Rabu, 24 November 2010

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jualan Amal Roti Canai Unit Amal N.Sembilan

Posted: 24 Nov 2010 12:22 AM PST

JUALAN AMAL ROTI CANAI DAN TEH TARIK
Tarikh : 12 Dis 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Taman Matahari Height, Senawang
Kupon : RM5 sahaja

Objektif :
- Untuk menampung pelbagai aktiviti pembangunan remaja dan kemasyarakatan Unit Amal Negeri Sembilan
- Memberi pendedahan kepada golongan remaja dan belia dalam aktiviti kemasyarakatan terutama di musim cuti sekolah

Hubungi :
Nazri 013-3098775 , Timbalan Pengarah 2 Unit Amal N.Sembilan
Izamri 013-2124086 , Pengarah Unit Amal N.Sembilan

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun CIMB 05020693061526

Layari Blog Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com

Solat Hajat elak Surau di Melaka kena Roboh

Posted: 23 Nov 2010 08:04 PM PST

Majlis Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yaasin
Menghalang Perobohan Surau di Bukit Katil, Melaka
Tarikh : 25 Nov 2010 (Khamis)Masa : 6.50 ptg
Tempat : Perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil, Melaka

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

Maklumat lanjut di http://mutaligat.blogspot.com/2010/11/solat-hajat-perdana-mohon-allah.html

Sesiapa yang tidak dapat hadir, dicadangkan melakukan Solat Hajat di seluruh dunia pada waktu tersebut untuk mengelekkan perobohan surau di Melaka ini, samada secara individu atau berjemaah.

Ceramah YB Dr Mujahid 27 Nov 2010 Seremban

Posted: 23 Nov 2010 07:18 PM PST

CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 Nov 2010 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : PASTI Wildan, Taman Setia Jaya, Ampangan, Seremban (sebelah Masjid Jamek Ampangan, Jln Seremban-Jelebu)
Penceramah :
YB Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
HJ MK Ibrahim, YDP PAS Seremban
Cik Kumutha a/p Raman, Ketua Wanita DHPP

Semua dijemput hadir

Sumber : http://czackpy.blogspot.com/2010/11/ceramah-umum-pas-kawasan-seremban.html

Pembinaan Tadika KEMAS rosakkan laman surau

Posted: 23 Nov 2010 07:18 PM PST

Rosak laman surau - Berita Harian 24 Nov 2010
Akibat pembinaan Kompleks Tadika Kemas di Taman Desa Taming

SUNGAI UDANG, Melaka : Pembinaan sebuah Kompleks Tadika (Komta) Kemas di Taman Desa Taming Sari di sini, mencetuskan kemarahan penduduk yang mendakwa pemaju projek menanggalkan kawat dan pintu pagar, selain menurunkan papan tanda surau di situ tanpa notis makluman.

Pengerusi persatuan penduduk di taman berkenaan, Isa Hashim, 50, berkata perbuatan tidak bertanggungjawab dan luar dugaan kontraktor terbabit sejak dua minggu lalu tidak sepatutnya berlaku. Malah, katanya, penduduk semakin tidak berpuas hati apabila sebahagian tanah lapang di Surau An-Nur diambil oleh pemaju berkenaan yang dikatakan tanpa alasan kukuh menyebabkan kawasan berkenaan semakin sempit. "Tanah kawasan tapak surau ini memang milik pemaju berkenaan dan kami berterima kasih atas kesudian mereka membina rumah ibadah berkenaan yang selesa untuk kegunaan lebih 2,000 penduduk di sini.

"Bagaimanapun, perbuatan mereka menanggalkan kawat dan pintu pagar serta menurunkan papan tanda surau untuk pelaksanaan projek itu (pembinaan Komta Kemas) tanpa sebarang notis menyebabkan ada penduduk rasa terkilan," katanya ketika membawa Berita Harian meninjau kawasan surau itu, baru-baru ini.

Hasil tinjauan mendapati sebahagian penduduk sudah bersedia dengan sepanduk untuk mengadakan bantahan secara aman di pekarangan surau itu, namun terpaksa dibatalkan selepas dinasihatkan anggota polis yang diarah membuat pemantauan.

Isa mendakwa, pembinaan Komta Kemas itu menjejaskan persekitaran surau apabila kawasan lapang di sekitarnya mula digenangi air lumpur, manakala pintu pagar lama diubah bagi membolehkan kenderaan berat memasukinya, sekali gus menyebabkan banyak kerosakan.
Katanya, kemarahan penduduk memuncak apabila mendakwa pemaju projek berkenaan sebelum ini berjanji tidak akan mengambil tanah lapang di surau berkenaan.

Seorang penduduk, Sani Kassim, 40, berkata perbuatan pemaju berkenaan jelas membelakangkan semangat setiakawan kerana sebagai syarikat besar, mereka wajar melakukan pengukuran terperinci tanpa menjejaskan kawasan surau itu.

"Bagi kami, perkara ini elok dibincangkan semula membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung sebelum kami membawanya kepada pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Udang, Datuk Yaacob Md Amin," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Rosaklamansurau/Article

Kereta pemimpin negara dilelong untuk bantu rakyat

Posted: 23 Nov 2010 04:52 PM PST

Inilah yang dinamakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kereta buruk tahun 1977 milik peribadi pemimpin negara akan dilelong untuk dana membina perumahan untuk rakyat termiskin yang begitu ramai. Harap-harap ada rakyat Malaysia yang berjaya dalam bidaan lelongan kereta pemimpin negara tersebut.

Gambar kereta buruk kegunaan harian milik peribadi pemimpin negara terdapat pada pautan berikut http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/11/mahu-beli-peugeot-milik-dr-ahmadinejad.html

Tiada ulasan: