Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim |
BERSEDIA WAHAI ANAK MUDA UNTUK CABARAN LAGI HEBAT Posted: 16 Jul 2010 03:48 PM PDT Kembalinya DS Anwar Ibrahim ke arena politik selepas beliau keluar dari penjara telah memberikan satu dimensi baru dalam arah tuju politik pembangkang. Beliau berani dan optimis. Atas keberanian beliau yang tidak mengira apa juga rintangan, maka kita telah lihat bagaimana DS Anwar Ibrahim menjadi sasaran utama pemimpin2 bacul Umno yang khuatir dan takut rahsia besar mereka terbongkar sebelum sempat mereka memunggah harta rakyat. Jika DS Anwar ingin bersara dari politik selepas beliau keluar dari penjara beberapa tahun yang lalu, beliau boleh memilih jalan tersebut namun sifat dan semangat juangnya ingin memperbetulkan dan menyelamatkan Malaysia dari terus ditadbir oleh penyamun2 yang bertopengkan politik maka hari ini kita melihat pelbagai tuduhan dan serangan ke atas peribadi beliau termasuk dari rakan2 yang dulu beliau percayai. Beliau bukan ma'sum. Beliau hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Pilihan beliau untuk bersama Umno selepas keluar dari ABIM walaupun mendapat tentangan dari rakan2 beliau termasuk Allahyarham Utz. Fadzil Noor, merupakan langkah yang kurang tepat dan akhirnya beliau disingkirkan dek kerana perselisihan dengan Mahathir Mohammad yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kini beliau berdepan kemungkinan dipenjarakan bagi menamatkan kerier politik beliau. Angin2 sepoi bahasa sudah mula bertiup mengatakan bahawa DS Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sebelum PRU-13. Apakah perkhabaran ini benar??? Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa DS Anwar mungkin akan dibunuh setelah semua perancangan untuk memusnahkan DS Anwar dengan pelbagai tindakan sejak dari dulu hingga kini menemui kegagalan. Imejnya yang cuba dirosakkan tidak menjadi sebaliknya beliau mendapat sokongan dari rakyat bawahan. Berikut adalah rentetan peristiwa/kemalangan yang hampir2 menamatkan riwayat DS Anwar Ibrahim :-
KUALA LUMPUR, 15 Julai: Populariti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin bakal memaksa beliau menghadapi pelbagai cabaran yang lebih dahsyat, termasuk ancaman bunuh.Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pemimpin tertentu Umno sanggup berbuat demikian memandangkan mereka sejak 12 tahun yang lalu beberapa kali sanggup memfitnah Anwar sebagai agen asing. "Saya tidak fikir Umno akan berhenti selepas 12 tahun menyerang Anwar, saya yakin pelbagai serangan yang lebih dasyat lagi mungkin akan menjerut leher Anwar."Ada satu perkara hujung pada itu yang Umno masih tidak buat, dia belum tamatkan riwayat Anwar saja," ujar beliau petang tadi pada satu wawancara di lobi Parlimen. Sebelum pada itu, beliau berkata, Anwar pernah difitnah sebagai agen Libya sewaktu menjadi pemimpin mahasiswa kerana usahanya meniupkan ledakan kesedaran Islam mendapat perhatian dunia, termasuk Libya.Katanya lagi, Anwar sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah difitnah sebagai pengkhianat serta mengamalkan homoseksual dengan beberapa individu. Bertitik tolak pada sangkaan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Anwar akhirnya terpenjara enam tahun.Selepas dibebaskan, beliau berkata, Anwar difitnah lagi sebagai ejen Yahudi pula kerana beberapa peribadi tertentu yang berbangsa Yahudi berminat dengan usaha Anwar menentang rasuah dan meniupkan reformasi dalam negara. Menuduh Anwar sebagai 'ejen Israel' baru-baru ini, tambahnya lagi sudah cukup lengkap untuk pihak tertentu membunuh Anwar sebagaimana yang pernah terjadi di beberapa negara umat Islam sedunia.Dalam pada itu, beliau mempersoal keuntungan yang Umno nikmati dengan melakukan 'pembunuhan karektor' ke atas Anwar. "12 tahun dia dan PKR menjadi beg tinju Anwar, apakah Umno tidak belajar itu semua," soal beliau dalam nada yang kesal.Menurut beliau, 'pembunuhan karektor' yang menimpa Anwar itu kadang-kadang menguntungkan Ketua Umum PKR itu serta Pakatan Rakyat sendiri. "Serangan yang bertali arus ini adakah memberi kesan pada Anwar, saya fikir tidak," tegas beliau sambil menyuarakan rasa yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dari segi lain, dakwanya lagi, Umno seakan masih menghantui pemimpin tertentu dalam kerajaan menjelang pilihan raya umum depan."Di sebalik mereka (kerajaan) telah fitnah dia, mereka telah penjara dia, tahan dia (di bawah ISA), dan sekarang ini dituduh pula agen CIA-Yahudi, nampaknya Anwar ini masih menakutkan beberapa pemimpin Umno. | |
KERAJAAN JOHOR DICABAR CONTOHI SELANGOR Posted: 16 Jul 2010 03:31 PM PDT Malaysiakini 16 Julai 2010 : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mengalu-alukan pelantikan ADUN BN Sungai Burong, Shamsuddin Lias sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Selangor (PAC) Selangor. "Malahan perkara ini belum berlaku di peringkat pusat dan langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik dari segi ketelusan perbelanjaan kewangannya," katanya dalam satu kenyataan. "Kita berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat," tambahnya. Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN itu sebagai pengerusi PAC. Sementara itu, AMK Selangor juga menghargai usaha kerajaan negeri itu membentangkan Akta Kebebasan maklumat yang pertama di negara ini. Khairul Anuar berkata, ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama itu masih belum dibentangkan di peringkat Parlimen. "Kesungguhan kerajaan Selangor ini wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka. "Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat," katanya. AMK Selangor, katanya, yakin usaha tersebut memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada 'semak dan imbang' daripada rakyat. "Justeru, Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya," tambahnya. Ulasan: Langkah berani Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuktikan bahawa ketelusan adalah matlamat kerajaan negeri. Kesediaan dan keberanian untuk melantik ADUN BN sebagai Pengerusi pasti membuatkan BN Selangor tercabar. Bukan mainan politik namun jika mahukan perubahan pentadbiran yang lebih baik, maka keberanian dan kebijaksanaan untuk merubah sesuatu pentadbiran ke arah yang lebih baik. Akta Kebebasan Maklumat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor juga membuktikan bahawa rakyat berhak mengetahui setiap sen perbelanjaan wang rakyat dibelanjakan. Apakah Kerajaan Johor berani bertindak sedemikian..???? Yang pasti Menteri Besar Johor hanya berani berkongsi kegembiraan bila berzapin.... |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan