The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Posted: 11 Oct 2010 09:56 PM PDT Baru-baru ini Sdr Syed Putra Syed Ahmad telah menemui saya supaya saya menulis memoir diri saya untuk beliau publishkan. Beliau telah dan sedang menyiapkan memoir ramai pemimpin-pemimpin politik termasuk pemimpin-pemimpin besar dan kecil dan yang terkenal dan tidak terkenal tetapi yang mempunyai warna-warni didalam perjuangan. Secara spontan saya nyatakan bahawa perjuangan saya tidak perlu dimemoirkan kerana tidak ada apa yang telah saya sumbangkan untuk politik negara. Beliau tetap juga menyatakan bahawa ramai rakan-rakan dan orang-orang awam yang membaca blog saya berhubung dengan apa yang saya paparkan mengenai perjuangan saya menarik minat mereka untuk membacanya kerana sejarah saya ada kelainan dengan pejuang-pejuang politik lain. Syed menganggap bahawa kelainan itulah yang hendak diwariskan kepada pemuda-pemuda sepertinya yang tidak pernah melalui liku-liku hidup seperti yang telah saya lalui, dari anak kampong dari keluarga yang sangat dhaif, berjaya memanjat ke tangga universiti, berjuang didalam Parti Rakyat Malaysia, PAS, UMNO dan KEADILAN. Dari seorang anak tani, bertugas di Jabatan Perdana Menteri bahkan dibawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, pernah pula menjadi Majistret dan Pegawai Undang-Undang Dewan Bandaraya sebelum menubuhkan firma guaman sendiri di Kuala Lumpur diketika ramai profesional Melayu hanya bergantung kepada kerja makan gaji dengan Kerajaan. Saya masih memikirkan keperluan menulis itu kerana apabila sauh diangkat tidak ada lautan yang dalam yang tidak saya layari, dan tentu pelayaran itu akan menyebabkan ramai akan terluka. Itulah yang saya tidak mahu. Kenapa saya keluar dari PRM menyertai PAS, dan kenapa saya keluar PAS menyertai UMNO dan kenapa saya keluar UMNO menyertai PKN/PKR akan melukakan banyak pihak jika dibongkar semula. Sebab itu saya tidak berhajat untuk membongkarnya dan jika itu tidak dibongkar dimanakah nilai Memoir itu nanti, mendatar dan tidak dapat digunakan sebagai apa-apa panduan pun. Saya ingin lupakan semua itu, dan saya telah memilih perjuangan KEADILAN, Perlembagaannya sesuai dengan jiwa saya, dasarnya untuk demokrasi tulen dan keadilan untuk rakyat mengembalikan nostalgia perjuangan ayah saya, seorang pejuang kemerdekaan melalui Angkatan Pemuda Insaf dibawah sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya sebuah organisasi politik yang lohor dengan perjuangan yang jelas menuntut kemerdekaan, demokrasi dan keadilan untuk rakyat. Bagi saya, API dan PKMM adalah pembawa jiwa Merdeka dan pencetus kesedaran dikalangan Orang Melayu diketika orang Melayu lain berselimut tebal dengan roh Penjajah Inggeris. Didalam Parti Keadilan Rakyat kini terselit roh perjuangan yang dibawa oleh Parti Rakyat Malaysia yang mewarisi perjuangan yang ditinggalkan oleh API dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya, perjuangan yang ditinggalkan oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Yaakob dan rakan-rakan mereka. Saya mempertahankan dasar PKR ini seolah-olah seperti ayah saya mempertahankan dasar API dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan akan menentang penyeleweng-penyeleweng yang mahu mengkucar-kacirkan dasarnya. |
Pandangan Lohor Dato Fauzi Abdul Rahman Posted: 11 Oct 2010 09:13 PM PDT Dato Fauzi Abd Rahman sedang berucap kepada pimpinan Peneroka-Peneroka Felda di Kota Gelanggi 2 semasa perasmian Biro Felda Zon Tengah PKR Pahang === Saya berkongsi pandangan dengan Dato Fauzi Abdul Rahman apabila beliau memberikan pandangannya terhadap pemilihan yang sedang berlaku di dalam KEADILAN yang sedang berlangsung sekarang. Beliau menyifatkan bahawa pemilihan secara langsung yang berlaku didalam KEADILAN dengan satu anggota satu undi sebagai satu fenomena yang bersejarah yang tidak berlaku didalam mana-mana parti politik tanahair. "Inilah sistem yang paling demokratik yang pernah dijalankan oleh mana-mana parti politik di Negara ini," tegas Dato Fauzi semasa memberi taklimat kepada pimpinan KEADILAN Pahang di Raub sempena kejayaan KEADILAN Pahang mengadakan MATC dan pemilihan pimpinan cabang-cabang di seluruh Negeri. KEADILAN boleh berbangga dengan proses demokrasi ini. "Walaupun ada kelemahan sedikit, itu bolehlah dimengertikan bahawa ini merupakan pengalaman kita yang pertama dan kita juga mempunyai kewangan yang terhad. Keseluruhannya, KEADILAN hanya berbelanja lebihkurang RM500,000.00 bagi mengendalikan Pemilihan ini diseluruh Negara berbanding SPR yang berbelanja berjuta ringgit hanya untuk satu DUN." "Kita telah berjaya mempelopori sistem demokrasi yang tulen;" kata Dato Fauzi disamping mengalu-alukan Ketua-Ketua Cabang samada yang mengekalkan kedudukan masing-masing atau yang baru dipilih dan Dato Fauzi bergembira kerana pimpinan Cabang-Cabang yang terpilih merupakan mereka yang boleh memberikan pimpinan yang berkesan di Cabang masing-masing. Mengenai pemilihan diperingkat Pusat, Dato Fauzi menyatakan bahawa setiap anggota berhak menyokong dan mengundi mana-mana calon yang menjadi pilihan mereka, dan beliau sendiri tidak mahu mempengaruhi anggota-anggota untuk menyokong mana-mana calon. "Ini adalah pertandingan sesama kita, saya tidak mahu mempengaruhi mana-mana anggota," tegas Dato Fauzi. Dan beliau yakin bahawa setelah pemilihan ini parti akan menjadi lebih kuat dan bersatu, katanya, "Come out of this contest we'll become stronger". Dato Fauzi bergembira kerana di Pahang ini sudah lahir muka-muka baru yang berwibawa. "Kalau dulu, kita mempunyai banyak kawasan DUN/Parlimen dari calon-calon, tapi kali ini kita sudah mempunyai lebih banyak calon yang boleh dikemukakan untuk satu-satu kawasan DUN/Parlimen," ujar Dato Fauzi. Dato Fauzi juga mengingatkan Cabang-Cabang supaya menumpukan di kawasan-kawasan Felda kerana lebih separuh dari kawasan DUN/Parlimen di Negeri Pahang ini ditentukan kemenangan/kekalahan oleh pengundi-pengundi didalam kawasan Felda. Beliau menasihatkan Cabang-Cabang yang masih belum menubuhkan Biro Felda di kawasan masing-masing supaya berbuat demikian secepat mungkin kerana menang-kalah PR untuk merebut pentadbiran Negeri Pahang ditentukan oleh kekuatan PR didalam rancangan-rancangan Felda. Selepas pemilihan didalam parti ini, semua jentera parti hendaklah bersedia menghadapi Pilihanraya ke-13 dan agenda khas parti di Pahang adalah pergerakan di rancangan-rancangan Felda, jelas Dato Fauzi. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan