Isnin, 6 Disember 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Mohon MB N.Sembilan arah baiki segera jalan maut PD

Posted: 06 Dec 2010 03:40 AM PST


Dari Blog Singalautmetro - Monday, December 6, 2010
MOHON MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN ARAH PERBAIKI SEGERA JALAN PASIR PANJANG-SUNGAI RAYA-LINGGI
KITA tentu tidak mahu lebih banyak kemalangan berlaku hanya kerana keadaan jalan yang sempit dan berbelok-belok seperti yang ada kini di Kampung Bukit Tembok-Sungai Raya, Port Dickson. Cukuplah hendaknya kemalangan meragut 5 nyawa semalam dijadikan iktibar.

Sehubungan itu, ada baiknya Menteri Besar Negeri Sembilan mengeluarkan arahan segera supaya jalan berkenaan diperbaiki serta merta, terutama selekoh memasuki Lorong Denak kira-kira 600 meter ke arah Bukit Tembok, selepas Klinik Kesihatan Pasir Panjang.

MB mungkin boleh melihat sendiri satu perangkap maut yang sengaja dibina atas nama pembaikan jalan, sehingga Lorong Denak berkenaan tidak boleh dimasuki kenderaan dengan mudah. Di selekoh berhampiran lorong itu juga kerap berlaku kemalangan.

Jangan tunggu JKKK menghantar laporan baru hendak bertindak kerana kalau masih mengamalkan sikap begitu, sehingga kiamat pejabat menteri besar tidak akan tahu apa-apa masalah yang berlaku di kampung berkenaan.

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/12/mohon-menteri-besar-negeri-sembilan.html

Tiada ulasan: