Rabu, 3 November 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Anwar Janji PR Turun Harga Minyak Sehari Setelah Tubuh Kerajaan Pusat

Posted: 03 Nov 2010 01:32 AM PDT

DSC_0839SANDAKAN 3 Nov - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya Pakatan Rakyat diamanahkan untuk menubuhkan kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak keesokkan harinya.

Anwar menegaskan ini bukan janji manis atau cakap kerana sebagai bekas Menteri Kewangan yang memegang jawatan itu selama lapan tahun, beliau tahu keuntungan hasil pendapatan mampu menampung keputusan yang bakal dilaksanakan itu.

"Saya tahu di mana wang disimpan, keuntungan Petronas sahaja melebihi RM70 bilion setahun, malah royalti minyak Sabah mencecah RM1.2 bilion tetapi harga minyak tetap dinaikkan tanpa ada belas kasihan kepada rakyat bawahan. Minyak banyak tapi harga naik.

"Adalah mustahil Umno-BN mengatakan tidak ada peruntukan untuk membantu rakyat miskin sampai jeti dan jambatan roboh di Batu Sapi. Kita berjanji sekiranya kita tubuh kerajaan di Putrajaya kita merubah semuanua ini dalam tempoh dua tahun," tegas Anwar di hadapan lebih 1,000 penduduk Kampung Bahagia yang merupakan kubu kuat BN.

Atas dasar ini Anwar berkata beliau terus melawan Umno-BN yang mengabaikan derita rakyat serta mengkayakan kroni dan kaum kerabat mereka.

Beliau memberitahu hadirin jentera umno sedang membuat lawatan sambil mengedarkan 'hadiah' menjelang pembuangan pada 4 November.

"Itulah Umno, dia datang terhegeh-hegeh beri hadiah dan duit, kemudian minta mengundi kita mereka. Apa dia ingat kita kuli, hamba dia? Kita rakyat merdeka.

"Bila mereka (umno) datang beri beras, ambil! Dia beri zink satu, minta sepuluh! Dia bagi wang, ambil! Bila masa mengundi nanti, ingat, pangkah KEADILAN!" kata beliau diikuti sorakan hangat dari penduduk.

Menegaskan pendirian beliau, Anwar berkata Umno-BN melalui jentera kerajaan telah mencuba sedaya-upaya untuk menghalang perjuangan beliau.

"Umno-BN takut dengan saya kerana perjuangan saya membela rakyat. Dia mahu tangkap, biar dia tangkap. Dia pukul, memang dia pukul saya. Dia telanjang, biar! Dia penjarakan saya, tak apa tetapi bila saya keluar penjara, lawan tetap lawan!" tegas beliau diikuti sorakan meriah.

Ceramah Anwar diteruskan dengan lawatan ke Kampung Bokara dengan sambutan kira-kira 200 penduduk menunggu di sebuah rumah penduduk tempatan.

"Jika kita berjaya menang Putrajaya, insya Allah dalam masa dua tahun kita akan rubah Sabah," tegas beliau lagi.


Sumber: Suara Keadilan

300 beratur di panas terik untuk dapatkan RM100

Posted: 03 Nov 2010 12:32 AM PDT

Lebih 300 orang beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pendundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur hari ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.

Barisan berkenaan bergerak pada tempoh yang agak perlahan dan ramai yang terpaksa beratur di bawah panas terik sementara menunggu giliran mereka.

Antara mereka yang beratur itu mendakwa ada beberapa kes di mana golongan tua pengsan kerana panas terik.

"Kalau nak beri duit, buatlah secara teratur. Macam mana orang tua nak berdiri dan beratur sebegitu lama?" soalnya.

Sumber: Malaysiakini

RON 97: Hukum BN di Galas, Batu Sapi

Posted: 03 Nov 2010 12:27 AM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Nov: Rakyat harus menghukum Kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga petrol RON 97 dengan menjatuhkan mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi.

Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar berkata, rakyat sewajarnya berbuat demikian bagi menunjukkan kemarahan mereka.

"Kenaikan RON 97, rakyat Galas dan Batu Sapi mesti hukum BN sebagai petanda rakyat marah.

"Sekiranya pengundi tak hukum BN dalam PRK kali ini, seolah-olah membenarkan BN bermaharajalela dalam apa jua perkara," kata Firdaus kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru para jentera pemuda PAS di Galas khususnya memberikan maklumat yang betul kepada rakyat yang sedang ditipu kerajaan.

"Pada jentera pemuda di Galas khasnya harus mengajak rakyat menolak BN," katanya.

Tambahnya juga, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak langsung tidak mempedulikan kesusahan rakyat apabila menaikkan harga petrol yang merupakan punca kepada kenaikan harga barang lain.

"Petrol adalah punca kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Najib langsung tak meletakkan rakyat didahulukan.

"Kenaikan ini isyarat kepada rakyat bahawa BN bukan pilihan kita," katanya lagi.

Kenaikan harga RON 97 tengah malam semalam menjadikan harga barunya RM2.15 seliter.

Kerajaan memberikan alasan bahawa kenaikan harga itu disebabkan harga diapung mengikut harga minyak dunia.


Sumber: Harakah Daily

Wang Zakat Kepada Mualaf Bukan Rasuah

Posted: 03 Nov 2010 12:25 AM PDT


GALAS 3 NOV: Pengarah Pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menafikan laporan akhbar Utusan Malaysia mendakwa wang yang diberikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat Isnin lalu kepada tiga Orang Asli yang diislamkan sebagai rasuah tetapi wang zakat.

Beliau menggesa supaya Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) menyiasat sebelum menyeluarkan kenyataan.

"Saya telah menghubungi setiausaha politik dia, Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli kemudian diberi wang zakat. Tidak mungkin tiga ini rasuah. Zakat pun rasuah? Di mana-mana pun zakat ini boleh diberi.

"Jadi saya harap SPR terbuka. Jangan melihat bila Tok Guru bagi duit itu sebagai rasuah. Saya tahu SPR tidak mempunyai penguatkuasa. Sepatutnya dia laporkan kepada SPRM atau polis. Tidak perlu keluar kenyataan yang boleh dilihat rakyat bahawa SPR ini memihak," kata beliau dengan nada yang tenang.

Beliau berkata demikian kepada media di Markas Induk PAS, Galas pagi tadi.

Laporan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi rasuah kepada tiga orang asli ketika lawatan beliau ke Lojing Isnin lalu.

Abdul Halim menganggap perkata tersebut tidak timbul sebagai isu, beliau percaya akhbar Utusan Malaysia sengaja bertindak mengelirukan masyarakat terhadap pemimpin PAS itu bersempena pilihan raya kecil DUN Galas esok.

Dalam pada itu, Abdul Halim yang ditemui media berkata, pemberian wang ehsan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat kepada orang miskin ketika pilihan raya semakin hampir menjadi tanda tanya.

Beliau percaya usaha tersebut akan meliputi daerah Gua Musang dalam masa terdekat sekaligus menampakkan pemberian wang tersebut sebagai sumber sogokan.

"Kalau tidak kenapa tidak diberi sebelum ini? Kenapa tidak diberi selepas ini? Persoalannya kenapa beri sekarang. Jadi kita minta Jabatan Pembangunan beri maklumat bila wang ehsan ini diberi di Gua Musang dan berapa banyak," beliau menyoal.

Kempen pilihan raya kecil DUN Galas akan mencapai tahap kemuncak hari ini apabila memperlihatkan jentera kedua-dua parti sibuk mengedarkan risalah serta gambar calon di sepanjang jalan ke pekan itu menjelang pilihan raya kecil esok.

Persaingan antara calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan Barisan Nasional, Abdul Aziz Yusof dijangka sengit merebut kerusi DUN itu setelah kematian penyandangnya Allahyarham Che Hashim Sulaima, 48 tahun yang meninggal akibat penderitaan barah usus September lalu.

Sumber: TVSNEWS

Batu Sapi: 601 Anggota TLDM Mengundi Pos Hari ini

Posted: 03 Nov 2010 12:24 AM PDT




















SANDAKAN 3 NOV: Seramai 601 pemilih undi pos hari ini melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, kata Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Batu Sapi Mohd Hamsan Awang Supain.

Beliau berkata proses pengundian di Dewan Sukan Taman Samudera di Batu 5, Jalan Labuk membabitkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang
mengundi mulai pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Undi pos bermula semalam yang membabitkan 1,014 pemilih pos terdiri anggota polis dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya. Keseluruhan pemilih undi pos
berjumlah 1,615 orang.

Proses undi pos yang dijalankan bermula semalam berjalan lancar.

Undi pos akan dikira esok dengan undi pemilih biasa di Dewan Masyarakat Sandakan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata keputusan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi dijangka diketahui pukul 8 malam esok.

Terdapat 24,047 pemilih biasa layak mengundi esok di 12 pusat mengundi membabitkan enam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong dan enam lagi di DUN Karamunting.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Datin Linda Tsen Thau Lin daripada Barisan Nasional, Datuk Yong Teck Lee daripada
Parti Maju Sabah dan Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat.

Sumber: Bernama

Kit Siang Kemuka Saman Terhadap Berita Harian, KM Melaka

Posted: 03 Nov 2010 12:21 AM PDT


KUALA LUMPUR 3 NOV - Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang hari ini mengarahkan peguamnya mengemukakan saman terhadap laporan akhbar Berita Harian dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan "Umno Kafir" dalam satu ceramah di dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas.

"Saya didakwa mengatakan Umno kafir dalam satu ceramah di Galas bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini merupakan fitnah dan pembohongan oleh kerana saya tidak bercakap seperti yang didakwa oleh beliau.


Sumber: TVSNEWS

"Saya juga tidak pernah menghadiri ceramah di tanah rancangan KESEDAR seperti yang didakwa dan ini merupakan perbuatan jahat dan tidak bertanggungjawab yang cuba untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama," tegas beliau dalam sidang media di lobi Parlimen, pagi tadi.

Sehubungan itu, Kit Siang berkata satu laporan polis juga akan dibuat oleh DAP Gua Musang terhadap kedua-dua pihak, hari ini.

Ketika ditanya mengenai saman yang akan dikemukakan itu, beliau berkata saman itu bagi menuntut pihak terbabit menarik balik dakwaan serta meminta maaf di atas kenyataan disifatkan sebagai pembohongan semata-mata.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan tersebut adalah tindakan Umno yang terdesak untuk menang dalam PRK yang akan berlangsung esok.

Amaran PAS Kepada Pengundi Hantu, Jauhi Peti Undi

Posted: 03 Nov 2010 12:11 AM PDT


GALAS 3 NOV: Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman memberi amaran kepada pengundi hantu Barisan Nasional (BN) menjauhi peti undi sekiranya tidak mahu ditangkap ketika pilihan raya kecil DUN Galas berlangsung esok.

Beliau berkata, PAS akan menempatkan 29 orang peguam bersama Unit Tindakan Khas (UTK) Keselamatan PAS di 13 peti undi seluruh daerah itu memantau pergerakan pengundi hantu.

Abdul Halim berkata pada sidang media pagi tadi, PAS mempunyai senarai nama 2000 orang pengundi tidak berdaftar yang dijangka hadir ke pusat pengundian.

Beliau optimis dapat menangkap individu-individu ini sekiranya mendapati ada cubaan untuk membuang undi.

"Kita dapat maklumat yang agak lebih terperinci bahawa pengundi hantu ini berasal luar daripada Kelantan. Kita dapat kesan dari Johor ada 100 yang telah sampai di sini dan kita kenal pasti dan akan ikut mereka," tegas beliau.

"Ini kita tahu, kita beri amaran kepada mereka ini kalau tidak mahu kena, jangan pergi mengundi."

Beliau ditemui media di Maskas Induk PAS pagi tadi menambah, tindakan ini adalah usaha membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membanteras gejala pegundi hantu yang sering kelihatan sewaktu pilihan raya.

Sementara itu, Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yakin mampu menarik pengundi Cina yang dijangka akan menyumbangkan 6 peratus untuk kerusi Dun itu.

"Pengundi Gua Musang ini lebih mengutamakan calon daripada parti. Parti jadi nombor dua. Jadi oleh kerana itu kita yakin calon kita ini mempunyai potensi besar menarik orang atas pagar untuk menarik golongan-golongan ini terutama orang Cina untuk menyokong kita," jelas beliau lagi.

Sehingga pagi tadi beliau menjangkakan keyakinan PAS untuk memenangi kerusi DUN Galas meningkat kepada 55 peratus namun bergantung sejauh mana serangan BN sehingga malam nanti.

Tambah beliau lagi, PAS akan menempatkan ejen-ejen parti untuk memujuk pengundi di kawasan tumpuan pengundi atas pagar yang puratanya 34 peratus dan rata-rata berbangsa Melayu.

Menurut maklumat yang diterima oleh Jawatankuasa Pilihan raya Kecil PAS, beliau berkata sejumlah 50 peratus pengundi telah pulang ke Gua Musang untuk menunaikan tanggungjawab di DUN Galas.

Esok Galas akan menghadapi pilihan raya Kecil DUN itu yang akan bermula seawal 9 pagi. Dijangkakan seramai 9141 orang akan keluar membuang undi.

Sumber: TVSNEWS

KEADILAN Lepasi Sapp, Ekori Rapat BN

Posted: 03 Nov 2010 12:11 AM PDT

AnsarianduhSANDAKAN 3 Nov - Menjelang hari pengundian esok, sokongan rakyat Batu Sapi terhadap Pakatan Rakyat kian meningkat dan sehingga hari ini telah melepasi Parti Maju Sabah dan kini mengekori rapat Barisan Nasional.

Calon Paerti Keadilan Rakyat (KEADILAN) yang mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata setakat ini beliau telah melawat kesemua kawasan pengundian dan juga beberapa kawasan lain dan mendapati sambutan rakyat untuk membuat perubahan amat menggalakkan.

"Saya telahpun melawat kesemua 12 kawasan pengundian dan walaupun saya tidak pasti kesemua yang menghadiri merupakan warga tempatan tetapi sambutan setiap program memang menggalakkkan," kata beliau pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN semalam.

Sehubungan itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pusat, Fuziah Salleh menambah, BN akan mula menggunakan taktik kotor untuk menjatuhkan KEADILAN memandangkan parti itu semakin hampir mengejar BN.

Beliau memberitahu daripada wartawan Berita Harian yang ingin mengesahkan desas-desus KEADILAN mahu menarik diri dari bertanding adalah satu propaganda jahat BN.

"Ini satu lagi taktik kotor BN memandangkan Pengerusi Umno-BN, Datuk Seri Najib Razak sakit dan tidak dapat menabur janji-janji seperti di pilihan raya kecil Hulu Selangor dan Sibu lalu.

"Parti Keadilan Rakyat merupakan suara rakyat dan kita tidak akan tinggalkan rakyat. Kita akan berjuang hingga akhir dan dalam 48 jam terahkir ini kita akan berbuat segala yang mampu," tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan.

Dalam pada itu, Ansari menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diterima semasa membuat pemeriksaan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan Jumaat lalu kerana didapati pegawai yang memeriksanya tidak menjalankan pemeriksaan seperti sepatutnya.

"Malam semalam saya tidak dapat tidur kerana tidak dapat tahan sakit, maka saya telah pergi ke pusat perubatan swasta untuk mengambil CT Scan tetapi telah ditutup dan saya terpaksa pergi semula ke Hospital DoK.

"Tetapi, apabila sampai di sana, saya diberitahu mesin CT Scan tidak berfungsi dan saya mengambil semula X-ray. Perbandingan x-ray pertama Jumaat dahulu dan semalam menunjukkan kecederaan yang sama iaitu keretakan pada dua tulang dada," jelas beliau.

Katanya lagi, semasa x-ray pertama diambil, pegawai perubatan yang telah memeriksanya memberitahu beliau bahawa kecederaan itu tidak serius dan memberinya ubat penahan sakit.

"Kalau seorang 'public figure' seperti saya pun mendapat rawatan ala-kadar seperti ini, bayangkan nasib warga tempatan yang datang dari pulau-pulau berdekatan untuk rawatan ke sana (Hospital DoK)," kata beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Mahu Jimat Dengan Selamatkan Kroni Tapi Korbankan Rakyat

Posted: 03 Nov 2010 12:06 AM PDT

azan15

KUALA LUMPUR 3 Nov - Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional menaikkan harga petrol RON 97 sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter menimbulkan persoalan bagaimana kepentingan pengguna yang secara keseluruhannya akan terbeban kesan daripada kenaikkan tersebut.

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata hasil daripada laporan Bank Negara berhubung hutang isi rumah minggu lalu menunjukkan menjadi agenda teguran apabila kadar tersebut meningkat sebanyak 71 peratus.

"Persoalan yang lebih besar dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah apabila kenaikkan kali kedua bagi petrol gred RON 95 dan 97, kerajaan menikmati penjimatan sebanyak RM4.3 bilion, dan kenaikkan terbaru yang diumumkan memberikan sebanyak RM12 bilion.

"Jadi, apabila berlaku kenaikkan 5 sen ini, kita terpaksa merujuk kembali kepada janji kerajaan, iaitu untuk memulangkan kembali faedah tersebut kepada rakyat hasil penjimatan tersebut," kata Azan kepada Suara Keadilan.

Apa yang peliknya kata beliau, ketika ini tidak ada berlaku turun naik petroleum mentah di pasaran dunia sehingga memaksa kerajaan mengumumkan kenaikkan harga di pam secara tergesa-gesa dengan alasan yang munasabah.

"Kita menjangkakan kerajaan akan memberi alasan kononnya untuk penjimatan bagi faedah rakyat. Jika sekiranya alasan yang sama diberikan oleh kerajaan, maka kita tahu apakah yang telah berlaku ke atas penjimatan yang dilaksanakan sebelum ini yang kononnya digunakan untuk menaik taraf perkhidmatan awam," ujar beliau.

Tambahnya, sehingga hari ini masih belum ada lagi perlaksanaan yang sepatutnya telah disiapkan untuk
kemudahan rakyat.

"Rakyat masih lagi tertanya-tanya dengan taraf perkhidmatan awam seperti keretapi,bas dan teksi yang masih merangkak-rangkak untuk diperbaiki yang sepatutnya telah selesai selepas dua tahun penjimatan hasil daripada kenaikkan harga minyak.

"Saya telah diberitahu bahawa keseluruhan perbelanjaan telah diatur dan disalurkan namun tiada perbaharuan pun yang berlaku," tegasnya.

Azan turut menegaskan kerajaan harus memberikan penjelasan segera dan alasan yang munasabah di mana rakyat terpaksa menanggung akibat hasil daripada kesan kenaikkan tersebut.

Sumber: Suara Keadilan

Hillary Berharap Perbicaraan Fitnah II Patuh Kepada Perundangan Sebenar

Posted: 03 Nov 2010 12:02 AM PDT

Anwar_hillarySANDAKAN 3 Nov - Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton menalipon beliau ketika berkempen di Pilihan Raya Kecil Batu Sapi untuk menyatakan pendirian negara tersebut terhadap konsep negara hukum yang berkait dengan perbicaraan Fitnah II yang kini dihadapi oleh beliau.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan beliau akan melalui proses perundangan dalam perbicaraan yang dilaluinya setelah Hillary bertanyakan mengenai perkara tersebut.

"Saya kata proses perundangan perlu saya lalui dan beliau menekankan kepentingan menuruti perundangan yang telus disamping langkah kerajaan Amerika mengikuti perbicaraan itu dengan teliti," kata Anwar ketika ditemui media selepas berucap pada majlis makan malam anjuran KEADILAN di sini semalam.

Sebelum itu Anwar yang giat berkempen di Batu Sapi tidak sempat bertemu dengan Hillary disebabkan jadual beliau ketat di pilihan raya kecil yang ditandingi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Ansari Abdullah.

"Penerbangan saya ke Sandakan pukul 2 tetapi pertemuan yang dijadualkan dengan Hillary Clinton pukul satu, jadi saya minta maaf tidak dapat berjumpa beliau disebabkan komitmen saya berkempen di Batu Sapi.

"Saya wakilkan Azizah dan minta isteri saya sampaikan salam kepada beliau," kata Anwar lagi.

Beliau menambah isteri kepada mantan Presiden Amerika Syarikat itu juga meminta maaf kerana hanya menyedari kehadiran Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail setelah diberitahu selepas tamat majlis dialog Kumpulan Media Prima.

"Beliau juga minta saya menyampaikan kemaafan beliau kepada Azizah kerana tidak menyedari isteri saya berada dalam majlis tersebut. Disebabkan majlis itu anjuran Media Prima saya rasa mereka tidak akan memperkenalkan beliau kepada Hillary," kata Anwar lagi.

Tambah Anwar, beliau juga menyatakan kepada Hillary komitmen terhadap usaha untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara tetapi juga dengan pihak pembangkang.

Berhubung dengan kempen di Batu Sapi, Anwar berkata beliau amat berpuas hati terhadap respons dan sambutan yang diberikan oleh rakyat di kawasan tersebut.

Bagaimanapun beliau mahu semua petugas Pakatan Rakyat sentiasa berwaspada dan siasiaga untuk menghadapi sebarang usaha sabotaj daripada pihak lawan.

"Kita sedar perkara ini sebab itu saya telah arahan kumpulan-kumpulan jentera pilhan raya Pakatan Rakyat supaya memantau keadaan mulai dari sekarang supaya tidak ada sebanarng usaha Barisan Nasional untuk menjejaskan pilihan raya ini. Kita mahu petugas kita mencatat semua yang meragui termasuk menangkap gambar penyelewengan yang dilakukan oleh BN tetapi kita yakin kalau dibuat laporan sekali pun, SPR tidak akan berbuta apa-apa," kata beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Tiada ulasan: