Isnin, 16 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Felda Berhutang RM3 Bilion

Posted: 15 Aug 2010 10:56 PM PDT

Dari TV Selangor

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kerajaan Malaysia.

Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan.

Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh.

“Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan.Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?” soal Dr Tan.

Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

“Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab,” kata Dr Tan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu.

Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun.

“Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi,” ujar Sivarasa.

Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun.

Kredibiliti Pendakwaan Terjejas

Posted: 15 Aug 2010 08:34 PM PDT

Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.

Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!

ANWAR IBRAHIM

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa

Najihan dan Nazuwa Perlukan Doa Anda!

Posted: 16 Aug 2010 12:39 AM PDT

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari Ipoh, Sabtu. Bapanya, Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada 8.30 pagi tadi. Dia turut menetak mati isterinya, Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, dan mencederakan seorang lagi anaknya.

Inilah yang ditakdirkan berlaku kepada Najihan dan Nazuwa. Menyaksikan sendiri bagaimana mereka menjadi yatim piatu. Peristiwa hitam mereka akan ditanggung selamanya. Ibunya pergi akibat ditetak bapa mereka, bapa mereka pergi akibat ditembak polis.

Teramat berat apa yang ditanggung mereka berdua untuk kehidupan seterusnya. Bagaimana bayangan peristiwa ini akan sentiasa mengekori mereka. Apatah lagi ianya berlaku di awal Ramadhan. Awal Ramadhan akan tetap diingati mereka selama-lamanya. Awal Ramadhan ditakdirkan hitam untuk mereka.

Oleh itu mereka berdua perlukan doa anda, doa kita semua untuk meneruskan hidup mereka. Kesengsaraan hidup zahir batin mereka memerlukan pertolongan. Kaunseling pihak terbabit teramat diperlukan. Biarlah mereka mengetahui hakikat kehidupan. Biarlah mereka mengetahui apa yang ditakdirkan telah berlaku kepada mereka. Biarlah mereka mengetui hikmah yang ditentukan Allah kepada mereka. Biarlah mereka mengetahui bukan semuanya kehidupan itu indah. Janganlah biarkan hati mereka persoalkan kenapa ini terjadi ke atas mereka selamanya.

Marilah kita berdoa untuk kebaikan mereka berdua, kesejahteraan mereka dan ketenangan hati mereka, kekuatan batin mereka dalam menghadapi saat-saat mendatang. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, amin.....

Oleh Lan Iisma

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong

Parliament Questions Time: Written answer on sand mining scandal involving Kumpulan Semesta Sdn Bhd

Posted: 16 Aug 2010 02:30 AM PDT

Khamis, 24 Jun 2010 Soalan: No. 44 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh SPRM ke atas laporan yang dibuat oleh YB Kapar berhubung skandal perlombongan pasir yang melibatkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. Jawapan: YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri [...]

Parliament Questions Time: Written answer on 1Malaysia policy in our Courts

Posted: 16 Aug 2010 12:32 AM PDT

Rabu, 30 Jun 2010 Soalan: No. 32 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan bagaimana polisi 1Malaysia hendak dicapai di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur di mana kesemua 22 majistretnya adalah Melayu, manakala dari 23 Hakim di Mahkamah Sesyen kesemuanya Melayu, kecuali 3 orang berketurunan India dan juga memberi jumlah mengikut komposisi [...]

Parliament Questions Time: Written answer on Asas Serba taking over toll operations from PLUS

Posted: 15 Aug 2010 10:58 PM PDT

Rabu, 7 Julai 2010 Soalan: No. 20 Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta Perdana Menteri menyatakan sama ada Kementerian telah meluluskan satu kontrak penswastaan kepada Asas Serba Sdn Bhd atau syarikat untuk mengambil alih operasi tol jalan daripada PLUS memohon Kementerian memberi syarat-syarat penting di dalam kontrak tersebut dan sama ada kontrak [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang

Tadah hujan setiap hari

Posted: 16 Aug 2010 12:09 AM PDT

Sinar Harian 16 Ogos 2010

LUBOK CHINA - Kesempitan hidup menyebabkan seorang wanita di sini terpaksa tinggal berseorangan di sebuah rumah tanpa kemudahan elektrik dan bekalan air bersih.

Semuanya akibat bekalan elektrik yang dipotong kerana tertunggak sejak beberapa bulan disebabkan masalah kewangan.

Manakala, bekalan air pula terputus sejak beberapa tahun lalu, apabila Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dikatakan mengambil meter paip rumahnya untuk dibaiki, namun tidak dipasang sehingga kini.

Ramlah Kitik, 51, yang masih bujang, tinggal di rumah itu sejak kecil sebelum ibu dan ayahnya berpisah, sehinggalah ibunya meninggal dunia.

Menurutnya, bekalan eletriknya dipotong kerana dia tidak mampu membayarnya akibat tiada pekerjaan.

"Paip air itu pula, tak tahu di mana silapnya ketika berlaku kebocoron. Jadi saya panggil pihak SAMB untuk periksa. Tetapi SAMB datang ke rumah, terus ambil meter paip dan tidak dipasang sehingga hari ini," katanya.

Akibat masalah itu, katanya, dia terpaksa bergelap dan menadah air hujan setiap hari bagi melakukan kerja harian.

Malah, katanya, wang simpanan yang ada sejak tiga tahun lalu semakin merosot dan hanya makan setakat termampu sehingga ikan rebus dan air asam seolah-olah sudah menjadi makanan rutinnya.

"Kehidupan saya berubah selepas kematian ibu beberapa tahun lalu. Sehinggalah saya jatuh sakit dan terpaksa berhenti kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang," katanya.

Bagaimanapun, dia masih menyatakan hasrat untuk bekerja semula bagi meneruskan kehidupan mengharap bantuan sesiapa.

"Saya jadi begini sebab saya sakit. Sejak dari itu, saya tiada pekerjaan dan terpaksa menjadi penghuni rumah ini dan hanya bergantung pada duit simpanan yang ada," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

Difahamkan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) berkenaan tidak pernah datang menjenguknya, apatah lagi memberi bantuan.

Malah, ada pihak yang melemparkan tuduhan kononnya dia kurang siuman.

"JKKK pun tak pernah menjenguk saya di sini macamana dia nak tahu. Dia kata saya tak siuman tapi mana ada saya gila.

"Cuma kadang-kadang jiran yang prihatin dengan keadaan saya datang membantu," katanya.

Bagaimanapun, dia tetap pasrah dengan nasib yang menimpanya dan berharap akan ada sinaran baru untuknya tidak lama lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story8066525.asp

keADILan Kuala Pilah

keADILan Kuala Pilah

RAMADHAN DATANG LAGI!

Posted: 16 Aug 2010 07:48 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Hamidah perlu jelaskan mengapa projek diberi kepada syarikat

Posted: 15 Aug 2010 11:20 PM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Waaa..pakat pakat cari cicak gergasi ataupun tokek !!!

Posted: 15 Aug 2010 09:25 AM PDT

Semalam gua dapat seekor cicak tapi berat nya belum sampai 300 gram... cicak ni berharga RM20,000 seekor...info yang gua dapat beratnya hendaklah 300gram keatas baru laku......kalau beratnya 1 kilo 1 juta ringgit...hahaha jom ramai ramai pergi cari cicak ni!!! Untuk maklumat cicak ini berada didalam lubang-lubang pokok pokok buluh rumah -rumah yang lama di tinggalkan dan didalam tunggul-tunggul kayu yang lama yang berlubang. Di sekitar gerik aktiviti mencari cicak ini sedang hangat sekarang.

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan : Apa Yang Harus Dikatakan Lagi

Posted: 15 Aug 2010 08:21 PM PDT

Mahkamah menolak permohonan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Ini kerana DPP Farah Azlina Latif tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

Oleh itu, hakim mengarahkan supaya kes liwat tersebut diteruskan walaupun dibantah oleh pihak pendakwa

Sumber Malaysiakini

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Kredibiliti Pendakwaan Terjejas

Posted: 15 Aug 2010 09:16 PM PDT

Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.
Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!
ANWAR IBRAHIM

sumber :anwaribrahimblog.com