PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN |
- Dr.MAHATHIR PERLU TAUBAT NASUHA
- SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI SPR
- SPR JANGAN TUNJUKKAN SIKAP BERAT SEBELAH : MSO
Dr.MAHATHIR PERLU TAUBAT NASUHA Posted: 25 Nov 2010 03:06 AM PST Soalan cepu emas, mantan ini faham atau tidak apa maknanya taubat nasuha? Kalaulah dia faham, mana mungkin sehingga kesaat ini, ketika rumah kata pergi kubor kata mari, dia masih mengamalkan budaya kolot menyerang dan memfitnah DSAI. KENYATAAN MEDIA:24 NOVEMBER 2010 Biro Pemahaman & Pemantapan Agama. (BIPPA), PKR, terpanggil untuk menyambut kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan dalam Sinar 24 November 2010 dengan penegasan bahawa: 1. BIPPA menasihatkan adalah lebih wajar mantan Perdana Menteri sendiri melakukan taubat nasuha kerana beliau yang sebenarnya menjadi punca kepada perpecahan bahkan kemunduran masyarakat Melayu. Muktahir ini mantan Perdana Menteri menjadi penyebab maraknya api perkauman dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Pada usia senja adalah lebih baik untuk mantan Perdana Menteri banyak melakukan ibadah khusus kepada Allah SWT sebagai persiapan menemuiNya walaupun penentuan umur adalah di tangan Allah SWT. 2. Beliau bertanggungjawab memecat dan mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim, mantan Timbalan. Perdana Menteri dengan dakwaan fitnah liwat yang ternyata tidak benar. Beliau mengaibkan DSAI dan keluarga di khalayak ramai. Perbuatan mantan Perdana Menteri mengaibkan DSAI dan seisi keluarga adalah sangat bertentangan dengan prinsip dan hukum agama dan tindakan tersebut bertentangan denga norma dan tatasusila masyarakat bertamadun.. Justeru, DSAI mempunyai hak di sisi syariat Islam mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada fitnah. Kiranya tindakan DSAI mempertahankan maruah diri menimbulkan perpecahan, maka perpecahan itu adalah hasil daripada pertembungan antara hak dan batil. Demikian penegesan dari sepotong ayat dalam al-Qur'an: "Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah suatu yang pasti lenyap." (al-Isra': 81). . 3. Mantan Perdana Menteri juga bertanggunjawab merobek unsur-unsur kekuatan bangsa Melayu dari segi bahasa, agama, pendidikan sekolah agama rakyat, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu dan melakukan pindaan persempadanan kawasan pilihan raya majoriti pengundi Melayu sehingga menjejaskan keutuhan politik melayu 4. Menjadi satu kebiasaan mantan Perdana Menteri meletakkan setiap beban kesilapan dan ketelanjuran beliau diatas bahu orang lain. Isu perpecahan masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia adalah berpunca daripada beliau sendiri. 5. Parti yang didakwa kecil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada hakikatnya adalah sebuah parti yang lahir pada tahun 1999 dari gejolak kemarahan rakyat kerana kezaliman beliau dan terus mendapat dokongan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Alhamdulillah, parti ini pengaruhnya semakin meluas dan bertakhta dihati rakyat serta berpotensi besar, insyaallah, mengambil alih pemerintahan negara. Inilah yang digeruni oleh Tun Dr Mahathir yang menjadikan beliau sentiasa berada dalam resah dan gelisah. Sewajarnya mantan Perdana Menteri berlapang dada menerima penentuan rakyat dalam merayakan amalan demokrasi. 6. Seandainya DSAI itu rendah kualiti diri dan kepimpinan dalam mata pandangan Tun Dr Mahathir, mengapa DSAI masih terus mendapat sambutan dan sanjungan rakyat di negara ini walaupun dicerca saban hari dan waktu oleh pelbagai pihak menerusi pelbagai media. Beliau juga terus diterima dan dihormati sebagai seorang tokoh pemimpin berwibawa oleh sebahagian besar pemimpin dunia, para 'ulama tersohor, para ilmuan Muslim dan bukan Muslim di peringkat antara bangsa. Dr Muhammad Nur Manuty Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR |
SURAT TERBUKA KEPADA PENGERUSI SPR Posted: 25 Nov 2010 03:01 AM PST Diceduk daripada blog urekaasia. Boleh cakap je lah, kita cuma boleh menyalah dan meminta, tapi adakah ianya akan dilayan & diterima? 24 November 2010 Kepada Tan Sri Abd Aziz Yusuf Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Perkara: Memohon maaf atas kritikan saya Tuan, merujuk kepada di atas, saya seperti nama di atas merupakan seorang penulis politik di beberapa akhbar media cetak, akhbar portal dan blog ingin memohon maaf atas kesilapan beberapa kenyataan dalam artikel saya yang pernah diterbitkan. Sebagai seorang penulis politik yang tidak bertuankan sesiapa dalam politik negara, saya agak bebas mengkritik mana-mana pihak yang saya fikirkan perlu termasuk pihak tuan sendiri. Oleh kerana saya melihat terlalu banyak kepincangan apabila setiap kali pihak tuan mengendalikan perjalanan pilihan raya, maka pihak tuan sering menjadi sasaran mudah saya. Kritikan dan kecaman saya terhadap pihak tuan tidak terbatas dari satu sudut sahaja, malah saya sentiasa menyerang dari segenap ruang yang ada. Ketika itu, pada pendapat saya, SPR tidak ubah kalau bukan budak suruhan Umno-BN pun, sekurang-kurangnya sudah tentu menjadi alat kepada mereka. Saya juga berpendapat, SPR adalah suruhanjaya yang paling tidak berwibawa dalam menjalankan mana-mana pilihan raya dalam negara ini. Dalam erti kata lain, saya menganggap prestasi SPR adalah yang terburuk dalam mengendalikan mana-mana pilihan raya di negara ini. Bagaimanapun baru-baru ini saya mula menyedari akan kesilapan saya meletakkan SPR di kedudukan paling terburuk, setelah menyaksikan satu lagi pilihan raya yang diadakan oleh sebuah parti politik baru-baru ini. Saya dapati pilihan raya yang dikendalikan oleh parti tersebut mempunyai kepincangan dan penipuan yang berlipat kali ganda lebih buruk dari apa yang pihak tuan pernah lakukan untuk parti pemerintah. Saya percaya, niat mereka juga sama dengan pihak tuan, iaitu untuk menjaga pihak yang memegang tampuk kuasa dengan apa cara sekalipun. Cuma saya percaya kaedah yang mereka gunakan adalah kaedah penipuan yang lansung tidak pernah terfikir oleh pihak tuan. Salah satu contoh mudah, saya percaya pihak tuan tentu tidak pernah terfikir untuk melarikan peti undi, apatah lagi membawa peti undi balik ke rumah tuan. Walaupun ianya kedengaran agak melucukan, tetapi hakikatnya ia memang berlaku dalam pilihan raya parti tersebut yang baru sahaja selesai minggu sudah. Setelah saya menilai semula apa yang berlaku, saya mendapati pilihan raya yang dijalankan oleh pihak tuan tidaklah seburuk mana jika dibandingkan dengan pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik itu. Maka pada masa ini jelaslah, bahawa andaian saya sebelum ini yang menganggap kewibawaan pihak SPR adalah yang terburuk adalah salah kerana pilihan raya yang dijalankan oleh parti politik tersebut didapati jauh lebih buruk. Bagaimanapun saya tidaklah bermaksud menarik kembali kenyataan yang pernah saya lemparkan kepada pihak tuan kecuali dari segi kedudukan terburuk sahaja yang berubah apabila ada lagi yang lebih buruk. Saya juga ingin memaklumkan kepada pihak SPR, adalah amat wajar jika pihak SPR meneruskan usaha untuk memenangkan parti pemerintah dalam PRU 13 akan datang dan ia satu usaha yang perlu walau dengan apa cara sekali pun tanpa mengira sekotor mana sekali pun. Pihak parti yang menjalankan pilihan raya tadi tentunya dengan mudah menerima dengan hati terbuka jika kekalahan mereka disebabkan penipuan yang SPR lakukan nanti. Saya berpendapat sedemikian berasaskan hakikat mereka sendiri turut telah dapat menerima penipuan sebagai satu cara yang halal untuk mencapai matlamat mereka ketika pilihan raya. Tambahan pula, saya turut berpendapat seandainya mereka ini memenangi PRU 13 nanti saya percaya kelak jawatan-jawatan tertinggi dalam SPR akan diisi oleh orang-orang yang sama dalam jawatan kuasa pilihan raya parti itu. Jika ini terjadi, maka dalam PRU seterusnya (14) nanti akan jadi lebih haru biru. Mungkin pembangkang dalam parlimen ketika itu telah pun pupus disebabkan semua kerusi parlimen dan DUN dimenangi oleh mereka. Akhir kata, sekali lagi saya memohon maaf kerana meletakkan pihak SPR di kedudukan terburuk sebelum ini walaupun sebenarnya pihak yang menjalankan pilihan raya parti itu lebih buruk. Sekian, terima kasih. Yang benar, Beduk Canang |
SPR JANGAN TUNJUKKAN SIKAP BERAT SEBELAH : MSO Posted: 25 Nov 2010 02:51 AM PST Di mahkamah menggendalikan perbicaraan Sodomi II, ialah hakim klon Agustine Paul, di SPR pulak adalah Timbalan Pengerusi SPR. Maknanya dia ini adalah klon kepada mantan boss dia, Sang Rashid. Cakap macamlah rakyat Malaysia yang marhaen tidak tahu berfikir. Persoalan mudah ialah kenapa Sabah & Sarawak boleh diadakan pilihanraya negeri berasingan dengan Pilihanraya Umum tanpa diperkatakan ianya membazir? Kenapa negeri - negeri PR yang menyatakan cadangan untuk diadakan pilihanraya negeri berasingan daripada pilihanraya umum dikatakan membazir? Aduhhhh, mana kampung si Wan Ahmad Omar ini datang? BERKATALAH Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar kalau pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) diadakan berasingan dengan pilihan raya Parlimen ia membazirkan wang rakyat. Beliau juga mengingatkan negeri-negeri yang hendak mengadakan pilihan raya berasingan dengan pilihan raya umum terpaksa menanggung sendiri wang perbelanjaannya. Wan Ahmad berkata demikian sebagai mengulas cadangan negeri-negeri di bawah pemerintah Pakatan Rakyat mungkin tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan pilihan raya umum. Mereka bercadang untuk mengadakan pilihan raya berasingan di peringkat negeri masing-masing. Mereka akan menggunakan kuasa mutlak mereka untuk berbuat begitu.Kalau ini berlaku bermakna negeri-negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor tidak akan membubarkan Dun masing-masing bagi membolehkan pilihan raya diadakan serentak Parlimen dan negeri-negeri di seluruh negara. Kita faham kenapa Pakatan Rakyat bercadang untuk berbuat demikian. Jawabnya, demi memastikan mereka terus berkuasa di negeri-negeri berkenaan. Sebelum ini ada cakap-cakap dan cadangan kalangan pemimpim negeri Pakatan Rakyat untuk tidak sedia membubarkan Dun bagi membolehkan pilihan raya diadakan berasingan. Bagi Pakatan Rakyat tindakan itu baik sekiranya dengan cara itu mereka dapat terus mengekalkan kuasa di negeri berkenaan. Tindakan itu tidak boleh dilihat sebagai menyusah atau membazirkan wang rakyat.Tindakan tersebut mungkin anih tetapi ia tidak pelik malahan wajar. Sebagai parti yang menguasai negeri-negeri berkenaan menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat mempertahankan kemenangan itu. Mereka akan melakukan apa saja selagi dihalalkan mengikut kitab dan peraturan demokrasi bagi memastikan negeri berkenaan dimiliki mereka. Hal ini sama juga dengan pihak BN yang memegang kerajaan di beberapa negeri dan federal. BN akan menasihati Yang Diperetuan Agong membubarkan Parlimen bila mana mereka dalam keadaan selesa dan yakin menang. Selagi keadaan tidak memihak kepada mereka Parlimen tidak akan dibubarkan dan kemungkinan ia akan dibiarkan hingga tamat tempoh. Begitu juga kalau keadaan kondusif buat mereka Parlimen dan Dun dibubarkan walaupun tempoh tamatnya masih lambat lagi. Tindakan BN itu juga tidak salah dan wajar bagi menyelamatkan sisa-sisa kekuasaan mereka. Pilihan raya berasingan itu membazirkan wang memang benar. Bukan saja pengasingan mengadakan pilihan raya tetapi beberapa kegiatan dan tindakan lain juga membazirkan wang. SPR boleh membendung mengenai pembaziran ini. Salah satu ialah menghadkan penggunaan poster dan juga bahan kempen dalam pilihan raya. Begitu juga menghadkan ruang media terutamanya tv untuk kempen parti kerajaan.Penggunaan ruang media itu yang sepatutnya dimanfaatkan dengan segmen yang berkuliti telah disalah gunakan setiap kali menjelang pilihan raya. Ia menjadi alat kempen untuk BN. Apakah ini bukan satu pembaziran?Anihnya juga bila setiap kali SPR membuat teguran dan kritikan ia ditujukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja. Semua masalah atau risiko bakal dihadapi rakyat diletak dan dicampakkan ke atas bahu oposisi? Apakah BN tidak penyumbang ke arah kemudaratan dan pembaziran itu? Rasanya orang-orang besar di SPR harus menukar kaca mata mereka daripada glass kepada kanta multi fokus. Selalunya SPR tidak akan bercakap perkara yang sama kalau ia terkena kepada pihak BN. Seperti mana nasihat atau pandangan Wan Omar itu kenapa ia ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja. Kenapa beliau tidak cuba memberi pandangan dan teguran sama terhadap BN?Misalnya mengenai pilihan raya di Sarawak dan Sabah yang diadakan berasingan dengan pilihan raya umum. Kejadian ini bukan berlaku hanya sekarang tetapi sejak beberapa penggal dulu. Apakah itu bukan pembaziran? Ataupun SPR menggunakan air laut untuk mengurus pilihan raya itu bukannya wang? Begitu juga kali ini Dun Sarawak akan dibubarkan paling lewat pertengahan tahun depan. Kenapa beliau tidak mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan serentak dengan Dun Sarawak bagi diadakan pilihan raya serentak dan dengan itu menjimatkan wang? Apakah kerana Sarawak memiliki Ketua Menteri yang kaya dan dapat membiayai pilihan raya itu tanpa menggunakan wang kerajaan? Begitukah?Bila Wan Ahmad hanya nampak segala masalah disebabkan Pakatan Rakyat, maka nyata beliau tidak berlaku adil dan saksama. Sebagai orang bertanggungjawab dan berkuasa ke atas badan bebas (SPR) beliau seharusnya bersikap profesional dan adil sepanjang masa. Kalaupun di lubuk hatinya ada rasa simpati kepada BN, tetapi janganlah pamerkan menerusi kedudukan kita selaku timbalan pengerusi, tetapi cakap atau sebut saja di jerung dapur di rumah. Biar anak beranak memahami dan mengetahui sikap buruk kita itu dan bukannya rakyat.Pada saya bersikap tidak profesional, berat sebelah itu adalah sebahagian daripada pembaziran yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. [wm.kl. 6:30 am 24/11/10] |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan