Khamis, 24 Jun 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program Empat Hari Promosi Pelancongan Selangor

Posted: 24 Jun 2010 06:30 AM PDT

Majalah Gaya Travel dengan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri Selangor dan Tourism Selangor menganjurkan Program Selangor Shines Fam Tour 2010 (SSFT 2010) bermula dari 25hb Jun sehingga 29hb Jun 2010.

Program ini merupakan lanjutan daripada program Selangor Discovery Fam Tour yang telah diadakan pada 17-20 Julai 2009.  Hasil daripada kejayaan program tersebut, pihak Gaya Travel, Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor bertekad untuk mengadakan sekali lagi program seumpama ini  bagi mempromosi dan menaikkan lagi taraf pelancongan di negeri Selangor.

Selain itu, program ini  bertujuan untuk mengemaskini produk-produk pelancongan yang sedia ada seperti Homestay Haji Dorani yang terkenal di kalangan penggemar program homestay dari luar negara. SSFT 2010 juga dijadikan landasan untuk memperkenal produk-produk pelancongan terkini yang terdapat di negeri Selangor seperti pelancongan pendidikan contohnya Taman Sains yang terdapat di UPM, serta wahana pelancongan kesihatan seperti Wijaya International Medical Centre (Pusat Perubatan Antarabangsa Wijaya) yang merupakan satu-satunya institusi perubatan yang menyediakan kemudahan cyberknife di rantau Asia Pasifik.

Antara produk-produk pelancongan lain yang akan dikunjung sempena program ini adalah SACC Convention Centre (Pusat Konvensyen SACC) yang menyediakan kemudahan sektor MICE bermaksud meetings, incentives, conferences & exhibitions (mesyuarat, insentif, konferensi dan pameran), termasuklah resort-resort dan hotel-hotel terkemuka di Selangor.

Penyertaan peserta Selangor Shines Fam Tour 2010 tidak terhad kepada media dan penggiat agensi pelancongan tempatan sahaja, malahan mendapat sokongan daripada media antarabangsa dari Filipina, Jepun, Korea, Indonesia dan Singapura, termasuk dua agensi pelancongan dari Indonesia.

Dengan adanya aktiviti-aktiviti dan promosi yang dianjurkan oleh pihak majalah Gaya Travel dan media yang terlibat dalam program ini, Selangor berharap akan dapat menarik lebih ramai pelancong lagi. Program ini wajar dilihat sebagai satu usaha positif majalah Gaya Travel dengan kerjasama Tourism Selangor berserta sokongan daripada kerajaan negeri dalam merancakkan lagi industri pelancongan di Malaysia.

Oleh itu, para penggiat pelancongan dari Selangor khususnya dan dari Malaysia amnya digalakkan membantu menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti pelancongan bagi memupuk budaya melancong dalam negara di kalangan sektor korporat dan swasta, termasuk segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Sumber: TVSelangor

Ministry Lying On Minimum Wage Act

Posted: 24 Jun 2010 05:00 AM PDT

BN Has Sold Its Soul to the Capitalist Agenda

The Human Resource Ministry is lying on the reasons why the Government does not want to implement the Minimum Wage Act. From day one, the Ministry has said that they cannot implement this act because the employers are not agreeable. The Ministry in previous statement has said that it is the philosophy of the Government to follow the Market system in determining wages and will not implement the minimum wage. This were at least more truthful answers.

Today we are told, the reason for the non implementation is because not many responded in the blog. It is ridiculous and outrageous to make us believe that a major policy in this country will be determined by the numbers of feedback received from a blog. Does it mean that if a get thousands of feedback in email hits calling for the Minister to resign, then it will happen?.

The workers do not have such luxury. The Ministry seems to believe that most Malaysia workers who work for 12 hours and do long over-time work as well as second jobs, will spend time in surfing their blog. 


The Malaysian Trade Union Congress- the largest union in the country and as well as hundreds of NGOs and political parties have called for the implementation of the Minimum wage act. The May day declaration yearly endorsed by many groups have called for this  - consistently over the decade. It seems the Government becomes deaf and blind when workers make a demand but will easily kow-tow if the employers make a decision.

Meanwhile the BN Government is very determined to pass news laws in Parliament which will allow for trigger easy to fire workers as well as restrict workers to seek compensation.

PSM condemn the BN Government for selling its soul to the capitalist Agenda and have done everything possible to suppress the workers in the country.

The Minimum wage act will ensure the well being of workers who are lowly paid. It will reduce the gap between the rich and the poor as Malaysia has one of the highest income disparity in Asia. It will help kick-start the 10th. Malaysian Plan which wants to make Malaysian earn better wages, it will help to overcome the current cheap labour policy where exploitation of workers is justified to bring in investment and profits.

The BN Government simply does not have the political will to implement this pro-workers Act. The BN Government will not go against its Masters. The BN Government has to go!

The workers have nothing to lose but their chains, it is time to fight back


S.Arutchelvan
Secretary General
Parti Sosialis Malaysia

KLANG HERITAGE WALK - Produk Pelancongan Terbaru Perkenalkan Bandar DiRaja Klang

Posted: 24 Jun 2010 02:00 AM PDT

Majlis Perbandaran Klang  melalui kerjasama pihak pelancongan kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melahirkan satu lagi produk pelancongan terbaru untuk bandar Klang iaitu dikenali sebagai `Klang Heritage Walk'.

Produk pelancongan terbaru bertujuan untuk membawa para pelancong atau pengunjung untuk melalui laluan warisan utama jalan-jalan bersejarah di bandar ini serta melihat bangunan-bangunan bersejarah sekitar bandar ini yang merupakan antara bandar lama di daerah Klang  Majlis perasmian `Klang Heritage Walk' akan disempurrnakan oleh YB Cik Elizabeth Wong selaku Exco bertanggungjawab bagi pelancongan Negeri Selangor bertempat di Stesen Komuter Klang jam 3.00 petang pada tarikh 25 Jun 2010.


Simbolik pemilihan stesen keretapi ini kerana ia juga adalah satu lokasi bersejarah dalam laluan `Klang Heritage Walk'.  Para pengunjung akan terpesona dengan bangunan-bangunan unik bersejarah Klang antaranya; Masjid DiRaja Sultan Suleiman, Istana Alam Shah, Kota Raja Mahadi,  Balai Bomba Klang, Gedung Raja Abdullah,  Jalan Tengku Kelana, Kolej Sultan Alam Shah, Kuil Kuan Yin, Masjid India Klang dan banyak lagi bangunan pra kemerdekaan. 

Warga Klang sememangnya harus berbangga dengan satu lagi produk inovatif MPK dan Kerajaan Negeri Selangor yang sudah semestinya memacu industri pelancongan negara ke tahap lebih memberangsangkan.

Tiada ulasan: