Jumaat, 10 Disember 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jom bantu ramai pelajar Melayu di Timur Tengah yang derita

Posted: 09 Dec 2010 11:58 PM PST

2,000 pelajar Malaysia Timur Tengah dihimpit masalah kewangan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

December 09, 2010KUALA LUMPUR, 9 Dis – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Putrajaya supaya mencari jalan penyelesaian berhubung masalah yang dihadapi pelajar-pelajar yang menuntut di rantau Timur Tengah yang sehingga kini masih gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Majlis Belia Malaysia dan Majlis Perundingan Melayu turut menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) supaya menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berada di Timur Tengah terutamanya kepada kira-kira 2,000 pelajar di Mesir.

Turut terlibat dalam usaha itu syarikat milik pelakon dan pengacara AC Mizal iaitu AC Konsortium Sdn Bhd.

Pada sidang media hari ini, turut dilancarkan ialah Tabung Kecemasan Pendidikan yang berfungsi untuk membantu pelajar-pelajar yang gagal mendapatkan pinjaman kerajaan.

Menurut Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman, tabung itu diwujudkan kerana sehingga kini masih belum ada kata putus terhadap nasib pelajar di Mesir yang kini menghadapi masalah kewangan.

"Kebanyakan pelajar ini gagal mendapatkan pinjaman mahupun biasiswa daripada kerajaan, menyebabkan mereka terpaksa mengikat perut di sana, saya juga difahamkan bagi tahun pertama kos pengajian ditanggung oleh ibubapa masing-masing.

"Menurut maklumat yang saya terima, kerajaan bersetuju sekiranya pelajar-pelajar ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mereka akan menerima bantuan daripada kerajaan, tapi sehingga kini tiada sebarang respons daripada pihak bertanggungjawab," katanya.

Tambah Dr Ma'amor, terdapat beberapa pelajar cemerlang di Mesir amat memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di sana.

Namun, tambah beliau sehingga kini kerajaan masih belum memberi kata putus berhubung status pinjaman mereka.

"Jumlah sebenar pelajar ini saya belum dapat lagi, tapi mereka ini amat memerlukan bantuan kewangan. Jika mereka gagal menerima bantuan menjelang Januari ini, mereka terpaksa pulang ke Malaysia tanpa menghabiskan pengajian mereka.

"Melalui tabung ini kita sasarkan RM30,000 untuk membantu pelajar-pelajar ini, saya percaya dalam tempoh tiga minggu ini kita akan dapat mengumpul jumlah tersebut sebelum disalurkan kepada mereka.

"Buat masa terdekat ini kita sasarkan RM30,000 dulu kerana pelajar-pelajar ini amat memerlukan bantuan, tabung ini juga kita akan teruskan sampai bila-bila," katanya.

Dr Ma'amor berkata, selain sumbangan daripada rakyat sumbangan daripada GLC amat diperlukan bagi membantu menampung kos pelajar-pelajar Malaysia di luar negara yang dianggarkan mencecah puluhan ribu.

"Kita akan bantu semua pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara tidak terhad kepada pelajar di Timur Tengah sahaja.

"Sebab itu kita memerlukan sumbangan daripada semua pihak termasuk GLC untuk menghulurkan bantuan melalui tabung yang kita tubuhkan ini.

"Saya percaya GLC ini akan menghulurkan bantuan untuk membantu pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara," katanya.

Tambah Dr Ma'amor, satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan itu tersebut dan sekiranya Najib gagal mencari jalan penyelesaian pihaknya akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Kita akan jumpa Perdana Menteri untuk bincangkan perkara ini sekiranya beliau juga tidak boleh mencari jalan penyelesaian kita akan membawa perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.

Sebarang maklumat mengenai Tabung Kecemasan Pendidikan boleh didapati di www.tabungkecemasanpendidikan.blogspot.com dan bantuan juga disalurkan melalui akaun bank atas nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia nombor akaun 1437-0003-7710-50 (CIMB).

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2000-pelajar-malaysia-timur-tengah-dihimpit-masalah-kewangan/

Rakyat perlukan pengankutan awam yang sempurna

Posted: 09 Dec 2010 11:57 PM PST

Perkhidmatan bas awam di Malaysia ini, terutama di pinggir dan luar bandar adalah menyedihkan. Dengan kenaikan harga petrol, penduduk pinggir dan luar bandar semakin tertekan. Baca sendiri nasib rakyat yang menagih pengangkutan awam yang sempurna di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Tidak tahan tanggung rugi
Kosmo 10 Dis 2010

Oleh RAIS YEOP JOHARI rais.johari@kosmo.com.my



Kewujudan bas RapidKL dikatakan turut menyumbang kepada kerugian operasi 130 syarikat bas henti-henti di seluruh negara sejak 15 tahun lalu. - Gambar hiasan
--------------------------------------

SEREMBAN – Kerajaan diminta mengambil alih pengurusan kesemua 130 syarikat bas henti-henti di negara ini yang kini mengalami kerugian operasi akibat ketidakadilan dasar sedia ada termasuk saingan daripada syarikat bas yang dikuasai kerajaan.

Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, langkah tersebut juga bertujuan untuk membela nasib kira-kira 8,000 pekerja yang mungkin hilang pekerjaan.

Beliau berkata, saingan yang tidak adil dengan syarikat pengangkutan bas kendalian kerajaan terutama bas RapidKL dan RapidPenang semakin memburukkan keadaan.

"Ahli-ahli kami tidak menerima bantuan daripada kerajaan, jadi macam mana mereka hendak memberi perkhidmatan yang baik,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas seluruh negara di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Projek gajah putih perumahan rakyat di Pahang?

Posted: 09 Dec 2010 11:55 PM PST

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2009 untuk Pahang telah melaporkan banyak projek sakit di Pahang. Sinopsis Laporan Ketua Audit Negara tersebut pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

Siap tanpa penghuni
Berita Harian 10 Dis 2010


REMAJA melepak di kawasan Perumahan Rakyat Lorong Pak Mahat yang tidak berpenghuni.Perumahan Rakyat Lorong Pak Mahat terbiar, semak

KUANTAN: Biarpun siap lapan tahun lalu, Perumahan Rakyat Lorong Pak Mahat di Kempadang di sini yang mempunyai 860 unit rumah masih tidak berpenghuni, malah bangunan juga kelihatan semakin usang dan terbiar.

Projek perumahan terbabit yang mempunyai dua blok A dan B siap sepenuhnya pada 2002, dengan setiap unit rumah mempunyai tiga bilik dan dua bilik air serta dilengkapi dengan pendawaian, meter elektrik dan kipas siling. Difahamkan, projek perumahan itu dirasmikan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007 untuk projek perumahan rakyat dan dikhususkan bagi nelayan yang tinggal sekitar Tanjung Lumpur dan Tanjung Api.

Pengurusan penyelenggaraan bagi blok A perumahan itu dikendalikan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), manakala blok B pula diuruskan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri (SUK).

Tinjauan Berita Harian mendapati lalang memenuhi sekitar kawasan perumahan itu yang lengkap dengan taman permainan dan surau.

Malah, beberapa remaja lelaki dilihat berkeliaran dan melepak di sekitar kawasan perumahan yang terbiar itu dan sempat menemubual seorang pengawal keselamatan, Muhd Nasrul Abdul Khalid, 26, yang dilantik pejabat SUK untuk menjaga dan mengawasi blok B.

Beliau yang bertugas sejak setahun lalu, mendakwa ramai orang terutama nelayan tidak mahu tinggal di rumah itu kerana ia tidak akan menjadi hak milik kekal mereka malah perlu membayar sewa selama mereka tinggal.

Katanya, berikutan itu bangunan berkenaan terbiar begitu saja dan tidak mendapat sambutan dan lebih membimbangkan ialah setiap pintu rumah tidak dikunci seterusnya menjadi sasaran penagih dadah yang menyelinap masuk serta memotong wayar elektrik untuk mencuri tembaga, selain melarikan kipas siling dan besi yang boleh dijual.

Malah, Muhd Nasrul berkata, bilik pencawang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad juga di pecah masuk dan generatornya dilarikan.

"Saya ditugaskan menjaga kawasan ini dan setakat ini tiada apa-apa perkara tidak diingini berlaku, cuma kadang kala terserempak penagih yang cuba pecah masuk rumah, namun sebaik disergah mereka melarikan diri.

"Jalan masuk juga dihadang dengan kayu untuk mengelakkan ada pasangan remaja masuk secara senyap dan membuat perkara tidak elok di sekitar kawasan ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_Siaptanpapenghuni/Article

Tiada ulasan: