Rabu, 24 November 2010

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN

PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SEREMBAN


Posted: 24 Nov 2010 02:41 AM PST

Itu baru gaji, bukan pendapatan bulanan. Jika dicampur dengan perk yang lain seperti elaun perjalanan, makan, penginapan, kenderaan.. macam - macam lagi, agak - agak lah berapa pendapatan bulanan PM?

KUALA LUMPUR 23 Nov 2010- Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005 yang dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2004.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 manakala jemaah menteri menerima RM14,907.20.
"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di sini semalam.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis terhadap soalan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota Kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen dan elaun mereka dari tahun 2005 hingga tahun 2009.
Mohamed Nazri berkata, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008. Katanya, RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada tahun 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. (catatan akhbar kosmo)

NAJIB BIMBANG SIASATAN SCORPENE SEMAKIN MELUAS

Posted: 24 Nov 2010 02:37 AM PST

Bukan Najib sahaja, Bik Mama juga patut rasa bimbang.

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 24 Nov:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya mula bimbang sekarang ekoran siasatan yang lebih meluaskan terhadap skandal rasuah dalam pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpène.
Selain Najib, turut mula bimbang adalah pemimpin dari India, China dan Brazil serta pemimpin Perancis termasuklah bekas Presiden, Jacques Chirac, bekas Menteri, Dominique de Villipin dan Edouard Balladur di samping Presiden Perancis sekarang, Nicholas Sarkozy.
Demikian menurut laporan Asian Sentinel semalam dalam laporan yang ditulis oleh Gavin M. Greenwood, seorang konsultan keselamatan yang berpejabat di Hong Kong John Berthelsen, editor Asia Sentinel.
Mungkin persiapan ke arah itulah, pejabat kedutaan Malaysia di Perancis penuh dengan bekas pegawai tentera termasuk dutanya, Tan Sri Dr Abdul Aziz Zainal, 58, yang merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera.
Dr Abdul Aziz menerima watikah perlantikan itu awal Mei 2010 lalu.
Seorang penceramah agama dalam kuliahnya di sebuah surau dekat Rawang berkata, beliau telah berkunjung ke pejabat kedutaan Malaysia di Perancis baru-baru ini dalam urusan kerjanya dan yang mengejutkan beliau adalah ramainya bekas tentera yang menjadi kakitangan di pejabat kedutaan itu termasuk dutanya.
"Saya tertanya-tanya, kenapa ramai sangat bekas tentera di situ, lalu saya teringat kes kapal selam yang tidak boleh menyelam kat Malaysia dan wanita Monggolia yang mati kerana dibom dengan C4," kata penceramah itu dalam kuliah dhuhanya di surau itu.
Menurut Asian Sentinel, para peguam kepada keluarga 11 jurutera Perancis yang mati dalam serangan bom di Karazchi tahun 2002 lalu, akan memfailkan dakwaan pembunuhan terhadap Chirac dengan mendakwa kejadian itu berpunca dari pembatalan rasuah kepada tentera Pakistan dalam pembelian tiga kapal selam Agosta 90-class untuk tentera laut negara itu.
Sarkozy adalah Menteri Bajet Perancis ketika kerajaan negara itu menjual kapal selam yang dibina oleh gergasi pertahanan Perancis, DCN ( yang kemudiannya dikenali sebagai DCNS) kepada Pakistan dengan nilai USD950 juta.
Pendakwaraya mendakwa, ahli poltik, pegawai tentera dan orang tengah Pakistan menerima jumlah komisyen sehingga Euro2 juta yang kembali semula ke Paris untuk membantu kempen Balladur yang tidak berjaya mengalahkan Chirac itu.
Menteri Bajet, Sarkozy didakwa meluluskan elemen kewangan dalam penjualan kapal selam itu. Ketika itu, beliau adalah jurucakap pasukan kempen presiden Balladur dan menurut media Perancis, mereka telah membuka dua syarikat di Luxembrg untuk menguruskan wang rasuah itu, lapor Sentinel.
Adalah didakwa, apabila Chirac dipilih semula, beliau telah membatalkan pembayaran rasuah itu kepada Pakistan, menyebabkan tindakan serangan membalas dendam ke atas kenderaan yang dinaiki oleh para jurutera Perancis dan tiga rakyat Pakistan itu.
Beberapa tahun lamanya, Pakistan menyalahkan serangan itu kepada militan Islam termasuk Al Qaeda.Salah seorang peguam itu berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana keputusan memghentikan komisyen itu dicapai.
Beliau juga mahu memanggil Sarkozy untuk memberikan keterangan namun Presiden Perancis itu dengan marahnya menafikan dakwaan itu.Sebagai Presiden beliau mempunyai umuniti dan berhak untuk menolak dari dipanggil memberikan keterangan.
DCNS telah menjual Scorpènes kepada Pakistan pada tahun 1994. Malaysia melalui usaha Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak membayar USD1 bilion kepada DCNS untuk memesan kapal selam itu dan pada tahun yang sama, iaitu 2002, ketika para jurutera Perancis itu dibunuh, lapor Sentinel.
Sebagai timbal balas, syarikat yang dimiliki rakan Najib, Abdul Razak Baginda telah dibayar Euro114 juta sebagai 'komisyen'. I
a disahkan dalam satu jawapan di Parlimen Malaysia.Isu ini menjadi semakin panas apabila Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang mendakwa teman wanita Abdul Razak dibunuh dan diletupkan badannya sehingga berkecai dengan C4, peledak yang selalu digunakan oleh tentera.
Altantunya datang ke Malaysia untuk menuntut hak yang dijanjikan kepadanya iaitu USD500,000 dari komisyen yang mereka perolehi ekoran peranannya dalam urusan jual beli kapal selam ini.
Abdul Razak bersama dua pengawal peribadi Najib telah didakwa ekoran kejadian itu namun Abdul Razak telah dibebaskan manakala dua lagi pegawai polis yang menjadi pengawal peribadi itu dijatuhkan hukuman bunuh.

2 MENTERI KABINET DIARAH SIASAT PEGUAM NEGARA

Posted: 24 Nov 2010 02:23 AM PST

marilah kita beramai - ramai menonton lakonan filem hebat sebagai penutup tirai 2010 yg bakal menjelang tiba nanti.
Siapa Pengarah Filem ini?
Siapa Penulis Skrip Filem ini?
Siapa pelakon utama?
Siapa pelakon Pembantu Utama?
Siapa Pengurus Latar?
Siapa Pengurus Animasi?
Dimana Lokasi Penggambaran?
Tajuk Utama Filem ini? Apa kata kita namakan Filem Penutup Pendustaan
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Pentadbiran Najib telah mengarahkan dua menteri Kabinet agar menyoal Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung dakwaan peranan beliau dalam insiden mata lebam melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengejutkan negara 12 tahun lalu.
Difahamkan Kabinet memutuskan langkah itu selepas seorang bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat terbaru berkaitan insiden itu, yang menurutnya turut melibatkan peranan Gani.
"Sekarang saya telah diarahkan (oleh Kabinet), Datuk Rais dan saya sendiri agar bercakap dengan Peguam Negara. Kami menunggu beliau pulang dari Mekah," kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu The Malaysian Insider, Kabinet mahu mendengar sendiri daripada Gani sendiri mengenai dakwaan terbaru Mat Zain dalam satu lagi surat terbukanya kelmarin sebelum mengambil tindakan susulan.
"Kami mahu mendengar daripada Peguam Negara sendiri (mengenai surat terbuka)."Ini perkara yang serius. Jika beliau (Mat Zain) bercakap benar, kita kena mendapatkan maklumat lanjut... tetapi sehingga itu, tiada apa-apa keputusan," kata Nazri.
Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin, Mat Zain, yang merujuk kepada usul memotong gaji Peguam Negara RM10 yang dibawa Lim Kit Siang di Parlimen pada 9 November lalu, mengesahkan telah menghantar e-mel kepada Ahli Parlimen Ipoh Timur itu pada 14 April lalu.
"Sebagai membalas komen beliau terhadap PDRM berkaitan siasatan kes mata lebam, yang sedikit tersasar.
Saya turut megesahkan bahawa kenyataan-kenyataan yang beliau petik daripada surat saya bertarikh 15 April 2009 kepada Lembaga Penasihat SPRM dan surat terbuka kepada YBhg Datin Kalsom Taib bertarikh 8 Oktober 2010 (surat terbuka pertama), yang salinannya saya e-mel kepada Tan Sri, adalah betul setakat yang terkandung dalam salinan-salinan asal surat-surat berkenaan.
"Saya akan merujuk kepada kandungan surat-surat tersebut apabila, atau jika berkenaan," kata Mat Zain.Ekoran isu dibangkitkan oleh Lim di Parlimen, Nazri telah memaklumkan bahawa akan membawa isu itu ke Kabinet yang bermesyuarat 12 November lalu.
Beliau turut mengumumkan penjelasan akan diminta daripada Gani bagi memberinya peluang untuk menjelaskan diri beliau yang merupakan hak beliau kepada pendengaran yang adil."Saya menyokong sepenuhnya Tan Sri Gani diberikan hak sedemikian oleh kerana hak kesamarataan dari sudut undang-undang dan hak pendengaran yang adil adalah merupakan hak asasi individu yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan wajar dihormati oleh semua pihak.
"Bagaimanapun apa yang menjadi kemusykilan saya kini ialah apabila penjelasan diberi oleh Tan Sri Gani, seorang Peguam Negara, dalam bentuk apa sekalipun, sama ada secara lisan atau kenyataan akhbar atau representasi dan lain-lainnya, pihak berkuasa manakah yang layak dan berhak serta mempunyai kuasa untuk memberikan pendengaran adil kepada semua pihak terlibat dalam persoalan ini.
"Dan, tidak hanya adil kepada Tan Sri Gani seorang sahaja. Sesuai untuk saya nyatakan di sini bahawa pihak-pihak yang terlibat, bukan setakat empat individu yang dinamakan dalam laporan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Sri Gani, Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara), Dr Abdul Rahman Yusof dan saya sendiri," katanya,
Mat Zain juga berkata, Jabatan Peguam Negara, polis dan Kementerian Kesihatan juga merupakan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perkara ini.Malah dalam surat terbuka itu, Mat Zain menggesa kerajaan mendedahkan secara terperinci insiden itu bagi mempertahankan imej dan kredibiliti pasukan polis.
Dalam kenyatannya semalam, Lim yang juga Penasihat DAP berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Nazri berhubung isu yang dibangkitkan oleh bekas pegawai kanan polis itu.
Pada Julai 2008, Anwar membuat laporan polis mendakwa Gani, Mat Zain, Musa yang ketika itu pegawai penyiasat dan Dr Abdul Rahman telah memalsukan satu laporan perubatan mengenai kejadian mata lebam itu.Tan Sri Rahim Nor, ketika kejadian merupakan Ketua Polis Negara, telah mengaku kepada suruhanjaya diraja siasatan bahawa telah memukul Anwar ketika ditahan di Bukit Aman.
Kejadian itu berlaku selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno.

PERBANDINGAN DIANTARA 2 ORANG DOKTOR PAKAR

Posted: 24 Nov 2010 02:05 AM PST

Air mani boleh kekal didalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat, kata Dr.Razali. Tapi yg peliknya jubor Saiful kosong selepas 54 perbuatan itu didakwa dilakukan.


Apa maknanya disini? Kira mudah je, Saiful tidak diliwat.


Cuba kita bandingkan perbandingan diantara 2 orang doktor pakar didalam 2 kes DSAI, iaitu Sodomi II dan Sodomi I, Dr.Razali dengan Dr.Zahari.


bandingkan prinsip dan integriti mereka.


KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan ke atas saksi utama dan pengadu Mohd Saiful Bukhari, hari ini memberitahu makamah, air mani boleh kekal dalam rektum sehingga 72 jam selepas diliwat.


"Bila seseorang memanctukan air mani ke dalam dubur, berapa lama air mani itu akan kekal dalam dubur sebelum ia menitis keluar?" soal Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.


"Kira-kira 72 jam," jawab pakar bedah am HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.


Saiful mendakwa telah diliwat Anwar pada 26 Jun 2008. dan telah ke HKL pada 28 Jun kurang daripada 72 jam selepas mendakwa dia diliwat.


Dr Razali memberitahu mahkamah dia memeriksa dubur Saiful 54 jam selepas perbuatan itu didakwa terjadi.


Bagaimanapun doktor itu berkata, hasil pemeriksaan mendapati dubur Saiful kosong walaupun pengadu itu sebelum ini mengadu tidak membuang air besar sejak diliwat.


Dr Razali berkata kemungkinan air mani akan kekal berada dalam dubur bergantung kepada fungsi dubur seseorang atau apabila satu "pergerakan semasa" berlaku."Dalam sesetengah kes, anda masih boleh mendapat contoh dalam 72 jam sebagai saluran dubur tidak lurus," kata doktor itu.


Pakar bedah itu juga berkata, ada kemungkinan seseorang masih boleh mendapatkan semula contoh air mani dalam dubur seperti beberapa sampel boleh kekal "tersangkut" di sana.


Ia bagaimanapun dinafikan pasukan pembela Anwar ketika Sankari Nair menyoal Dr Razali sama ada dia mempunyai kuasa untuk membuat kenyataan sebegitu.Doktor itu kemudian bersetuju dengan Sankara dengan mengatakan ia berdasarkan daripada hasil "bacaan" tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen mana yang membolehkannya membuat kesimpulan.


"Apabila saya melakukan pemeriksaan, saya tidak tahu apa yang hendak dijangkakan atau sama ada saya akan dapat mencari contoh," kata Dr Razali.


Beliau juga kekal dengan kenyataan bahawa dubur Saiful tidak mempunyai najis, dengan menafikan dakwaan pembelaan bahawa rongga dubur Saiful tidak mungkin boleh kosong walaupun tidak membuang air besar selama dua hari.


"Ia tidak perlu ada najis dalam kawasan rongga dubur... saya bersetuju, pada masa itu ketika saya menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful, tidak ada najis," katanya.


Perbicaraan kemudian diteruskan dengan soal balas ke atas pakar forensik HKL Dr Siew Sheue Feng.


Dr Siew memberitahu mahkamah bahawa tidak ada tanda-tanda kecederaan di kawasan dubur Saiful semasa menjalankan pemeriksaan.


Kekeliruan berlaku apabila Dr Siew diminta untuk menerangkan sejarah perubatan Saiful, di mana Dr Siew tetap mengulangi fakta satu pemeriksaan perubatan telah dibuat terhadap Saiful selepas dia "mengadu" diliwat oleh seorang tokoh yang berprofil tinggi.


Sankara dan Karpal Singh bertukar tugas menyoal Dr Siew yang tidak mampu memberikan jawapan yang jelas.Kegagalan Dr Siew menjawab soalan yang diutarakan kepadanya menyebabkan Karpal menuduh doktor itu telah "diprogramkan" menjawab soalan-soalan dengan jawapan yang sudah ada.


Perbicaraan akan bersambung esok pagi di mana soal jawab terhadap Dr Siew akan diteruskan.Anwar, 62, merupakan Ketua Umum PKR, berhadapan dengan kes liwat kali kedua.


Bekas timbalan perdana menteri itu dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.


Anwar bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai "jahat, penipuan-penipuan remeh oleh mereka yang berkuasa" apabila tuduhan membacakan kepadanya.


Pagi tadi, mahkamah menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu Saiful.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.


Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Razali merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.


Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar.


KISAH ORANG JUJUR

Dari Blog KedahLanie..!


Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor.


Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan, gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut.Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar.


Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif.


Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau.


Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.


Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan.


Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu.Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu.


Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat.


Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful "masih teruna", dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.


Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-


Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNAKUALA LUMPUR [30 Dis 1998]


Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin).


Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA.


Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar.


Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD.


"Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA," katanya.


Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:


1.Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,

2.Ia tidak sesuai untuk ujian DNA

3.Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.

4.Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan

5.contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.


Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya.


Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu.


Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA.Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis.


Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya.


Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.


Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan.Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu.Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong.


Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-


Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari[10 Feb 2000]


Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk 'Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat'.


Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes 'liwat' DSAI semalam.


Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes 'rasuah' DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL).


Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes 'liwat' DSAI.


The Star memberi tajuk 'NO SIGNS OF ANAL PENETRATION' bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi.The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak ('Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not' ).


Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video Pengakuan SukmaNampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat.Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma.


Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma.Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir.


Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant.


Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan 'digital per rectal examination' tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma.


Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan 'proctoscopy' apa relevannya?


Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil 'first degree atau second degree haemorrhoids', bukan untuk menunjukkan bukti liwat.


Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan 'liwat' DSAI.


Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan 'liwat' itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan?


Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes 'liwat' DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan.


Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ' I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced'.


Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau.


Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi.[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar.


Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya.


Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini.


Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].

Tiada ulasan: