Khamis, 8 Julai 2010

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Ziarah Penduduk Taman Medan

Posted: 08 Jul 2010 07:35 PM PDT

Alhamdulillah pada 30 Jun 2010 saya berkesempatan menziarahi penduduk DUN Taman Medan yang sakit, warga tua, dan golongan yang memerlukan. Saya juga sempat bertanya khabar kepada mereka dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk meringankan beban.

Satu perkara penting yang saya dapat belajar, setiap lapis masyarakat diciptakan oleh Allah dengan kepelbagaian. Menjadi tanggungjawab insan lain yang berupaya membantu mereka yang memerlukan. Saya juga ingin membuka peluang kepada mereka yang berkemampuan untuk menyampaikan sumbangan ikhlas kepada penduduk DUN Taman Medan yang memerlukan, boleh terus kepada pegawai saya. Sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan.

Saya sempat bertanya khabar dan melayan kerenah anak-anak

Menziarahi warga emas yang kedua-dua pasangan menggunakan kerusi roda

Ketua isi rumah keluarga ini sudah tidak dapat bekerja kerana sakit kronik

Warga emas yang tinggal bersendirian


Tiada ulasan: