Anwar Ibrahim |
- Zaman Kebangkitan?
- Lawatan Ahli Parlimen EU Bersama DSAI 2 Nov 2010
- KEADILAN Harus Bangkit Menentang Kebatilan
Posted: 06 Nov 2010 01:38 AM PDT Oleh http://sakmongkol.blogspot.com Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi reality. Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas. Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ‘ bersyusun susyun’ mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana. Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.
Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen? Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali? Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah. Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM. Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li? Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO. Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang. Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan. Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur. KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini. Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan. |
Lawatan Ahli Parlimen EU Bersama DSAI 2 Nov 2010 Posted: 06 Nov 2010 12:52 AM PDT Sila ke Laman Flickr untuk melihat Photo lawatan Ahli Parlimen EU bersama DSAI |
KEADILAN Harus Bangkit Menentang Kebatilan Posted: 06 Nov 2010 12:16 AM PDT Dari Suara Keadilan Rakyat digesa bangkit menumpaskan penindasan di sebalik ketidakadilan, rasuah dan salahguna kuasa yang berleluasa di dalam realiti politik negara yang menyaksikan elemen penindasan dilakukan secara sistematik sehingga menyulitkan rakyat dari pelbagai sudut. Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili pimpinan dan anggota parti dalam ucapan kepada penganut agama Hindu sempena perayaan Deepavali berkata keadaan politik semasa mendesak rakyat agar mengembalikan 'cahaya kesedaran'. “Jika dihimbau sorotan sejarah, dihikayatkan bahawa Deepavali adalah bersempena mengenang kekalahan Raja Naragasura yang kejam yang kemudiannya mati dibunuh oleh Maha Krishnan. “Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Raja Naragasura berpesan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi berbuat kejahatan sesama manusia. “Maka tradisi menyalakan pelita di rumah penganut Hindu adalah sebagai simbolik bagi meraikan kemenangan Kebaikan yang menewaskan Kejahatan dan cahaya yang melenyapkan kegelapan,” kata beliau. Justeru, himbauan sejarah dan hikayat tentang perayaan Deepavali ini sewajarnya direnung dan dimanifestasi dalam kehidupan yakni iltizam perjuangan menentang kejahatan dan kebatilan pasti akan menemui pengakhiran kebaikan dan kebenaran. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan