstrasi mematuhi garis panduan yang ditetapkan untuk memudah dan melancarkan perjalanan seterusnya misi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dapat dilakukan dengan jayanya. "Kita dalam mesyuarat penyelarasan telah meletakkan beberapa pelan tindakan tentang beberapa tindakan kejadian yang boleh berlaku, kedua kita juga telah menyediakan petugas yang terlatih yang berpengalaman dalam berdepan dengan demonstasi-demonstrasi besar ini. Cuma arahan kepada semua ialah, turun dengan baju merah tetapi kalau tidak mahu memakai baju merah, berada sehampir mungkin dengan Masjid Negara dan yang lain kami akan beri arahan pada ketika itu. Justeru beliau menggesa seluruh rakyat terutamanya generasi muda untuk bersama-sama mencipta sejarah turun ke jalanan bagi mempertahankan hak asas bagi mendapat bekalan air. Sumber: Suara Keadilan |
Naik Caruman PERKESO: Rakyat Berhak Dapat Penjelasan Posted: 02 Dec 2010 12:35 AM PST SHAH ALAM 2 DIS : Rakyat bergelar pekerja harus mendapat penjelasan sewajarnya sekiranya benar kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan cadangan agar kadar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) dinaikkan dalam tempoh dua tahun akan datang. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pendekatan tersebut penting kerana ketiga-tiga pihak yang terbabit, iaitu pekerja, majikan dan pemerintah, mempunyai pengetahuan yang jelas tentang hal tersebut. "Kalau ia benar-benar serius, maka perkara ini harus diberi perhatian. "Biasanya hal-hal yang menyentuh tentang kepentingan pekerja ini, pandangan pihak-pihak yang berkenaan patut juga diambil," kata Syed Shahir, mengulaskenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan cadangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk menaikkan kadar caruman PERKESO. Menurut Subramaniam, cadangan menaikkan kadar caruman tersebut berpunca daripada nilai pampasan yang dibayar pertubuhan itu kepada golongan pekerja yang meningkat setiap tahun. Pada 2009 PERKESO terpaksa memperuntukkan sehingga RM1.4 bilion sebagai pampasan kepada pekerja yang terlibat dalam kemalangan berbanding kutipannya hanyalah sekitar RM1.8 bilion setahun. Justeru menurut Syed Shahir, hal itulah yang perlu dijelaskan dan ia mestilah didatangkan dalam bentuk fakta mahupun kiraan yang tepat dan telus daripada pihak yang bertanggungjawab. "Pihak pekerja harus ditanya pandangannya, kalau hendak naik ini, naik macam mana, apa kesannya itu yang pertama. "Kalau sepertimana yang disebut, sekiranya caruman itu kurang daripada apa yang telah dibayar kepada pencarum atau pekerja yang mendapat kecelakaan atau kemalangan, orang ramai hendak tahu berapa yang telah dipungut dan berapa yang telah dibayar untuk kita membuat justifikasi kenapa kenaikan ini diperlukan," tambahnya lagi. Walaupun menurut Subramaniam, kerajaan tidak berhasrat untuk menaikan kadar caruman itu tersebut pada tahun ini, namun perkara ini harus diberi perhatian serius bermula sekarang, kata Syed Shahir. Ia bagi mengelakkan sebarang salah faham berlaku kerana umum mengetahui PERKESO turut terlibat dalam pelaburan hartanah dan boleh mendatangkan pelbagai spekulasi di kemudian hari. "Kita juga maklum, PERKESO atau SOCSO ini turut melabur dalam hartanah. Kita dapati misalnya di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur PERKESO mempunyai bangunan-bangunan yang dibina dengan duit inilah (caruman pekerja). "Jadilah tentulah dengan pelaburan ini ada perkiraan yang mana akan mendatangkan hasil kepada PERKESO sendiri. "Jadi perlu diingatkan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial ini dibina atau dibentuk untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja yang disebut sebagai orang yang diansurankan. Atas dasar itu ia bukanlah badan untuk membuat keuntungan," tegas Syed Shahir lagi. Untuk rekod, tahun lalu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) telah mendakwa 160 majikan yang didapati gagal menyediakan persekitaran pekerjaan yang selamat. Sementara kemalangan jalan raya membabitkan pekerja pula, menunjukkan sebanyak 55,186 kemalangan berlaku sepanjang tahun lepas. Daripada jumlah itu, sebilangan besar adalah membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal sewaktu pergi dan balik kerja. Sumber: TVSNEWS |
Jika Tidak Halang SYABAS: Air Selangor Lebih Mahal Dari Singapura Posted: 02 Dec 2010 12:30 AM PST SHAH 2 DIS : Sekiranya rakyat Selangor terus berdiam diri dan membenarkan diri diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan pusat, maka tidak mustahil harga air di negeri ini akan menyamai atau melebihi harga air di Singapura. Demikian kata Ahli Jawatankuasa, Mohamad Sabu dalam taklimat "Kembalikan Hak Air Rakyat Selangor" malam tadi, sambil mengingatkan rakyat di Selangor, agar tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku kerana air adalah keperluan awam, dan tidak wajar dikawal oleh pihak berkepentingan. "Dengan keadaan itu, air di Selangor barangkali sama atau lebih mahal daripada air di Singapura," kata Mohamad kepada kira-kira 400 penduduk di Batu Tiga Shah Alam. Mohamad Sabu yang juga Ahli Lembaga Pengarah Pembekalan Air di Pulau Pinang turut mengingatkan rakyat Selangor agar tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh kerajaan persekutuan dan syarikat kroninya, SYABAS dengan fakta-fakta yang sengaja diada-adakan. Beliau juga mahu rakyat Selangor memahami siapa sebenarnya yang mendapat keuntungan dari penswastaan air di Selangor, dengan membandingkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) konsesi air di negeri ini dengan Pulau Pinang. "Saya bagitahu Ketua Menteri Pulau Pinang, CEO SYABAS, gajinya RM425 ribu sebulan. Ertinya 40 kali ganda daripada CEO air di Pulau Pinang. Dan sudah tentulah berkali-kali ganda dari gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, dan yang paling tinggi lebih daripada gaji dan elaun Yang di-Pertuan Agong. Menurut Mohamad lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil pendekatan mesra rakyat dengan tidak menaikkan harga air namun hanya mengenakan surcaj kepada pengguna domestik yang menggunakan iar melebihi kadar sepatutnya bermula 1 November lalu. Bahkan, tanpa menaikkan harga air sebelum ini, syarikan pembekalan air di negeri berkenaan berjaya meraih keuntungan di antara RM20 hingga RM24 juta setahun. Namun di Selangor pula, situasinya berbeza kata Mohamad apabila industri air yang diswastakan sejak puluhan tahun lalu dijadikan lubuk kepada pihak tertentu untuk meraih keuntungan berlipat ganda. "Hebat tidak hebat SYABAS ini, walaupun berhutang dengan pelbagai agensi lebih kurang RM6 bilion, tetapi masih boleh membayar gaji CEO nya sebanyak RM425 ribu sebulan dengan pelbagai bonus lain yang diberi kepada orang-orang atas yang berada di SYABAS," kata beliau. Justeru Mohamad Sabu menyeru seluruh rakyat Selangor segera bertindak menghapuskan sistem monopoli terhadap industri air di Selangor dengan bersama-sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Ahad ini untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Beliau juga menasihati rakyat supaya tidak takut dengan sebarang tindakan kerana katanya perhimpunan aman adalah sesuatu yang dibenarkan, merujuk kepada kesnya dalam dakwaan menyertai perhimpunan awam yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH) sebelum ini. "Polis menangkap orang di kawasan masjd bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan, tidak perlu takut kerana kita bukan pergi untuk bergaduh dengan sesiapa tetapi kita pergi dengan cara paling aman, paling tenteram kerana hendak sampaikan hasrat penduduk di negeri Selangor," tambah Mohamad lagi. Sementara itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, tindakan Umno-Barisan Nasional menswastakan air di Selangor merupakan satu perbuatan yang menzalimi rakyat. "Itulah sebabnya kita membantah kerana kita tahu keputusan Umno-Barisan Nasional menswastakan air ini merupakan satu tindakan yang zalim,"katanya. Justeru tambahnya, walaupun kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat berusaha keras untuk menyelesaikan masalah dengan menawarkan membeli syarikat konsesi air tesebut dengan bayaran lumayan dan membatalkan perjanjian konsesi sebelum ini, SYABAS menolaknya dan tindakan tersebut disokong oleh Kerajaan Persekutuan. Malah SYABAS juga tidak berpuas hati setelah kerajaan negeri berjaya menghalang kenaikan 37 peratus harga air pada tahun lalu. "Dia akan gunakan isu konsesi air ini untuk hendak ugur rakyat negeri Selangor. Kata kalau kerajaan Barisan Nasional memerintah, kita akan serahkan konsesi air ini balik kepada kerajaan negeri tapi kalau Pakatan Rakyat tidak," tambahnya lagi. Sumber: TVSNEWS |
Tembak Penjual Mi, Menteri Enggan Ulas Posted: 02 Dec 2010 12:25 AM PST KUALA LUMPUR 2 DIS: Kementerian Dalam Negeri hari ini enggan mengulas isu penjual mi, Ho Chei Hang, yang nyaris terbunuh selepas ditembak oleh anggota polis berpakaian preman berhampiran rumahnya di Kepong, 16 November lalu. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein dalam sidang media berkata bagi isu yang melibatkan kes yang sensasi, kementeriannya akan berbincang dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu bagi melantik jurucakap khas bagi menjawab isu tersebut. "Saya tidak mahu kes-kes sensasi ini menengelamkan usaha yang lebih besar kita. "Jadi...mungkin ada jurucakap khas untuk menjawab perkara-perkara yang terperinci seperti ini supaya pihak PDRM akan bertanggungjawab untuk memastikan siasatan telus dan apa yang dikeluarkan tidak menjejaskan siasatan," ujar beliau kepada pemberita, di Parlimen. Sebelum itu, Ho,32, menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa. Beliau membuat gesaan itu di dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibupejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur , semalam. Dalam kejadian tersebut, Ho menceritakan bagaimana dua lelaki yang tidak dikenalinya tiba-tiba menjerit kepadanya ketika dia sedang memandu berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 6 petang, selepas menemui seorang kawan. Ketika memusing kepala Ho berkata, individu tersebut mengeluarkan pistol lalu terus menembaknya. Ho yang tercedera hilang kawalan keretanya lalu melanggar tembok rumah di depannya. Selepas pelanggaran, katanya, pintu kereta terbuka dan dia tercampak ke dalam longkang tepi rumah tersebut. Menurut Ho lagi, dia menggunakan seluruh tenaganya untuk memanjat keluar dari longkang, dan beberapa lelaki menghala muncung pistol ke kepalanya. Ho, yang terpaksa dimasukkan selama 11 hari di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur dibenarkan pulang Isnin lalu meskipun sebutir lagi peluru ditubuhnya masih belum dikeluarkan. Sumber: TVSNEWS |
Yusmadi: Dasar PTPTN Rencat Kemajuan Pelajar Posted: 02 Dec 2010 12:20 AM PST KUALA LUMPUR 2 DIS: Dasar yang dibuat oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara(PTPTN)dibidas Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff sebagai merencatkan kemajuan pelajar. Berbahas di Parlimen hari ini, beliau menyifatkan skim hutang sedia-ada membunuh dinamik pelajar, Yusmadi menegaskan Kerajaan harus mengiktiraf hak warganegara kepada pendidikan berkualiti, dan menghapuskan PTPTN. Pendidikan, tegas Yusmadi tidak sepatutnya membebankan, bahkan seharusnya mengangkat maruah umat, sebagai tujahan menghapuskan kemiskinan. "Hak rakyat Malaysia didalam konteks pendidikan, pelajar dan bantuan pendidikan adalah hak asasi manusia yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak," kata Yusmadi. "Pendekatan PTPTN telah membentuk generasi hutang yang membunuh motivasi pelajar tatkala tamat belajar," tambah beliau. Yusmadi mencadangkan Kerajaan supaya mengambil serius desakan mahasiswa yang terhimpit dengan skim hutang ini. Beliau berkata masanya tiba untuk kerajaan melaksanakan ikrar mendahulukan rakyat dan slogan 1 Malaysia yang diuar-uarkan. "PTPTN perlu dihapuskan dan diganti dengan 'Biasiswa Rakyat', yang menyediakan bantuan pendidikan secara adil, tanpa mengira batas perkauman," tegas Yusmadi. "Ia semata-mata bertujuan kearah memperkasakan pendidikan warga Malaysia," tambah beliau. Sumber: TVSNEWS |
TPM Cina: Yang penting bukan kaum, tapi sifat pemimpin, kata Aziz Bari Posted: 02 Dec 2010 12:15 AM PST KUALA LUMPUR 2 DIS: Lebih baik mempunyai pemimpin bukan Melayu yang menghormati perlembagaan daripada Melayu yang mencabuli hak rakyat dan Raja yang termaktub dalam dokumen itu, ujar pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa(UIA) itu juga mengimbau kembali bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengusahakan pindaan perlembagaan pada tahun 1994 bagi 'menghapuskan kuasa Agong', Malaysiakini melaporkan. Ini menunjukkan bagaimana seorang Perdana Menteri Melayu sendiri boleh "menjadi sombong". "Mungkin sudah tiba masanya untuk mencuba Perdana Menteri Cina! Menurut logik, pihak yang datang daripada golongan minoriti akan jadi lebih waspada dalam tindakan dan perilaku mereka," kata Aziz. Beliau merujuk kepada rekod Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang memperkenalkan pelbagai skim kebajikan untuk penduduk negeri itu dengan sebilangan besar penerima bantuan merangkumi orang Melayu. "Setakat ini Lim Guan Eng belum melakukan 'dosa' seperti Mahathir selama 22 tahun pemerintahannya," kata Dr Abdul Aziz. Dalam sidang akhbarnya semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk mempersoalkan hak kaum bukan Melayu untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri. Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Dr Abdul Aziz mendedahkan jawatan nombor dua itu sendiri sebenarnya tidak disebut dalam perlembagaan dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk mewujudkannya. "Jawatan timbalan perdana menteri ini dikira ciptaan Umno. Mereka menganggapkanya sebagai jawatan untuk timbalan presiden Umno dan (sebagai) pengganti perdana menteri," kata Dr Abdul Aziz. "Kenapa Pakatan Rakyat patut ikut gaya mereka. Anwar betul ketika memberikan respons terhadap isu ini; Pakatan patut mulakan budaya politik baru. "Nik Aziz juga betul dan patut dipuji kerana mengatakan Lim Kit Siang boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri." Aziz juga memberitahu, perlembagaan meletakkan hal ehwal Melayu di bawah kuasa Raja-raja, yang menunjukkan tiada ada keperluan untuk mensyaratkan Melayu wajib memegang tampuk tinggi kekuasaan dalam negara. Sumber: TVSNEWS |
Walau Dikritik KEADILAN Tetap Jalankan Pemilihan, Umno Awal Lagi Kecut Perut Posted: 02 Dec 2010 12:10 AM PST KUALA LUMPUR 2 Dis - Keputusan Umno menangguhkan pemilihan jawatan di peringkat cawangan, bahagian dan pusat memberikan gambaran parti itu berada di dalam keadaan yang cukup lemah serta ketidakyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap keupayaan ahlinya untuk melalui proses demokrasi dalam parti itu. Sumber: Suara Keadilan |
Kenyataan Biadap Perkasa Parahkan Lagi Imej Umno Posted: 02 Dec 2010 12:05 AM PST KUALA LUMPUR 2 Dis - Orang Melayu sepatutnya bimbang dengan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) yang dilihat menarik seluruh institusi Melayu ke tahap yang lebih hina daripada sekarang apabila mengelar Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai 'pelacur politik'. Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Naik Harga Petrol Untuk Isu Kantung PRU-13 Posted: 02 Dec 2010 12:00 AM PST KUALA LUMPUR 2 Dis - Kenaikkan harga petrol yang diumumkan secara tiba-tiba Ahad malam lalu bertujuan mengisi kantung Umno-Barisan Nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangkakan Mac tahun depan. Sumber: SuaraKeadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan