The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
- Perpaduan didalam PKR cukup kukuh
- Perjumpaan Khas JK PKR Ranting Felda Jenderak Utara
- Mesyuarat JK PKR Cabang Kuala Krau
- 3 hari bersama cucu
- Majlis Korban di perkarangan Masjid Ar-Rahman
Perpaduan didalam PKR cukup kukuh Posted: 17 Nov 2010 10:55 PM PST Kalau dilihat dari segi pergeseran semasa pemilihan parti, seolah-olah Parti Keadilan Rakyat sudah tidak ada lagi hari esuk. Parti itu seolah-olah sudah pecah. Parti itu seolah-olah menghadapi dugaan yang terbesar dan seolah-olah tidak ada lagi yang boleh diperkatakan mengenai PKR melainkan masalah dan retak mencari belah. Apabila Zaid Ibrahim membawakan mesej bahawa PKR adalah parti yang banyak masalah, dan kesemua masalah itu adalah kerana adanya manusia bernama Anwar menerajuinya, dan mesej ini pula dilaungkan juga oleh pengikut-pengikutnya, menampakkan seolah PKR sudah sampai ke penghujungnya. "Orang-orang Zaid" sudah mula berbahasa kononnya apa juga ucapan dan arahan dari Anwar adalah "wahyu" yang mesti diikuti dan dilaksanakan oleh Azmin dan kuncu-kuncu Anwar dengan bayangan bahawa didalam PKR ini tidak ada lagi penyokong Anwar kecuali Azmin Ali dan beberapa orang kuncu-kuncu Anwar dan Azmin, golongan majoritinya sudah berpaling kepada Zaid Ibrahim. Orang yang sangat setia dengan Anwar Ibrahim seperti YB Gobalakrishnan sudah digambarkan sebagai manusia yang akan menelanjangkan Anwar demi perjuangan bersama Zaid. Mustaffa Kamil Ayub yang bergerak bersama-sama Anwar dizaman ABIM mereka digambarkan sanggup berpatah arang dengan Anwar demi perjuangan bersama dengan Zaid. Ramai ketua-ketua Cabang yang memihak kepada Zaid menampakkan bahawa mereka akan bersama Zaid dengan apa juga langkah yang akan diambil oleh Zaid. Maka dengan senario seumpama itu memberikan gambaran bahawa Zaid menguasai sebahagian besar daripada pimpinan parti diperingkat cabang serta juga keanggotaannya. Namun apabila ujian sebenarnya berlaku, apabila Zaid mengambil sikap "berani" beliau meminta Anwar meninggalkan PKR dan menyerahkan PKR kepada beliau, mereka yang selama pemilihan ini merapati Zaid, tiba-tiba secara beramai-ramai meninggalkan Zaid, apabila Zaid mengambil ketetapan menentang Anwar. Mereka menyatakan bahawa mereka lebih sayang dan lebih cinta kepada perjuangan Reformasi yang dipimpin oleh Anwar. Gobalakrishnan yang begitu setia dengan Zaid berucap diatas pentas yang sama dengan Anwar dan Azmin menyatakan kesetiaannya kepada perjuangan Reformasi dan kepimpinan Anwar. Mustaffa Kamil menyatakan bahawa beliau hanya berada dipentas Zaid kerana ingin menyatakan bahawa ada persamaan tuntutan yang dibuat terhadap JPP dan tidak lebih dari itu. Semua penyokong-penyokong Zaid diperingkat Pusat, Negeri, Cabang dan keanggotaan tidak berganjak apabila Zaid mengajak mereka keluar dari PKR bagi menubuhkan parti baru. Semua anggota PKR sayang kepada parti ini, dan pengalaman mereka bersama Zaid, samada yang menyokong Zaid atau yang menentang Zaid, telah melihat cahaya selepas tgerowong dan mereka kembali bertaut, seolah-olah mereka tidak pernah mengalami peristiwa mainan Zaid. Kini, PKR, menjadi sebuah parti yang semakin matang, tidak ada lagi pengaruh-pengaruh negatif akan merasuk mereka dan perpaduan mereka menjadi cekal dan kental dan mereka memandang kehadapan untuk menggerakkan jentera parti bagi menghadapi PRU yang semakin menghampiri. Anwar adalah roh perjuangan Reformasi, hubungan Anwar dan Reformasi adalah diibaratkan lagu dan irama yang tidak boleh dipisahkan. |
Perjumpaan Khas JK PKR Ranting Felda Jenderak Utara Posted: 17 Nov 2010 10:42 PM PST Mesyuarat Khas Jawatankuasa PKR Ranting Felda Jenderak Utara Tempat Dirumah Ahmad Bila Pengerusi Biro Felda PKR Cabang Kuala Krau Felda Jenderak Utara Tarikh 20hb November 2010 (Sabtu) jam 8.00 malam Dijemput Hadir Semua AJK PKR Ranting Felda Jenderak Utara Semua AJK PKR Biro Felda PKR Kuala Krau JK PKR Cabang, JK Wanita dan JK AMK Cabang Kuala Krau Anggota-anggota PKR Ranting Felda Jenderak Utara dan Felda Jenderak Selatan |
Mesyuarat JK PKR Cabang Kuala Krau Posted: 17 Nov 2010 10:32 PM PST Mesyuarat JK PKR Cabang Kuala Krau Tarikh 20hb Nov 2010 jam 5.00 petang Tempat Pejabat PKR Cabang Kuala Krau Semua Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau Semua Anggota Jawatankuasa AMK dan Wanita Cabang Kuala Krau Semua Ketua/Setiausaha Ranting Dijemput hadir. |
Posted: 17 Nov 2010 07:33 PM PST |
Majlis Korban di perkarangan Masjid Ar-Rahman Posted: 17 Nov 2010 07:21 PM PST Majlis korban di perkarangan Masjid Ar-Rahman, Kg Batu 4 Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Lebih kurang 100 orang terlibat menjayakan korban, yang menyertai membawa pulang 3 kilo daging, yang menjayakan bersama membawa 1 kilo daging manakala daging tulang, bahan dalam dan perut diberikan kepada sesiapa yang mahu. Alhamdulillah, satu penyatuan ummah yang boleh diteladani, ahli-ahli PAS, PKR, UMNO dan yang tidak berparti bekerja bersama-sama dibawah satu bumbung. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan