Khamis, 24 Jun 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


3 Team untuk Tampal Poster

Posted: 24 Jun 2010 06:32 AM PDT

Kami pecahkan grup kami kepada 3 team untuk tampal poster di seluruh kawasan Parlimen Kuala Krau untuk ceramah pada malam esuk (25.6.10 jam 9.00 malam) di Kg Kuala Mai, Kuala Krau.
Team Hafez untuk kawasan Felda Jenderak Utara dan Selatan, Tmn Sri Desa, Pekan Kuala Krau, Taman Mewah, Tg Kubu dan Taman Kuala Krau didalam DUN Jenderak dan Kg Rumpun Makmur dan sekitarnya didalam DUN Kerdau; Team Razak terlibat didalam DUN Jengka dan DUN Kerdau di sebelah Jengka, dan Team saya di Taman Bahagia, Kg Dato Shariff Ahmad, Kg Gong Halt, Kg Paya Sok, Kg Paya Luas dan Kg Terengging didalam DUN Jenderak dan Team saya juga melangkaui ke kawasan sempadan di sebelah DUN Damak di Jerantut.
Ini adalah musim orang gila bola Piala Dunia. Semua orang gila bola, tak kira UMNO, PAS, KEADILAN, DAP, MCA, MIC... dan mengadakan ceramah politik dalam keadaan orang sedang gila bola ni, semacam nak cari nahas sendiri.
Tapi apa boleh buat. Ada orang gila bola, ada orang gila mancing, ada orang gila memburu, tapi tetap ada orang yang gila politik.
Memang kami jangkakan kehadiran ceramah PR pada malam esuk di Kg Kuala Mai ini akan terjejas. Tetapi kami tetap akan adakan juga. Takkan kita nak berhentikan kerja-kerja politik kerana adanya Piala Dunia!
Pada 21hb Jun lalu, KEADILAN Zon Tengah mengadakan ceramahnya di Kg Padang Perkasa, Lanchang. Kehadirannya tak sampai 100 orang. Tetapi Al-Hamdulillah, walaupun kehadiranny tidak ramai, tetapi ada beberapa orang UMNO yang hadir telah menunjukkan perubahan sikap dan mereka sudah mula mahu berjinak-jinak dengan kami. Mereka belum lagi mahu menjadi anggota KEADILAN tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda positif untuk menyertai kami. Itu sudah baik!
Begitulah juga kami harapkan untuk ceramah di Kg Kuala Mai, Kuala Krau pada malam esuk. Penceramah-penceramahnya adalah hebat-hebat belaka iaitu YB Amirudin Shari, YB Leong Ngah Ngah, Hassan Karim (bekas Presiden PRM) dan Hassanuddin Salim (PAS).
Insya Allah, ceramah itu akan berjaya juga hendaknya.

Tiada ulasan: