Sabtu, 21 Ogos 2010

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


Bidas Menteri Pertahanan Tidak Mampu Jawab Isu Pertahanan

Posted: 21 Aug 2010 02:59 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

21hb Ogos 2010

Bidas Menteri Pertahanan Tidak Mampu Jawab Isu Pertahanan

AMK Selangor membidas Menteri Pertahanan,Datuk Zahid Hamidi yang menuduh Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar sebagai penderhaka berkenaan isu kapal selam.

Berikut ialah jawapan Datuk Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada 17/3/10: " Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat."

Justeru,AMK Selangor menggesa Menteri Pertahanan menjawab isu utama perkara ini dan bukan membuat tuduhan melulu kepada orang lain menggunakan isu pengkhianatan.Adalah tidak wajar standart dan kualiti Menteri Pertahanan menjawab isu pertahanan dan keselamatan negara dengan sedemikan rupa.

Isu keselamatan dan pertahanan negara adalah suatu yang kritikal dan perlu diambil perhatian serius oleh Menteri Pertahanan apabila melibatkan aset pertahanan yang mencecah RM berbillion-billion. Kita mahu aset pertahanan negara ditahap terbaik dan mampu berhadapan situasi sukar dan krisis apabila memerlukan.

Warganegara Malaysia seluruhnya mempunyai hak untuk mempersoalkan keupayaan sistem pertahanan negara, kerana melalui ini maka keyakinan rakyat terhadap keupayaan sistem pertahanan dan aset keselamatan negara adalah di tahap siap-siaga dan mampu menangkis sebarang ancaman keselamatan dalam dan luar.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

AMK Selangor Sokong Sasaran Minima RM4000 Pendapatan Isu Rumah

Posted: 21 Aug 2010 02:18 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

21hb Ogos 2010

AMK Selangor Sokong Sasaran Minima RM4000 Pendapatan Isu Rumah

Angkatan Muda Keadilan Selangor menyokong konsep yang dibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan sasaran minima RM4000 pendapatan isu rumah dalam tempoh lima tahun apabila Pakatan Rakyat dapat memerintah.

AMK Selangor yakin idea besar ini amat penting untuk kesejahteraan rakyat terbanyak kerana masih ramai isi rumah yang berpendapatan di bawah RM 2000 ketika ini khususnya masyarakat Melayu.

Realiti kini,kita masih terkongkong dengan idea pemilikan 30% ekuiti bumiputera yang semakin kurang relevan dalam menangani persoalan asas kebajikan dan pendapatan rakyat terbanyak.

Idea isi rumah minima RM4000 merupakan langkah besar dan perlu disokong pelbagai rakyat kerana dilihat lebih realistik dan menjurus kepada rakyat kerana ianya akan meningkatkan kualiti pendapatan rakyat yang dibebani kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tidak menentu.

AMK Selangor percaya idea pendapatan isi rumah akan membantu mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum kerana pelbagai pendekatan dan mekanisma akan menyusul bagi menjayakan konsep ini.

Malahan,rakyat tidak mengira samada di bandar dan di kampung akan menerima impak terus menerus daripada pendekatan ini kerana ianya akan lebih menjurus berbanding pendekatan yang digunakan oleh kerajaan masakini yang dilihat belum mampu menyelesaikan banyak isu permasalahan berkenaan keadilan ekonomi dan kualiti bolehguna pendapatan isu rumah.

Golongan muda juga bakal mendapat manfaat jika idea ini dapat dilaksanakan kerana rata-rata golongan muda yang baru memulakan hidup berkeluarga memerlukan jaminan sumber pendapatan yang dapat memenuhi keperluan semasa.

Akhirnya,AMK Selangor sasaran ini adalah realistik dan mampu dicapai berasaskan prinsip Pakatan Rakyat yang memperjuangkan sistem ekonomi yang adil saksama, pentadbiran yang telus dan tekad memerangi rasuah.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

Tiada ulasan: