Jumaat, 10 Disember 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Surat Terbuka Kedua Kepada Tan Sri Ismail Omar

Posted: 10 Dec 2010 05:15 PM PST

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar IGP,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia,
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

10hb.Disember 2010

YDH Tan Sri,

JAWAPAN KDN MENGENAI INSIDEN MATA-LEBAM.

Assalamualaikum wbt.,Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

2. Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

3. Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; "Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut".Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan "without fear or favour;leaving no stone unturned;and to get it over with as soon as possible" dan tidak ada sebarang "cover-up" untuk sesiapa pun.Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

4. Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut. Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.Malah keseluruhan kertas siasatan berkenaan pernah "dihilangkan" sementara, selama lebih kurang 3 minggu diatara 30.10.1998 hingga 20.11.1998 sepertimana yang saya jelaskan dalam perenggan 16 Surat Terbuka saya kepada Tan Sri pada 22.11.2010. Tidak hairan jika berlaku kekurangan kandungan kertas siasatan itu, kerana ianya tersorok lama di-Jabatan Peguam Negara.

5. Sebelum saya pergi kepada isu pokok surat ini,izinkan saya menegaskan bahawa diari penyiasatan saya dalam kes ini adalah dibuat "as and when the events unfolded", sama-ada yang saya rakamkan secara detail atau sekadar mencatitkan perkara mustahak setakat membolehkan saya menyegarkan ingatan saya kepada peristiwa berkenaan.Seperti apa yang kita pernah diajar di-Maktab KKB dahulu, "you see..you recognize;you read..you will know;if you write…you will remember for ever.".Saya juga ada merakamkan perkara-perkara penting dalam perharian rasmi (official diary) khususnya bagi memelihara kerahsiaan identity individu dan maklumat penting yang saya terima berkaitan siasatan kes ini. Selain daripada diari penyiasatan tersebut saya telah menyediakan summary of evidence dalam minit-minit bertarikh 15.10.1998, 29.10.1998 dan 27.1.1999 yang saya jadikan sebahagian daripada diari penyiasatan, kesemuanya diedarkan mengikut prosidur edaran kertas siasatan,kepada Peguam Negara.Jika terdapat rakaman diari atau minit saya yang palsu atau tidak benar,sudah lama saya telah dikenakan tindakan Mahkamah.

6. Apabila PDRM baru-baru ini menyatakan, "Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan ini",persoalan yang muncul secara spontan ialah;bagaimana dan dimanakah hendak disorokkan sebanyak tiga(3) laporan perubatan yang telah dipalsukan dalam siasatan tersebut?.Malah dua(2) daripada tiga laporan berkenaan telah dikemukakan dan dipertimbangkan dalam prosiding Suruhanjaya Di Raja menyiasat insiden mata-lebam ini pada tahun 1999,dan laporan Suruhanjaya diistiharkan dokumen public.Laporan-laporan ini pula bukannya sekadar satu atau dua muka surat yang boleh terlepas pandang. Ketiga-tiga laporan ini berjumlah enam puloh lima(65) muka surat kesemuanya.Selain itu ketiga-tiga laporan berkenaan telah saya edarkan kepada;

YAB Perdana Menteri sendiri pada 19.2.2009.
YA Bhg.Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM pada 15.4.2009 dan 7.5.2009
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Pengarah Hospital Kuala Lumpur dan Presiden Malaysian Medical Association pada 7.5.2009.
Peguam Cara Negara menerusi salinan laporan 15.4.2009 dan 7.5.2009.

6.1. Saya percaya Tan Sri masih ingat,bilamana satu helai surat sahaja,bertarikh 21.9.1953 yang ditanda tangani oleh seorang Pemangku Setia Usaha Kerajaan Negeri, menjadi antara sebab utama,maruah dan kedaulatan Negara tercemar apabila kita terpaksa menyerahkan Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.Bayangkanlah apa yang boleh enam puloh lima (65) muka surat dokumen yang dipalsukan atas arahan Peguam Negara-Peguam Negara, boleh lakukan terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

7. Saya turut yakin Tan Sri mahir dengan case laws berkaitan pemalsuan.Setiap pemalsuan itu adalah dilakukan secara "deliberate".Tidak ada pemalsuan yang sebegini banyak dilakukan secara tidak sengaja.Saya ingin menegaskan bahawa ketiga-tiga laporan perubatan yang dipalsukan itu dilakukan dengan perancangan, persediaan dan perlaksanaannya dilakukan secara deliberate bagi memenuhi motif-motif yang jelas.Diary penyiasatan saya dan minit-minit berkaitan boleh membantu mengenalpasti sequent of events pemalsuan-pemalsuan ini.

8. Jika saya yang menjelaskan motif-motif pemalsuan itu dilakukan,mungkin ada pihak yang akan mempertikaikannya atau mungkin ada yang akan mengatakan saya melampau atau bias.Untuk menjauhi tanggapan khilaf sedemikian,apa kata saya jemput Tan Sri menilai sendiri dengan merujuk kepada penemuan Ahli Suruhanjaya Di-Raja Tersebut yang bijaksana, dirakamkan dalam Laporan Volume 1,PART TWO,Item 2 "OVERVIEW" perenggan 2.1.Komen Suruhanjaya ini dibuat berkaitan Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 yang ditanda tangan sendiri oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham TSMA) khususnya muka surat 5 Press Statement tersebut:-

:Quote:( 6 baris terakhir muka surat 5 "Overview")

"Quite simply,this passage meant that Dato Seri Anwar Ibrahim(DSA)had made untrue allegations about several injuries sustained by him but more to the point that it had been proved,to the satisfaction of the Honourable the Attorney General,that more than one Police Officer was involved in causing other injuries on certain parts of DSA's body" ( penekanan saya kepada perkataan dalam "bold & italic").Unquote.

8.1. Perkara dalam 2nd limb,quotation diatas yang menyebabkan pertembungan "head-on" antara Tan Sri Abdul Gani Patail(TSGP) dengan saya.Jika saya sebutkan nama-nama pegawai tinggi Polis dan berapa jumlahnya yang TSGP katakan beliau ada kuasa untuk menuduh dan atas kesalahan apa berkaitan insiden mata-lebam ini,mungkin saya akan dianggap sebagai seorang penghasut atau batu api. Tiada faedah untuk saya memainkan script usang ini.Bagaimanapun untuk makluman Tan Sri ,pada ketika saya dipanggil memberi keterangan oleh pihak SPRM bulan July 2008 itu,saya disoal juga mengenai "sikap tidak sopan" saya ini.Mungkin ianya tidak penting tetapi sekadar untuk Tan Sri membuat verifikasi jika relevan.

9. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut yang diadakan diantara 22.2.1999 dan 4.3.1999,dua laporan pakar dalam persoalan ini,yang disediakan oleh Dr.Rahman Yusof masing-masing yang diarahkan oleh TSGP pada 26.10.1998 dan satu lagi yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA,yang dipercayai disediakan diantara 14.12.1998 dan 21.12.1998 (Ekshibit A9) telah dikemukakan dan diteliti oleh Suruhanjaya. Perkara ini dirakamkan dalam Volume 1,PART FOUR,Item 4(B) The Medical Evidence,perenggan 4.11 dan 4.12.

9.1. Saya mendapat faham pendedahan dalam prosiding ini telah membuat Allahyarham TSMA merasa cemas.Diberitakan beliau tidak tahu TSGP telah lebih awal melantik Dr.Rahman menyediakan laporan pada 26.10.1998. Allahyarham juga dikatakan tidak diberitahu mengenai latar belakang Dr.Rahman sepertimana yang saya telah jelaskan kepada TSGP.Saya turut percaya sekiranya Allahyarham TSMA diberitahu mengenai kedua perkara ini,tidak mungkin beliau akan melantik Dr.Rahman buat kali kedua oleh kerana sebarang pemalsuan yang dilakukan akan mudah dikesan kerana semua aktibiti siasatan ini dirakamkan secara ketat oleh Pasukan Penyiasat.

9.2. Saya kemudiannya diberitahu ,TSGP telah memainkan peranannya dibelakang tabir untuk cuba "membetulkan" keadaan.Apa yang boleh saya sahkan ialah Dr.Rahman sendiri memohon, malah merayu kepada pembantu-pembantu saya untuk mendapat kerjasama saya memasukkan laporan ketiga pula untuk "neutralize" laporan pertama bertarikh 26.10.1998 dan laporan kedua sepertimana Ekshibit 9,yang saya tolak.

10. Perkara yang sangat penting yang saya harapkan Tan Sri mengambil perhatian ialah;

10.1. Dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja tersebut,dua laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA dan TSGP telah dikemukakan; sepertimana disebut dalam perenggan 9 diatas.

10.2. Apabila laporan Suruhanjaya tersebut lengkap dicetak dan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong,dan kemudiannya diistiharkan sebagai dokumen public,didapati laporan Dr.Rahman yang diarahkan oleh TSGP tidak ada dalam laporan tersebut.Bagaimanapun laporan yang diarahkan oleh Allahyarham TSMA ada sepertimana Ekshibit A9.

10.3. Untuk berlaku adil kepada TSGP,saya tiada maklumat mengatakan yang beliau ada peranan sehingga menyebabkan laporan yang beliau arahkan itu digugurkan daripada laporan Suruhanjaya tersebut.Bagaimanapun saya tidak akan terkejut jika beliau terlibat,oleh kerana orang lain tiada mempunyai kepentingan berkaitan laporan ini.Pun begitu saya tidak bimbang dengan ketiadaan dokumen tersebut dalam laporan Suruhanjaya, oleh kerana salinan-salinanya adalah dalam kawalan dan rakaman mengenai pembikinan laporan ini, dalam diari penyiasatan saya adalah lengkap dan jelas.

10.4. Apa yang patut dibimbangkan ialah;jika laporan penting sepertimana rekod prosiding Suruhanjaya Di-Raja ini,yang akan dipersembahkan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong, pun boleh dimanipulasikan,maka bayangkan apa yang boleh dilakukan terhadap rekod siasatan melibatkan rakyat biasa.

11. Saya berharap Tan Sri akan menimbangkan semula pendirian yang PDRM ambil dalam isu ini.Perkara mantan IGP,TSRN mengaku bersalah dan mengambil tanggung-jawab dan melalui hukuman yang dikenakan keatasnya, TIDAK sepatutnya diungkit lagi.Perkara yang patut dititikberatkan ialah mengenai pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan dalam penyiasatan mata-lebam ini,dan pemalsuan-pemalsuan serta penipuan-penipuan yang dilakukan susulan dari itu dan/atau yang berkaitan dengannya dan mengenalpasti siapa pemain-pemain utamanya.Keterangan mengenainya baik keterangan direct mahupun circumstancial adalah jelas.Saya percaya Tan Sri turut sedar bahawa tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk indemnify mana-mana individu daripada criminal liability.

11.1. Tidak salah untuk saya membawa ingatan Tan Sri kepada Januari 1999, dimana kesan daripada pemalsuan dan penipuan yang terkandung dalam Press Statement Peguam Negara bertarikh 5.1.1999 telah membawa PDRM to the brink of collapse. Betapa masyarakat memandang rendah dan hinanya kita ketika itu,sehinggakan timbul cakap-cakap yang orang luar dari kalangan PTD pula akan mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara,seolah-olah dalam PDRM tidak ada orang yang layak atau mampu memimpin pasukan.Saya percaya Tan Sri juga ingat situasi ini dan tentunya tahu orang-orang yang terlibat dan bersubahat membawa kita kepada situasi itu.Saya berharap sejarah ini tidak berulang.

12. Apa pun,saya serahkan kepada kebijaksanaan Tan Sri untuk membuat keputusan yang terbaik untuk PDRM dan adil untuk semua pihak.Bagaimanpun saya memelihara hak saya, untuk menyambung atau menghentikan setakat ini sahaja, persuratan berkaitan perkara dalam persoalan ini atau perkara yang berkaitan dengannya.

Salam sejahtera dan selamat maju jaya.Wassalam.

Yang benar,

(Mat Zain bin Ibrahim)

10hb.Disember 2010

Hak Asasi:Najib Amal Kukubesi Ala-Mahathir

Posted: 10 Dec 2010 01:25 AM PST

Dari TV Selangor

Sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) yang tidak mengendahkan hari hak asasi sedunia yang disambut hari ini membuktikan pemerintahan kukubesi ala-Mahathir kini merupakan modus operandi di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam kenyataannya hari ini berkata laporan hak asasi yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) semalam, mengesahkan kongkongan yang terus mencengkam kebebasan rakyat Malaysia oleh rejim penguasa.

“Merenung situasi dalam negara, kita menyambut hari yang penting ini dalam keadaan yang suram apabila kurang seminggu yang lepas, rakyat dipukul, disembur dengan air asid dan ditangkap hanya kerana berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati dan protes terhadap syarikat kroni Umno-BN, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

“Pihak polis juga digunakan untuk menyekat kebebasan rakyat yang asas – iaitu hak untuk berhimpun yang mana sepatutnya undang-undang dan peraturan seharusnya memihak kepada kebenaran dan keadilan,” kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Ujarnya lagi, dalam sejarah moden, setiap negara yang dikuasai oleh rejim yang angkuh, rakyat pasti bangkit melawan undang-undang yang zalim dan menindas.

“Apa yang berlaku di negara kita, undang-undang diguna untuk mempertahankan kelompok penguasa dan golongan elit tetapi pada masa yang sama, terus menindas dan mengongkong kebebasan rakyat. Ini merupakan cabaran besar kepada rakyat dan para pejuang demokrasi,” ujar beliau.

Oleh itu kata Azmin, beliau menyeru supaya rakyat mengimbau kembali mutiara kata dari Widji Tukul dalam salah sebuah sajaknya yang terkenal berjudul 'Peringatan' yang berbunyi;

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang

Suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan

Dituduh subversif dan mengganggu keamanan

Maka hanya ada satu kata: lawan!

Protes Naik Harga, Tiga Siswa Ditahan

Posted: 10 Dec 2010 01:20 AM PST

Dari Malaysiakini

Tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula minggu lalu.Mereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di situ.

Kumpulan pelajar yang memakai baju berwarna hitam itu turut menjerikkan slogan-slogan seperti “Kuasa Mahasiswa” ketika berkumpul di hadapan masjid di Putrajaya itu.
Bagaimanapun, kira-kira lima anggota polis menemui mereka dan meminta mereka bersurai.

Seorang anggota polis memberitahu mereka tidak boleh berkumpul di situ atau mereka akan ditangkap.

Setelah berunding seketika, anggota polis membenarkan lima wakil pelajar tersebut menuju ke JPM yang terletak berhampiran masjid tersebut, untuk menyerahkan memorandum mereka.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan mahasiswa itu menyuarakan rasa kesal dan kecewa terhadap kenaikan harga barangan baru-baru ini.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadi RM1.90, diesel naik 5 sen menjadi RM1.80 sen, gas pula naik 5 sen menjadi RM1.90 sen sekilogram dan gula juga naik 20 sen menjadi RM2.10 sen. Semua kenaikan itu dibuat di sebalik jaminan kerajaan bahawa tiada kenaikan harga untuk tahun ini.

Selepas menyerahkan memorandum tersebut pada kira-kira jam 2.15 petang, polis mengarahkan mahasiswa berkenaan bersurai.

Ketika itu, Ridzuan kelihatan bercakap dengan anggota polis di situ, difaham dia meminta kebenaran untuk berucap, tetapi dia ditahan dan dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ridzuan dan Shukri kini ditahan di ibupejabat polis (IPD) Putrajaya. Mohd Shahruldeen pula ditahan di hadapan IPD Putrajaya.

Dalam memorandum empat muka surat itu juga, mereka mendesak agar gaji menteri dikaji semula dan dikurangkan bagi mengurang kos pengurusan dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut agar kerajaan mengembalikan semula subsidi barangan yang telah dipotong serta menurunkan harga barangan asas (kawalan) bagi kemudahan rakyat.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presiden Gamis Ahmad Syazwan Hassan kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Ahmad Syazwan turut diiringi oleh pengerusi dan setiausaha SMM Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Ridzuan menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu menerima memorandum tersebut, Abdul Moin memberitahu mereka bahawa beliau akan memajukan memorandum tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

BN’s Election Gimmick, Ketuanan Issue And Racial Politics

Posted: 10 Dec 2010 01:17 AM PST

Ihsan Malaysiakini

Pendedahan: Ahli Umno Peroleh Projek RM2 Bilion Dari KEMENTAH

Posted: 09 Dec 2010 08:17 PM PST

Dari TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu bernama Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal percayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

“Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya. ‘Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebenarnya dipunyai oleh satu orang.

“Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

“Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender Kementerian Pertahanan diberikan kepada kroni Umno itu berkenaan dengan sewenang-sewenang-wenangnya.

“Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindeft.

“Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 Juta.

“GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan Punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks Tuan Punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain,” katanya.

Datuk Seri anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan Kementerian Pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

“Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

“Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan Kementerian Pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan,” terangnya.

Sebelum ini pada Mac tahun lalu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dalam satu kenyataan akhbar mendedahkan penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara.

Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli Umno (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.

Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90 peratus projek-projek pembekalan bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit.

Respons Terhadap Soalselidik Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya UM

Posted: 09 Dec 2010 08:03 PM PST

Soalselidik yang baru dijalankan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM menjelang pemilihan parti telah dibentangkan kepada pimpinan KEADILAN beberapa minggu sebelum disampaikan kepada media.

KEADILAN merupakan parti yang memimpin budaya politik baru di Malaysia. Sejak awal lagi, parti menyedari risiko yang dihadapai, sekiranya sistem satu anggota satu undi menyebabkan persaingan yang berpanjangan. Namun walaupun proses pemilihan mencabar, proses tersebut juga perlu bagi memastikan kualiti kepimpinan dan mengurangkan risiko politik wang.

Parti mengambil risiko ini sekarang meskipun wujud kemungkinan persepsi negatif pengundi selepas kempen serangan UMNO-BN untuk memanipulasi pemilihan. Sebelum in, KEADILAN telah membuat satu lagi keputusan berani. Pada tahun 1999, konsep parti pelbagai kaum yang benar-benar mewakili semua rakyat Malaysia dilihat berisiko, namun KEADILAN tetap istiqamah dan pendekatan ini menyumbang kepada kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-12 dan pembentukan Pakatan Rakyat.

Keputusan melalui proses pemilihan langsung telah terbukti keputusan yang baik apabila lebih ramai pimpinan wanita dan muda mendapat tempat di peringkat nasional dan cabang seluruh negara.

Kami yakin dengan kematangan rakyat dan KEADILAN mempunyai kebolehan untuk bertindak berdasarkan kematangan ini. Kekuatan KEADILAN datangnya daripada rakyat dan kami akan terus berusaha untuk terus memantapkan KEADILAN agar rakyat Malaysia mendapat parti politik yang terbaik. Justeru kami mengalu-alukan sebarang kritikan membina dan pandangan dengan hati yang terbuka.

KEADILAN akan memulakan siri kempen di peringkat nasional untuk kembali menengahkan keadilan sosial dan permasalahan rakyat dalam wacana politik Malaysia.

Nik Nazmi Nik Ahmad

===

Response to UM Democratic and Elections Research Centre Study

The recent study conducted by the University of Malaya Democratic and Elections Research Centre during the party elections was made available to the KEADILAN leadership a few weeks ago before it was released to the media.

KEADILAN prides itself as a party that leads in bringing new political culture in the country. The party full recognised the risk it would face, should the one-member one-vote election become fractious and long drawn. While it is difficult, it is also a necessary step to ensure high quality of leadership and reducing the risk of money politics.

The party takes the risk now despite a possible backlash from the voters given
the anticipated hate campaign by UMNO- BN to manipulate the election. In the past, we had made a similar bold move. When the concept of a
multi-racial party that is truly representative of the population was
considered risky in 1999, KEADILAN persevered – that perseverance contributed to the gains made in the 12th General Elections and the subsequent formation of Pakatan Rakyat.

The direct election has been vindicated as more capable women and youth leaders have been promoted both at the central and local levels.

We trust the maturity of the public and KEADILAN – of all the parties
- has the inert ability to respond to the maturity of the public
accordingly. At the end of the day our power comes from the people, and we will do our best to keep changing KEADILAN for the better so that Malaysians have the political party that they deserve. We therefore welcome all constructive criticisms and feedback with an open heart and mind.

KEADILAN is preparing a series of national level campaigns aimed at bringing social justice and people’s issues back at the centre of
political debate in the country.

Nik Nazmi Nik Ahmad

Tiada ulasan: