Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Ketua Polis Negara berjudi? PDRM bina makmal judi pula
- Berpuluh tahun rakyat Terengganu guna pam, tiada bekalan air
- Roboh lagi jambatan di Pahang
- Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku
Ketua Polis Negara berjudi? PDRM bina makmal judi pula Posted: 19 Nov 2010 12:21 AM PST Ini adalah sebahagian daripada tugas rasmi polis. PDRM telah menubuhkan Makmal Judi untuk membanteras perjudian tanpa lesen, penipuan perjudian, perjudian internet dan sebagainya. Itu tugas polis. Bagaimana pula tugas penguatkuasa jabatan agama? Masih ditakuk lama lagi kah? Tidak mahukan menubuhkan pasukan penguatkuasa jabatan agama yang lebih mesra dalam mendidik masyarakat? Menangkap pelaku maksiat adalah langkah kedua selepas amar maaruf. Gejala buang bayi bertambah, kes zina bertambah, khalwat bertambah, judi bertambah, minum arak bertambah, perceraian dan penderaan bertambah di kalangan umat Islam, namun tiada usaha bersepadu untuk menggerakkan Amar Maaruf, Nahi Munkar. Nak harapkan PEKIDA, sekadar slogan sahaja. ******************* Beware of the 'gambling' cops Gambling Prevention Training Laboratory Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar MALAY MAIL - Friday, November 19th, 2010 13:47:00 FULL HOUSE: (Sitting third from right) Ismail and Deputy IGP Datuk Hussin Ismail at the mock casino — Pic: Salhani Ibrahim KUALA LUMPUR: Illegal gamblers beware as "gambling experts" will be watching you. However, these "experts" actually comprise several trained police officers under the newly formed Gambling Prevention Training Laboratory. The formation of the was set up to combat illegal gambling activities. Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar, said the Gambling Prevention Training Laboratory will equip the police force, especially from Anti-Vice, Gambling and Secret Societies Division (D7), with the insider know-how, such as how illegal gambling operations work and the techniques and tricks used. "There is a proverb: 'To catch a thief, you need to be a thief'. This concept also applies here. Every year, the Royal Malaysian Police organises courses to train 'gambling experts' among selected police officers," Ismail said during a Press conference after the launch of the Standard Operating Procedure manual, Crime Investigation Department Portal update and Gambling Prevention Training Laboratory at the RMP College in Cheras today. The laboratory, a "mock casino", is located within the college. "The laboratory, which cost RM198,000, will consist of a roulette device, three gambling tables and four slot machines. It will also be equipped with several training gambling 'chips' and gambling machines." Ismail also gave his assurance that the "gambling experts" would not abuse their skills to gain profit and the laboratory was expected to be established in other State police contingents. http://www.mmail.com.my/content/55478-beware-gambling-cops |
Berpuluh tahun rakyat Terengganu guna pam, tiada bekalan air Posted: 18 Nov 2010 10:39 PM PST Oleh SINGALAUTMETRO SIBUK AIR DI SELANGOR; TAPI DI TERENGGANU BERPULUH TAHUN GUNA PAM UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR SEMUANYA kerana politik. Politik dijadikan permainan kotor, angkara hasad dengki dan iri hati. Ketika Selangor tidak berdepan masalah air dan rakyat di Selangor tidak pun merungut, kerajaan persekutuan sibuk menjaja kerepek besi konon rakyat di Selangor akan menderita kerana bakal kehilangan bekalan air bersih. Namun kisah beberapa penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun meneguk air perigi dan parit menggunakan pam langsung tidak dipedulikan! Inikah kejujuran sebenarnya? Lihatlah pada nasib seorang penduduk Muda Awang, 54 yang tinggal di Kampung Tengah, Batangan, misalnya. Telah hampir 10 tahun anak MELAYU itu memohon untuk meminta bantuan penyambungan paip bekalan air bersih. Apa yang beliau dapat? Diulangi. Beliau telah memohon selama 10 tahun (bukan 10 hari atau 10 bulan) namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Sebagai penoreh getah berpendapatan RM500 sebulan, Muda tidak mampu membayar kos yag tinggi bagi pemasangan paip itu. Dengan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah termasuk seorang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, Muda berharap sangat bantuan disegerakan. Beliau tidak pernah mempertikaikan berapa duit dihabiskan untuk memajukan Little India di Brickfields atau China Town di Petaling Street. Cuma Muda berharap, bantuan yang dipohonnya dinilai dengan hati dan perasaan yang jujur dan ikhlas. Perlu diingatkan, Muda kadang-kala terpaksa memberanikan hati menggunakan air yang dipam itu, walaupun menyedari ia kadang-kala mengandungi minyak dan berbau. Pam yang digunakannya pula selalu rosak dan apalah yang mampu diharapkannya kecuali berdoa agar kita yang masih percayakan Tuhan, segera terbuka hati untuk membantu. Muda juga tak mempersoalkan cadangan membina menara 100 tingkat atau mempertikaikan kebenaran kerajaan supaya KWSP boleh melabur dengan lebih banyak di luar negara. Yang Muda bimbangkan ialah nasib dan masa depannya sebagai anak Melayu yang terasa seperti tidak terbela sejak negara merdeka 53 tahun lalu! Posted by SINGALAUTMETRO at 11:19 , 18 Nov 2010 Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/sibuk-air-di-selangor-tapi-di.html |
Posted: 18 Nov 2010 08:10 PM PST JAMBATAN Sungai Jelai yang menghubungkan 12 kampung terputus selepas dirempuh balak ketika arus deras.Jambatan kayu merentasi Sungai Jelai perlu diganti konkrit Berita Harian 19 Nov 2010 - KUALA LIPIS: Kira-kira 1,000 penduduk dari 12 kampung di pesisiran Sungai Jelai berdekatan Kampung Gemunchor meminta sebuah jambatan konkrit dibina di situ bagi menggantikan jambatan kayu yang sering roboh setiap kali musim tengkujuh. Jambatan konkrit itu penting bagi mereka kerana ia juga dapat menyediakan kemudahan lebih baik kepada penduduk untuk meningkatkan ekonomi setempat. Ini disebabkan ketika ini mereka terpaksa bergantung sepenuhnya kepada jambatan kayu untuk membawa keluar hasil tani seluas kira-kira 800 hektar yang dilaksanakan penduduk kampung dengan pelbagai tanaman dan Estet Mini RISDA seluas kira-kira 100 hektar tanaman kelapa sawit. Jambatan kayu yang merentangi Sungai Jelai hampir 20 tahun itu yang juga nadi utama perhubungan penduduk itu bagaimanapun kerap runtuh setiap kali hujan lebat yang akan membawa arus deras dan menghanyutkan sisa balak yang akhirnya akan menghentam tiang jambatan kayu hingga roboh. Penduduk 12 kampung itu antaranya Kampung Baru Gemunchor, Kampung Kemunchor, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Batu Balak, Kampung Tulus, Kampung Mempelas, Kampung Tanjung Aur, Kampung Kuala Kenong, Kampung Jeram Bungor Seberang dan Kampung Kecau kini terputus lagi hubungan apabila jambatan itu sekali lagi roboh awal pagi Selasa lalu. Ketua Penerangan Belia 4B Penerus Gemilang dan Mela, Mohd Safri Salleh, 30, berkata pembinaan jambatan baru itu perlu disegerakan kerana selain untuk kegunaan perhubungan, ia dapat meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. "Estet mini RISDA akan lebih aktif dengan ramai pengusaha kampung berdekatan dan pekebun dari beberapa kampung berkenaan yang mempunyai kebun di kawasan itu dapat memasarkan hasil pertanian mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Belia Penerus Gemilang dan Mela, Amirul Haidil Ismail, 19, berkata ramai belia turut mengerjakan kebun getah di Kampung Gemunchor dan jambatan itu sebagai nadi untuk mereka bergerak ke seberang. "Sejak jambatan ini runtuh, kami tidak dapat mengerjakan kebun kami kerana kesukaran ke seberang dan cara lain hanyalah dengan menggunakan perahu untuk menyeberang sungai kira-kira 300 meter dengan meredah arus deras yang merbahaya," katanya. Penghulu Mukim Cheka 1, Abdullah Mat Isa, berkata beliau bimbang penduduk di situ makin berkurangan dan terus ketinggalan serta mungkin berpindah jika jambatan lama masih belum diganti dengan konkrit. "Jika hal ini berlarutan, mungkin kampung berkenaan menjadi kampung tinggal dan semua hasil pertanian mereka akan ditinggalkan serta mewujudkan masalah baru seperti kadar kemiskinan meningkat," katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Robohlagi/Article |
Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku Posted: 18 Nov 2010 07:32 PM PST Oleh SINGALAUTMETRO - ORANG DIBANCI ADA YANG TELAH MENINGGAL, TAPI PEMBANCI BELUM DAPAT JUGA BAYARAN ELAUN! TELAH dua kali perayaan berlalu, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha, namun penantian bagi segelintir pembanci yang melakukan tugas bancian di seluruh negara baru-baru ini bagai menunggu buah yang entah bila akan gugurnya. Keringat mereka telah lama kering, namun bayaran yang mereka nantikan masih belum juga menjelma. Walaupun berkotak-kotak dan berpikul-pikul janji ditaburkan oleh Jabatan Perangkaan bahawa bayaran akan dijelaskan sebelum Aidilfitri, namun janji itu semuanya busuk macam air longkang yang mengalir lesu ke Sungai Klang! Seorang 'mangsa' janji bayaran itu, yang mahu dikenali sebagai Rahman, mendakwa beberapa kali beliau berurusan untuk mendapatkan bayaran yang tidak seberapa itu, namun setiap kali berurusan, setiap kali itulah dia disuapkan dengan pelbagai janji manis dan muluk-muluk belaka. Kini selepas Aidiladha bayaran elaun itu masih tidak terdengar beritanya. Menurut Rahman, dianggarkan ratusan pembanci yang masih belum menerima bayaran di seluruh negara tanpa diketahui punca dan sebabnya. "Bukan semua di antara kami mempunyai pendapatan mencukupi. Kadang-kadang terasa juga mahu menikmati manisnya duit yang dijanjikan itu, terutama menjelang hari raya, tetapi kami hampa," katanya. Sebahagian daripada pembanci yang menjadi mangsa, dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berharap sangat bayaran itu dilunaskan bagi memudahkan mereka menjalani kehidupan seharian, termasuk dalam urusan mencari pekerjaan. Sebelum ini, pengurusan tertinggi Jabatan Statistik dilaporkan memaklumkan menerusi media bahawa bayaran kepada pembanci akan dibayar dalam tempoh tiga minggu. Malah pembanci yang masih belum menerima bayaran diminta menghubungi pejabat pengurusan terdekat. Namun seperti kata mangsa, mereka telah berkali-kali menaiki tangga pejabat dan berpuluh kali menghubungi menerusi telefon, namunn bayaran banci tetap bagaikan menagih hutang yang tidak mungkin berbayar! Kepada kerajaan yang sibuk merancang pendapatan rakyat ke tahap yang lebih tinggi, tolonglah lihat rayuan mereka ini. Kalau urusan membayar elaun sejemput ini pun bermasalah, usalah bermimpi mahu memastikan rakyat boleh berpendapatan tinggi seperti negara maju lain. Posted by SINGALAUTMETRO http://singalautmetro.blogspot.com/2010/11/orang-dibanci-ada-yang-telah-meninggal.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan