Zulkifli Noordin |
Posted: 10 Dec 2010 01:13 AM PST Salam 2 all. Tidak berapa lama dahulu, teman ada menulis tentang satu Pakatan Syaitan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PKR-DAP tanpa pengetahuan PAS, dan ramai kepimpinan dan ahli PKR sendiri. Antara lain teman sebut Pakatan Syaitan itu antaranya ialah: 1. Kepimpinan DAP akan diberi kuasa autonomi untuk memerintah Pulau Pinang; 2. Kepimpinan DAP akan diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri; 3. DAP akan diberi kuasa memerintah dan menjadi Menteri Besar di Perak dan Negeri Sembilan selain terus memegang kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang; juga beberapa kerusi Exco termasuk Exco agama akan diberikan kepada wakil rakyat DAP berbangsa Melayu; 4. Bagi maksud itu, DAP akan memasang strategi meletakkan beberapa calon berbangsa Melayu kerana bagi jawatan Menteri Besar, Perlembagaan negeri-negeri jelas memperuntukkan hanya mereka yang berbangsa Melayu boleh dilantik menjadi Menteri Besar; 5. Strategi awal ialah untuk juga meletakkan beberapa calon Melayu untuk bertanding dikawasan selamat bagi kerusi Parlimen untuk membolehkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan terlebih dahulu kepada calon DAP Melayu untuk mengelakkan sensitiviti bangsa Melayu bergolak jika Pakatan Pembangkang memerintah. Hanya setelah keadaan reda dan mereka telah menguasai jentera dan institusi Kerajaan Persekutuan barulah Kitsiang akan ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Walaupun pada awalnya mereka bukan sahaja menafikan pendedahan Pakatan Syaitan itu, malah memaki hamun teman dengan pelbagai makian (tanpa menjawab isu yang teman bangkitkan), akhirnya beberapa fakta yang mula berlaku menunjukkan apa yang teman sebut itu adalah benar. Jelas daripada kenyataan Anwar pemimpin anugerah tuhan yang tanpa berselindung lagi mengisytiharkan wahyu bahawa jika Pakatan Pembangkang menang maka Kitsiang akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Walaupun dibantah oleh kepimpinan PAS, malah Ketua Dewan Ulama' Dato' Harun Taib mengherdik Anwar kerana tidak menghormati kepimpinan Pakatan dengan membuat keputusan yang belum pun dibincangkan, namun pemimpin anugerah tuhan itu berkeras dengan rancangan mahu melantik Kitsiang sebagai TPM. Ianya suatu penghinaan kepada kepimpinan PAS khususnya YB Tuan Guru Haji Hadi yang kelihatan saperti dibakulsampahkan oleh pemimpin anugerah tuhan ini! Terbaru DAP Selangor juga telah menyusun strategi dengan melantik Melayu kedalam Jawatankuasa DAP Negeri Selangor. Ean Yong Hian Wah, Setiausaha baru DAP Selangor membuat kenyataan tadi bahawa "lima ahli jawatankuasa baru yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang)". Dalam memasang strategi ini, kepimpinan DAP-PKR akan berkokok menyatakan DAP adalah parti multi-etnik yang sedang melakukan perubahan dan reformasi. Mereka sudah bersedia membuka pintu untuk bukan Cina khususnya Melayu menyertai dan menganggotai parti DAP dan akan diberi ruang dan peluang memegang jawatan tinggi termasuk menjadi calon pilihanraya. Mereka akan berkokok inilah sinar baru politik tanpa perkauman, walaupun merekalah sebenarnya bapak segala cauvinis dan rasis sejarah negara pernah lihat. Selanjutnya mereka akan korbankan beberapa pimpinan kanan DAP berbangsa Cina kononnya untuk memberikan laluan kepada muka baru termasuk dari kalangan Melayu. Mereka akan dakwa ini adalah bukti serius mereka untuk mengetengahkan bangsa selain Cina terutamanya Melayu, sehingga mereka sanggup mengenepikan pimpinan Cina yang sudah lebih senior dan veteran. Dan yang paling canggih mereka sudah atur beberapa pak jangoat untuk mengiyakan dan mena'amkan apa yang mereka lakukan. Mike semua jangan terkejut kalau ada pak jangoat yang yang mengembik mengalu-alukan transformasi DAP ini dan bukti bahawa DAP sudah berubah. Yang tidak berubahnya kata mereka ialah UMNO dan BN. DAP sudah insaf sejak menerima tarbiyyah dari pak jangoat-pak jangoat. Maka nanti bertakbirlah para pak jangoat mengusung calon DAP dalam pilihanraya nanti. Teman berharap mike semua, khususnya umat Islam bangsa Melayu, agar tidak termakan dengan sandiawara terbaru ini. Janganlah kelak nanti kerana keghairahan melampau kita untuk memahkotakan diri di Putarajaya, akhirnya nanti kita yang rugi ternganga kosong. Nampak gaya kepimpinan DAP telah mula mengatur strategi untuk memenuhi Pakatan Syaitan itu. Teman mendedahkan ini kerana berharap para pak jangoat semua yang terkilau bak kalkatu dengan cahaya mahkota Putrajaya supaya jangan esok bila dah terjadi baru nak ternganga mulut melopong. Ingatlah pesan ALLAH bahawa kafir sentiasa tidak redho dengan kita umat Islam dan sentiasa mereka mencari jalan dan strategi untuk merosakkan kita, "walan tardho ankal yahuudu walan nasooro hatta tat tabi'a millatahum; sesungguhnya Yahudi & Nasara (golongan kafir) sekali-kali tidak redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut kehidupan mereka- Al Baqarah: 120". Terbaru teman mendapat maklumat Pakatan Syaitan diantara kepimpinan PKR dan DAP telah memutuskan untuk sabotaj pilhanraya umum akan datang. Dalam perbincangan sulit yang diadakan baru-baru ini, mereka membuat keputusan sekiranya YDP Agong membubarkan Parlimen dan mengisytiharkan Pilihanraya Umum Ke 13, maka mereka akan melakukan beberapa perkara. Apakah yang akan mereka lakukan? Apa rancangan mereka? Insyallah teman akan dedahkan dalam masa terdekat ini tentang Pakatan Syaitan ini yang sedang merancang satu Pakatan Luar Tabi'i - atau singkatannya PALAT! Adios amigos, grasias senor & senorita. Zulkifli Bin Noordin Jumaat 03 Muharram 1432 10 Disember 2010 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan