AMK KLGT |
- Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim
- Nuffnang Ads JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu malah pekak?
Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim Posted: 19 Nov 2010 10:26 AM PST by Laman Marhaen on Friday, 19 November 2010 at 14:35 Sekitar tahun 1996 Datin Seri Dr. Wan Azizah telah pergi bertemu Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali (kini bergelar Tun). Berlangsunglah satu pertemuan ringkas di antara isteri Perdana Menteri Mahathir Mohamed dengan isteri Timbalan Perdana Menteri – Anwar Ibrahim.
Pertemuan antara seorang doktor pakar mata dengan doktor perubatan biasa itu tidak mengambil masa yang panjang untuk menyerlahkan agenda utamanya.
DSWA telah mengadap DS Dr. Hasmah Mohd Ali untuk meminta jasa baik beliau agar mempengaruhi suami beliau Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad menarik balik Azmin Ali daripada menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim.
Aduh, besar sungguh agenda pertemuan itu kerana sudah tentu ada sebab tertentu kenapa Wan Azizah mahukan Azmin dikeluarkan daripada pejabat suaminya.
Tentulah ketika itu belum terlintas lagi di kepala Wan Azizah bahawa satu ketika selepas itu Azmin Ali akan mengeluarkan surat akuan yang dia diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Kenapakah Wan Azizah bertindak demikian? Apakah salah Azmin Ali? Adakah kerana Azmin menjalankan tugasnya dengan tekun sehinggakan Wan Azizah sukar menemui suaminya bila dia mahu?
Sebagai seorang isteri tentu Wan Azizah mempunyai sebab dan alasan besar kenapa dia mahu Azmin Ali disingkirkan daripada pejabat Anwar Ibrahim. Tidak mungkin dia bertindak demikian atas hasutan orang-orang tertentu yang mengatakan Azmin tidak baik. Wan Azizah bukannya calang-calang wanita. Beliau adalah seorang professional yang mendapat ijazah terbaik dan 'citation' di universitinya di luar negara.
Jawapan sebenar ialah kerana Wan Azizah sudah semakin resah kerana melihatkan pembabitan isteri Azmin Ali mendampingi Anwar Ibrahim.
Kalau ada gambar lama sekitar 1976-1977, lihatlah rakaman majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, kadangkala kita boleh lihat Shamsidar isteri Azmin Ali duduk di sebelah Anwar Ibrahim.
Pernah sebelum itu dan sekarang ini kita melihat isteri Setiausaha Sulit seseorang menteri duduk di sebelah menterinya? Kecuali si isteri itu terbabit dengan peranan besar dalam sesuatu majlis memang sukar kita melihat isteri si Setiausaha Sulit berbuat demikian.
Dengan lain perkataan, kehadiran Shamsidar, isteri Azmin Ali sudah menjadi duri dalam daging Wan Azizah. Ini juga merupakan punca keretakan rumah tangga mereka. Tetapi sebagai seorang isteri yang penuh bertaqwa, Wan Azizah memilih jalan senyap dan baik merayu kepada Dr. Siti Hasmah agar Azmin Ali ditukarkan daripada pejabat suaminya.
Kisah kehadiran Shamsidar di majlis yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim sudah menjadi satu cerita hangat yang dimainkan oleh media satu ketika dahulu gara-gara surat Umi Hafilda Ali kepada Perdana Menteri yang menuduh Shamsidar melakukan kerja sumbang dengan Anwar Ibrahim. Daripada situ muncul satu teka-teki apakah anak Shamsidar itu sebenarnya berbapakan Anwar Ibrahim ataupun Azmin Ali.
Sudah tentu ini memerlukan ujian DNA yang akhirnya membuat keputusan bahawa anak perempuan itu memang sah anak Azmin Ali dan Shamsidar.
Soalnya sekarang bagaimanakah Anwar Ibrahim boleh merestui kehadiran Shamsidar dalam majlis yang dihadirinya? Apakah Anwar Ibrahim tidak ada pertimbangan bahawa insiden begitu akan membuat desas-desus dan teka-teki yang tidak ada putusnya? Ataupun mungkin Anwar Ibrahim sedar akan perkara itu dan tidak mahu perkara itu berulang lagi. Tetapi nampaknya permintaan Anwar Ibrahim itu diveto oleh Azmin Ali. Shamsidar tidak mungkin dapat menghadiri sesuatu majlis melibatkan Anwar tanpa restu dan izin Azmin Ali, suaminya.
Kisah Shamsidar dan Azmin Ali menjadi semakin bercelaru apabila Azmin membuat surat akuan (Affidavit) bahawa dia pun turut diliwat oleh Anwar Ibrahim. Ketika itu sudah muncul kisah Kasumatmaja, Azizan Abu Bakar dan Dr Anwar Anees.
Pada waktu yang sama pula gelombang pertama rakyat marhaen telah bergolak untuk melahirkan Parti Keadilan pimpinan Wan Azizah. Banyak nama lain yang muncul dengan gelombang itu – Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Roslan Kassim, Chandra Muzaffar, Mustaffa Kamil Ayub, Raja Petra, adalah sekadar segelintir nama yang menonjol. Tetapi yang amat besar peranan telah dilakukan oleh golongan elitis muda-mudi Malaysia tidak kira apa kaumnya serta beberapa pertubuhan bukan-kerajaan (NGO) dan golongan veteran politik yang sudah lama bersara. Gabungan tiga golongan besar yang berbeza ini telah melahirkan satu gelombang marhaen yang bangkit memperjuangkan penderitaan "Anwar Ibrahim sekali gus melakar kejatuhan dinasti Mahathir Mohammad.
Saya ingin ulang sekali lagi, kejatuhan Anwar Ibrahim dalam PKR, jika berlaku, akan menghenyak sekali lagi Mahathir Mohamed. Kerana Azmin Ali adalah proksi Mahathir Mohamed dalam PKR.
Kita dapat lihat apa yang dibuat oleh Mahathir Mohamed sekarang ini. Dia banyak mengutuk kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu dan kini memuji kepimpinan Najib Tun Razak. Apa tujuannya yang sebenar? Saya berani berkata Mahathir mahu melihat anaknya naik mencanak dalam persada politik UMNO dan kalau boleh si anak itu boleh memegang jawatan Naib Presiden UMNO dalam masa terdekat.
Mahathir dapat melihat bahawa impian itu akan terkandas seandainya PKR menjadi kuat dan Anwar Ibrahim naik berkuasa sebagai Perdana Menteri. Kalau Anwar tidak menjadi Perdana Menteri pun besar kemungkinan Nurul Izzah akan naik menjadi Perdana Menteri. Mahathir dapat mencongak fenomena ini akan berlaku. Kalau sesiapa sahaja yang akan menjadi Perdana Menteri daripada parti bukan-UMNO, besar kemungkinan akan ditubuhkan sebuah jabatan di kementerian tertentu yang akan menyelidik dan menyemak balik segala salahlaku pemerintahan Mahathir.
Sebenarnya Mahathir memang banyak berdosa kepada orang Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Sekarang ini kita dapat lihat Mahathir kadangkala berlagak laksana kera sumbang. Bayangkan seorang negarawan ulung boleh 'mencemar duli' merasmikan penubuhan PERKASA, sedangkan dia tahu PERKASA adalah alat dan wadah Ibrahim Ali mahu terus bernafas dalam arena politik. Bukankah UMNO ditubuhkan dahulu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu?
Ibrahim Ali memang beruntung kerana Mahathir kini sanggup mendampinginya. Dahulu, Mahathir pernah melantiknya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi FAMA sebagai imbuhan agar Ibrahim Ali tidak menentang Mahathir ketika memecat Anwar Ibrahim. Selepas itu Ibrahim Ali dapat banyak kontrak lumayan seperti membina Jambatan Pasir Putih dan sebagainya. Semua itu sebagai upah agar Ibrahim Ali akur kepada bosnya.
Kini, Mahathir sudah tidak berpengaruh lagi. Dia berpaut kepada apa sahaja untuk terus timbul dalam dunia politiknya. Hanya masa yang akan menentukan apa jadi kepada aura Mahathir. Seperti yang disebut oleh Almarhum Fadhil Nor, dia mahu melihat Mahathir hidup lama untuk melihat segala kebobrokan pemerintahannya.
Memang sungguh dahsyat perangai manusia bernama Mahathir. Segala gerak politiknya dilakukan penuh teliti seolah-olah dia mempunyai satu panel penasihat yang pandai memanipulasi orang-orang Melayu. Ada pihak yang berkata panel penasihatnya dahulu datang daripada seberang laut. Ada pula pihak yang berkata Mahathir mempunyai penasihat yang merupakan anggota Freemason. Biarlah fakta ini biar di situ sehingga suatu masa ada pihak lain yang membuat kajian terperinci mengenainya.
Akan tetapi saya tidak akan memaafkan Mahathir kerana membiarkan Ananda Krishnan membeli hak milik filem-filem P. Ramlee kerana itu adalah khazanah bangsa. Kenapakah tidak dibiarkan FINAS membelinya? Saya juga tidak mahu memaafkan Mahathir kerana member Ananda Krishnan menguruskan satelit dan ASTRO sedangkan adalah lebih baik kalau dibiarkan Koperasi Angkatan Tentera mengendalikannya.
Banyak lagi kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu. Biar generasi muda membuat kajian dan mendedahkannya.
Apabila diambil kira kecurangan Mahathir terhadap orang Melayu barulah kita sedar kenapa dia meletakkan Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulit Anwar. Hinggalah Anwar dipecat kerana enggan mengeluarkan cek untuk menyelamatkan bisnes Mirzan Mahathir.
Sesungguhnya segala tindakan Anwar Ibrahim untuk menyanggah Mahathir Mohamed satu ketika dahulu dapat dihidu oleh Mahathir melalui Azmin Ali. Apa sahaja yang Anwar buat Mahathir sudah tahu terlebih dahulu.
Mahathir dapat bukti yang kukuh lengkap dengan rakaman kamera jarak jauh setiap pergerakan dan tindakan Anwar Ibrahim satu ketika dahulu, walaupun dia kerap berada di luar negara untuk melalak sebagai jaguh dunia ketiga.
Drama kejatuhan Anwar Ibrahim di mana Azmin Ali memainkan peranan besar adalah satu drama yang amat baik dijadikan epik filem Hindustan. Terlalu banyak sub-plotnya seperti peranan Umi Hafilda Ali yang terbang ke luar negara menghadiri ceramah Mahathir mengenai Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia di luar Negara. Kemudian ada pula kisah Anwar yang terkena racun arsenik ketika dalam tahanan di penjara.
Begitu juga dengan penubuhan Keadilan yang banyak melibatkan peranan golongan muda seperti Ezam Mohd Nor, Roslan Kassim dan lain lagi. Tetapi ketika itu tidak pun tersebut peranan Azmin Ali. Malahan ketika Mahathir sudah jatuh dan muncul Abdullah Ahmad Badawi, segala urusan tolak-ansur untuk membebaskan Anwar Ibrahim telah dilaksanakan oleh Ezam Mohd Nor dengan Khairi Jamaluddin. Tidak pula disebut nama Azmin Ali ketika itu.
Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah.
Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR.
- marhaintua (semakan & suntingan WM M@rhaen) – 19.11.2010
Terbitan asal: http://www.marhaen.info/v2/mar_a_marhaintua68.html
|
Nuffnang Ads JPP: Bukan sahaja dilanda sindrom penafian, bisu malah pekak? Posted: 19 Nov 2010 09:46 AM PST PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bukan sahaja dilanda wabak sindrom penafian dan sindrom bisu, malah turut dilanda wabak sindrom pekak? Mungkinkah kecamanan seperti ini yang diperlukan oleh JPP Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menggerakkan Jawatankuasa itu agar mula bertindak dengan tegas dan adil? Kelembapan ini begitu ketara apabila sehingga kini tiada tindakan konkrit diambil oleh jawatankuasa terhadap senarai panjang aduan yang dibuat oleh ahli parti semenjak peringkat pencalonan dan kini pusingan keempat hampir tiba. Kelembapan JPP bertindak akhirnya telah mendorong Ketua AMK Rasah, Zamri Vinoth dengan sengaja menonjolkan dirinya sebagai 'pengundi hantu di siang hari' bagi menarik perhatian JPP tersebut. Sengaja mahu dipanggil JPP "Sememangnya saya lakukan sendiri untuk ditahan dengan harapan dipanggil untuk siasatan dan ini peluang terbaik berdepan dengan JPP dan membangkitkan banyak kepincangan yang terancang," kata Zamri Vinoth dalam satu kenyataan medianya semalam. Bagaimana pun beliau kecewa apabila tidak dipanggil mengadap JPP walaupun setelah dua minggu dari peristiwa 'tangkapan' tersebut berlaku. JPP mahu pengakuan arahan Chegu Bard dan dibayar Sebaliknya, beliau telah menerima panggilan telefon dari JPP yang cuba mendorong beliau membuat pengakuan palsu yang bertujuan memburukan imej calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin. "Namun setelah dua minggu saya menanti tidak ada sebarang panggilan untuk saya mengadap JPP kecuali beberapa panggilan telefon dari JPP. "Ada juga yang menelefon saya meminta pengakuan saya melakukan kerana diarah atau dibayar oleh chegu Bard," kata beliau. Panggilan berbaur ugutan oleh JPP Tidak menghairankan profesionalisme anggota-anggota JPP yang dilantik ini diragui oleh ahli partinya sendiri apabila salah seorang JPP yang menghubungi Zamri turut menghamburkan kenyataan berbaur ugutan. "Dalam perbualan saya dengan salah seorang JPP dimana JPP itu tidak dapat menjawab beberapa persoalan yang saya bangkitkan, sebalik mengecam dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan. "Vinoth, you better watch out!" Selepas itu terus meletak telefon dan terus tidak menjawab panggilan dari saya lagi," menurut kenyataan Zamri itu lagi. Beliau turut mempertikaikan kenyataan calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin yang mempertikaikan keputusan di Cabang Tampin yang menyebelahi Chegu Bard sebaliknya hanya mendiamkan diri terhadap keputusan cabang lain yang menyebelahinya dalam margin yang sama. Untuk rekod, sehingga kini keputusan undian dengan margin meragukan di cabang-cabang lebih banyak memihak kepada Shamsul sendiri. Malah, keputusan terbaru di beberapa cabang di Sabah, seperti Cabang Batu Sapi yang mencatatkan kemenangan bergaya Shamsul, 509 undian berbanding hanya 86 undian memihak kepada Chegu Bard. Jumlah undian di Cabang Batu Sapi dianggap mengejutkan dan luar biasa jika dibandingkan kesukaran jentera pilihan raya PKR untuk mendapatkan PACA (agen pengundian, agen pengiraan) ketika PRK yang baru berlangsung baru-baru ini. Dalam kenyataan akhbar tersebut, Zamri turut mendedahkan penyelewengan yang berlaku ketika pencalonan dan pengundian di Cabang Tampin, Kubang Pasu dan Kota Raja. |
Posted: 19 Nov 2010 09:40 AM PST Mereka menyalahkan Zaid kerana mengancam masa depan pakatan pembangkang. Mereka bahkan mencaci Malaysia Today kerana 'menggugat' Pakatan Rakyat. Tapi 'mereka' inilah yang membakar jambatan dan membuatkan mustahil bagi Zaid menimbangkan kembali keputusannya. Adakah Angkatan Ketiga hanya suatu idea, sama seperti idea Kerajaan Perpaduan yang timbul tak lama selepas pilihanraya umum lepas, dan yang akhirnya tak menjadi kenyataan? Ada beberapa orang dalam PKR yang berusaha menjadi orang tengah bagi mendesak kedua-dua puak untuk berdamai. Mereka cuba memujuk Zaid agar tidak meninggalkan parti dan sebaliknya, kekal dalam parti dan meneruskan perjuangannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Tetapi melihatkan cara Zaid dipersetankan, maka susahlah bagi kedua-dua puak untuk berdamai. Bolehkah Zaid bertenang dan menimbangkan kembali keputusannya? Melihatkan cara dia diperlakukan, saya tak fikir dia akan berbuat demikian. Lukanya takkan sembuh. Malah lukanya pasti bertambah parah dengan garam yang sedang dilumurkan padanya. Mereka menyalahkan Zaid kerana mengancam masa depan pakatan pembangkang. Mereka bahkan mencaci Malaysia Today kerana 'menggugat' Pakatan Rakyat. Tapi 'mereka' inilah yang membakar jambatan dan membuatkan mustahil bagi Zaid menimbangkan kembali keputusannya. "Mengetahui mengenai sesuatu perkara secara tidak sepenuhnya adalah sangat berbahaya," kata Tay/Dominic. Kalau macam tu, saya boleh kata bahawa mereka pun dua kali lima. Kenapa mereka mengandaikan bahawa Zaid akan menubuhkan parti baru? Setahu saya, pada masa ini, Zaid tidak berniat untuk membentuk parti baru. Dia juga tidak mempunyai niat untuk menyertai parti lain. Tetapi jika anda terus mendesak dan mengejeknya, maka mungkin saja dia akan melakukannya. Saya takkan menyalahkannya kalau dia berbuat begitu. Kalau anda mengejek saya, saya pun akan membalas dengan cara yang paling buruk yang mampu saya lakukan. Bertepuk sebelah tangan tidak menjadi. Kita hanya menumpukan pada kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan oleh Zaid. Ya, saya mengaku bahawa dia ada melakukan kesilapan.Tapi adakah ini bermakna bahawa hanya Zaid yang telah melakukan kesalahan dan pihak yang satu lagi adalah mulia dan merupakan penjelmaan semula Mother Teresa? Zaid dan Azmin pun sedang bertelagah. Tapi saya mempertahankan Zaid dan juga menghantar mesej tahniah kepada Azmin. Jadi, perlukah saya menghantar mesej maki-makian kepada Azmin untuk 'membuktikan' bahawa saya adalah orang Zaid? Ramai orang yang cuba berlagak matang. Apabila saya pergi minum teh bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, saya tak habis-habis dikutuk. Sebenarnya, masalah yang kini dialami PKR dicetuskan oleh mereka yang kononnya penyokong kuat PKR; mereka yang suka mencerca orang lain. Mungkin inilah caranya bagi si kecil berangan-angan bahawa mereka adalah tokoh besar. Bagi saya, Zaid terpaksa kekal dengan keputusannya. Usaha bagi mengantarakan konflik ini dan memujuk Zaid agar bertenang dan menimbangkan semula pendiriannya akan gagal. Puncanya adalah gelagat Kuda Trojan yang menyamar sebagai penyokong kuat parti. |
You are subscribed to email updates from AMK KLGT ( MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan