Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh
- Melaka Maju Rakyatnya Keliru Dan Celaru
- Jambatan Tergantung di Seremban, tarikan pelancong
- Bilakah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Ya'ani akan dibina?
Bina kuil Hindu sebelah Surau, Masjid untuk elak diroboh Posted: 25 Nov 2010 02:09 AM PST Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan. Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan. Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik. Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar. Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan. Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ? Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan. Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOG http://mutaligat.blogspot.com Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar di http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya. |
Melaka Maju Rakyatnya Keliru Dan Celaru Posted: 25 Nov 2010 02:08 AM PST Dari Blog Singalautmetro INI cerita di Melaka yang diceritakan orang Melaka juga. Pertama katanya, Melaka telah diistyiharkan maju, tapi sedihnya banyak rakyat Melaka kini dilanda akal kelabu, keliru dan celaru. Lebih teruk warna biru menjadi nila meletakkan akal mereka di dalam baldi nafsu! Dilaporkan orang Melaka tentang sebuah kawasan perumahan di Taman Cempaka yang kini menjadi buah mulut penduduk setempat kerana ramainya pasangan Melayu dikatakan bersekedudukan sambil melakukan kegiatan maksiat. Dilaporkan lagi orang Melaka tentang beberapa pub dan karaoke yang diberi lesen oleh kerajaan negeri di sekitar kawasan Melaka Raya kini menjadi tumpuan remaja perempuan bawah umur berpakaian seksi sambil memegang botol meneguk arak, barangkali meraikan Melaka telah maju! Dilaporkan lagi oleh orang Melaka terutama penduduk di Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau. Kata mereka anak dara dan bini orang semakin takut untuk mandi pagi sebelum ke sekolah atau ke tempat kerja. Ini kerana banyak pula kaki intai dan perakam amatur menggunakan telefon bimbit merakam gambar anak dara dan bini orang tengah mandi! Dilaporkan lagi oleh orang Melaka setiap malam minggu pasti ada anak muda bergumpalan di atas jambatan Sungai Linggi menuju ke Kuala Linggi di atas motosikal melakukan adegan hangat dan panas! Majukah rakyatnya semaju negerinya? Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/melaka-maju-rakyatnya-keliru-dan-celaru.html |
Jambatan Tergantung di Seremban, tarikan pelancong Posted: 24 Nov 2010 08:38 PM PST Ini adalah satu projek yang boleh menarik jutaan pelancong ke Negeri Sembilan. Iaitu projek Seremban Middle Ring Road (MRRS) yang jambatannya tiba-tiba tergantung, putus tak bersambung macam tu saja. Kenapa ini berlaku ? Adakah penduduk Cina di Kg Baru membantah dengan pampasan yang rendah ? Kalau ya, kenapa penduduk Melayu di Rembau senang-senang je bagi tanah kepada kerajaan untuk projek landasan keretapi berkembar ? Tak percaya, rakyat Malaysia lalulah sendiri jalan ini di bandar Seremban, berhampiran Taman Bukit Chedang. Bawa kamera, boleh bergambar di sini m sebagai mercu tanda baru bandar Seremban. Sumber gambar dari http://live-metzelder.blogspot.com/2010/10/uncomplete-chedang-interchange.html |
Bilakah Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Ya'ani akan dibina? Posted: 24 Nov 2010 05:42 PM PST Utusan Malaysia 25 Nov 2010 BAJET 2011 yang dibentangkan pada 15 Oktober lalu memperuntukkan sejumlah RM212 bilion. Sejumlah RM162.8 bilion diperuntukkan bagi bidang pengurusan manakala selebihnya (RM49.2 bilion) bagi sektor pembangunan. Dalam Bajet 2011 juga Perdana Menteri telah menggariskan empat strategi. Antaranya, membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat. Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, penambahan bilangan sekolah amat diperlukan kerana pembentukan modal insan bermula di sekolah. Melalui pendidikan rakyat dapat mengubah kehidupan ke arah lebih berjaya. Mengimbas 'Hari Ini Dalam Sejarah', pada akhir tahun 2009 yang lalu, Menteri Besar Johor telah melawat tapak pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang bakal menjadi mercu tanda pekan kecil Parit Ya'ani. Papan tanda juga telah dipacakkan di lokasi tersebut. Khabarnya, sekolah menengah tersebut akan dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Namun sehingga saat ini penduduk sekitar pekan Parit Ya'ani masih lagi tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti untuk menyaksikan berdiri gahnya sekolah menengah tersebut. Saya juga tertanya-tanya bilakah akan diadakan majlis pecah tanah untuk memulakan pembinaannya? Untuk makluman, berita tentang pembinaan sekolah menengah di pekan Parit Ya'ani tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia pada hari Rabu 26 Februari 2008. Mengimbau nostalgia, sejak tahun 1965, anak-anak di sekitar pekan Parit Ya'ani (termasuk saya) terpaksa meneruskan sekolah menengah di Yong Peng, Tongkang Pechah, Seri Medan dan Parit Raja. Pada tahun 1976, barulah SMK Dato' Seth dibuka dengan dua sesi persekolahan. Bagi pelajar tingkatan peralihan dan tingkatan satu terpaksa bersekolah pada sesi petang kerana kekurangan bilik darjah. Hal ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar terutamanya yang tinggal di sekitar pekan dan kampung Parit Ya'ani. Ada juga pelajar yang menunggang motosikal untuk ke SMK Dato' Seth yang sudah tentunya mengundang risiko bahaya kemalangan. Ada kalanya pelajar ini terpaksa berhujan untuk pergi dan pulang sekolah. Masalah ini berterusan sehingga sekarang. Justeru, pembinaan sekolah menengah di kawasan pekan Parit Ya'ani perlu disegerakan agar masalah tersebut dapat diatasi. Saya dan semua ibu bapa di sekitar Parit Ya'ani memohon jasa baik Kementerian Pelajaran untuk mengambil perhatian yang serius tentang masalah ini. Sebagaimana program transformasi kerajaan ke arah 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' begitu jugalah besarnya harapan kami agar kami tidak dianaktirikan dalam arus pembangunan setelah 54 tahun negara kita merdeka. Kami sentiasa menanti jawapan. ANAK JATI JOWO Parit Ya'ani, Johor http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan