Selasa, 20 Julai 2010

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Perpaduan: Jangan Terperangkap Politik Murahan Umno

Posted: 20 Jul 2010 05:25 PM PDT

Dari Harakah Daily
Oleh Zulfikar Mashoor

PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

"Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta ‘oksigen’ dari PAS," ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.

"PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab," ujarnya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin," tegasnya.

Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

"PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam," katanya.

Mengapa Dagangan Minyak Wajib Guna CIMB?

Posted: 20 Jul 2010 05:17 PM PDT

Dari TV Selangor

Pakatan Rakyat persoal mengapa pengusaha minyak diwajibkan guna khidmat bank CIMB untuk semua perdagangan minyak.

Pakatan Rakyat mencurigai motif disebalik arahan terbaru kerajaan ini yang dibuat selepas kenaikan harga minyak diumumkan minggu lalu.

Bermula 1 September ini, semua perdagangan minyak, baik cek mahupun tunai, diwajib menggunakan sistem auto-debit CIMB. Adalah difahamkan bahawa CIMB akan mengenakan caj RM10 bagi setiap seribu keping wang yang didebitkan, manakala caj RM1 untuk setiap seratus keping duit yang didebitkan.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia mengesyaki adanya usaha pihak tertentu untuk memonopoli pergadangan minyak tanahair, yang dijangka mengaut keuntungan yang jauh lebih tinggi selepas pemotongan subsidi 15 Julai lepas.

Apa yang amat mencurigakan adalah pengusaha stesen minyak dinasihatkan membuat bayaran debit dibilik pegawai tertentu bagi mengelakkan terdedah kepada pengetahuan umum.

"Kenapa dilakukan satu pemaksaan kepada penjual supaya hanya berurusan dengan CIMB melalui auto debit. Ini satu bentuk monopoli yang dipaksakan kepada penjual."

Sallehuddin merasakan arahan baru ini menekan pengusaha-pengusaha minyak yang menggunakan bank pilihan masing-masing atas pelbagai sebab tertentu, seperti jarak dari stesen minyak, kemesraan pengguna, dan sistem perbankan yang lebih menyakinkan.

Menurut Sallehuddin, perkhidmatan Maybank misalannya tidak mengenakan caj tambahan untuk sebarang transaksi auto-debit.

Lantas, beliau mencurigai kewajaran arahan itu, dan mensyaki apakah ia ada hubung kait dengan individu tertentu dalam bank itu.

"Saya bawa isu ini kerana tidak mahu ada monopoli yang memaksa penjual minyak dipaksa yang mana saya difahamkan akan berkuatkuasa 1 September ini."

Water Transfer Project: ‘What’s The Rush, DPM?’

Posted: 20 Jul 2010 03:29 AM PDT

From Malaysiakini

The Selangor government has refuted the federal government’s claims that the Pahang-Selangor water transfer project must take off immediately to prevent water shortage in Selangor and Kuala Lumpur by 2014.

MCPX
“The Selangor government has consulted several experts and based on our calculations of population growth, water consumption rates, production capacity and water levels in dams, there will be sufficient water supply to meet the demands of Selangor and Kuala Lumpur consumers well up to the year 2019,” said Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim.

In a statement today, Khalid said the water transfer project may be necessary in later years but currently, there is a three-year lead time for construction and thus construction should only begin in 2016.

“If the project is rushed into, the cost would incur further national debt which it cannot afford given Malaysia’s current balance sheet,” he said.

According to deputy premier Muhyiddin Yassin, the water transfer project will cost RM9 billion, up from an initial estimate of RM2 billion.

Khalid said the Selangor government accepts the need for the project, but hinted that the federal government must first give in to several demands made by the state over the plan to federalise water management, otherwise known as the water-restructuring process.

“We believe there is no need to treat this project as a priority or (to act) in a hasty manner without regard for a holistic understanding of the water resources in Selangor, including taking into consideration the water-restructuring process,” he said.

Selangor and the federal government have been at loggerheads over the latter's attempt to buy up all of the state’s water assets, which critics claim would create an inefficient monopoly and higher water tariffs.

“We also believe that other alternatives should be prioritised instead of giving a large, lucrative construction contract like the Pahang-Selangor water transfer,” said Khalid.

Such alternatives includes recycling water – from rivers, lakes, underground sources and rainfall – and reducing the high levels of non-revenue water from the current 35 percent to 20 percent.

‘Questionable history'

Part of the water transfer project involves a 45km tunnel to channel raw water from Kelau, Telemong and Bentong in Pahang to Selangor.

This has been awarded to a Japanese-led consortium comprising of Shimizu Corp (project leader) and Nishimatsu Construction Co and local companies UEM Builder and IJM Corp.

When the deal was inked on May 25 last year, eyebrows were raised because UEM is an Umno-linked company while Nishimatsu is facing graft probes in Japan and had been accused of negligence in Singapore over the Nicoll Highway collapse in 2005.

Even the initial bidding process for the tunnel project was plagued with controversy, following news reports that the Shimizu-led consortium was awarded the contract despite tabled a conditional bid.

The project is funded by the Japan Bank for International Cooperation, which is providing a RM2.5 billion low-interest loan that must be repaid over a period of 40 years.

UMNO Desperado

Posted: 20 Jul 2010 12:58 AM PDT

Oleh Zaid Ibrahim

Sebagai seorang bekas ahli parti UMNO yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat UMNO yang begitu lemah atau 'pathetic' dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal 'Selamatkanlah Melayu dan Islam' sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah 'Selamatkanlah UMNO yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.'

Yang terakhir sekali, Presiden UMNO meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan UMNO yang tersegah besar itu yang dibiayi oleh Malayan Banking). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini.

Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada UMNO, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

Betapa silapnya teori politik mereka.

Ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk UMNO dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua UMNO dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka.

Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya.

Tiada ulasan: