Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- JKR dicadang ambil alih projek lewat siap
- PAS: Hab hiburan akibatkan 'ekonomi pumping'
- Lambat siap: Penjelasan Zambry dituntut
- Pemimpin Umno-BN Sibuk Kumpul Timbunan Harta, Rakyat Miskin Terus Merana
- KEADILAN Anjur Debat Perdana Jemput Calon BN, Sapp
- KEADILAN Bidas BN Tidak Sensitif Pilih Balu Sedang Berkabung Sebagai Calon
- Umno-BN Tubuh Majlis Ekonomi Elit Tanpa Pembabitan Rakyat
- Adik Ketua Menteri Sarawak Didakwa Ceroboh Tanah NCR
- Umno-BN Tipu Masyarakat Cina Bina Sekolah
- Pemilihan MPP Bermula 29 Okt Hingga 21 Nov
JKR dicadang ambil alih projek lewat siap Posted: 27 Oct 2010 11:41 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Okt: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mencadangkan satu akta diwujudkan dalam perjanjian di antara Kementerian Kerja Raya dengan syarikat kontraktor bagi membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil alih projek yang gagal disiapkan kontraktor yang dilantik. Khalid sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini berkata, JKR seharusnya boleh mengambil alih projek yang terbengkalai kerana mereka mempunyai tenaga kerja yang mahir. "Saya harap ada satu akta dalam perjanjian iaitu Kementerian Kerja Raya dengan Jabatan Keja Raya boleh ambil alih kontrak yang gagal supaya boleh menyiapkan projek dalam tempoh yang singkat dan kos yang berpatutan," katanya. Beliau mengambil contoh pembinaan Shah Alam yang terbengkalai akibat masalah di peringkat kontraktor dan JKR tidak mengambil apa-apa tindakan. "Dalam kes hospital Shah Alam, tidak adakah perjanjian di mana kuasa diberikan kepada kementerian untuk ambil alih, bertindak dengan cepat supaya tidak ada lagi kes tertunggak. "Menteri kata kerja berhenti sejak bulan Ogos tapi saya pergi ke tapak pembinaan, kerja sudah berhenti bulan Jun. Menteri kata 30 bulan kena tunggu untuk diselesaikan,"katanya lagi. Tambahnya, kerajaan mengadakan perjanjian dengan syarikat kontraktor yang didakwa diberikan kepada kroni mereka, yang akhirnya menyusahkan mereka sendiri, sedangkan masalah tidak dapat diselesaikan. "Mengapa kerajaan membuat peraturan dan perjanjian yang mengikat diri sendiri sehingga akhirnya mereka tidak boleh bertindak ke atas kontraktor kroni mereka yang tidak dapat menyiapkan kerja," katanya. Ujarnya juga, rakyat Shah Alam terpaksa menunggu 30 puluh bulan lagi untuk mendapat hospital yang dinantikan, sedangkan pembinaan itu sepatutnya siap paling lewat Jun tahun hadapan. Sebelum itu, beliau dalam soalan asal meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status pelaksanaan projek pembinaan Hospital Shah Alam dan adakah benar bahawa kontraktor baru telah dilantik melalui proses rundingan terus untuk menggantikan syarikat Sunshine Fleet Sdn. Bhd. Sumber: Harakah Daily |
PAS: Hab hiburan akibatkan 'ekonomi pumping' Posted: 27 Oct 2010 11:37 PM PDT Pelaksanaan rancangan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan dijangka akan mewujudkan fenomena ekonomi pumping di mana perolehan negara akan menjunam teruk selepas lonjakan seketika. Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, akibat kesan negatif daripada pertambahan pusat hiburan, kerajaan akhirnya terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat, menangani penyakit AIDS dan kos merawat pesakit. "Inilah yang Pemuda PAS sifatkan sebagai ekonomi pumping. "Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek hab hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak langsung dari industri nafsu itu, sedang ia boleh di elak sejak awal lagi," katanya. Menurut perancangan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan Isnin lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam bagi memacu industri pelancongan. Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan "mempakejkan" semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP. Dalam satu kenyataan hari ini, Nasrudin menyifatkan rancangan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) itu hanyalah sia-sia kerana ia didakwa meruntuhkan modal insan. "Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula. Akhirnya kerajaan hanya buat kerja-kerja bodoh dan sia-sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali," kata Nasrudin. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) pula mendakwa rancangan itu diperkenalkan untuk melalaikan rakyat dengan hidangan "candu hiburan" bagi melupakan malapetaka rasuah yang terus mencengkam negara di tangga ke-56. Katanya, ini dibuktikan dengan Indeks Persepsi Rasuah yang dijalankan oleh Transparency International (TI) yang mendapati kutipan mata terus merosot daripada 4.5 kepada 4.4. "Markah itu membuktikan bahawa negara telah gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran mereka daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum (sebanyak) 10 mata," katanya dalam satu kenyataan. Sumber: Malaysiakini |
Lambat siap: Penjelasan Zambry dituntut Posted: 27 Oct 2010 11:25 PM PDT IPOH, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Perak, mahu kerajaan negeri itu memberi penjelasan kepada rakyat berhubung beberapa projek yang gagal siap mengikut jadual seperti didedahkan dalam Laporan Ketua Jabatan Audit Negara 2009 awal minggu ini. Naib Ketuanya, Salman Saleh berkata penjelasan itu sangat penting kerana projek yang dilaporkan tersebut adalah berkaitan dengan keperluan yang selama ini ditunggu rakyat. Sumber: Harakah Daily |
Pemimpin Umno-BN Sibuk Kumpul Timbunan Harta, Rakyat Miskin Terus Merana Posted: 27 Oct 2010 11:24 PM PDT SANDAKAN 28 Okt - Pemimpin Barisan Nasional Sabah hidup bermewah-mewahan dan sibuk mengumpul harta benda hinggakan kebajikan dan hak rakyat di abaikan lalu menyebabkan warga negeri yang kaya dengan sumber alam ini hidup miskin dan melarat. Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah berkata dalam kesibukan pemimpin BN mengejar kekayaan mereka telah melupakan tanggungjawab asas membela nasib rakyat miskin dan golongan yang memerlukan bantuan. Bercakap kepada penduduk Kampung Cenderamata, sebuah penempatan setinggan di pinggir Sandakan semalam, Ansari menambah kegagalan pemimpin yang kononnya berpegang kepada prinsip 'rakyat didahulukan' menyebabkan antara lain masalah perumahan rakyat tidak diatasi, bekalan air dan elektrik tidak dibekalkan, jalan raya berlubang dan tidak berturap serta tidak ada khidmat pengangkutan sampah. "Ini adalah faktor utama mengapa pengundi Cina di Batu Sapi menolak BN menyebabkan mendiang Edmund Chong kalah di semua kawasan majoriti Cina. Mereka pindah ke Batu 4 dan Batu 7 kerana keselamatan mereka tidak terjamin disebabkan masalah pendatang asing yang sudah tidak terbendung lagi. Akhirnya ekonomi kawasan Tanah Merah dan Bandar Leila di mana dahulunya ramai penduduk Cina semakin kosong dan sudah menjadi 'slum'. "Malangnya yang memenangkan Edmund Chong ketika itu adalah pengundi Melayu di kawasan Melayu yang hidup melarat dengan pendapatan rata-rata RM200 hingga RM300 sebulan yang hidup di kawasan setinggan yang kotor dan tidak terurus. "Kalau pengundi Cina yang menguasai perniagaan di Batu Sapi sudah tolak BN mengapa pengundi Melayu yang miskin masih mahu terus menyokong BN yang telah mengkhianati mereka," tanya Ansari. Suara Keadilan yang mengikuti rombongan Ansari ke ceramah kelompok di kawasan tersebut mendapati kampung setinggan itu amat kotor sekali dengan sampah sarap di merata tempat serta mengeluarkan bau yang meloyakan. Malah jambatan katu (catwalk) yang digunakan oleh penduduk kampung untuk berjala di celah ratusan rumah kayu yang usang dan bertampal dengan zink buruk sudah berlubang-lubang dan membahayakan pejalan kaki. "Pakatan Rakyat berharap pengundi Batu Sapi mengambil sikap rakyat di Sibu yang mengambil keputusan menolak BN sekali gus menamatkan riwayat parti itu. "Tuhan telah memberi peluang kepada rakyat Batu Sapi untuk melihat samada mereka mahu membuat perubahan atau tidak , kerana Tuhan tidak mengubah sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri mengubah nasib mereka. "Kemenangan kerusi Parlimen yang pertama bagi Parti Keadilan Rakyat di seluruh Borneo akan menandakan runtuhnya Putrajaya pada pilihan raya umum nanti. Ayuh mari kita sama-sama buat perubahan di batu Sapi dan insyaAllah kemenangan di tangan kita," kata Ansari menyuntik semangat kepada penyokong. Sebelum itu ketika sampai di Kampung Gas baru, sebuah lagi penempatan setinggan, secara tiba-tiba bekalan elektrik terputus menyebabkan Ansari terpaksa memberi penerangan berlampukan lilin. "Inilah akibatnya mengundi BN. Di Semenanjung kalau terputus bekalan elektrik dua minit sahaja riuh satu Semenanjung tetapi di Sabah terutamanya di Batu Sapi rakyat hanya menyerah kepada takdir apabila hari ini ada eletrik, luas tiada, lepas itu ada, dua hari tiada dan begitulah seterusnya yang berlaku selama berpuluh-puluh tahun. Negeri kaya, pemimpin BN yang kenyang dan rakyat terus dihimpit kemiskinan," tegas beliau lagi. Sumber: Suara Keadilan |
KEADILAN Anjur Debat Perdana Jemput Calon BN, Sapp Posted: 27 Oct 2010 11:22 PM PDT SANDAKAN 28 Okt - Parti Keadilan Rakyat akan menganjurkan Debat Perdana yang akan memberi peluang kepada ketiga-tiga calon daripada Pakatan Rakyat, Barisan Nasional dan Paeti Maju Sabah (Sapp) membentangkan kepada pengundi Batu Sapi agenda dan program masing-masing sekiranya di pilih sebagai Ahli Parlimen P185. Sumber: Suara Keadilan |
KEADILAN Bidas BN Tidak Sensitif Pilih Balu Sedang Berkabung Sebagai Calon Posted: 27 Oct 2010 11:21 PM PDT SANDAKAN 28 Okt - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Pusat, Fuziah Salleh menggesa pengundi Batu Sapi supaya tidak memilih calon Barisan Nasional, Datin Tsen Thau Lin atas dasar keprihatinan mereka terhadap beliau yang baru sahaja kehilangan suami dan kini dibebani oleh tanggunjawab besar dan berat yang tidak mungkin dipikul sebagai ibu tunggal. Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Tubuh Majlis Ekonomi Elit Tanpa Pembabitan Rakyat Posted: 27 Oct 2010 11:18 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Okt - Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mempersoalkan penubuhan Majlis Ekonomi yang ditubuhkan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional yang dianggap seperti 'kabinet rahsia Rusia'. Sumber: Suara Keadilan |
Adik Ketua Menteri Sarawak Didakwa Ceroboh Tanah NCR Posted: 27 Oct 2010 11:17 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Okt - Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen mengemukakan Peraturan Mesyuarat 18(1) berhubung isu hak asasi orang Iban ke atas tanah Native Customary Right (NCR ) yang telah diceroboh oleh sebuah syarikat pembalakan yang mempunyai kaitan rapat dengan adik Ketua Menteri Sarawak, Raziah Mahmud. Notis itu katanya telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam. Beliau berkata pada 16 Oktober lepas, satu kebakaran berlaku di kem pembalak terletak di kawasan Sebangan, Kuching yang dimiliki oleh Quality Concrete Holding Berhad. "Pada 20 Oktober, seorang aktivis, Nicholas Mujah dan beberapa orang tua di rumah Iban telah ditangkap oleh pihak polis walaupun langsung tidak ada bukti yang menunjukkan pembabitan mereka dengan kebakaran kem tersebut. "Beberapa hari sebelum itu, Nicholas dan beberapa orang yang lain telah mendirikan 'blockade' bagi menghalang syarikat tersebut menjalankan pembalakan di tanah NCR, lebih kurang seluas 3,000 hektar di kawasan tersebut," ujar beliau. Menurut beliau, tujuan mereka mendirikan 'blockade' adalah untuk memepertahankan tanah NCR di mana, Jabatan Hutan Sarawak telah memberikan lesen pembalakan kepada syarikat itu tanpa menghiraukan tuntutan orang Ibang yang menduduki kawasan berkenaan. "Sedang syarikat tersebut mengaut berpuluh juta ringgit, penduduk yang mendiami kawasan itu dipaksa menerima pampasan sebanyak RM250 untuk satu keluarga bagi menyerahkan hak mereka di mana kebanyakkan mereka tidak rela menerima pampasan tersebut," tambah Chong dalam notis tersebut. Justeru, peristiwa tangkapan beberapa orang Iban itu telah menarik perhatian media luar negeri kerana ia bukan sahaja melibatkan perampasan tanah NCR orang Iban dan pengambilan sumber negeri Sarawak oleh syarikat yang berkaitan dengan ahli keluarga Ketua Menteri bahkan salah guna kuasa pihak polis untuk menakut-nakutkan mereka yang tidak bersalah. Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Tipu Masyarakat Cina Bina Sekolah Posted: 27 Oct 2010 11:16 PM PDT KUALA LUMPUR 28 Okt - Kerajaan Umno-Barisan Nasional didakwa mengamalkan sikap 'double standard' berhubung pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina apabila hanya menyiapkan dua daripada 19 buah yang dijanjikan. Sumber: Suara Keadilan |
Pemilihan MPP Bermula 29 Okt Hingga 21 Nov Posted: 27 Oct 2010 11:14 PM PDT PETALING JAYA 28 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti PETALING JAYA 28 Okt - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution Ismail berkata pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat akan bermula pada 29 Oktober hingga 21 November, selama sepuluh hari bagi semua cabang-cabang KEADILAN di seluruh Malaysia dari Perlis hinggalah ke Sabah. "Saya ingin menyeru semua 400,000 anggota KEADILAN yang layak mengundi dalam Pemilihan 2010 untuk turun beramai-ramai memenuhi hak mereka memilih pemimpin parti. "Semangat meraikan demokrasi menerusi pengenalan dasar satu anggota satu undi yang pertama di Malaysia yang dilihat sewaktu Pemilihan peringkat Cabang kini diteruskan di peringkat nasional," kata beliau dalam satu kenyataan media semalam. Saifuddin berkata pada masa parti-parti Barisan Nasional masih lagi terbelenggu dengan budaya politik kolot dan ketinggalan zaman, KEADILAN sekali lagi mencipta pembaharuan dengan membudayakan semangat politik baru. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan