Isnin, 16 Ogos 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Felda Berhutang RM3 Bilion

Posted: 15 Aug 2010 10:56 PM PDT

Dari TV Selangor

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau singkatannya Felda didakwa mendapatkan pinjaman RM3 bilion ringgit dari Kerajaan Malaysia.

Bukan sahaja ia berhutang kepada Kerajaan, bahkan Felda didakwa turut berhutang dan tidak mampu membayar kontraktor-kontraktor yang dilantik untuk menguruskan tanah perladangan.

Bekas Timbalan Menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Felda perlu menjelaskan mengapa ia tidak melunaskan pinjaman-pinjaman itu jika benar status kewangan Felda kukuh.

“Baru-baru ini mulanya 3 tahun konsep Felda Global yang Perdana Menteri Najib Abdul Razak impikan.Peruntukkan yang sudah diguna ialah sebanyak RM3 billion termasuk wang pinjaman dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Kalau Felda banyak wang kenapa perlu atau terpaksa pinjam dari KWSP?” soal Dr Tan.

Kerajaan sebelum ini membidas dakwaan bahawa Felda diancam kemuflisan. Kerajaan bagaimanapun akui bahawa rizab tunai Felda susut daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

“Banyak kontraktor dan subkontraktor yang buat kerja untuk Felda, dalam terdapat aduan bahawa Felda telah berhutang sebanyak RM300 juta kepada kontraktor. Sudah 8 bulan berlalu tetapi 8 sen pun tak dibayar. Kalau Felda ada banyak wang saya minta pihak felda dan pengerusi Najib sila jawab,” kata Dr Tan.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Sivarasa Rasiah mencabar Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Nor mendedahkan pendapatannya selaku pengerusi badan itu.

Sivarasa berkata ada dakwaan yang mengatakan bahawa pendapatan Mohd Yusof mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan elaun.

“Walaupun ada kemungkinan dakwaan itu dakwaan semata-mata, namun beliau perlu jawab, khususnya kepada peneroka. Sebagai pengerusi Felda, tentu sekali pendapatannya tinggi,” ujar Sivarasa.

Baru-baru ini lebih 700 peneroka dari dua penempatan Felda di Negeri Sembilan menyaman Felda sebanyak RM200 juta atas dakwaan penipuan yang telah berlaku selama 15 tahun.

Kredibiliti Pendakwaan Terjejas

Posted: 15 Aug 2010 08:34 PM PDT

Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.

Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: