Isnin, 16 Ogos 2010

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


Mahkamah tolak permohonan Anwar batal tuduhan : Apa Yang Harus Dikatakan Lagi

Posted: 15 Aug 2010 08:21 PM PDT

Mahkamah menolak permohonan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya ekoran dakwaan terdapat hubungan antara Mohd Saiful Bukhari Azlan dan timbalan pendakwa raya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengumumkan keputusan itu pagi ini.

Menurutnya, dakwaan hubungan tersebut tidak menjejaskan integriti pihak pendakwa.

Ini kerana DPP Farah Azlina Latif tidak mempunyai akses kepada dokumen-dokumen penting pihak pendakwa seperti yang dinyatakan dalam afidavit pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira dan DPP Mohd Hanafiah Zakaria.

Oleh itu, hakim mengarahkan supaya kes liwat tersebut diteruskan walaupun dibantah oleh pihak pendakwa

Sumber Malaysiakini

Tiada ulasan: