Zulkifli Noordin |
Posted: 06 Nov 2010 06:21 AM PDT Salam 2 all. Elok tengah teman sibuk menyiarkan tulisan seorang pembaca lamanweb Konsensus Bebas tentang kritikan Manuty dan lain-lain balaci Anwar terhadap teguran Dr. Asri menasihatkan Anwar supaya mengundur diri secara terhormat, Dr. Asri sendiri telah menjawab kritikan itu. Teman tak bercadang nak tulis lebih, mike semua baca sendiri lah yop. Tapi yang syoknya teman tengok Dr. Asri melabel dema ni sebagai "dinasour" kerana tak boleh nak terima kritikan. Macam tu lah yop, bila dipuji dema kembang hidung sampai lubang hidung KingKong pun nampak kecik. Tapi kena tegur sikit, mike semua paham sendiri lah. Adios amigos. Grasias. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 28 Zul Qaedah 1431 06 Nov 2010 @@@@@@@@@@@@@@@@ DINASOUR PKR ENGGAN TERIMA HAKIKAT Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (dipetik daripada lamanweb MalaysiaKini.com bertarikh 06.11.2010) Selepas saranan beliau supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara 'politik' mengundang kritikan sebilangan pemimpin kanan PKR, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas sikap tidak berlapang dada pemimpin pembangkang. Dr Mohd Asri berkata kenyataan beliau Isnin lalu itu menyebabkan terdapat pemimpin PKR yang "melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan". "Apabila saya menyatakan banyak dinosaur politik dalam BN dan Pakatan Rakyat yang perlu memberi ruang kepada orang lain, dan saya sebut nama YB DSAI (Anwar) sebagai contoh, seperti biasa mereka melenting, buruk sangka dan membuat anggapan yang bukan-bukan. "Sebagai rakyat bawahan yang melihat permainan politik dalam negara ini, dengan sikap 'buta warna parti', saya dapat rasakan sejauh manakah pertarungan itu di sudut ketangkasan dan 'manfaat yang dapat dirasai oleh rakyat'. "Momentum sesebuah aliran politik bukan selamanya. Rakyat bukan sahaja akan terikat dengan 'kenangan semalam', sebaliknya mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'," tulisannya dalam blognya pagi ini. Dr Mohd Asri turut meminta pemimpin Pakatan yang tidak bersetuju dengannya merujuk kepada sebuah analisis berita yang mendakwa gabungan PAS, DAP dan PKR mula hilang momentum selepas kekalahan di DUN Galas dan Batu Sapi kelmarin. Sebaliknya, tambah Dr Asri, mereka juga terikat dengan 'realiti hari ini' dan 'impian masa depan'. "Sebab itu, jangan hairan jika 'momentum Barack Obama' boleh surut dalam hanya masa dua tahun apabila dilihat gagal merealisasikan impian rakyat seperti yang dijanjikan," katanya sambil membandingkan dengan kepimpinan presiden Amerika Syarikat itu. Sehubungan itu, kata Dr Mohd Asri, jika perkara tersebut berterusan, Pakatan Rakyat akan hilang momentumnya disebabkan pelbagai perkara. "Salah satunya ubat bagi saya; keperluan 'mentajdidkan' (memperbaharui) pemain utama. Jika tidak, mungkin negara kita hilang keseimbangan politik antara pemerintah dan pembangkang!" tegasnya. "Jika hendak jadi penguasa, kena belajar berlapang dada dengan rakyat jelata. Bukan semua yang berbeza itu menzalimi anda!". | ||||||||
Posted: 06 Nov 2010 05:52 AM PDT Salam 2 all. Saya sangat tertarik dengan respon seorang pembaca yang menulis kep lamanweb Konsensus Bebas mengenai kenyataan Dr. Muhammad Nor Manuty, ahli MPT PKR yang juga rakan kroni Anwar (kenyataan beliau saya siarkan dibawah yang disiarkan oleh MalaysiaKini hari ini). Manuty yang juga dikenali sebagai seorang agamawan dikalangan ahli PKR telah membidas Dr. Asri yang menegur Anwar dan menasihatkan beliau supaya berundur. Mereka bukan sahaja tidak menjawab kritikan dan teguran Dr. Asri itu dengan baik dan berilmiah, tetapi terus melabel teguran itu dengan pelbagai label, suatu petunjuk bahawa mereka sudah ketandusan jawapan. Apa pun eloklah dibaca komen penulis yang memanggil dirinya Pandak Tukan ini, dan moga ada menafaatnya bagi mereka yang ada sekelumit aqal dan keimanan. Adios amigos. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 28 Zul Qaedah 1431 06 Nov 2010
Menjawab kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi, Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA), PKR bertarikh 4 November 2010: 1. Kritikan terhadap Anwar Ibrahim tidak semestinya ditafsirkan sebagai suatu serangan peribadi semata-mata. Anwar Ibrahim bukan insan maksum yang sepi dari segala kelemahan dan kekhilafan. Kejujuran Dr. Asri membuat saranan untuk Anwar berundur dari politik hanya boleh dinilai oleh rakyat dan bukan oleh tuan punya badan atau kroni yang berkepentingan. Gesaan Dr. Asri ini timbul dari hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar untuk membawa perubahan. Anwar kini nampak ketara kepada rakyat sebagai sebahagian daripada status quo. Politik Baru mendesak kepada watak baru dan persekitaran baru. Keputusan pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi sedikit sebanyak mencerminkan sentimen rakyat. 2. Tidak dapat dinafikan Anwar Ibrahim memainkan peranan besar dalam pembentukan Pakatan Rakyat. Tempat beliau dalam sejarah politik Malaysia terjamin. Tetapi untuk mencanangkan bahawa kejayaan Pakatan Rakyat di PRU 12 semata-mata kerana kewibawaan dan keupayaan Anwar adalah satu pendekatan yang amat cetek. Pakatan Rakyat berjaya di PRU-12 kerana platformnya disambut oleh gelombang rakyat yang dahagakan reformasi. PAS dan DAP disatukan oleh kebencian bersama terhadap BN. Demi political expediency, PAS dan DAP melayan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri 3. Keberkesanan kepimpinan bukan terletak kepada usia, karisma atau kepetahan berpidato. Politik ceramah sudah ketinggalan zaman. Keberkesanan kepimpinan terletak kepada tindakan politik. Apabila tindakan politik tidak seimbang, yang menonjol hanya retorik janggal. Apabila moral diragui; "karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal" menjadi subjektif. 4. Keputusan Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO pada tahun 1982 masih lagi dipersoalkan oleh rakyat hingga ke hari ini. Anwar dilihat sebagai haiwan politik yang hanya ingin memperalatkan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan memandang ke belakang (hindsight), terbukti Anwar telah mengamalkan politik kotor semasa menjadi pemimpin UMNO. Penglibatan beliau dalam kes Realmild dan usaha beliau untuk menjadikan Biro Tata Negara sebagai jentera politik peribadi memperkukuhkan persepsi rakyat yang Anwar adalah sebahagian daripada status quo. Hanya setelah dipecat daripada kabinet dan UMNO, Anwar memasyhurkan Deklarasi Permatang Pauh. Rakyat menyahut laungan reformasi bukan semata-mata untuk membela Anwar tetapi rakyat benar-benar dahagakan perubahan. Sebagai mangsa kerakusan kuasa Mahathir, rakyat menaruh harapan tinggi kepada Anwar untuk berubah dan membawa kepada perubahan. Malangnya, budaya politik ala-UMNO telah menebal di jiwa dan jasad Anwar Ibrahim. 5. Dr. Asri telah menjelaskan bahawa saranan untuk berundur dari politik ditujukan kepada semua pemimpin politik yang telah luput tarikhguna. "Kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak" hanya boleh diselesaikan oleh Politik Baru dengan watak baru dan persekitaran baru; bukan oleh seorang pemimpin yang sedang bergelumang dengan isu-isu moral dan akhlak. 6. Seruan Dr. Asri ialah manifestasi sentimen rakyat yang menuntut perubahan. Jika kritikan Dr. Asri terhadap pemerintah disambut dengan sorak gemuruh, begitu juga, seruan Dr. Asri untuk mencanang lanskap politik baru harus diterima dengan dada yang lapang. 7. Anwar Ibrahim diminta berundur kerana beliau kini dianggap sebagai satu beban dan liabiliti kepada reformasi tulen. Anwar Ibrahim telah menjelma sebagai bagasi lebihan kepada kemaraan gerakan reformasi ke Putrajaya. Pandak Tukan
| ||||||||
Posted: 05 Nov 2010 09:39 PM PDT Salam 2 all. Ba-wau-hong = Bohong! Ta -ya-pu = Tipu! Kap-lin-tong = Kelentong! Itulah gambaran ringkas yang boleh diberi kepada proses pemilihan PKR, yang kini makin terserlah Parti Kelentong Rakyat! Teman udah banyak kali kata bahawa dua ciri utama PKR ini; pembohongan dan cakap tak serupa bikin, dan semuanya hanya untuk satu agenda-memahkotakan Anwar sebagai Perdana Menteri! Itu saje perjuangan mereka. Semakin lama semakin jelas kritikan terhadap Anwar & the Gang. Bukan orang luar yang kata. Ahli dan kepimpinan mereka sendiri yang dedahkan. Daripada Zaid Ibrahim, kepada Nurul Izzah, Gobalakrishnan, Mustafa Kamil Ayub dan ramai lagi. Jangan cerita pasal repot polis dan lain-lain, naik letih polis nak melayan dema yop! Zaid pertikaikan Anwar yang tidak mahu bertanding tapi nak jadi ketua. Zaid kata jawatan Ketua Umum dalam Perlembagaan tak ada. Kalau beriya sangat nak jadi ketua bertandinglah. Ni kata Zaid jawatan Presiden yang dipegang oleh isteri Anwar sekadar menjadi penghias mukadepan majalah je. Habuk pun tarak. Suara Wan Azizah tak laku langsung. Dan puak-puak PKR dok hina isteri YAB PM. Yang dema dok hina Wan Azizah depa tak sedar yop. Dan bila tak boleh jawab dakwaan Zaid, balaci-balaci Anwar hina Zaid dengan kata dia agen UMNO yang nak perosakkan PKR-habis cerita! Orang yang mereka kompang macam hero tamil dulu sekarang dah jadi paria PKR! Cakap tak serupa bikin dema ni yop! Bila Nurul Izzah pertikai kenapa dia tidak boleh bertanding jawatan Timbalan Presiden walaupun dapat cukup pencalunan, balaci-balaci Anwar kata peraturan baru penamaan calun mesti diterima sebelum tempoh tertentu. Yang peraturan ni siapa pun tak tahu kecuali balaci Anwar aje. Bila ahli bawahan mula protes, tup tup, tukar peraturan yop. Boleh bertanding pulak! Dema buat peraturan ikut suka dema je. Tapi bab tuduh orang, termasuk SPR dema cukup champion yop. Bila sendiri buat..memang cakap tak serupa bikin! Bila kita bercakap tentang hak Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu saperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dema kata kita rasis, extremis, dan macam-macam lagi. Teman pun dema kata Taliban adik beradik Usama Bin Laden sebab nak pertahan kalimah ALLAH yang dema bagi kapior pakai. Tapi bila Gobalakrishnan kata Azmin rasis kerana panggil dia pariah, dema senyap macam tikus sakit gigi yop! Memang cakap tak serupa bikin yop! Baru ni teman siarkan kekecewaan salah seorang calun Timbalan Presiden, wakil puak ABIM iaitu Mustafa Kamil Ayub. Dia sampai mintak tangguhkan pemilihan dan gantung Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang dikuasai oleh balaci-balaci Anwar. Apa dema kata kat Mustafa. Teman tak gamak nak tulis kat sini yop! Teruk..teruk..nasihat teman pada Mus udah-udahlah tu. Berenti ajelah Mus, join PAS lagi bagus. Mike bagus dengan perjuangan Islam, dah lama pun. Masuklah PAS, lebih sesuai fikrah dengan mike yop. Dan bile mike dah masuk PAS, buang puak-puak pak jangoat badut ingusan yang menjadi makhluk perosak dalam PAS!! Mutakhir ini kita tengok pulak pembohongan PKR mengenai jumlah keahlian parti. Dema kata ada 450,000 ahli. Ada yang mendakwa dah 600,000 pun! Kita dengar pun terkejut yop, pase semua orang termasuk PAS tahu kelentong je tu. Macam masa teman bertanding di Kulim Bandar Bharu, jentera PKR yang kate hebat tu ada lah 4-5 orang. Yang lain semuanya ahli PAS kawasan yang terpaksa pakai baju PKR untuk tolong bantu. Itupun nasib baik YDP PAS kawasan masa tu, YB Yaakob Husin bersetuju untuk tolong sebab teman ahli PAS (kebetulan semasa PRU 12 teman masih memegang jawatan Pengerusi Tetap PAS Kawasan BTR). Tapi betoi ke semua tu yop! Sebenarnya jumlah keahlian PKR seciput jer. Malah sudah kedengaran pun komplen oleh ahli parti lain, termasuk PAS dan UMNO yang namanya disumbat dalam senarai keahlian PKR. Tetapi yang jelasnya mesyuarat pemilihan dan pengundian baru ini membuktikan pekung sebenarnya. Contohnya kita tengok cabang Permatang Pauh, lubuk Ketua Umum dan Presiden PKR. Dema kata ada 6,172 ahli. Kagum kita yop. Tapi yang hadir mesyuarat baru ni 54 orang je..atau 0.8% jer. Dan semasa pengundian baru ni, yang turun mengundi 280 orang je. Atau 4.5% je yop! Isyk..isyk..isyk..kena kelentong lagi!! Malah yang mengejutkan contoh di cabang Pekan Pahang. Yang turun mengundi 7 orang je yop! Tapi dema tak lapur macam tu lah yop. Dema kata Zaid mendapat undi 100%, berapa jumlah haram tak sebut. Budak tadika lagi ramai yop. Dan yang paling kelakar, balaci Anwar salahkan final Piala Malaysia Kelantan -lwn Negeri Sembilan sebagai antara punca kurangnya ahli turun mesyuarat. Selain menyalahkan PRK Galas dan Batu Sapi. Kalau dah sendiri bodoh tu satu hal, ni nak memperbodohkan rakyat pulak! Tu belum lagi cerita bab pukul memukul, tinju meninju, baling kerusi, dan macam-macam story lagi. MGR pun boleh menangis yop, ngalahkan cerita Tamil! Tapi yang lebih penting ialah rakyat sudah mula membuka mata. Galas dan Batu Sapi satu isyarat jelas penolakan rakyat terhadap mereka. Sebenarnya di Galas, antara kesilapan besar PAS ialah membawa puak-puak PKR dan DAP datang dengan membawa politik maki hamun dan fitnah, rasis dan cauvinis. Politik macam ni rakyat dah muak tengok. Saya rasa kalau PAS menjalankan kempen sendiri, tanpa perlu menuding jari dan menyalahkan orang lain, tanpa perlu mendabik dada kita saja yang betul, tetapi membawa mesej dakwah dan Islam, saya cukup yakin rakyat dapat menerimanya. Apappun saya harap PAS akan dapat membuka mata dengan apa yang sedang berlaku. Tiap perkara pasti ada hikmahnya. Pada saya, PAS perlu sedar bahawa mereka boleh memainkan peranan "king-maker". PAS sebenarnya tidak memerlukan PKR ataupun DAP. PAS hanya perlukan PAS. PAS punya ahli yang ramai, jentera yang mantap, petugas yang sangat komited dan rangkaian networking yang hebat. Apa yang perlu, strategi yang bijak, dan penggantungan sepenuhnya kepada ALLAH! Janganlah kita asyik menghalalkan tindak-tanduk kita disebalik "tahaluf siasah", sehingga akhirnya aqidah dan syariah tergadai sudah. Matlamat tidak menghalalkan cara, walau apa label arab yang kita berikan kepadanya! "Tolonglah agama ALLAH, pasti ALLAH akan menolong kamu!". Moga ALLAH akan mengampunkan akan segala kelemahan dan kesilapan kita semua. Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Sabtu 28 Zul Qaedah 1431 06 Nov 2010 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan