Khamis, 28 Oktober 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


HUB HIBURAN!

Posted: 27 Oct 2010 08:36 PM PDT



(Remaja Malaysia dari semua bangsa menghadiri Konsert penyanyi homoseks Adam Lambert (gambar kecil) di Kuala Lumpur baru-baru ini)

Salam 2 all.

Saya membantah keras tindakan Kerajaan untuk membangunkan hub hiburan semasa membenatangkan ETP - Program Tranformasi Ekonomi (Economic Transformation Program). Pembangunan ini disarankan hanya atas alasan untuk pembangunan ekonomi.

Saya ingin menegur keras kerana Kerajaan perlu ambil perhatian bahawa wang bukanlah segala-galanya, elemen keberkatan adalah sangat penting. Kalau tiada keberkatan, kekayaan tiadalah gunanya. Kita sepatutnya mengambil iktibar kehancuran ekonomi dan kewangan negara pada tahun 1998, setelah bertahun mengumpul kekayaan sehingga pernah digelar "Asian Tiger".

Selanjutnya terlalu banyak hiburan akan menggalakkan gejala maksiat dan mungkar. Makin banyaklah kegiatan samseng, bouncer, peminuman arak, perzinahan dan lain-lain. Bertambah banyaklah anak luar nikah. Saya pernah menulis didalam blog ini bagaiaman statistik yang dikeluarkan menunjukkan bagi tempoh 5 tahun lepas, pada setiap jam gadis Melayu melahirkan 2 orang anak luar nikah! Bermakna sebelum daripada itu sudah pasti ada dua pasang (4 orang maknanya) yang telah mekukan zina. Bayangkan tiap jam empat orang berzina melahirkan 2 anak luar nikah setiap jam!! Na'uzubillah min zalik.

Kita sudah dapat melihat bala yang sedang turun dinegara kita. Umat Islam berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Agama Islam dipermainkan sehingga nama ALLAH pun dijual beli. Pembunuhan semakin kejam. Anak bunuh ibubapa sendiri. Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang anak menumbuk ibu kandungnya sehingga koma, hanya kerana gagal mengatur majlis perkahwinannya mengikut kehendaknya.

Saya mendesak Kerajaan supaya mengkaji semula rancangan membina hub hiburan ini dan membatalkannya daripada Program Tranformasi Ekonomi yang dibentangkan. Kegagalan nanti akan hanya mentransformasikan negara ini nkepada negara maksiat dan mungkar, dan yang bpaling kita khuatirkan akan mengundang bala ALLAH. Bala berkembar, tsunami dan letupan gunung berapi dinegara jiran sepatutnya menyedarkan kita bahawa bila ALLAH mahu mengahancurkan, dengan hanya satu "kun fayakun", maka hancurlah kita!

Moga ALLAH mengampuni kita semua.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

19 Zul Qaedah 1431

28 Okt 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

KENYATAAN AKHBAR: PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)

Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu menjadikan Malaysia
sebagai hub hiburan malam amat mengecewakan umat Islam arusperdana.
Setelah Festival Fesyen Islam yang mencetus polemik penghinaan kepada
agama Islam dan umat Islam di Malaysia, kedudukan Islam dan umat Islam
dilihat seolah-olah terus diganyang oleh pihak Kerajaan. Program ini
amat bertentangan dengan ikrar Perdana Menteri baru baru ini yang
mengatakan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam di Malaysia
tidak perlu dipersoalkan lagi kerana ia terkunci kemas dan terpateri
di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah menurut Perdana Menteri kunci tersebut disimpan selamat oleh
Raja Raja Melayu yang telah berikrar memelihara Islam pada setiap masa
seperti yang terdapat di dalam Jadual Keempat Perlembagaan
Persekutuan.

Menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam ada suatu cubaan untuk
menanam budaya asing di bumi Malaysia. Malah ianya tidak selari dengan
semangat Perlembagaan Persekutuan yang berteraskan Islam serta prinsip
Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Rakyat Malaysia khususnya orang Islam telah disogok dengan pelbagai
rancangan hiburan di dalam media elektronik dan bukan elektronik.
Sekarang budaya berhibur inimahu ditambahkan lagi dengan konsert-
konsert dan pertunjukan yang langsung tidak mencerminkan budaya
masyarakat timur. Berpeleseran di waktu malam hanya akan mengundang
lebih banyak keburukan dari kebaikan. Dengan kadar jenayah seperti
pembunuhan, rogol dan pembuangan bayi yang semakin meningkat,
kehadiran hub hiburan malam hanya akan menambahkan lagi statistik
jenayah ini sahaja.

Pelaksanaan undang-undang jenayah juga telah gagal menjadi factor
mengurangkan kadar jenayah di dalam negara kerana undang-undang
tersebut tidak menekankan aspek pencegahan dan naluri kerohanian
masyarakat negara.

Dengan membudayakan hub hiburan ini sudah pasti masyarakat Malaysia
akan terus pincang dengan kebejatan akhlak dan moral khususnya di
kalangan muda-mudi.

Kekayaan ekonomi negara sendiri akan punah sekiranya rakyat hanya mahu
berhibur dan tidak berusaha sepenuhnya mencapai kejayaan.

Tindakan kerajaan ini dilihat sebagai cuba mendekati masyarakat bukan
Islam dan masyarakat liberal tetapi mengenepikan kehendak masyarakat
Islam arusperdana yang merupakan majoriti rakyat Malaysia.

PPMM dengan tegas mendesak Perdana Menteri menarik balik Program ETP
tersebut dan menghormati kedudukan agama Islam di sisi Perlembagaan
Persekutuan. DYMM Yang Di Pertuan Agong juga mempunyai obligasi
beperlembagaan (constitutional obligation) pada setiap masa bagi
memelihara Islam dan tatabudaya orang Melayu. PPMM juga merafak
sembah kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong agar mempertahankan jatidiri
kebangsaan yang berteraskan kepada Islam di dalam setiap tindakan
kerajaan.

Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)
Bertarikh pada 27hb Oktober 2010

Tiada ulasan: