Khamis, 24 Jun 2010

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Bancian Zakat di Masjid Jumhuriyah Taman Dato’ Harun

Posted: 24 Jun 2010 08:12 PM PDT

Saya telah mengadakan lawatan semasa bancian zakat dibuat di Masjid Jumhuriyah. Di dalam islam terdapat 8 golongan yang berhak menerima zakat.

Di antaranya adalah dari orang miskin, OKU, dan orang yang menyambung pelajaran. Alhamdulillah sejak PR mengambil alih negeri Selangor, penyampaian zakat kepada golongan yang memerlukan lebih efisyen. InsyaAllah saya dan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan Keadilan Untuk Semua.

Perbincangan dengan Pegawai JKM

Mendengar aduan dari penduduk Taman Medan tentang permasalahan pemberian zakat


Palang Hampir Jatuh

Posted: 24 Jun 2010 07:51 PM PDT

Baru-baru ini saya berpeluang melihat sendiri palang yang diletakkan di antara laluan belakang dari PJS 1 dan PJS 2 yang hampir jatuh. Kejadian ini berlaku kerana telah dilanggar oleh lori yang melebihi ketinggian yang sepatutnya.

Sejarah asal palang ini diletakkan kerana lori-lori besar mengambil jalan belakang untuk mengelakkan pembayaran tol di lebuhraya NPE. Jadi pihak MBPJ telah meletakkan palang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini kerana laluan jalan kampung ini akan membahayakan penduduk tempatan.

Palang yang hampir tumbang

Palang yang membahayakan pengguna jalanraya

Mendengar aduan pengguna jalanraya


Tiada ulasan: