Selasa, 20 Julai 2010

AMK KLGT

AMK KLGT

Taniah kpd Saudara Zali

Posted: 20 Jul 2010 04:46 AM PDT

BANTING, 20 Jul – Seramai lapan muka baru bakal menerajui kepimpinan ahli majlis di lapan kawasan di bawah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bagi mewakili kepentingan masyarakat setempat dalam urusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka.

Yang Dipertua MDKL, Abdul Razak Jaafar berkata, pada kali ini dibuat rombakan bagi setiap zon dan pimpinan ahli majlis dalam usaha mempelbagaikan aktiviti yang diadakan.

Menurutnya, lapan muka baru itu perlu tahu mengenai peranan dan tanggungjawab yang perlu menjadi penyalur setempat berhubung mutu perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Pengakuan penerima jawatan turut diharapkan menjadi ikrar kepada setiap ahli majlis baru dan lama dalam menjadikan MDKL sebagai salah satu medium menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Dalam pada itu, kombinasi baru dan lama selain mempunyai kepakaran berbeza, ia menjadi medan kepada kekuatan setiap ahli majlis dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang ada," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Razak berkata, kerjasama itulah sebenarnya yang perlu ada dalam kumpulan ahli majlis supaya dapat menjadi contoh kepada masyarakat terutamanya di daerah Kuala Langat," katanya.

Menurutnya, setiap ahli majlis MDKL yang baru dilantik diharapkan dapat bekerjasama antara satu sama lain serta memberikan cadangan yang bernas untuk bersama membangunkan MDKL supaya setaraf dengan PBT yang lain di Selangor.

Antara ahli majlis baru yang dilantik, K Sivapregas, B Gunalan, Mesari Jasman, Shaari Sarkoni, Mohd Ghazali Abdullah, Lim Kuan Sion, Norlilah Abdullah dan seorang ahli majlis yang dilantik semula, Ang Lee Yong.- SINARHARIAN

Salute PANGKU

Posted: 20 Jul 2010 04:43 AM PDT

Isu pasir: 'Jangan tunduk pada UMNO'

SHAH ALAM, 19 Jul – Badan bertindak pengusaha dan pembeli pasir Selangor hari ini mendesak Kerajaan Negeri itu supaya tidak tunduk kepada desakan pembangkang supaya Kumpulan Semesta Sdn Bhd dibubarkan.

Pengerusinya, Raja Kamarudin Raja Ab Wahid berkata, tindakan tersebut akan menyebabkan lesen mereka yang dilesenkan KSSB akan terbatal.

"Maknanya kami akan tanggung kerugian besar. Adakah UMNO akan bayar kerugian ini," katanya ketika menyerahkan satu memorandum kepada Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari.

Raja Kamaruddin bersama hampir 50 orang penyokong menyerahkan memorandum tersebut kepada Yaakob di lobi bangunan SUK, Shah Alam hari ini.

"Apa yang menakutkan lagi, pembangkang mendesak permit pasir Selangor tidak dikeluarkan lagi untuk tanah kerajaan," katanya lagi.

Beliau berkata, desakan itu dibuat bagi mendapatkan permit melombong pasir di tanah persendirian.

"Kebanyakan tanah persendirian di Selangor telah disapu bersih oleh kroni pemimpin kerajaan BN UMNO.

"Yang tinggal kepada kerajaan Pakatan adalah lubang-lubang yang telah dikorek zaman BN UMNO memerintah," katanya lagi.
Raja Kamaruddin yang membacakan memorandum tersebut juga berkata, kerajaan negeri sepatutnya membetulkan kesalahan atau kelemahan KSSB dan tidak membubarkan syarikat tersebut seperti dituntut pembangkang.

"Kita tidak yakin tugas KSSB diserahkan kepada pejabat tanah, kecuali KSSB diberi kuasa menangkap (pencuri pasir).

"(Sebabnya), pejabat tanah juga boleh dipertikaikan bagaimana pengusaha haram di Bukit Canggang tidak dapat dikesan?

"Mereka ada penguatkuasa yang sepatutnya boleh disoal siasat oleh SPRM, bukan KSSB, Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya lagi, golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pengusaha Bumiputera tertindas juga mengambil peluang untuk menyerang Anwar.

Serangan itu dibuat melalui satu memorandum yang dihantar oleh kumpulan tersebut sebelum ini, katanya.

"Siapa mereka? Mengapa selepas (bekas menteri besar Datuk Seri) Khir Toyo mendedahkan kes pasir di Bukit Canggang, baru membuat kenyataan akhbar dan mendapat liputan (media).

"Maknanya ini satu perancangan cuba menggagalkan usaha kerajaan (Pakatan) yang sedang cuba mendapatkan 10 kali ganda pendapatan hasil pasir dari apa yang telah diusahakan oleh (pentadbiran) dahulu," katanya.

Tambahnya, dakwaan yang dibuat Khir Toyo bahawa hasil pasir sebanyak RM220 juta dalam tempoh tiga minggu di Bukit Canggang juga membuktikan kajian yang dibuat oleh KSSB.

"Hasil industri pasir sahaja cukup untuk membiayai segala aktiviti kerajaan negeri. Ini belum masuk hasil di bawah pasir, iaitu bijih timah," katanya.

Katanya lagi, pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pernah menggalakkan supaya Selangor mengusahakan industri bijih timah.

Tambahnya, Dr Khir bagaimanapun hanya memberi arahan supaya perlombongan pasir dijalankan.

Katanya lagi, usaha untuk menjalankan perlombongan bijih timah bagaimanapun tidak sempat dijalankan kerana pilihan raya umum ke-12 berlangung, yang menyebabkan BN kehilangan kuasa di negeri itu.
Selepas menerima memorandum tersebut, Yaakob memberi jaminan bahawa Selangor tidak akan tunduk kepada tuntutan pembangkang.

Katanya, kerajaan negeri akan bertindak secara konsisten untuk menggunakan KSSB bagi memastikan Selangor dapat mengutip hasil pasir.

"Dulu hanya ada satu syarikat, sekarang ada 18 syarikat yang masuk dalam tender terbuka," katanya lagi.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga belum menjumpai apa-apa bukti penyelewengan dalam KSSB sejak seorang pembantunya ditahan bagi siasatan berhubung isu tersebut.

Namun, beliau tetap meminta pengusaha pasir supaya mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam menjalankan aktiviti berkenaan.

Umno Terlalu Lemah dan Terdesak Sekarang

Posted: 20 Jul 2010 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim melahirkan rasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau 'pathetic' dan telah hilang maruah sejak kebelakangan ini sehingga terpaksa merayu bantuan PAS untuk memperkukuhkan kedudukannya.

"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut dan walaupun telah dipecat, dimaki hamun setiap masa, saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau 'pathetic' dan hilang maruah sejak kebelakangan ini.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka. Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal 'Selamatkanlah Melayu dan Islam' sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah 'Selamatkanlah Umno' yang sudah hilang kepercayaan rakyat sambil bergelumang dengan masalah dalaman hari ini.

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat. Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti itu yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia. (Buktinya tidak lain dari bangunan Umno yang tersegah besar itu yang dibiayai oleh Maybank). Ahli-ahli mereka sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna. Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevannya parti itu pada zaman sekarang ini.

"Mereka tidak mahu menerima hakikatnya bahawa budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini. Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka," kata Zaid yang dipetik blog beliau.

Zaid juga menjelaskan betapa silapnya teori politik Umno dan ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk parti itu dihidupkan kembali dan menyelamatkannya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

"Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan Menteri atau Ketua Menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," jelasnya lagi.

Walau bagaimanapun, Zaid yakin semua cadangan beliau itu tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini. Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," tegas Zaid lagi.

Petronas Didakwa Paksa Wakil Penjual Guna Bank Adik Najib Untuk Urus Niaga

Posted: 20 Jul 2010 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 Julai - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan beliau menerima beberapa aduan daripada beberapa wakil penjual (stesen minyak) Petronas yang telah dipaksa membuka akaun di CIMB Bank selewat-lewatnya akhir bulan Ogos bagi tujuan urus niaga.

Beliau yang ditemui pada sidang media semalam mengecam arahan yang dikeluarkan itu serta menyifatkan ia sebagai paksaan sedangkan setiap wakil penjual Petronas mempunyai pilihan sendiri dan telah memiliki akaun bank sejak dari awal mereka berurus niaga.

"Saya ditemui oleh beberapa wakil penjual Petronas dan mereka memaklumkan telah menerima arahan secara paksa dari pihak Petronas agar menggunakan CIMB sebagai akaun urusan perniagaan mereka. Kebanyakkan kesal dengan arahan tersebut selain menyifatkan ia sebagai satu masalah yang besar kerana tidak semua tempat mempunyai cawangan CIMB Bank.

"Dari apa yang saya ketahui arahan tersebut dikeluarkan dengan alasan kerana mereka perlu menggunakan sistem bayaran terus 'auto debit' untuk menyenangkan urusan, sedangkan mereka mendakwa urusan jual beli yang dilakukan secara bayaran menggunakan cek tidak pernah menimbulkan masalah kepada mereka.

"Saya tidak faham kenapa perlu menggunakan perkhidmatan daripada CIMB, kenapa tidak boleh berurusan di bank-bank lain adakah sebab adik kepada Perdana Menteri berada di sana ataupun ada niat di sebaliknya. Secara jelas kebanyakkan wakil penjual berasa lebih selesa dengan urusan mereka sebelum ini kerana urusan bank yang mereka gunakan sentiasa memberi layanan yang memuaskan sehinggakan boleh melakukan urusan selepas waktu operasi bank tanpa sebarang bayaran tambahan.

"Tetapi untuk urusan melalui CIMB ini setiap kali berlakukan transaksi seribu keping maka kos sebanyak RM10 dikenakan manakala untuk setiap seratus keping yang seterusnya kos sebanyak seringgit dikenakan. Saya rasa inilah cara mereka ingin mengutip keuntungan 'atas angin' dari wakil penjual tersebut, kita tidak tahu berapa banyak keuntungan yang CIMB akan kutip untuk semua wakil penjual Petronas di negara ini," jelasnya.

Tambahnya lagi penggunaan akaun CIMB akan berkuatkuasa pada September nanti dan setiap wakil penjual perlu mempunyai akaun di CIMB bagi mengelak berlakunya kegagalan dalam urusan mereka nanti.

"Penggunaan akaun CIMB ini akan dikuatkuasa pada September nanti dan saya pasti kepada mereka yang tidak mahu membuka akaun di CIMB akan ditamatkan kontrak penjualan mereka.

"Bagi saya desakan secara paksa ini tidak patut dilakukan kerana ia tidak mengambarkan kebebas kepada wakil penjual untuk membuat pilihan. Pihak yang terbabit perlu teliti ketika membuat arahan kerana tidak semua tempat mempunyai cawangan CIMB.

"Pihak kerajaan mahupun CIMB tidak perlu menekan wakil penjual untuk mendapatkan keuntungan semata-mata, kita sebagai rakyat Malaysia boleh membuat pilihan sendiri dimanakah yang menjadim kesesuaian kepada kita untuk membuka akaun bagi sebarang urusan.

"Sebelum ini tidak pernah ada kos tambahan setiap urusan transaksi di bank tetapi bila menggunakan urusan di CIMB maka kos tambahan akan dikenakan mengikut jumlah kepingan wang kertas yang mereka ingin masukkan di dalam akaun mereka," sambungnya lagi.

Tiada ulasan: