Khamis, 25 November 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Prihatin Bantu Rakyat Miskin

Posted: 25 Nov 2010 01:19 AM PST

SHAH ALAM, 25 Nov – Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak prihatin membantu rakyat miskin adalah tidak tepat  tegas Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A. Xavier Jayakumar.

Menurut Dr Xavier kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor setiap tahun untuk membiayai gaji dan emolumen kakitangan. Kerajaan negeri juga turut menyalurkan peruntukan bagi program bantuan, iaitu bantuan am, bantuan latihan aperantis dan bantuan bencana.

"Peruntukan yang diberikan adalah tidak kurang daripada RM10 juta setiap tahun dan kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta pada tahun 2009, dan RM7 juta pada tahun ini menjadikan jumlah peruntukan yang disalurkan adalah hampir RM20 juta setiap tahun," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

"Pada tahun 2010 seramai 32,377 orang telah menerima bantuan kerajaan negeri dan peruntukan itu sebanyak RM39,726,507.45 telah dibelanjakan," jelas Dr Xavier.

"Selain melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan sedia ada, kerajaan negeri turut melancarkan program mikrokredit kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah dengan peruntukan yang dibajetkan adalah sebanyak RM70 juta," katanya.

Jelas Dr Xavier lagi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri serta Lembaga Zakat  Selangor tidak terlepas pandang dan sentiasa prihatin untuk membantu golongan miskin di negeri Selangor.

"Justeru, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan bantuan dan bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan bagi memastikan agenda menangani kemiskinan dapat dilaksanakan dengan jayanya,"
katanya.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Govt inaction fosters police brutality, says SIVARASA

Posted: 25 Nov 2010 07:19 PM PST

E-mail Print
By Patrick Lee
KUALA LUMPUR: A Member of Parliament today complained about what he called a "culture of impunity" in the police force and called on the government to be "strict and effective" in cleaning up its image.
R Sivarasa (PKR-Subang), speaking to reporters following his failed attempt to initiate parliamentary debate on a recent police slaying of three Malay youths, said the government's reluctance to act against police brutality was encouraging some officers to become "criminals in uniform".
Last night, he filed a motion that sought a debate on the Nov 13 killing of Muhammad Shamil Hafiz Shafie, 16, Muhammad Hairul Nizam Tuah, 20, and Muhammad Hanafi Omar, 22. Deputy Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar rejected the motion on the ground that it was not of urgent interest.
Sivarasa noted that the killing happened in the midst of the Aminulrasyid inquest. Like the three boys, Aminulrasyid Amzah, 14, was fatally shot by police after a car chase in Shah Alam. That incident happened on April 26.
"This is a serious matter and not an isolated incident," Sivarasa said, adding that there had been many similar cases since 1998 and that not a single police officer had been charged in court.
"This means we will have a culture of impunity where the police can do whatever they like without fear of conviction. With incidents like these, we can say that these are criminals in uniform.
"I don't blame everyone in the police force. Not everyone in the police is bad. But the government has to be strict and effective in cleaning up the image of the police."
Sivarasa said the wounds on their bodies showed that the boys were shot at close range; they were either sitting or lying down. The policemen have claimed they shot in self-defence.
The families of Shamil Hafiz and Hairul Nizam lodged a report against the police on Nov 20 at the Petaling Jaya district police headquarters.
Sivarasa said the two were shot in the head and chest. "In both cases, the bullets went in and came out. In Hairul's case, it was a top-to-bottom angle. The bullet entered through the left ear and came out by the right ear." There were also bruises around Hairul Nizam's right eye, he added.
He said that the two families noticed these details when the bodies were being readied for burial.
Sivarasa also said the two families were angry with Selangor's acting police chief, A Thaiveegan, for describing the boys as dangerous criminals.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Pertahankan Maruah Kehakiman Negara

Posted: 24 Nov 2010 09:47 PM PST

Dari Malaysiakini

Perbicaraan kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan apabila pihak pendakwaan memohon lebih banyak masa berhubung permohonan pihak pembelaan yang mahu hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Peguam Cara Negara II, yang mengetuai pasukan pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin (kiri) tidak hadir hari ini kerana demam dan diganti oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Hanafiah Zakaria.

Hanafiah berkata pihaknya memerlukan masa bagi menjawap hujah yang dikemukakan oleh pihak pembelaan pagi tadi.

“Datuk Yusof tidak sihat dan kita perlu masa untuk buat persiapan," kata Hanafiah.

Berikutan itu, Mohamad Zabidin bersetuju menangguhkan perbicaraan sehingga pagi esok.

Pagi tadi, makamah pagi ini mendengar permohonan peguambela utama – Karpal Singh yang mengemukakan hujah mengapa hakim, Mohamad Zabidin perlu mengundurkan dirinya kerana terdapat bahaya berat sebelah yang ketara.
Karpal berkata komen yang dibuat oleh Setiausaha Negara, Amerika Syarikat dan kehadiran pegawai kedutaan negara berkenaan yang mengikuti perbicaraan tersebut membuktikan perkara itu.

Menurutnya ini adalah kali pertama permohonan dibuat bagi memohon hakim mengundurkan diri kerana didakwa cuba mengugut seorang peguam.
Negara sedang dibicarakan
“Yang Arif, di bawah pemerhatian rapi, dan sistem perundangan negara juga sedang dibicarakan.

“Hilary Clinton menggesa supaya perbicaraan adil dijalankan. Kehadiran pegawai kedutaan asing sebagai pemerhati membuktikan perkara itu," katanya.

Karpal (kanan) berkata jika ada kebimbangan atau bahaya akan berlaku berat sebelah, maka hakim sepatutnya menarik diri secara sukarela.

Beliau juga merujuk perbicaraan Mahkamah Persekutuan apabila bekas presiden Mahkamah Rayuan, Tun Abdul Malek Ahmad yang menegur hakim ketika itu, Tan Sri Augustine Paul.

“Dalam penghakimannya, Abdul Malek berkata Paul telah bertindak seolah-olah seperti pertahankan timbalan pendakwa raya," katanya.

“Saya bukan cuba untuk ugut Yang Arif dengan mencadangkan keputusan perbicaraan diterbalikkan tetapi ia adalah fakta ketika perbicaraan oleh hakim itu," katanya.

Karpal juga berkata hakim berlaku berat sebelah serta mengabaikan keputusan Mahkamah Agung dengan tidak membenarkan pihak pembelaan dibekalkan dengan laporan klinikal pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, dalam kes tertentu, hakim dengan rela menarik diri setelah mendapati berlakunya keadaan berat sebelah dan prejudis terhadap tertuduh.

Kod Etika Hakim

Karpal kemudiann memberikan contoh apabila bekas hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang menarik diri secara sukarela apabila menyedari tidak dapat memberi keadilan.

Sambil merujuk kepada Kod Etika Hakim, Karpal berkata hakim tidak boleh meletakkan diri dalam situasi berat sebelah atau prejudis. Namun sekiranya mereka didapati menjurus ke arah itu maka hakim boleh dikenakan tindakan disiplin.

“Saya beri amaran sekiranya hakim tetap ingin meneruskan perbuatan bias, bersiap sedia hadapi kemungkinan,” katanya.

Karpal juga mengingatkan mahkamah bahawa mengikut Artikel 5(1) dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat negara ini berhak mendapat pengadilan di mahkamah terbuka.

Menurut peguam veteran itu lagi, Mohamad Zabidin (kiri) juga perlu merenung semula ugutan menghina mahkamah yang dibuatnya semalam ke atas dirinya (Karpal) yang juga memberi kesan kepada anak guamnya (Anwar).

"Justeru, adalah perlu bagi Yang Arif, tarik diri. Terdapat bahaya berlaku berat sebelah (berikutan ugutan hina mahkamah oleh hakim)," kata Karpal semasa menggulung hujahnya.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh

Posted: 25 Nov 2010 02:09 AM PST

Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan.

Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan.

Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.

Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar.

Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.

Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ?

Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.

Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOG http://mutaligat.blogspot.com

Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.

Melaka Maju Rakyatnya Keliru Dan Celaru

Posted: 25 Nov 2010 02:08 AM PST

Dari Blog Singalautmetro

INI cerita di Melaka yang diceritakan orang Melaka juga.

Pertama katanya, Melaka telah diistyiharkan maju, tapi sedihnya banyak rakyat Melaka kini dilanda akal kelabu, keliru dan celaru. Lebih teruk warna biru menjadi nila meletakkan akal mereka di dalam baldi nafsu!

Dilaporkan orang Melaka tentang sebuah kawasan perumahan di Taman Cempaka yang kini menjadi buah mulut penduduk setempat kerana ramainya pasangan Melayu dikatakan bersekedudukan sambil melakukan kegiatan maksiat.

Dilaporkan lagi orang Melaka tentang beberapa pub dan karaoke yang diberi lesen oleh kerajaan negeri di sekitar kawasan Melaka Raya kini menjadi tumpuan remaja perempuan bawah umur berpakaian seksi sambil memegang botol meneguk arak, barangkali meraikan Melaka telah maju!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka terutama penduduk di Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau. Kata mereka anak dara dan bini orang semakin takut untuk mandi pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Ini kerana banyak pula kaki intai dan perakam amatur menggunakan telefon bimbit merakam gambar anak dara dan bini orang tengah mandi!

Dilaporkan lagi oleh orang Melaka setiap malam minggu pasti ada anak muda bergumpalan di atas jambatan Sungai Linggi menuju ke Kuala Linggi di atas motosikal melakukan adegan hangat dan panas!

Majukah rakyatnya semaju negerinya?

Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/melaka-maju-rakyatnya-keliru-dan-celaru.html

Jambatan Tergantung di Seremban, tarikan pelancong

Posted: 24 Nov 2010 08:38 PM PST


Ini adalah satu projek yang boleh menarik jutaan pelancong ke Negeri Sembilan. Iaitu projek Seremban Middle Ring Road (MRRS) yang jambatannya tiba-tiba tergantung, putus tak bersambung macam tu saja. Kenapa ini berlaku ? Adakah penduduk Cina di Kg Baru membantah dengan pampasan yang rendah ? Kalau ya, kenapa penduduk Melayu di Rembau senang-senang je bagi tanah kepada kerajaan untuk projek landasan keretapi berkembar ?

Tak percaya, rakyat Malaysia lalulah sendiri jalan ini di bandar Seremban, berhampiran Taman Bukit Chedang. Bawa kamera, boleh bergambar di sini m sebagai mercu tanda baru bandar Seremban.

Sumber gambar dari http://live-metzelder.blogspot.com/2010/10/uncomplete-chedang-interchange.html

Bilakah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Ya'ani akan dibina?

Posted: 24 Nov 2010 05:42 PM PST

Utusan Malaysia 25 Nov 2010

BAJET 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober lalu memperuntukkan sejumlah RM212 bilion. Sejumlah RM162.8 bilion diperuntukkan bagi bidang pengurusan manakala selebihnya (RM49.2 bilion) bagi sektor pembangunan.

Dalam Bajet 2011 juga Perdana Menteri telah menggariskan empat strategi. Antaranya, membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat.

Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, penambahan bilangan sekolah amat diperlukan kerana pembentukan modal insan bermula di sekolah. Melalui pendidikan rakyat dapat mengubah kehidupan ke arah lebih berjaya.

Mengimbas 'Hari Ini Dalam Sejarah', pada akhir tahun 2009 yang lalu, Menteri Besar Johor telah melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bakal menjadi mercu tanda pekan kecil Parit Ya'ani.

Papan tanda juga telah dipacakkan di lokasi tersebut. Khabarnya, sekolah menengah tersebut akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Namun sehingga saat ini penduduk sekitar pekan Parit Ya'ani masih lagi tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti untuk menyaksikan berdiri gahnya sekolah menengah tersebut.

Saya juga tertanya-tanya bilakah akan diadakan majlis pecah tanah untuk memulakan pembinaannya? Untuk makluman, berita tentang pembinaan sekolah menengah di pekan Parit Ya'ani tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Rabu 26 Februari 2008.

Mengimbau nostalgia, sejak tahun 1965, anak-anak di sekitar pekan Parit Ya'ani (termasuk saya) terpaksa meneruskan sekolah menengah di Yong Peng, Tongkang Pechah, Seri Medan dan Parit Raja.

Pada tahun 1976, barulah SMK Dato' Seth dibuka dengan dua sesi persekolahan. Bagi pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu terpaksa bersekolah pada sesi petang kerana kekurangan bilik darjah. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar terutamanya yang tinggal di sekitar pekan dan kampung Parit Ya'ani.

Ada juga pelajar yang menunggang motosikal untuk ke SMK Dato' Seth yang sudah tentunya mengundang risiko bahaya kemalangan. Ada kalanya pelajar ini terpaksa berhujan untuk pergi dan pulang sekolah.

Masalah ini berterusan sehingga sekarang. Justeru, pembinaan sekolah menengah di kawasan pekan Parit Ya'ani perlu disegerakan agar masalah tersebut dapat diatasi.

Saya dan semua ibu bapa di sekitar Parit Ya'ani memohon jasa baik Kementerian Pelajaran untuk mengambil perhatian yang serius tentang masalah ini. Sebagaimana program transformasi kerajaan ke arah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' begitu jugalah besarnya harapan kami agar kami tidak dianaktirikan dalam arus pembangunan setelah 54 tahun negara kita merdeka. Kami sentiasa menanti jawapan.

ANAK JATI JOWO

Parit Ya'ani, Johor

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


Dr.MAHATHIR PERLU TAUBAT NASUHA

Posted: 25 Nov 2010 03:06 AM PST

Soalan cepu emas, mantan ini faham atau tidak apa maknanya taubat nasuha? Kalaulah dia faham, mana mungkin sehingga kesaat ini, ketika rumah kata pergi kubor kata mari, dia masih mengamalkan budaya kolot menyerang dan memfitnah DSAI.
KENYATAAN MEDIA:24 NOVEMBER 2010

Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa:

1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT.

2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah.
Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). .
3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu

4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri.

5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi.

6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa.

Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR

SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI SPR

Posted: 25 Nov 2010 03:01 AM PST

Diceduk daripada blog urekaasia.
Boleh cakap je lah, kita cuma boleh menyalah dan meminta, tapi adakah ianya akan dilayan & diterima?
24 November 2010

Kepada Tan Sri Abd Aziz Yusuf
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya

Perkara: Memohon maaf atas kritikan saya
Tuan, merujuk kepada di atas, saya seperti nama di atas merupakan seorang penulis politik di beberapa akhbar media cetak, akhbar portal dan blog ingin memohon maaf atas kesilapan beberapa kenyataan dalam artikel saya yang pernah diterbitkan.

Sebagai seorang penulis politik yang tidak bertuankan sesiapa dalam politik negara, saya agak bebas mengkritik mana-mana pihak yang saya fikirkan perlu termasuk pihak tuan sendiri.

Oleh kerana saya melihat terlalu banyak kepincangan apabila setiap kali pihak tuan mengendalikan perjalanan pilihan raya, maka pihak tuan sering menjadi sasaran mudah saya.
Kritikan dan kecaman saya terhadap pihak tuan tidak terbatas dari satu sudut sahaja, malah saya sentiasa menyerang dari segenap ruang yang ada.

Ketika itu, pada pendapat saya, SPR tidak ubah kalau bukan budak suruhan Umno-BN pun, sekurang-kurangnya sudah tentu menjadi alat kepada mereka.

Saya juga berpendapat, SPR adalah suruhanjaya yang paling tidak berwibawa dalam menjalankan mana-mana pilihan raya dalam negara ini.

Dalam erti kata lain, saya menganggap prestasi SPR adalah yang terburuk dalam mengendalikan mana-mana pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun baru-baru ini saya mula menyedari akan kesilapan saya meletakkan SPR di kedudukan paling terburuk, setelah menyaksikan satu lagi pilihan raya yang diadakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini.

Saya dapati pilihan raya yang dikendalikan oleh parti tersebut mempunyai kepincangan dan penipuan yang berlipat kali ganda lebih buruk dari apa yang pihak tuan pernah lakukan untuk parti pemerintah.

Saya percaya, niat mereka juga sama dengan pihak tuan, iaitu untuk menjaga pihak yang memegang tampuk kuasa dengan apa cara sekalipun. Cuma saya percaya kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah penipuan yang lansung tidak pernah terfikir oleh pihak tuan.

Salah satu contoh mudah, saya percaya pihak tuan tentu tidak pernah terfikir untuk melarikan peti undi, apatah lagi membawa peti undi balik ke rumah tuan.

Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, tetapi hakikatnya ia memang berlaku dalam pilihan raya parti tersebut yang baru sahaja selesai minggu sudah.

Setelah saya menilai semula apa yang berlaku, saya mendapati pilihan raya yang dijalankan oleh pihak tuan tidaklah seburuk mana jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik itu.

Maka pada masa ini jelaslah, bahawa andaian saya sebelum ini yang menganggap kewibawaan pihak SPR adalah yang terburuk adalah salah kerana pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik tersebut didapati jauh lebih buruk.

Bagaimanapun saya tidaklah bermaksud menarik kembali kenyataan yang pernah saya lemparkan kepada pihak tuan kecuali dari segi kedudukan terburuk sahaja yang berubah apabila ada lagi yang lebih buruk.
Saya juga ingin memaklumkan kepada pihak SPR, adalah amat wajar jika pihak SPR meneruskan usaha untuk memenangkan parti pemerintah dalam PRU 13 akan datang dan ia satu usaha yang perlu walau dengan apa cara sekali pun tanpa mengira sekotor mana sekali pun.
Pihak parti yang menjalankan pilihan raya tadi tentunya dengan mudah menerima dengan hati terbuka jika kekalahan mereka disebabkan penipuan yang SPR lakukan nanti.

Saya berpendapat sedemikian berasaskan hakikat mereka sendiri turut telah dapat menerima penipuan sebagai satu cara yang halal untuk mencapai matlamat mereka ketika pilihan raya.
Tambahan pula, saya turut berpendapat seandainya mereka ini memenangi PRU 13 nanti saya percaya kelak jawatan-jawatan tertinggi dalam SPR akan diisi oleh orang-orang yang sama dalam jawatan kuasa pilihan raya parti itu.

Jika ini terjadi, maka dalam PRU seterusnya (14) nanti akan jadi lebih haru biru. Mungkin pembangkang dalam parlimen ketika itu telah pun pupus disebabkan semua kerusi parlimen dan DUN dimenangi oleh mereka.

Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kerana meletakkan pihak SPR di kedudukan terburuk sebelum ini walaupun sebenarnya pihak yang menjalankan pilihan raya parti itu lebih buruk.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Beduk Canang

SPR JANGAN TUNJUKKAN SIKAP BERAT SEBELAH : MSO

Posted: 25 Nov 2010 02:51 AM PST

Di mahkamah menggendalikan perbicaraan Sodomi II, ialah hakim klon Agustine Paul, di SPR pulak adalah Timbalan Pengerusi SPR. Maknanya dia ini adalah klon kepada mantan boss dia, Sang Rashid. Cakap macamlah rakyat Malaysia yang marhaen tidak tahu berfikir.
Persoalan mudah ialah kenapa Sabah & Sarawak boleh diadakan pilihanraya negeri berasingan dengan Pilihanraya Umum tanpa diperkatakan ianya membazir?
Kenapa negeri - negeri PR yang menyatakan cadangan untuk diadakan pilihanraya negeri berasingan daripada pilihanraya umum dikatakan membazir?
Aduhhhh, mana kampung si Wan Ahmad Omar ini datang?
BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya.

Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan.

Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar.
Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka.

Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka.

Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus.
Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang?

Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama.
Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. [wm.kl. 6:30 am 24/11/10]