Anwar Ibrahim |
- Khir Toyo Hanya 1% Dari Kes Jerung
- Isu Ketuanan Melayu: Jangan Lari Dari Persoalan Rekod Pembelaan Rakyat Terbanyak
- Kenyataan Mursyidul Am PAS: Timbalan Perdana Menteri – Patuhi Prinsip Islam
- Konvensyen BN Serlah Tekanan Najib Kemaraan PR
- Najib Feels Desperate And Under Siege
Khir Toyo Hanya 1% Dari Kes Jerung Posted: 06 Dec 2010 06:05 PM PST Dari Harakah Anggota Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub mendakwa, pendakwaan ke atas Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hanya satu peratus daripada keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. Katanya, biarpun beliau mengalu-alukan pendakwaan oleh pihak Peguam Negara itu, namun rakyat tidak mudah untuk berasa teruja dengan tindakan itu. Ini kerana, negara mempunyai pengalaman sewaktu Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri apabila dua kes berprofil tinggi yang didakwa di mahkamah, akhirnya digugurkan apabila menjelang pilihan raya.
“Ini satu peratus dari keseluruhan kes berprofil tinggi yang ada. “Kita ada pengalaman zaman Mr Clean (Tun) Abdullah Ahmad Badawi menangkap Eric Chia dan Kasitah Gadam, tetapi kes berprofil tinggi itu digugurkan bila berlaku pilihanraya,” katanya yang juga Naib Presiden PAS. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan ke atas Khir Toyo, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Selain Khir, seorang lagi yang didakwa adalah Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni. “Saya harapkan satu perbicaraan adil dan telus, itu sahaja. Apa yang berlaku pada Khir Toyo ini jangan terhenti di sini sahaja. “Kita bimbang ini juga trend sama berlaku sekarang,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Dalam pendakwaan hari ini, kedua-dua tertuduh tidak mengaku bersalah. Khir Toyo, 45, didakwa berhubung pemilikan dua lot tanah dan sebuah rumah mewah di Seksyen 7, Shah Alam. Beliau mengaku tidak bersalah ketika tuduhan itu dibaca di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh. Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Khir Toyo didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007. Adun Sungai Panjang merangkap Ketua Pembangkang Dun Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. |
Isu Ketuanan Melayu: Jangan Lari Dari Persoalan Rekod Pembelaan Rakyat Terbanyak Posted: 06 Dec 2010 05:54 PM PST Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat orang Melayu. Konsep "Ketuanan Melayu" yang dilaungkan secara terbuka dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain, menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabilaorang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan akan tertindas. Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheretinstitusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan "Ketuanan Melayu" Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) "Pakatan Rakyat akan Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik "Ketuanan Melayu" ini Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan Apakah "Ketuanan Melayu" yang berpaksikan kepada sistem kroni dan Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan Sehingga kini, selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", 75% dari bilangan Selepas 3 dekad "Ketuanan Melayu", rakyat terbanyak juga yang Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik "Ketuanan Melayu" ini adalah YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL |
Kenyataan Mursyidul Am PAS: Timbalan Perdana Menteri – Patuhi Prinsip Islam Posted: 06 Dec 2010 12:03 AM PST Dari Blog Tok Guru Isu pembahagian harta pusaka biasanya hanya didebatkan apabila seseorang sakit teruk atau sudah meninggal dunia. Sekalipun tidak salah, namun jarang sekali isu pembahagian harta pusaka timbul dalam keadaan seseorang dalam keadaan sihat sejahtera. Demikianlah juga apabila isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menerajui negara dibangkitkan oleh media massa milik UMNO. Bagi saya, isu ini sengaja ditimbulkan oleh media berkenaan adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional sudah sakit teruk dan tidak mempunyai harapan untuk pulih lagi. Alhamdulillah, media massa milik UMNO sendiri pun nampaknya mulai sedar saat-saat akhir hayat mereka di pentas politik Malaysia. Insya-allah, saya optimis akan tiba juga ketikanya Barisan Nasional akan digantikan oleh Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya. Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa peliknya, kerana itulah amalan pemberitaan media milik UMNO terhadap pihak lawannya. Pengalaman saya sendiri, misalnya dalam kes 'Islam plastik' yang pernah saya tuturkan di Pulau Pinang satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai 'Islam Palestin". Salah dengar dan salah lapor atau memang disengajakan ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik UMNO. Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik UMNO dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin UMNO segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah UMNOlah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul UMNO dan seolah-olah rebah UMNO bererti rebahlah Melayu. Begitu hanyir dan busuknya 'berita sampah' yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini. Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam. Allah SWT berfirman dalam al-Quran (Surah al-Hujurat ayat 13):
Justeru Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT, melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai. Lupakah kita bahawa UMNO pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun UMNO yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi UMNO? Ketika itu, kenapa profesor-profesor bertaraf cendikiawan diam membisu, dan kenapa pula, bila giliran DAP menjadi ketua menteri mereka sibuk mengulas ia sebagai mencabar ketuanan Melayu? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah gesaan itu sudah melupakan asal usul keturunan, ertinya melupakan ketuanan Melayu? Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. Penasihat DAP, Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah. Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup! TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT |
Konvensyen BN Serlah Tekanan Najib Kemaraan PR Posted: 05 Dec 2010 11:58 PM PST Dari TV Selangor Serangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terhadap Pakatan Rakyat menunjukkan ketua eksekutif negara itu menghadapi tekanan perasaan yang hebat. Di satu sidang akhbar di Parlimen hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amukan Najib di persidangan Barisan Nasional menzahirkan keadaan sebenar Presiden Umno itu.
Semalam, Perdana Menteri Najib menghabiskan 20 minit dari masa ucapannya menyerang Pakatan Rakyat, dan memberitahu 2,300 perwakilan Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat terbabit dalam aktiviti jahat, merbahaya, dan anti-kebangsaan. “Beliau semakin terdesak, dan jelas sekali dia merasa tertekan meskipun seluruh jentera kerajaan ditujukan terhadap saya dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain,” “Perdana Menteri menggunakan polis, badan kehakiman dan semua media di bawah kawalannya untuk menyerang saya dan pemimpin lain secara bertubi-tubi. Tetapi dalam masa yang sama, dia merasa tertekan,” |
Najib Feels Desperate And Under Siege Posted: 05 Dec 2010 11:41 PM PST From Malaysian Insider Anwar Ibrahim laughed off Datuk Seri Najib Razak's barrage of stinging attacks against the opposition yesterday, claiming it showed the prime minister was feeling "desperate" and "under siege". The opposition leader noted that Najib's insults, made during his opening speech at the Barisan Nasional (BN) convention yesterday, were not in character for the premier, saying that this was a clear sign that snap polls were around the corner. "Clearly, he is sounding more desperate and clearly, he feels under siege although the entire instruments of power in government have been directed against me and other Pakatan Rakyat (PR) leaders. "But here is a prime minister who uses the police, the judiciary and the entire media at his disposal to launch severe personal attacks against me and PR leaders. "But at the same time, he is feeling under siege," Anwar (picture) told a press conference in Parliament this morning. The PR de facto leader was responding to Najib's speech yesterday when the premier uncharacteristically delivered his hardest-hitting punches yet on his foes in PR. The prime minister had dedicated a good 20 minutes to attack the opposition, telling the over 2,300 BN delegates gathered at Wisma MCA here that PR leaders were "anti-national" and engaged in "evil activities" and "dangerous". "Be wary all, beware all, they are very dangerous. They are willing to sell just about anything, including discrediting Malaysia's name abroad. "I would like to explain here that they are anti-national. We must fight them to the end and make sure that this country will not be destroyed by their evil activities," he had said in his speech. Najib also levelled sarcastic remarks against PR's allegations of nepotism in Umno, pointing out that the opposition pact's PKR and DAP were the ones guilty of such a crime. The premier made a direct reference to Anwar, pointing out that PKR's top leadership was crowded out by the former deputy prime minister's family members. Anwar is the PKR de facto leader while his wife Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail is PKR president and the couple's daughter, Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar, was recently elected a vice-president. In the DAP, Najib poked fun at the father-and-son teams of DAP adviser Lim Kit Siang and party secretary-general Lim Guan Eng and DAP chairman Karpal Singh and MP Gobind Singh by calling them a "two-family dynasty and hegemony". But Anwar scoffed at Najib's words today, pointing out that the prime minister himself had risen to power because of his father's power as the former prime minister. Najib is the eldest son of the country's second Prime Minister Tun Abdul Razak Hussein. Unlike the DAP's Lim family, Anwar said, Najib had an easy transition in his scramble for political power as he had ridden on his father's post. "Guan Eng, now the Penang Chief Minister, had moved from a grassroots leader and he suffered in the process, even imprisoned for his principles and then elected by popular mandate. "He was not just put there simply because he was the son of the prime minister to be a candidate in parliamentary elections. "So for Najib to speak like that is, to my mind, shocking," he said. Anwar also slammed Najib for accusing the opposition of being "anti-national" and questioned if the struggle to combat corruption and racism was considered "anti-national". "We even submit ourselves to the Constitution. All three parties in PR signed a declaration, committing ourselves to constitutional guarantees. "We disagree with Umno's cronyism and corruption, and although I am a Malay myself, I detest the idea of using the race card to appeal to the popular Malays while making the poor workers, the rubber tappers, feel that they are 'tuan'. And yet, the few very rich Malays squander away and amass wealth by the billions," he said, referring to the ongoing row over the concept of "Malay supremacy". He added that by rejecting the concept, it did not mean he was "anti-Malay". PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar agreed with Anwar that Najib's latest attacks on the opposition was a clear sign that the prime minister was feeling anxious of the people's support for PR. "I thank him because indirectly, his attack on PKR and PR shows that he is sending a clear message to the people that PR is a coalition for the future of Malaysia," he said. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan