Sabtu, 21 Ogos 2010

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


JEJAK RAMADHAN AMK JOHOR

Posted: 21 Aug 2010 01:21 AM PDT

AMK Johor dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Gelang Patah akan mengadakan program bersama bagi memasak bubur lambuk serta mengedarkannya kepada masyarakat setempat pada 28hb Ogos ini di Markas PAS Cawangan Kampung Ladang, Tanjung Kupang , Gelang Patah. Program dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Ladang akan turut dihadiri oleh Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng. YB Dr.Boo Cheng Hau serta YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn.Hj.Zulkifli Ahmad dijangka akan turut hadir dalam program tersebut. Pada sebelah malam selepas solat tarawikh, akan diadakan program Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh Sdr.Shamsul Iskandar dan Datuk Chua Jui Meng serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Berikut adalah aturcara program Jejak Ramadhan bersama AMK Johor:-

10.30am - Persiapan memasak bubur lambuk. (AJK diminta berkumpul di Markas PAS Kg Ladang sebelum jam 10am)

3.ooptg - Pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta penyampaian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak2 yatim.

6.30ptg - 8.00mlm - Ucapan ringkas pimpinan serta Majlis berbuka puasa.

8.30mlm - Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh

9.45mlm - 11.59mlm - Ceramah Umum

12.00tgh mlm - Bersurai.

PERJUANGAN

Posted: 20 Aug 2010 10:36 PM PDT

Beberapa bulan lagi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) di seluruh cabang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bagi 2010 dan kali ini ada pemilihan bagi memilih samada mahu mengekalkan kepimpinan lama atau menggantikannya dengan corak kepimpinan baru yang melibatkan semua jawatan.
Beberapa agen calon2 sudah memulakan gerakan melobi untuk memenangkan calon mereka. Bagi penulis yang terlibat secara langsung dalam pemilihan kali ini turut terasa bahangnya. Saban hari penulis dihubungi oleh beberapa agen calon untuk mengadakan program di Johor dan Insya-ALLAH penulis akan memberi kerjasama yang terbaik asalkan program yang diatur dapat memberi faedah kepada Keadilan Negeri Johor.
Cuma sedikit pandangan dari penulis, itupun jika boleh diguna pakai, berdasarkan kepada pengalaman yang setahun jagung ini, maka pilih dan lantiklah mereka yang mampu memberikan komitmen dan keperihatinan terhadap saf kepimpinan serta organisasi. Sedia turun bertemu rakyat pada bila2 masa, mempunyai misi dan visi yang jelas dan yang paling penting ialah tidak meletakkan sesuatu kelemahan dengan menyalahkan orang lain. Meletakkan tanggungjawab sebagai amanah rakyat yang perlu direalisasikan.
Bagi agen2 pelobi pula janganlah bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan keharmonian dalam parti. Janganlah bertindak sehingga menjatuhkan maruah orang lain. Berkempen dan bertindaklah secara bijaksana dan dewasa. Janganlah seperti kebudak-budakan. Mendedahkan kelemahan orang lain didalam laman2 sosial amat2lah tidak beretika. Janganlah sampai ada politik adu domba. Ingatlah bahawa setiap kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan, Insya-ALLAH akan dimenangkan oleh ALLAH s.w.t. Keharmonian dan persaudaraan dalam parti perlu diperkukuhkan kerana setiap ruang kelemahan pasti akan digunakan oleh pihak musuh bagi mengucar-kacirkan parti.
Diperingkat Cabang Gelang Patah kali ini dijangka ada beberapa perubahan dalam organisasi disamping kemunculan muka-muka baru yang menawarkan dirinya untuk berjuang bersama-sama parti. Bagi mereka yang dipilih atau dilantik selepas pemilihan nanti, berjanjilah untuk memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab kepada organisasi. Keadilan Gelang Patah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Alhamdulillah, kebelakangan ini ianya semakin mantap, kerjasama semakin baik dan komitmen setiap AJK semakin positif. Semoga ianya terus berkekalan.

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


Bidas Menteri Pertahanan Tidak Mampu Jawab Isu Pertahanan

Posted: 21 Aug 2010 02:59 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

21hb Ogos 2010

Bidas Menteri Pertahanan Tidak Mampu Jawab Isu Pertahanan

AMK Selangor membidas Menteri Pertahanan,Datuk Zahid Hamidi yang menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar sebagai penderhaka berkenaan isu kapal selam.

Berikut ialah jawapan Datuk Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada 17/3/10: " Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat."

Justeru,AMK Selangor menggesa Menteri Pertahanan menjawab isu utama perkara ini dan bukan membuat tuduhan melulu kepada orang lain menggunakan isu pengkhianatan.Adalah tidak wajar standart dan kualiti Menteri Pertahanan menjawab isu pertahanan dan keselamatan negara dengan sedemikan rupa.

Isu keselamatan dan pertahanan negara adalah suatu yang kritikal dan perlu diambil perhatian serius oleh Menteri Pertahanan apabila melibatkan aset pertahanan yang mencecah RM berbillion-billion. Kita mahu aset pertahanan negara ditahap terbaik dan mampu berhadapan situasi sukar dan krisis apabila memerlukan.

Warganegara Malaysia seluruhnya mempunyai hak untuk mempersoalkan keupayaan sistem pertahanan negara, kerana melalui ini maka keyakinan rakyat terhadap keupayaan sistem pertahanan dan aset keselamatan negara adalah di tahap siap-siaga dan mampu menangkis sebarang ancaman keselamatan dalam dan luar.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

AMK Selangor Sokong Sasaran Minima RM4000 Pendapatan Isu Rumah

Posted: 21 Aug 2010 02:18 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

21hb Ogos 2010

AMK Selangor Sokong Sasaran Minima RM4000 Pendapatan Isu Rumah

Angkatan Muda Keadilan Selangor menyokong konsep yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan sasaran minima RM4000 pendapatan isu rumah dalam tempoh lima tahun apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah.

AMK Selangor yakin idea besar ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat terbanyak kerana masih ramai isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 2000 ketika ini khususnya masyarakat Melayu.

Realiti kini,kita masih terkongkong dengan idea pemilikan 30% ekuiti bumiputera yang semakin kurang relevan dalam menangani persoalan asas kebajikan dan pendapatan rakyat terbanyak.

Idea isi rumah minima RM4000 merupakan langkah besar dan perlu disokong pelbagai rakyat kerana dilihat lebih realistik dan menjurus kepada rakyat kerana ianya akan meningkatkan kualiti pendapatan rakyat yang dibebani kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tidak menentu.

AMK Selangor percaya idea pendapatan isi rumah akan membantu mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum kerana pelbagai pendekatan dan mekanisma akan menyusul bagi menjayakan konsep ini.

Malahan,rakyat tidak mengira samada di bandar dan di kampung akan menerima impak terus menerus daripada pendekatan ini kerana ianya akan lebih menjurus berbanding pendekatan yang digunakan oleh kerajaan masakini yang dilihat belum mampu menyelesaikan banyak isu permasalahan berkenaan keadilan ekonomi dan kualiti bolehguna pendapatan isu rumah.

Golongan muda juga bakal mendapat manfaat jika idea ini dapat dilaksanakan kerana rata-rata golongan muda yang baru memulakan hidup berkeluarga memerlukan jaminan sumber pendapatan yang dapat memenuhi keperluan semasa.

Akhirnya,AMK Selangor sasaran ini adalah realistik dan mampu dicapai berasaskan prinsip Pakatan Rakyat yang memperjuangkan sistem ekonomi yang adil saksama, pentadbiran yang telus dan tekad memerangi rasuah.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Radical Reform And Tariq Ramadan

Posted: 21 Aug 2010 03:43 AM PDT

Dr Ahmad Farouk Musa
Courtesy of harakahdaily.net/en

What is perhaps clear to the perceptive minds of many rational thinking Muslims is that the challenge facing Muslims currently is not merely one of reformulating democratic principles in an Islamic idiom, but also of reforming and adapting Islam's ethical and legal percept to the practice of democracy.

About a century ago, prospects appeared fairly hopeful that Islam would find a way to devise a system between faith and modernity.

Great theologians such as Muhammad Abduh (left) argued that while certain aspects of religion would remain immutable especially those concerning ib?dah (worship) and aq?dah (creed); issues of governance should be addressed through human reason since they fall under the realms of al-mutaghaiyyirat (the changing).

It was Abduh's reformist agenda and rationalism then, with its emphasis on reason ('aql) and God's justice ('adl), which seemed as if it might be able to ground a dynamic Islamic theology capable of successfully meeting the challenges of modernity.

Alas, these promising attempts were thwarted by the rise of the literal Salafis and its ramifications.

Ath-thawabit (the Immutable) and al-mutaghaiyyirat (the Changing)

One of the most prominent Islamic scholars and intellectuals who is at the forefront in combating the literalists is non-other than Tariq Ramadan (right), the grandson of the founder of The Muslim Brotherhood, Hasan al-Banna.

Tariq Ramadan in his book Radical Reform asserted that the contemporary literalist approach puts into evidence three reductions or confusions, which restrict interpretation and in effect make it impossible to give adequate answers to contemporary challenges.

The first reduction is the failure to distinguish between that which, in the Revelation, is immutable and that which is subject to change in accordance to the temporal evolution and environmental changes.

While injunctions and prohibitions may be absolute and immutable in themselves, their concrete implementation may take different or changing forms according to the environment.

At social and cultural level for example, while the principle of modesty and its rules is established in Islamic ethics, its implementation in any given society has always had to take into account local cultures and habits. By failing to distinguish sufficiently between the immutable and the changing, contemporary literalists exert a series of other confusions involving grave consequences.

Between Principles and Models

The effect of this confusion leads to a second reduction involving failure to differentiate between principles and models. While principles can be absolute and eternal, their implementations in time or in history are relative, changing and in constant mutation.

Thus, the principles of justice, equality, rights and liberty that guided the Prophet remain the references beyond history, but the model of the city of Madinah is a historical realization linked to the realities and requirements of his time.

So, while we try to remain faithful to the principles, we cannot merely imitate or duplicate a historical model that no longer corresponds to the requirements of our own.

This same temptation can be found in some contemporary Salafi trends that advocate an almost exclusive political commitment, by trying to return to a specific historical political structure at the expense of the principles that govern such community.

Ramadan asserted that the essence in being faithful to the Prophet is not in imitating their behaviour, or trying to reproduce their historically dated achievements, but it lies in recapturing their spiritual strength and intellectual energy to achieve the most cogent social model for our time, as they did for theirs. It is not to repeat its form but to grasp its substance, spirit and objectives.

Between Aqidah or Ibadah and Mu'amalah

The third reduction according to Ramadan is the failure to distinguish between legal methodology linked to the aq?dah (creed) and the ib?dah (worship); to that which deals with mu'amalah (social affairs).

While in the two spheres of aq?dah and ib?dah, we are confronted with teachings that are determined by Revelation; the sphere of mu'amalah is exactly the opposite, where everything is allowed except that which is explicitly forbidden by Revelation.

The basic principle, in social affairs, is permissible (al-asl fil-ashy? al-ib?ha), thus opening to humankind the fields of rationality, creativity and research. As long as they remain faithful to principles, any social, economic or political productions are not bid'ah (despicable innovations from the viewpoint of religion) but instead should be viewed as achievements for the welfare of humankind.

This threefold confusion and reduction has major consequences on contemporary Islamic thought and tends to stem any reform of the reading, understanding and implementation of the texts in a new historical context. Generally, it results in oversimplifying the message of Islam and eventually contradicts its timeless eternal objectives.

The Role of Ijtihad

History has shown that, since the day when religious scholars decided to 'close the door of Ijtih?d' (independent reasoning) around the thirteenth century, the Muslim world has been but a static civilization, confined to the slavish exposition of the ideas of their predecessors, making every small step forward a major struggle.

Islah (reform) and tajdid (renewal) have been choked out of Muslim lands and Muslim reformers and thinkers have been either vilified or persecuted, effectively blocking the reformation that would have accommodated the religion and its believers to modernity.

This is where Tariq Ramadan emphasized on the need for ijtih?d in pursuing the reform agenda.

According to him, ijtih?d has always consisted in promoting a critical reading of texts when they were open for interpretation, or when the texts were silent about a particular situation, or when the context imperatively needed to be taken into account in the implementation of texts, even though the texts appear to be qat'ie (explicit).

The legitimacy and necessity of such critical readings are rarely questioned, except of course by those following the narrowest literalist trends.

The dialectical relationship between text and context is an appeal to human intelligence to find a way to be faithful through the merging of two levels of knowledge, that of the eternal principles of practice and ethics and that of the ever-changing realities of human societies.

Reform: An adaptation or transformation

All reformist schools agreed that Muslim legal scholars must think through and reconsider fiqh (Islamic jurisprudence) in light of the new challenges of their time. Ijtih?d was considered, as Muhammad Iqbal put it, as the natural instrument, offered by the Islamic legal tradition, to achieve such renovation and renewal.

Due to globalization, fuqah?' (legal scholars) are now beset with questions linked to the viability of Islam's prescription in this new age.

The world is moving on and legal scholars are forever lagging behind that constantly accelerating progress that seems to escape them.

Hence, Ramadan proposes, a transformative approach rather than adaptive approach. Transformation reform, according to him is more exacting, in that it adds a further step, and condition, to the whole process. It aims to change the order of things in the very name of the ethics it attempts to be faithful to. In other words, to add a further step going from the texts to the context, to act on the context and improve it, without ever accepting its shortcomings as matters of fate.

A radical reform

This further step requires that a fundamental condition be fulfilled. That is acquiring deep knowledge of the context, and fully mastering all areas of knowledge including the human sciences. So a radical reform aiming to change the world, as well as providing a new reading of the texts, cannot rely on ulam?' an-nusus (text experts) only, but requires a full and equal integration of all available human knowledge.

In this respect, the need is urgent to widen the circle of expertise and call on ulam?' al-waqi' (context specialists) and no longer only text specialists or ulam?' an-nusus.

Radical reform is an appeal to reconsider the sources to their necessary reconciliation with the world, its evolution and human knowledge. Thus reconciling conscience with science is imperative.

There will definitely have to be debate areas, and there will be disagreements. But the contemporary Muslim conscience has to transform this turmoil of converging or contradictory ideas into an energy of debate, renewal and creativity that produces faithfulness as well as serene coherence at the heart of our modern age and its challenges.

A ‘Muslim Martin Luther’

Tariq Ramadan has emerged as one of the foremost voices of reformist Islam. His belief in an integrative approach, one that marries a reinvigorated theological, value-based approach with a spiritually realistic understanding of contemporary problems is an important recipe for true reform.

And his insistence that as the world continues to change, there is a requirement for a second look at the Qur'?n and other Islamic texts is consistent with the spirit of reform and renewal.

His call for this rereading of Islamic texts because of the many misconceptions within the Islamic communities, to some extent resembles Luther's claim to return to the supposedly "pure text", freed from its many accumulated misconceptions.

However, while Luther's rereading liberated Christian scripture from the Church's monopoly and opened an avenue for its translation into all European languages, Ramadan's endeavour has yet to be embraced fully by the Muslim themselves, the majority of whom are still trapped in the traditionalist-salafi-modernist polemics and discourse.

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Isu nama LGE dalam Khutbah Jumaat - permainan politik Umno berniat jahat

Posted: 21 Aug 2010 10:19 AM PDT

Kerajaan negeri Pulau Pinang sekali lagi menafikan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sambil menegaskan, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak bertanggungjawab berbuat demikian.

"Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil," kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama hari ini.

"Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Dalam kenyataan hari ini Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

"Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai," kata mereka.

Sehubungan itu kata beliau, Umno harus membuat laporan rasmi polis atau di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang terhadap mana-mana khatib atau imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim.

"Sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib atau imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut," kata kedua-dua pemimpin itu.

Kata mereka, permainan politik Umno ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama baik golongan khatib atau imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan negara.

"Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan Umno berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh khatib atau imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

"Ini adalah perkara lain daripada menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri. Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang Umno," kata Mansor dan Abdul Malik.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, adakah BN dan Umno marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan, sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid-masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.

"Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh Ketua Menteri diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna Jawi kepada semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh semua masjid yang hadir.

"Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh Umno.

"Adakah Umno simpan dendam dalam hati kerana Lim Guan Eng, sungguhpun bukan Islam, telah memalukan Umno dengan mengharamkan judi bola yang dihalalkan oleh Umno?" katanya lagi.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


One more letter to DBKL to relocate Danau Kota pasar malam moved by residents like Jack Quah

Posted: 20 Aug 2010 09:22 PM PDT

Has DBKL the “political will” to make it happen and give meaning to BN’s slogan “Rakyat Diutamakan”? The following is a copy of the letter which is cc-ed to Encik Jack Quah. The content of the letter is self-explanatory … Tagged: danau kota, dbkl

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


One more letter to DBKL to relocate Danau Kota pasar malam moved by residents like Jack Quah

Posted: 20 Aug 2010 09:22 PM PDT

Has DBKL the “political will” to make it happen and give meaning to BN’s slogan “Rakyat Diutamakan”? The following is a copy of the letter which is cc-ed to Encik Jack Quah. The content of the letter is self-explanatory … Tagged: danau kota, dbkl

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Awas dengan Kelentong United MuNkEeE

Posted: 20 Aug 2010 11:29 PM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


BAYAR RM 20 BOLEH JADI KETUA CABANG?

Posted: 21 Aug 2010 07:11 AM PDT

Lawan tetap lawan...

Pemilihan peringkat cabang...di Perak ni ada 24 cabang.
Ketua Cabang mana yang akan tewas dalam pemilihan nanti..?

Kalau ikut kata kawan-kawan...tak kurang daripada 10 cabang sudah ada yang nak bersaing bagi jawatan ketua cabang..cabang mana? yang tu nanti dulu..

Soalnya pesaing tu datang adakah dengan niat baik..? atau hanya untuk kepentingan peribadi..?

Kalau nak cerita tentang kepentingan peribadi..rasanya sikit sebanyak dah tentu ada kepentingan peribadi..kalau tidak masa-kan nak berlawan..

Cuma kali ni..undi akan datang dari bawah..satu ahli satu undi.

Pada 28hb ni..sapa yang nak berlawan perlulah menghantar borang percalonan..bayar RM 20 untuk bertanding di cabang..nak bayar RM 20 mungkin tak ada masalah...sapa pun boleh bayar..tapi tanggungjawab untuk membina cabang tu bagaimana pulak...? jangan macam cerita dulu kala...menang sorak kampung tergadai...malu kita !

PKR@KeADILan satu nama yang cukup gah..parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar...Presidennya Datuk Seri Drs Wan Azizah...sapa tak kenal..sampai ke luar negara tau. Tapi di cabang, bagaimana pulak..?

Rasanya, kalau tak sanggup untuk terus agenda PKR di cabang..lebih baik undur diri secara terhormat..udah-udah le tu..cukup le..bukan apa, ada setengah ketua cabang tu dari tahun 1999 lagi dah jadi ketua cabang, jadi untuk pemilihan kali ni..kalau rasa tak mampu nak bawa parti, tak mampu nak berubah parti..undurlah.Bagi ruang dan peluang kepada orang baru, tenaga baru, anak muda yang boleh memimpin parti. Walaupun ini bukan mudah, tapi apa salahnya jika diberi kepercayaan kepada orang baru. Belum cuba belum tau..

Jangan hanya dalam kepala memikirkan Perak akan dapat kembali kepada pakatan rakyat..jadi mesti terus pertahankan ketua cabang walaupun tak mampu..walaupun memang tidak berdaya..jangan rosakkan parti kerana ada agenda peribadi. Cukuplah apa yang berlaku dulu..belajarlah daripada kesilapan diri kita sendiri..kalau tak kuat nak mempertahankan prinsip parti, lebih baik tak payah..nanti menyusahkan orang lain.Akhirnya hasrat ahli parti tidak mampu nak bawa..bawa hasrat diri sahaja..bukankah tidak elok, tidak baik kalau jadi begitu.

Dan, tidak semestinya ketua cabang akan jadi calon pada PRU ke 13 nanti..tidak semestinya.Kalau ada niat begitu..parti akan musnah, hancur kerana sikap ketua cabang itu sendiri. Sedarlah parti ini bukan milik peribadi..tapi milik semua orang.Hanya yang benar-benar ikhlas dan jujur saja yang boleh menerajui parti ini.

Sumber: http://perakkume.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Cadangan Takwin Ramadhan

Posted: 20 Aug 2010 08:46 PM PDT

21 Ogos 2010 (sabtu) Surau Tanam Selasih (Haji Salleh) - Berbuka
Masjid Kg. Paya - Terawikh

23 Ogos 2010 (Isnin) Springhill (Haji Ramli) - Berbuka
Masjid Lukut - Terawikh

24 Ogos 2010 (Selasa) D'Ambang Kota (Haji Othman) - Berbuka
Masjid Jamek Port Dickson - Terawikh

27 Ogos 2010 (Jumaat) Masjid Pematang Pasir - Berbuka
Masjid Tampin Linggi - Terawikh

28 Ogos 2010 (Sabtu) Kg. Bukit Melintang - Berbuka
Kg. Bukit Pelandok - Terawikh

02 Sept 2010 (Khamis) Taman Politeknik - Berbuka
Telok Kemang - Terawikh

03 Sept 2010 (Jumaat) Taman Anika - Berbuka
Pasir Panjang - Terawikh

04 Sept 2010 (Sabtu) Pejabat Parlimen Telok Kemang
(Majlis Ambang Aidil Fitri)

06 Sept 2010 Batu kikir, Jempol

*sebarang pindaan akan di maklumkan (pertanyaan lanjut sila hubungi Pejabat Parlimen Telok kemang)

.

.


Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Sempena Ramadhan

Posted: 20 Aug 2010 02:21 PM PDT



"SEMUA DIJEMPUT HADIR"