Jumaat, 29 Oktober 2010

Keadilan Cabang Rasah

Keadilan Cabang Rasah


HARI PENGUNDIAN PIMPINAN PUSAT CBG RASAH

Posted: 28 Oct 2010 10:31 PM PDT

Pemilihan PKR 2010 telah memasuki fasa pemilihan pimpinan pusat. Pemilihan pimpinan pusat telah bermula pada 29 Oktober 2010 bagi negeri Kedah dan Kelantan.

Bagi Cabang Rasah, hari pemilihan/pengundian pimpinan pusatnya akan berlangsung pada 30 Oktober 2010 serentak dengan lima (5) cabang lain di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Seremban dan Telok Kemang.

Pengundian pimpinan pusat di Cabang Rasah akan berlangsung di Pejabat MPN Keadilan N.Sembilan di Seremban. Proses demokrasi tersebut akan bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Calon-calon dari Cabang Rasah yang bertanding untuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat adalah:

1. Haji Muhammad Kamel Yassin (NO. 57)
2. YB Chai Tong Chai (NO. 25)

Calon dari Cabang Rasah yang bertanding untuk Exco AMK Pusat adalah:

1. Zulrisyah Kalam Noor Zulkifli (NO. 61)


Tiada ulasan: