Jumaat, 16 Julai 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


PENGUATKUASAAN SELEKTIF

Posted: 15 Jul 2010 06:34 AM PDT

Salam 2 all.

Alhamdulillah tengahari tadi wakil Konsensus Bebas YB Wee Choo Keong (Wangsa Maju) telah mengambil bahagian dalam perbahasan berkaitan Akta Pemerdagangan Manusia (Human Trafficking Act). Dalam membahaskan isu tersebut, kami telah menyentuh tentang kewibawaan penguatkuasaan apa-apa perundangan oleh badan yang diberikan kuasa tersebut. Peroalan pokonya ialah apa guna kuasa penguatkuasaan sekiranya badan yang diberi tnaggungjawab tidak melaksanakannya, apatah lagi jika melaksanakannya secara selektif.

Berikut adalah sedutan daripada ucapan tersebut untuk renungan bersama.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
02 Sya'ban 1431
15 Julai 2010

Tan Sri Yang Dipertua, saya menyatakan dengan terus terang bahawa Akta Ibu dan Pindaan ini jika 2 isu utama tidak ditangani akan menyebabkan pindaan ini tidak bermakna. Iaitu

1. Ketiadaan penguatkuasaan; dan

2. Peningkatan gejala rasuah.

Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia dimaklum bahawa kita tidak boleh mengatasi masalah-masalah tertentu bukan Negara kita tiada undang-undang untuk mengawalselia keadaan tertentu.  Kuasa-kuasa yang diberikan dibawah pindaan-pindaan ini atau undang-undang lain tidak akan berkesan apabila pihak berkuasa berkenaan sendiri tidak mempunyai hasrat untuk bertindak dan menguatkuasakan kuasa-kuasa yang diberikan.

Samalah perumpaannya saperti seorang penyangak korporat tidak disumbat kedalam penjara kerana kesalahan rasuah, maka jeriji besi penjara adalah sekadar perhiasan sahaja. Kerana penyangak masih diluar penjara dan bebas merampok kesana-kemari, bagaikan jerung mengganas dilautan.

Kita mempunyai perundangan yang sama saperti di Singapura. Di Singapura, ketegasan pihak berkuasanya menimbulkan ketakutan kepada rakyat terutama para penyangaknya. Sebaliknya di Malaysia, penyangak yang menimbulkan ketakutan kepada pihak berkuasa dengan kuasa wang dan kabel politik!

Oleh itu, apa juga pindaan untuk mempertingkatkan penalti atau memperluaskan jaringan atau memberikan lebih kuasa akan menjadi sia-sia sahaja. Kuasa berlebihan kepada penguatkuasa dan penalti yang tinggi hanya melahirkan lebih banyak amalan rasuah dan salahguna kuasa.

Tuan Yang Di-Pertua,

Izinkan saya memberikan beberapa contoh ketiadaan atau kelemahan penguatkuasaan dan/atau penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak berkuasa.

Saya telah 4 kali mendedahkan di Dewan Yang Mulia ini mengenai kes rasuah terhadap Encik Hasbie Satar, setiausaha Politik yang gah dan hebat kepada mantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugur, (kini YB Menteri EPU) yang telah disiasat oleh SPRM dan didapati mempunyai 48 buah peti besi didalam rumah kediamannya, jutaan ringgit tunai, ditambah dengan beberapa buah kondo mewah dan beliau masih lagi bebas. Kalau seorang setiausaha boleh memiliki 48 buah peti besi, bossnya mesti memiliki sekurang-kurangnya 100 buah peti besi. Sudah 8 bulan dan langsung tidak ada tindakan untuk mendakwa beliau di Mahkamah dan menjalankan sesiatan terhadap mantan Menteri Kewangan II, YB Tasek Gelugor. Tidak ada pihak berkuasa termasuk SPRM yang berani menyentuh mereka. Mereka menjadi orang yang begitu kebal! Apa guna pindaan dan penambahan penalty ini jika sikap pihak berkuasa tiada berubah? Apa gunanya jika pihak saperti SPRM dan Suruhanjaya Sekuriti contohnya tidak menjalankan tanggungjawab dan kuasa yang diberikan kepada mereka?

Tuan Yang Di-Pertua,

Terdapat banyak kes yang diketahui umum dimana tiada sebarang penguatkuasaan atau pendakwaan tidak dibawa terhadap kes-kes amalan rasuah dan salahguna kuasa contohnya:

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Yg Bhg Tan Sri Zarinah Anwar, dan siasatan ala-samseng keatas 4 orang wartawan perniagaan berkaitan penjualan saham Kenmark Industrial Co (M) Bhd melibatkan Datuk Ishak Ismail. Kita tahu bahawa gangguan terhadap 4 orang wartawan ini adalah bertujuan untuk menutup skandal-skandal Tan Sri Zarinah dan suaminya, Dato Azizan Abdul Rhaman.

Satu lagi salahguna kuasa dan undang-undang Suruhanjaya Sekuriti jelas berlaku didalam kes pengambilan alih Pantai Hospital oleh Parkway Holdings Ltd, syarikat Singapura.

Sebelum saya melanjutkan bahas, kita semua sedia maklum akan peraturan bahawa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC adalah mandatori sebelum sesuatu syarikat asing boleh mengambil alih sesebuah syarikat tempatan.

Kita perlu ambil perhatian bahawa Hospital Pantai telah diberikan konsesi mengendalikan Fomema dan Medivest oleh Kerajaan. Kedua-dua konsesi ini melibatkan perkhidmatan utama (essential services) dengan izin, kepentingan negara. Kalau adapun permohonan sedemikian, Suruhanjaya Sekuriti tidak sepatutnya meluluskannya atas kepentingan negara.  Tetapi didalam kes ini, langsung tidak ada permohonan oleh Parkway tetapi Suruhanjaya Sekuriti membenarkan Parkway mengambil alih Hospital Pantai! MENGAPA?!

Parkway membayar RM312 juta pada tahun 2005 untuk mengambil alih Hospital Pantai. Pada 13 Ogos 2006 mantan PM Tun Abdullah Badawi mengakui didalam akhbar The Star saperti berikut:-

"He said the matter was being looked at by the Treasury after realising that it had become a problem as it was related to the concessions for the supply of hospital requirements. The share sale has become a problem, as it involves several matters related to the concessions given to Pantai Holdings that has a contract to supply hospital requirements."

He said the government had always hoped that the equity would remain with Malaysians but unfortunately it had gone into the hands of foreigners. The concessions have changed hands, and it has gone to other people and (we) hope it will remain with the Malaysian side, and held by Malaysian citizens, he said."

Kita tidak boleh menyalahkan matan PM memang beliau tidak tahu mengenai perkara ini. Akan tetapi Tan Sri Zarinah Anwar, sebagai pengurusi Suruhanjaya Sekuriti, harus mengambil tindakan untuk berhentikan transaksi ini yang terlibat essential services, dengan izin, dan kepentigan negara  telah dilapurkan dalam surat khabar dan internet.

Selepas kenyataan mantan PM tersebut, Khazanah Holdings Bhd diarah untuk bailout Hospital Pantai. Ini adalah satu cover-up skandal kumpulan tertentu.  

Inilah lawak terbesar abad ini. Pada 30 Ogos 2006, The Edge melapurkan bahawa mantan Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, menyatakan bahawa tindakan Khazanah Nasional Bhd mengambil alih penguasaan keatas Pantai Holdings Berhad adalah untuk membantu. (Membantu siapa? Kumpulan beliau kah?). Saya memetik:

"This is not a bailout. This is a market-driven problem where there is a willing-buyer, willing-seller. Pantai is seen to be in an industry which is viewed as sensitive as it holds 2 concessions. It (Khazanah's taking control) has resolved the issue of this sensitive sector."

Ini adalah satu kenyataan mantan Mentri Kewangan II yang meperbodohkan atau meperbudakan rakyat Malaysia!  Khazanah terpaksa membayar RM800 juta untuk mengambil alih Pantai daripada Parkway. Tidak semena-mena sebuah syarikat asing membuat keuntungan sebanyak RM500 juta daripada wang rakyat. Dan yang lebih teruk, Khazanah tidak mengurus Hospital Pantai, sebaliknya melantik Parkway Holdings untuk menguruskannya! Parkway dibayar fee pengurusan yang amat tinggi sekali. MENGAPA?! Untuk agenda kumpulan Tingakt 4 dan/atau Singapore operatives atau barua-barua Singapura.

Sebabnya mudah. Ini kerana "barua-barua" Singapura yang terlibat. Saya percaya ini berlaku dengan pengetahuan mantan Menteri Kewangan II (atau "he will be deemed to have known the actual facts, dengan izin), dan sudah tentu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Tan Sri Zarinah Anwar, seorang lantikan atau appointee "kumpulan Tingkat 4."

Jika mereka berdua tidak tahu pada semua masa yang material bahawa Hospital Pantai memegang dua konsessi essential, mereka tidak layak memegang jawatan Menteri dan Pengurusi Suruhanjay Sekuriti pada masa sekarang. Perdana Menteri bertangung jawab untuk menjaga kepentigan negara dan beliau tiada ada pilahan lain kecuali memecat mereka daripada jawatan masing-masing dengan segara demi kepentingan negara. Jika tidak berbuat demikian, maka PM "will be seen as to condone such acts of anti-national", dengan izin.

Adalah jelas seluruh pentadbiran Barisan Nasional masa itu mengambil sikap menutup mata terhadap pengambilan alih jahat Pantai Holdings oleh syarikat Singapura Parkway dan pembelian semula oleh Khazanah kemungkinan besar sekumpulan mereka ada kepentingan.

Terlalu banyak contoh melibatkan barua dan balaci Singapura menjual kepentingan negara kepada Singapura. Pelupusan 10% saham Telekom kepada Temasek Holdings. Pembelian saham Temasek di dalam Bank International Indonesia oleh Maybank pada nilai 4.6 kali ganda daripada nilai buku, dan banyak lagi.

Tuan Yang Di-Pertua,

Telekom Bhd adalah syarikat monopoli dan "a profit making company", dengan izin, maka ia tidak perlu menjual 10% sahamnya kepada Temasek Holdings, satu syarikat dimiliki oleh Kerajaan Singapura, atau sesiapapun apatahlagi Temasek Holdings. Maybank tidak semestinya membeli saham Bank International Indonesia dari Temasek Holdings dengan harga yang amat tinggi (4.6 time the book value) kerana dengan harga tersebut Maybank ada perluang membeli saham bank yang lain di Indonesia atau negara lain.

Yang amat aneh adalah kenapa kedua-dua transaksi ini terlibat Temasek Holdings dan tiada ada apa-apa tidakan dari Suruhanjaya Sekuriti dan mantan Menteri Kewangan II. Jika ini bukan satu konspirasi yang terlibat kedua-dua pihak tersebut dan Singapore Operatives tertentu, apa lagi?

Layanan istimewa kepada AirAsia iaitu membenarkan mereka berhutang daripada membayar cukai lapangan terbang kepada MAHB yang bernilai beratus juta ringgit dari hari AirAsia memulakan operasinya. MAHB tidak berani mengambil tindakan walaupun airport tax tidak bayar selama 8 tahun. Ada semua masa yang material, matan Menteri Kewangan II yang sama yang bertangung jawab.

Tuan Yang Di-Pertua,

Ada lagi banyak contoh penglibatan mantan Menteri Kewangan II (sekaragn Menteri EPU) dengan syarikat bernama Mun Loong, yang kemudian menjadi Abrar Corporation. Fakta-fakta contoh ini menuju kita kepada satu arah sahaja. Kemana Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dato Hamzah Kassim, pengarah syarikat Innovation Associate, seorang ahli jawatankuasa NEAC, dan seorang pakar sumber manusia yang menasihat kepada kerajaan mengenai modal insan. Beliau juga adalah penasihat kepada kerajaan berkenaan Talent Corporation dalam RMK10. Beliau seorang ahli penasihat MACC/SPRM. Dato Hamzah Kassim juga mendapat banyak projek-projek Kementerian Pendidekan, Kementerian Sumber Malaysia, NCIA, IRDA dan Khazanah Holdings Bhd dan juga memburu projek baru. Apa yang telah terjadi kepada kerajaan 1Malaysia dengan peminpin-peminpin yang begini tamak dan rakus. Ahli-Ahli yang Berhormat tahu sama tahu dalam contoh-contoh, tak payah saya sebutkan nama orang tertentu di Dewan Yang Mulia ini.

Dengan semua fakta konflik kepentingan ini, Dato Hamzah Kassim tidak layak menjadi penasihat kepada kerajaan dan ahli jawatankuasa MACC. MACC harus menjalankan siasatan terhadap beliau dalam projek-projek yang dianugerahkan kepada syarikat beliau iaitu Innovation Associate.

Dato' Mohd. Bakke Salleh, pengarah eksekutif baru Sime Darby, yang telah menyebabkan Felda kerugian pelaburan antarabangsa yang berjumlah lebih kurang RM300 juta, adalah sahabat karib Dato Hamzah Kassim. Apa sudah jadi kepada kerajaan 1Malaysia semua pegawai atasan yang lantik terlipat dalam skandal kewangan dan bersangkut-pauh antara satu sama lain — semua suku sakat skandal kewangan yang di kepalahi oleh peminpin tertentu.

Tuan Yang Di-Pertua,

Kesemua kes-kes tersebut adalah jelas membuktikan kegiatan "cover-ups" (dengan izin) dan sikap membutakan mata secara sengaja oleh Suruhanjaya Sekuriti, dan Kerajaan Barisan Nasional untuk semata-mata melindungungi pengkianat dan pengrompakan Negara. Ini adalah contoh klasik kepada peribahasa Melayu harapkan pagar, pagar makan padi. Inikah ciri pentadbiran kerajaan dengan slogan "Rakyat Didahulukan" lebih tepat projek-projek didahulukan kepada Umnoputra yang bersangkut-paut dengan Tingkat 4.

Jika pihak-pihak berkuasa termasuk, SPRM, Suruhanjaya Sekuriti, Menteri-Menteri masih seperti diatas, apa-apa Rang Udang-Undang diluluskan oleh Dewan Yang Mulia ini adalah tidak bermakna dan mesyurat Dewan Yang Mulia adalah membazirkan wang rakyat.

Akhirnya, saya menyeru kepada Menteri berkenaan dan Perdana Menteri, supaya meneliti kes-kes yang saya bangkitkan dan mengambil tindakan dengan segara demi kepentigan negara supaya mesyurat Dewan Yang Mulia mempunyai makna dan nilai.

Tiada ulasan: