Khamis, 19 Ogos 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Persoalan untuk dijawab oleh Felda

Posted: 18 Aug 2010 10:57 PM PDT

1. Bagaimana kedudukan pelaburan Felda didalam Syarikat Twin Technology US Inc (TRT US) pada tahun 2007 yang berjumlah RM270 juta?

2. Bagaimana pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures Sdn Bhd dalam projek penternakan lembu berjumlah RM688 juta?
3. Mana perginya wang tabung tanam semula sejak 1970 hingga kini yang berjumlah hampir RM768 juta?
4. Berapakah keuntungan sebenar Felda Plantation dan kemanakah ia disalurkan?
5. Benarkah Felda Global Ventures Sdn Bhd ada meminjam dari KWSP untuk pelaburan yang mencecah bilion ringgit termasuk di Cincinnati dan Boston?
6. Kenapa Skim Pinjaman Perumahan Felda/Generasi Kedua tidak disubsidikan seperti Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)?
Felda kaya raya atas keringat peneroka. Pemimpin berjoli sewenang-wenangnya atas nama pelaburan untuk menyenangkan kroni. Nasib malang kepada peneroka yang "hutang berantai" tidak pernah langsai. Harimau mati meninggalkan belang, peneroka mati dilonggokkan hutang!
(Dipetik dari risalah FELDA BANKRAP? terbitan ANAK)
===
PINTA PENGERUSI FELDA JAWAP:
BENARKAH PENDAPATAN TAN SRI DARI ELAUN, GAJI, DIVIDEN DARI FELDA DAN ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA MENCECAH RM2 JUTA SATU TAHUN?

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


AMK Selangor Tolak Dalang Jejas Perpaduan Kaum

Posted: 19 Aug 2010 07:08 PM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

20 Ogos 2010

AMK Selangor Tolak Dalang Jejas Perpaduan Kaum

Angkatan Muda Keadilan Selangor menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan usaha perpaduan kaum di negara ini.Merujuk kepada kenyataan berbaur perkauman oleh seorang pengetua di Johor dan beberapa individu sebelum ini ianya amat mendukacitakan.

AMK Selangor menyatakan bahawa kemerdekaan negara yang mencecah 53 tahun perlu diperkukuhkan dengan samangat iltizam seluruh warganegara untuk berganding bahu mengukuh iltizam membawa negara ini ke arah kecemerlangan.

Kita yakin rakyat negara ini sudah matang dan menolak sebarang usaha yang boleh memecahkan perpaduan kaum di negara ini. Kita mahu agar semangat kerjasama antara kaum semakin kukuh dan mantap.

AMK Selangor berasa dukacita dengan kejadian terpencil mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ini dan diharap semua pihak mengambil iktibar agar tidak berlaku lagi di masa hadapan.

AMK Selangor berharap semua pihak memahami dan menghormati kepelbagaian kaum di negara ini kerana keunikan dan keistimewaan ini adalah kekuatan yang perlu ditonjolkan kerana dalam kepelbagaian kita mampu mencipta keadilan dan kekayaan jiwa bangsanya.

Akhirnya,AMK Selangor yakin rakyat Malaysia sudah bijak menilai dan tidak mudah terjebak dengan sebarang usaha yang cuba memecahkan kekuatan perpaduan kaum yang sudah terjalin erat sejak sekian lama.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sodomy Circus Turns Into a Sex Opera!

Posted: 19 Aug 2010 04:22 AM PDT

DAP Supports Anwar’s Call For Proof Of Allegation Of The Existence Of an Alternate Constitution

Posted: 19 Aug 2010 12:25 AM PDT

Media Statement by DAP Parliamentary Leader and MP for Ipoh Timor Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, August 19, 2010:

DAP supports Anwar's call for proof of allegation of the existence of an alternate constitution to replace the current one to erase special rights of the Malays and the position of Islam as the official religion

DAP supports the call by Parliamentary Opposition Leader and Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim for proof of the allegation of the existence of an alternate constitution to replace the current one to erase special rights of the Malays and the position of Islam as the official religion.

This allegation by the Perak Mufti Tan Sri Harussani Zakaria is a very serious and inflammable one and should not be made without proof.

This allegation has already been the basis of a very alarmist front-page Utusan Malaysia headline "Elak perang besar" on Tuesday and an incendiary article entitled "Benar, 'perang besar' boleh berlaku di Malaysia" yesterday.

DAP leaders had never heard or known of such an alternate constitution.

Any such an alleged alternative constitution could not have emanated from Pakatan Rakyat as the component parties of PKR, PAS and DAP had reaffirmed commitment to the fundamental principles of the Malaysian Constitution in a common platform last December.

What should be the cause of concern to all, including potential investors whether local or foreign, is the resort to "May 13" talk or threat in political discourses, including by Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, even during the Merdeka Month celebrations this year. As far as I can remember, the spectre of May 13 had had never been invoked by previous Deputy Prime Ministers in the past four decades.

All sane, rational and responsible political leaders from whatever complexion deplore any "May 13" threat or talk, for are united in wanting to ensure that there is no possibility of another "May 13" let alone "perang besar" than May 13 in the country!

The escalation of race politics when the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak is proclaiming his 1Malaysia policy and during the Merdeka Month celebration raises disturbing questions whether Najib is serious about the 1Malaysia slogan or whether he is really in full charge of his administration.

At the rate things are escalating, someone will be lodging a police report for sedition against Najib for unveiling the New Economic Model (NEM) on March 31 for its proposal for the fifth SRI (Strategic 'Reform Initiative), viz: a transparent and market-friendly affirmative action.

NEM proposed inclusiveness as the second goal and key component – fostering equal and fair economic opportunities where affirmative action will consider all ethnic groups fairly and equally as long as they are in the low income 40% of households.

NEM wants affirmative action programmes to be based on "market-friendly and market-based criteria together taking into consideration the needs and merits of the applicants".

When police reports of sedition are lodged because proposals are made fully in line with the NEM proposals, something has gone very wrong not only with Malaysian politics but with the entire process of nation-building.

This is a matter which warrants the serious attention of all political leaders and the Malaysian citizenry.

Lim Kit Siang

Pencapaian Setengah Tahun Ekonomi Negara

Posted: 19 Aug 2010 12:09 AM PDT


–Kenyataan Media–

PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN EKONOMI NEGARA:
PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN PENDAPATAN ISI RUMAH MINIMUM MENJELANG 2020

Pencapaian setengah tahun ekonomi negara bersama dengan angkanya telah diedar/dikeluarkan semalam. Ianya seperti yang dijangkakan. Pertumbuhan sebanyak 8.9% pada suku kedua dan 10.1% pada suku pertama, sungguhpun memberansangkan, hakikatnya angka tersebut berdasarkan ekonomi yang menguncup pada tahun 2009, iaitu pada kadar 1.9% . Jika dibandingkan dengan Indonesia dan Singapura, pertumbuhan yang dicatatkan ini membolehkan kita membandingkannya dengan pencapaian negara-negara jiran pada masa akan datang sekiranya reform/perubahan tidak dilaksanakan segera- Singapura dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 13%-15% pada tahun 2010, manakala Indonesia dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 6% kelansungan dari pertumbuhan yang dicatat pada tahun lalu iaitu 4.9% tatkala Malaysia dibelenggui kemelesetan.

ANGKA CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR

Apa yang pasti pengumuman semalam tidak mencerminkan realiti ekonomi buat kebanyakan rakyat negara ini. Sejumlah 2.4juta keluarga bersamaaan 40% isi rumah negara ini hanya berpendapatan RM 2300 sebulan, membentuk golongan termiskin di negara ini. Wajar diberi perhatian adalah 75% dari jumlah itu merupakan keluarga Melayu dan peribumi.

Upah yang rendah begitu menekan rakyat Malaysia tatkala mereka terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan bergelut hanya untuk membayar segala macam bil, jauh sekali mampu untuk menabung.

Hakikat ekonomi buat kebanyakan rakyat Malaysia yang berbeza dengan apa yang diumumkan semalam memperlihatkan sebuah pengurusan ekonomi yang gagal membasmi ketidaksamaan dalam masyarakat. Setiap kali kita membincangkan kedudukan ekonomi negara, terutama apabila menyentuh jurang yang kian melebar, pastinya kedudukan ekonomi dapat disimpulkan sebagai "Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana."

Program Transformasi Ekonomi(ETP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2010 tidak menjelaskan sebarang peta jalan(road map) untuk merapatkan jurang tersebut. Program Transformasi Ekonomi menjanjikan ekonomi yang sihat dan lebih baik serta peningkatan pendapatan negara kasar dari RM 600billion (yang dijanjikan pada tahun 2009) kepada RM 1.7 billion menjelang tahun 2020. Peningkatan tersebut dikatakan mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sebanyak RM 49 500 menjelang 2020.

SASARAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MUSTAHIL

Sebagai satu pelan ataupun kebijakan, ianya pasti sedap didengar. Namun sepertimana kebijakan atau dasar yang dibentangkan sebelum ini, Kerajaan Persekutuan sering melontar angka-angka besar dan bersembunyi di belakang asumsi serta premis yang akhirnya terbukti salah.

Demi untuk mencapai matlamat yang digariskan itu, Malaysia memerlukan RM 2.2 trilion pelaburan, 92% dari jumlah tersebut dijangka dari sektor swasta. Manakala itu 75% dari 92% tersebut sepatutnya dari pelaburan tempatan secara langsung dan bakinya dari pelaburan asing secara langsung.

Berasaskan inilah matlamat yang digariskan oleh pentadbiran sekarang pada pandangan kita tidak berpijak pada hakikat ekonomi yang sebenarnya. Mengumumkan sebuah kebijakan yang bercita-cita tinggi manakala untuk mencapainya berasaskan pelaburan swasta semata merupakan satu perancangan yang tidak bertanggungjawab sedangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada "pump priming" dan pertumbuhan pelaburan swasta begitu kecil. Perancangan tersebut cuba mencapai yang mustahil dan menafikan rekod sebelumnya hanya demi sebuah pengumuman.

Begitu juga dengan sasaran untuk mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sekitar RM 49, 500 menjelang 2020 merupakan satu matlamat yang terpisah dari hakikat kesusahan rakyat sepanjang 10 tahun ini. Hakikatnya 34% dari tenaga kerja kita berpendapatan di bawah paras kemiskinan(kurang dari RM 700 sebulan) dan peningkatan upah hanya pada kadar 2.6%(berbanding 10% yang dicapai Indonesia di antara 2007 dan 2009)

Usaha untuk mengalihkan perhatian dengan membentangkan angka-angka baru telah membenihkan sikap untuk tidak cuba berdepan dengan punca permasalahan yang sebenar. Walaubagaimanapun saya yakin rakyat sedar ini merupakan satu lagi upaya untuk menyogok khabar muluk demi mengelirukan serta mengalihkan perhatian mereka dari hakikat kedudukan ekonomi yang sebenarnya tidak berubah sepanjang dua tahun ini.

SASARAN PR SETIAP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 4000

Saya menegaskan kebijakan ekonomi yang mampu membasmi kemiskinan merupakan satu perancangan yang tidak terpisah dengan hakikat ekonomi rakyat dan akar umbi.

Sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan. 4juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, kecualilah ada upaya yang menjurus untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan kadar segera.

Oleh itu selepas beberapa siri perbincangan dan penelitian, Keadilan bersetuju untuk menetapkan serta mensasarkan pendapatan isi rumah minimum pada kadar RM 4000 dalam jangka masa 5 tahun pentadbiran persekutuan Pakatan Rakyat nanti. Dasar yang dibentangkan ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan selanjutnya.

Keadilan akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa kebijakan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah RM 4000. Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung(FDI).

Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. 30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup. Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat.

Asas kepada kebijakan pembangunan kita sewajarnya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber nagara.

YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 OGOS 2010

PRESS RELEASE

YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, LEADER OF OPPOSITION

HALF YEAR ECONOMIC PERFORMANCE:
PAKATAN RAKYAT PROMISES RM4,000 MINIMUM HOUSEHOLD INCOME WITIHIN FIVE YEARS OF ADMINISTRATION

The nation's economic figures released yesterday were as anticipated. The growth of 8.9% in the second quarter and 10.1% in the first quarter, while commendable, came on the back of a contraction of 1.7% in 2009. Compared to Indonesia and Singapore, our half year economic growth provides a glimpse of our comparative prosperity vis-a-vis our neighbours' in the future, if reforms are not carried out immediately.

Singapore is expected to grow at 13% to 15% for 2010, compared to Malaysia's growth forecast of 6% to 7% by the end of the year. On the other hand, Indonesia is anticipated to register a growth of above 6% for 2010, continuing a 4.6% growth in 2009 when Malaysia was in recession.

FIGURES MASK GRIM REALITIES

The disconnect between an announcement of stellar economic performance and realities on the ground is symptomatic of an economic management that is unable to eradicate income inequality in society. The adage that in Malaysia the rich get richer and the poor become poorer comes to mind each time the economic disparity in our society is discussed.

There is not going to be much celebration on the streets as the economic reality for the majority of Malaysian households is different, especially when they have had to put up with a few price hikes in the last two years. This remains a key concern for Pakatan Rakyat, that while cost of living continues to rise, 2.4 million families or 40% of the households earn less than RM2,300 per month. They form the poorest section of our society and 75% of this group are Malay/bumiputra families.

Low wages continue to put pressure on Malaysians as they grapple with steadily rising cost of living. The majority of graduates entering the job market struggle to pay for the bills, let alone to save.

The Economic Transformation Programme (ETP) released by the Prime Minister's Department on 17 August 2010 did not indicate a roadmap to close this disparity. It promises massive improvement to the economy, tripling the Gross National Income to RM1.7 trillion in 2020 from RM600 billion in 2009. It claims that this will translate to an income per capita of RM49,500 by 2020 – on the back of 3.3 million new jobs to be created.

ETP TARGETS UNATTAINABLE

This sounds credible as a plan, similar to other plans previously unveiled by Barisan Nasional. It has become standard modus operandi that the Federal Government throws a lot of big numbers and hides behind assumptions and premises that eventually are proven wrong.

In order to achieve these targets, Malaysia requires RM2.2 trillion new investments, 92% of which is expected to come from private sectors. 75% of this 92% is projected to come from domestic direct investments while the rest is from FDI.

This is where the projections and assumptions are not grounded on reality. Announcing a set of ambitious economic targets to be built almost entirely on private investments is irresponsible to say the least, when Malaysia has been relying on pump priming for the past 12 years and private investment growth was minimal. This is akin to planning for the impossible and ignoring past track records for the sake of an announcement.

Similarly, a promise of 3.3 million new jobs and income per capita of RM49,500 by 2020 is detached from the hardship of the people for the last 10 years. The reality is 34% of our workforce earns below the poverty line (less than RM700 per month) and the average salary increase for the last one decade is only at 2.6% (compared to 10% for Indonesia in between 2007 to 2009).

The act of perpetually throwing new numbers to distract the public's attention from economic realities on the ground perpetuates the habitual refusal to address the root cause of the problems. I am confident that the public will quickly conclude that ETP is another instance in a long line of public relations gestures meant to delude the public when the realities on the ground hardly changes over the past two years.

PR TARGET OF RM4,000 FOR EACH FAMILY

That is why I have always emphasised economic programmes that can alleviate the poverty of the people such that there is no disconnect between the supposedly good performance of the economy with the realities on the ground.

A staggering two-thirds of our population survive on a household income of below RM4,000 a month. These four million families will continue to face hardship due to the rising cost of living, unless priorities are given to increase their income level drastically and quickly.

Therefore, after a series of consultations and studies, Keadilan has agreed to set a target of RM4,000 minimum household income within the first five years of Pakatan Rakyat's federal administration as our flagship economic target . This policy proposal will be brought to Pakatan Rakyat's leadership council for further deliberation.

Keadilan will work with its partners within the framework of Pakatan Rakyat government to implement a series of policies to step change the level of wages in the country to achieve a minimum household income of RM4,000. These policies include strong commitment to plug leakages, determination and honesty to fight corruption, reforms of the judiciary and public institutions to bring back the credibility and promoting transparency and accountability to attract new FDIs.

The country must move away from concepts and economic promises that had never been achieved or translated well to benefit the public. The 30% equity promise by Umno remains unfulfilled and hardly has any effect on Malay families grappling with low wages and high cost of living. Yet it is bandied as a cornerstone of gift from Umno to the public.

Keadilan's gift is more straight-forward and easily translatable to dollars and sens to the public. Under a Pakatan Rakyat government, there will not be a family which earns below RM4,000 within the first five years of our administration.

YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
LEADER OF OPPOSITION
19 AUGUST 2010

AMK KLGT

AMK KLGT


Bodohnya UMNO Selangor

Posted: 19 Aug 2010 10:12 AM PDT

Melayu perlu sedar agenda sebenar pakatan pembangkang

( Klick Di Atas )

UMNO Selangor meminta semua orang Melayu dan umat Islam di negeri ini supaya sedar akan matlamat sebenar pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menghapuskan hak orang Melayu serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.


AMK KLGT nasihatkan Umno Selangor klu betul ada rancangan PR utk mewujudkan 'perlembagaan baru' buat laporan polis dan siasat siapa yg yerlibat bkn dok ckp sana sini yg PR nak buat Perlembangan baru .

Saya ingin menggulangi apa yg dipersetujui oleh komponen Pakatan Rakyat di konvensyen tahun lepas mereka bersetuju Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan .

Klu Umno tak paham2 lg cuba baca Dasar Pakatan Rakyat, jgn nak tipu Rakyat Malaysia di bulan Rahmadan yg suci ini .

KP AMK KLGT

Angkatan Muda Keadilan Melaka

Angkatan Muda Keadilan Melaka


KEADILAN Melaka Desak Kerajaan Melaka Wartakan Rizab Tanah Orang Asli

Posted: 18 Aug 2010 08:29 PM PDT

Kenyataan Media

18 Ogos 2010


AlorGajah, 18 Ogos - Kerja menggorek pasir di kawasan tanah Kampung Orang Asli Kubang Badak di Tebong telah merosakkan tanaman pokok getah OrangAsli sehingga menjejaskan mata pencarian dan hak ke atas tanah golongan terpinggir ini.

Tinjauan Ketua Angkatan Muda PartiKeadilan Rakyat (AMK) Cabang Alor Gajah, Ginie Lim Siew Lin bersama TokJenang Akau bin Kendong pada Ahad lalu (16 Ogos) mendapati tiga jenterapenggorek pasir yang beroperasi di sungai berdekatan dengan kampung Orang Asli telah mengakibatkan hakisan tanah yang amat serius.

"Tigajentera penggorek pasir mula beroperasi kira-kira tiga minggu laludengan merosakkan tebing sungai supaya pasir mengalir masuk ke kawasanlombong pasir dengan senang, akibatnya pokok getah di sepanjang sungaiitu tumbang disebabkan hakisan tanah," jelas Tok Jenang Kampung KubangBadak itu.

Menurut Akau, anggaran 50 pohon pokok getahtelah tumbang sejak kerja mengorek pasir yang dikendalikan oleh sebuahsyarikat yang bernama Hijrah Waja (M) Sdn Bhd bermula kira-kira tigaminggu lalu.

Akau pada Ahad lalu telah membuat laporanpolis di Balai Polis Tebong, Melaka bagi mengadu masalah kehilanganmata pencarian akibat kerja menggorek pasir dan mendesak pihak polismenjalankan siasatan terhadap perkara ini.

Ginie Limmempersoalkan apakah syarikat menggorek pasir itu memiliki lesen yangsah; dan apakah kaedah yang digunakan itu menepati syarat-syarat dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar keranalombong pasir tersebut hanya terletak lebih kurang 2km dari landasankeretapi KTM?

Ginie Lim turut mendesak agar kawasan tanahKampung Orang Asli Kubang Badak diwartakan sebagai Rizab Orang Asli dibawah Seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), merujuk kepada Seksyen76 Kanun Tanah Negara 1965 kerana penduduk Kampung Orang Asli KubangBadak merupakan Orang Asli setempat dan menjalankan kegiatan tanaman dikawasan ladang seluas 2 hingga 6 ekar mengikut kemampuan sendiri.

"KerajaanMelaka seharusnya mencontohi langkah Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat agar mewartakan tanah rizab Orang Asli kerana pemberian milik tanah secara individu di kalangan masyarakatOrang Asli adalah satu-satunya penyelesaian untuk menjamin hak OrangAsli ke atas tanah," ujar Exco AMK Pusat itu.

Menurutnya,Orang Asli sebenarnya masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan tanah.Setakat ini, hanya 0.03 peratus sahaja tanah yang dimiliki secaraindividu daripada jumlah keseluruhan pemilikan tanah di Semenanjung.

"Olehsebab tiada hak milik berdaftar, hak-hak mereka telah dinafikan apabilaberlaku urus niaga atas tanah; atau kegagalan menerima bayaran pampasanyang setimpal apabila berlaku pengambilan tanah," sambung Ginie Lim.

Ginie Lim Siew Lim
Ketua Angkatan Muda Cabang Alor Gajah
Timbalan Ketua Angkatan Muda MelakaExco Angkatan Muda Pusat
012-6693453, ginielim@gmail.com

LAPORAN QAZAF TERHADAP SENATOR EZAM

Posted: 18 Aug 2010 07:03 PM PDT

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) akan membuat laporan Qazaf terhadap Senator Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada hari ini Khamis, 19 Ogos 2010 jam 2ptg.

JOM AMK turun RAMAI2. Berkumpul di Masjid Negara Jam 2ptg…

LAWAN TETAP LAWAN…

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


PAKATAN RAKYAT PERLU MENANG BESAR!!

Posted: 18 Aug 2010 11:49 PM PDT

Posted: 18 Aug 2010 11:21 PM PDT

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Habis 1 malaysia di "bangang"kan

Posted: 18 Aug 2010 11:40 PM PDT

Berita Tergempaks:United MuNkEeE semakin Nazak!

Posted: 18 Aug 2010 11:24 PM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


MB N.Sembilan utamakan keretapi dpd rakyat ?

Posted: 18 Aug 2010 05:28 PM PDT


Akhbar The Star 19 Ogos 2010 melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mahu landasan keretapi yang tidak digunakan sejak 2 tahun lalu dari Seremban ke Port Dickson dipulihkan semula untuk memajukan pelancongan di Port Dickson. KTM pula tidak mahu menyenggara landasan ini kerana kos yang tinggi dan tidak menguntungkan.

Betul ke untuk majukan pelancongan di PD , atau ada tujuan lain ?

Kenapa sibuk nak tarik pelancong, tapi banyak kemudahan awam di PD begitu teruk , terutama gerai , tandas awam , bangunan terbengkalai seperti laporan berikut :
PD, a town in the throes of death (PD bandar maut)
http://national-express-malaysia.blogspot.com/2010/08/pd-town-in-throes-of-death.html
Salt, wind, rust on PD's menu of danger (Garam, angin, karat, menu bahaya di PD)
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/9381-salt-wind-rust-on-pds-menu-of-danger

Kenapa sibuk nak bangunkan semula landasan keretapi Seremban – PD , sedangkan Hentian di Lebuhraya Seremban – PD pun tidak berdaya maju, kosong tiada peniaga seperti laporan berikut :
Lebuhraya Seremban Port Dickson yang tak berdaya maju
http://pasns.blogspot.com/2009/09/lebuhraya-seremban-port-dickson-yang.html

Kenapa tidak dahulukan kepentingan rakyat dengan membangunkan pengangkutan awam yang teruk terutama di kawasan FELDA yang tidak bankrap, kawasan kampung, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Gemencheh, Gemas dan PD sendiri yang ramai penyokong setia Barisan Nasional seperti laporan berikut :
MB N.Sembilan bazir duit bina Pondok Bas ?
http://amkns.blogspot.com/2010/07/mb-nsembilan-bazir-duit-bina-pondok-bas.html
Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Kenapa tak bangunkan pelancongan buaya di sepanjang Sungai Linggi untuk menarik pelancong kerana ada lebih 4000 buaya di sini , lagi banyak dari Melaka. Atau buaya ini sudah lari kerana takut dengar khabar angin akan dibina Loji Tenaga Nuklear di Porti Dickson seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/08/tasik-di-port-dickson-jadi-tapak-loji.html


*******
The Star
Thursday August 19, 2010
Negri seeks federal help to revive rail link

SEREMBAN: The state government wants the federal authorities to rehabilitate the 39km Seremban-Port Dickson railway line — the third to be built in the country — because it has been out of use for more than two years.

Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan said the state government wants to revive the 120-year-old line to boost tourism in Port Dickson.

"We had plans to start a tourist train linking both towns three years ago but this had to be shelved as the tracks were deemed as unsafe.

"We hope the federal authorities will not abandon the idea to revive the line," he said.

The Seremban-Port Dickson line has been closed since July 2008 when a freight train transporting diesel from a refinery in Port Dickson to Ipoh was derailed.

Prior to that, the line was used exclusively by two refineries in Port Dickson to transport their products to other parts of the country.

Passenger train services between Seremban and Port Dickson stopped in the mid-1970s.

The opening of the Seremban-Port Dickson Highway in 1997 also allowed companies here to transport their products faster via road.

KTM Bhd has been reluctant to repair the tracks due to the high cost involved and as it was not a profitable venture.

Mohamad said although the project to rehabilitate the line was not listed under the 10th Malaysia Plan, he expressed hope that this would be considered.

Mohamad also said KTMB's Electric Train Service, which now allows the people to travel between Seremban and Ipoh in three hours, would eventually be extended to Gemas.

He said the service should begin by end 2012 when the Seremban-Gemas double-tracking and electrification project is completed.

Several new stations are being built and upgraded along the route, including Sg Gadut, Senawang, Rembau and Tampin.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F8%2F19%2Fnation%2F6883328

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


李文材:挂国旗不为讨好高官,爱国须付诸于行动

Posted: 19 Aug 2010 01:29 AM PDT

(怡保18日讯)针对日前怡保市长拿督罗西迪宣布全市商家逢国庆和州苏丹诞辰,强制须悬挂国州旗,进而以不更新执照和列黑名单的惩罚来威胁市民。 人民公正党全国副主席李文材医生对此作出严厉批评,他表示,虽然该决定在地方政府事务委员会主席拿督马汉顺指示下已经收回成命,但是显然市长当初的决定是无理和荒谬的,他企图以自欺欺人的手法来"编制"爱国的气氛和形式而已。 他表示,高官显要不应该过于喜欢流露在形式的表现,其目的多在于为上级示好,仿佛以封建时代一厢情愿的手法来威逼市井小民。 他是在日前为甘榜孟加兰开斋晚餐致词时这么表示。其他出席者包括迪遮区州议员郑立慷、政治秘书李盈颖以及甘榜波赖支部青年团主席杜米等其他民联领袖。 也是务边区国会议员,李氏表示,爱国的心根本就不能够以挂国旗来衡量,爱国要付诸于行动,而不是仅靠口号和制造最长或最大的国旗来衡量其忠诚度。 他举例,目前是回教徒的戒斋月,我们可以作出更深入的探讨,包括了解戒斋月的意义和回教徒祷告的形式等,这样有助于促进国人的团结,进而展现爱国和团结国人的行动。 他表示,爱国的子民应该关心国家目前于水深火热中,我们必须关注国家未来的经济发展,以及关心并修复族群之间的关系,这才是人民应该赋予行动和爱护国家的行为。

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


DULU, KINI DAN SELAMANYA RAKYAT BOSAN DENGAN UMNO-BN!

Posted: 19 Aug 2010 08:45 AM PDT

'Terang lagi bersuluh' itulah perumpamaan yang sesuai untuk di umpamakan dengan apa yang berlaku didalam parti UMNO kini yang berterusan mempunyai masalah dalamannya yang tersendiri.

Perkara ini diakui sendiri oleh Naib Presidennya DS Hishammuddin Tun Hussein ketika diminta memberi komennya kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Kuala Terengganu kelmarin.

Menurutnya lagi, rakyat sebenarnya sudah bosan melihat karenah antara sesama pemimpin didalam perkelahian tersebut kerana perkara ini tidak akan membawanya kemana apatah lagi didalam keadaan dunia kini yang semakin sempit dan mencabar.

Kadang kala pemimpin-pemimpin yang menimbulkan masalah seperti ini seolah-olah lupa bahawa setiap perbuatan mereka bukan sahaja akan dinilai oleh rakyat malahan juga peranan mereka akan turut diperhatikan oleh pucuk pimpinan parti terutamanya untuk percalonan di Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 13 nanti.

Sebagaimana yang ditegaskan oleh Hishamuddin semalam, "Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini. Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat,".

Sebenarnya rakyat sudah lama menyampah dan benci dengan perangai sesetengah pemimpin UMNO bukan setakat berlaku di Terengganu malahan juga di seluruh negara yang begitu suka bergaduh dan berebut jawatan sesama sendiri sehinggakan menimbulkan masalah kepada rakyat pula.

Beberapa krisis perebutan 'kuasa' antara pemimpin seperti yang berlaku di Terengganu, di Kedah, di Kelantan, di Perlis adalah antara beberapa contoh bagaimana ianya seolah-olah tiada menemui titik noktahnya.

Sebab itu apabila media-media massa kepunyaan pemerintah yang cuba mengembar-gemburkan kononnya ada 'keretakan' didalam hubungan antara parti didalam Pakatan Rakyat (PR), rakyat melihatkan ini hanyalah taktik Barisan Nasional (BN) untuk melindungi masalah yang dihadapi oleh mereka sahaja!

Rumusannya, lagi banyak media massa ini cuba memfitnahkan Pakatan Rakyat kononnya ada masalah dalaman, maka lagi banyaklah masalah keretakan yang berlaku di dalam Barisan Nasional timbul sebenarnya.

Bukan sekadar UMNO sahaja yang menghadapi masalah seperti perebutan jawatan dan sebagainya tetapi masalah ini turut 'singgah' kedalam MCA yang melibatkan krisis moral di peringkat pimpinan tertinggi MCA Pusat. Manakala MIC dan PPP pula terus bermasalah dengan isu Presiden yang tidak disukai oleh kebanyakan ahli sehingga mencetuskan beberapa kes pemecatan pemimpin-pemimpin muda mereka seperti Mugilan (MIC) dan Murugiah (PPP).

Justeru itu, sebagai pemimpin kanan didalam UMNO, Hishamuddin sudah terlalu cukup tahu serta arif tentang apa yang berlaku kerana ianya bukan sekadar berlaku didalam UMNO tetapi pada semua parti komponen BN yang lain.

Yang pasti rakyat sebenarnya sejak dulu, kini dan selamanya sudah bosan melihat berbagai 'karenah ' dan gelagat pemimpin-pemimpin BN seperti sekarang….Ubahlah sebelum parah!

Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Temui Imam Masjid Al Azhar Mesir di Seremban 22 Ogos 2010

Posted: 18 Aug 2010 06:48 PM PDT

Program Ziarah Syeikh Ashraf Hamid Hasanain, Imam Masjid Al-Azhar, Kaherah, Mesir
ke Negeri Sembilan Darul Khusus

22 OGOS 2010 (AHAD)
4.00 petang: Solat Asar di Masjid Negeri Sembilan, Seremban
8.30 malam: Solat Isya/Tarawih dan Tazkirah di Masjid Bandar Baru Senawang

23 OGOS 2010 (ISNIN)
8.45 pagi: Kunjungan ziarah Sohibus Samahah Mufti Negeri Sembilan
10.00 pagi: Ziarah Syeikh Rauf Al-Bahanji di Pondok Tampin
3.00 petang: Ziarah Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Maliki di Yayasan Sofa
8.00 malam: Imam jemputan terawih dan majlis di Masjid Jamek An-Nur, Rembau

24 OGOS 2010 (SELASA)
8.00 pagi: Lawatan sekitar bandar Seremban
11.00 pagi: Bersiap bertolak ke Kelantan

Sumber : http://ibnulkareem.blogspot.com/2010/08/jadual-syeikh-ashraf-di-negeri-sembilan.html

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Jika lepasi Tol Bkt beruntung, singgah lah utk bubur lambuk dan bendera Msia...esok 5 ptg 19 Ogos 2010

Posted: 18 Aug 2010 08:21 AM PDT

.

.


Umno Parti Tenat Terdesak Guna Isu Perkauman

Posted: 18 Aug 2010 06:25 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa terdapat pihak tertentu cuba mewujudkan perlembagaan baru hanyalah percubaan terakhir Umno yang kini sudah tenat untuk meraih sokongan rakyat terutamanya orang Melayu.

Anwar mengulas perkara tersebut ketika ditanya wartawan mengenai satu artikel di dalam Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Harussani dan menimbulkan kemungkinan 'perang besar' sekiranya kerajaan gagal menangani konflik kaum.

"Kita berhadapan dengan satu parti yang sudah tenat dan tahu kehilangan dukungan dan pengaruh orang Melayu dan rakyat."Umno yang sekarang ini kehilangan pengaruh untuk memerintah negara, mereka mula dilihat memainkan sentimen tersebut.

"Kalau benar ada orang yang mahu buat perlembagaan baru, kita minta perkara itu disiasat kerana ia bertentangan dengan pendirian rakyat negara ini.

"Ini cara ugut, menakutkan orang supaya kes kezaliman, rasuah itu ditutup. Saya tidak percaya ketegangan ini parah melainkan ia sengaja dimainkan oleh orang-orang berkepentingan," tegas beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana tengahari tadi.

Semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di Ipoh Isnin lalu, Harussani mendakwa pihak tertentu mahu menggantikan Perlembagaan Persekutuan dengan perlembagaan baru yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Tambah Anwar, seperti juga dalam isu berhubung isu kain rentang provokatif yang menghina Sultan Johor dan cuba dikaitkan dengan KEADILAN, beliau meminta pihak polis melakukan siasatan telus dan professional.

Katanya, sekiranya ada pihak tertentu cuba menghilangkan semua peruntukan orang Melayu-Islam atau hak Raja-Raja Melayu, beliau menggesa supaya pihak polis supaya menyiasat dakwaan tersebut.

"Kalau Pakatan Rakyat, kita ketiga-tiga parti sudah pun tandatangan. Saya, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang dan Lim Kit Siang mengesahkan peruntukan yang ada dalam Perlembagaan dengan pendekatan baru untuk rakyat Malaysia lebih yakin,' jelas beliau./sk