Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
| Posted: 21 Aug 2010 01:21 AM PDT AMK Johor dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Cabang Gelang Patah akan mengadakan program bersama bagi memasak bubur lambuk serta mengedarkannya kepada masyarakat setempat pada 28hb Ogos ini di Markas PAS Cawangan Kampung Ladang, Tanjung Kupang , Gelang Patah. Program dengan kerjasama PAS Cawangan Kampung Ladang akan turut dihadiri oleh Ketua AMK Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng. YB Dr.Boo Cheng Hau serta YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tn.Hj.Zulkifli Ahmad dijangka akan turut hadir dalam program tersebut. Pada sebelah malam selepas solat tarawikh, akan diadakan program Ceramah Umum yang akan disampaikan oleh Sdr.Shamsul Iskandar dan Datuk Chua Jui Meng serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Berikut adalah aturcara program Jejak Ramadhan bersama AMK Johor:- 10.30am - Persiapan memasak bubur lambuk. (AJK diminta berkumpul di Markas PAS Kg Ladang sebelum jam 10am) 3.ooptg - Pengedaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat serta penyampaian bantuan kepada fakir miskin, ibu tunggal dan anak2 yatim. 6.30ptg - 8.00mlm - Ucapan ringkas pimpinan serta Majlis berbuka puasa. 8.30mlm - Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawikh 9.45mlm - 11.59mlm - Ceramah Umum 12.00tgh mlm - Bersurai. |
| Posted: 20 Aug 2010 10:36 PM PDT Beberapa bulan lagi Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) di seluruh cabang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang bagi 2010 dan kali ini ada pemilihan bagi memilih samada mahu mengekalkan kepimpinan lama atau menggantikannya dengan corak kepimpinan baru yang melibatkan semua jawatan. Beberapa agen calon2 sudah memulakan gerakan melobi untuk memenangkan calon mereka. Bagi penulis yang terlibat secara langsung dalam pemilihan kali ini turut terasa bahangnya. Saban hari penulis dihubungi oleh beberapa agen calon untuk mengadakan program di Johor dan Insya-ALLAH penulis akan memberi kerjasama yang terbaik asalkan program yang diatur dapat memberi faedah kepada Keadilan Negeri Johor. Cuma sedikit pandangan dari penulis, itupun jika boleh diguna pakai, berdasarkan kepada pengalaman yang setahun jagung ini, maka pilih dan lantiklah mereka yang mampu memberikan komitmen dan keperihatinan terhadap saf kepimpinan serta organisasi. Sedia turun bertemu rakyat pada bila2 masa, mempunyai misi dan visi yang jelas dan yang paling penting ialah tidak meletakkan sesuatu kelemahan dengan menyalahkan orang lain. Meletakkan tanggungjawab sebagai amanah rakyat yang perlu direalisasikan. Bagi agen2 pelobi pula janganlah bertindak keterlaluan sehingga menjejaskan keharmonian dalam parti. Janganlah bertindak sehingga menjatuhkan maruah orang lain. Berkempen dan bertindaklah secara bijaksana dan dewasa. Janganlah seperti kebudak-budakan. Mendedahkan kelemahan orang lain didalam laman2 sosial amat2lah tidak beretika. Janganlah sampai ada politik adu domba. Ingatlah bahawa setiap kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan, Insya-ALLAH akan dimenangkan oleh ALLAH s.w.t. Keharmonian dan persaudaraan dalam parti perlu diperkukuhkan kerana setiap ruang kelemahan pasti akan digunakan oleh pihak musuh bagi mengucar-kacirkan parti. Diperingkat Cabang Gelang Patah kali ini dijangka ada beberapa perubahan dalam organisasi disamping kemunculan muka-muka baru yang menawarkan dirinya untuk berjuang bersama-sama parti. Bagi mereka yang dipilih atau dilantik selepas pemilihan nanti, berjanjilah untuk memberikan sepenuh komitmen dan tanggungjawab kepada organisasi. Keadilan Gelang Patah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cubaan. Alhamdulillah, kebelakangan ini ianya semakin mantap, kerjasama semakin baik dan komitmen setiap AJK semakin positif. Semoga ianya terus berkekalan. |
| You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan