Jumaat, 16 Julai 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


PEMBOHOONGAN UMNO TERSERLAH - Anwar Ibrahim

Posted: 16 Jul 2010 04:56 AM PDT

Alhamdulillah, saya dan Azizah dapat menunaikan Umrah dengan tenang. Doa kami moga Umrah yang marbrur, sa'i mashkur dan amalan solehah.
Rupa-rupanya tatkala di Makkah al Mukarramah fitnah bertali arus ditujukan kepada peribadi saya. Namun apa yang baru? Pencak mereka hanyalah fitnah, jika tidak agen Cina, India, pastinya talibarut CIA. Khabar ini langsung tidak mengejutkan. Apatah lagi walau UMNO-BN punyai dana puluhan juta, kemiskinan idea begitu terserlah apabila mahu memintal fitnah.
Hanya dengan mengutip tulisan blog Elaine Supkis (kononnya blog terkenal) dan kenyataan seorang yang bernama Joshua Trevino, Utusan Malaysia milik UMNO, tanpa berpandukan etika kewartawanan mulai satu kempen dangkal dan berakarkan kebencian terpampang di muka hadapan fitnah Anwar Agen CIA. Pimpinan UMNO pula bersahut-sahutan menyokong. Tindakah mereka sedarrakyat Malaysia mual untuk disogok dengan berita sedemikian?
Hari ini terungkailah segala pembohongan yang dipintal serta dianyam pimpinan UMNO yang diketuai Dato Seri Najib Razak. CNN telah pun mengeluarkan satu kenyataan bahawa organisadi media tersebut tidak menerima sebarang bentuk bayaran dari saya. Kemunculan saya untuk ruang 'Connect the World' merupakan keputusan penerbit program tersebut.
Penafian CNN bukan sahaja meruntuhkan penipuan media berhaluan kanan ekstrem seperti New Ledger, namun mendedahkan makar Utusan sendiri selaku lidah rasmi UMNO yang berusaha memfitnah saya. Malahan organisasi CNN yang berpengkalan di Hong Kong berpandangan adalah janggal mengapa tiada usaha dari pihak Utusan untuk mendapatkan kepastian dari pihak mereka. Namun bagi kita tidaklah mengejutkan kerana mengetahui peranan Utusan yang selama ini sudahpun luluh integritinya sebagi sebuah organisasi yang bebas.
====================================================================
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah mengalu-alukan Himpunan Orang Asal Zon Tengah PKR Pahang yang akan berlangsung di Temerloh dan dirasmikan oleh Dato Seri Wan Azizah Ismail, Presiden Parti Keadilan Rakyat pada 7hb Ogos 2010
====================================================================
JEMPUTAN KE CERAMAH UMUM
Saudara/Saudari dengan segala hormatnya dijemput menghadiri ceramah anjuran Pakatan Rakyat pada 7hb Ogos 2010 (Sabtu) jam 9.00 malam bertempat di Rumah Haji Suhaimi Said, Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh, Pahang. Penceramah-Penceramah Undangan adalah YB Gpobalakrishnan, Dato Fauzi Abdul Rahman, CheguBard, YB Elizabeth Wong dan Tijah Yok Chopil. Datanglah beramai-ramai.
====================================================================
CERAMAH
Satu Ceramah bertajuk FELDA BANKRAP?? akan diadakan pada 23hb Julai 2010 jam 9.00 malam di MARKAZ PAS Felda Jengka 9, Bandar Jengka. Penceramah-penceramah terdiri daripada: Dato Fauzi Abdul Rahman, Felicia Ling, dan Haji Suhaimi Said
====================================================================
CERAMAH
Satu CERAMAH diperkampongan Orang Asal Bukit Rok akan diadakan pada 24hb Julai 2010 jam 8.30 malam di Rumah Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Pahang. Penceramah-penceramah terdiri daripada Haji Abas Awang, Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Orang Asal PKR Pahang dan Bob Manolan
====================================================================

Tiada ulasan: