Jumaat, 16 Julai 2010

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BARANG

Posted: 16 Jul 2010 03:37 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

16hb Julai 2010

BANTAH KENAIKAN HARGA MINYAK DAN BARANG

Angkatan Muda Keadilan Selangor 'mengalu-alukan' kenaikan harga petrol dan barang oleh kerajaan UMNO-Barisan Nasional yang 'amat prihatin' dengan kesengsaraan rakyat. Kenaikan atas nama pemotongan subsidi akan membuatkan rakyat lebih marah,benci dan meluat terhadap tindakan UMNO-Barisan Nasional yang membuktikan rakyat didahulukan dalam segala segi tatkala pemborosan perbelanjaan kerajaan masih berlaku.

AMK Selangor yakin kenaikan minyak dan barang ini hanya akan menambahkan kebencian dan meluat rakyat kepada pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang seringkali melaungkan slogan 'rakyat agar didahulukan' dan 'juara rakyat'. Tindakan kenaikan ini akan lebih memudahkan Pakatan Rakyat dalam usaha menawan Putrajaya semasa PRU-13 kerana rakyat semakin yakin BN adalah sinonim dengan 'Barang Naik'.

Dalam situasi kuasa beli rakyat semakin menurun dengan kenaikan harga barangan sebelum ini,kesengsaraan rakyat bagaikan dilupakan oleh kerajaan yang perlu bergelut saban hari dengan kenaikan mendadak kos sara hidup.Apakah ini hasil liberalisasi ekonomi dan program rakyat berpendapatan tinggi oleh Perdana Menteri ? ,tatkala pada realitinya rakyat terus berhadapan dengan alasan pemotongan subsidi untuk kononnya penjimatan wang negara tetapi kerajaan terus boros dalam menguruskan perbelanjaannya.

AMK Selangor mempersoalkan jika untuk mengurangkan subsidi yang kononnya membebankan negara,mengapa tidak membuat pemotongan subsidi kepada pihak Independent Power Producers –IPP yang jumlah angka kos amat besar dan tinggi ?. Apakah ini terjemahan rakyat didahulukan dengan menjadikan rakyat 'dikorbankan' dalam polisi baru kerajaan pusat ?. Bagaimanakah pula dengan jumlah kos mendapatkan khidmat perunding APCO yang wang ratusan juta tersebut boleh dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat ?.

Kita menggesa agar rakyat tidak terpengaruh dengan istilah pengurangan subsidi kerana realitinya adalah kenaikan kos yang perlu ditanggung rakyat. Suara rakyat perlu digemakan di seluruh negara tatkala UMNO-BN akan terus menaikkan harga barang dan petrol diambang pengenalan cukai GST.

Akhirnya,AMK Selangor yakin rakyat sudah membuka minda dan hati siapakah yang memperjuangkan nasib dan kesengsaraan rakyat serta memikirkan masa depan rakyat negara ini sebenarnya. Lakonan pimpinan UMNO-BN yang kononnya mendabik dada juara rakyat ini adalah hasilnya dengan akan berlaku berterusan kenaikan barang dan perkhidmatan.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan AMK Selangor

AMK Selangor Hargai Kerajaan Selangor Bentang Akta Kebebasan Maklumat

Posted: 16 Jul 2010 02:28 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

16hb Julai 2010

AMK Selangor Hargai Kerajaan Selangor Bentang Akta Kebebasan Maklumat

Angkatan Muda Keadilan Selangor menghargai usaha kerajaan Selangor membentangkan Akta Kebebasan Maklumat yang pertama di negara ini. Ianya satu sejarah negara kerana akta seumpama ini masih belum dibentangkan di peringkat Parlimen.

Kesungguhan kerajaan Selangor ini wajar diikuti negeri-negeri lain dalam usaha mewujudkan kerajaan telus dan terbuka. Langkah besar ini menunjukkan kesungguhan dan iltizam kerajaan Selangor menghargai kebebasan rakyat mendapatkan maklumat.

AMK Selangor yakin usaha ini memberikan peluang kepada rakyat membuat penilaian terhadap kerajaan negeri agar ada 'check and balance' daripada rakyat. Justeru,Akta Kebebasan Maklumat ini diharap memberikan manfaat kepada rakyat Selangor seterusnya menjadikan negeri ini lebih baik pentadbirannya.

Dalam pada itu juga,AMK Selangor mengalu-alukan pelantikan Adun Sungai Burong,Shamsuddin Lias sebagai Pengerusi PAC Selangor yang merupakan langkah berani kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha mewujudkan kerajaan yang sedia diperiksa perbelanjaannya daripada parti berbeza.

Malahan perkara ini di peringkat pusat belum berlaku dan usaha langkah ini diharap mampu menjadikan Selangor contoh terbaik daripada segi ketelusan perbelanjaan kewangannya.

Kita berkeyakinan usaha-usaha kerajaan Selangor mampu menjadikannya contoh negeri yang matang dan mampu mengangkat suara dan kehendak rakyat.

Khairul Anuar Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor

Tiada ulasan: