Suara Sri Andalas |
Penduduk Sabah Terabai, Kerajaan Selangor Cari Penyelesaian Posted: 22 Jun 2010 11:10 PM PDT ![]() Ahli Parlimen Sabah, Hiew King Cheu menzahirkan rasa kebimbangan ini ekoran janji-janji manis yang ditaburkan oleh kerajaan negeri Sabah selama ini tidak banyak membantu rakyat Sabah dalam mendapatkan pekerjaan. "Kerajaan Sabah sudah banyak menabur janji untuk menyediakan beribu peluang pekerjaan tetapi gagal menyediakan pekerjaan tersebut," katanya. Beliau berkata, pendedahan media menunjukkan ramai belia Sabah yang datang ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan tetapi berakhir dengan menjadi penganggur kerana bilangan mereka terlalu ramai. Dianggarkan, lebih daripada 100,000 rakyat Sabah berada di sekitar Lembah Klang hari ini kerana mahu mencari sesuap nasi bagi melangsungkan kehidupan. Lantaran itu, kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan yang lebih drastik untuk menangani masalah rakyat Sabah ini. Beliau berkata, kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan rasmi bersama rakyat Sabah dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah mereka itu bersama pimpinan utama PR. "Kami telah mengaturkan mesyuaratdengan NGO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim pada 4 Julai ini di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya bagi bertemu rakyat Sabah dan mengetahui lebih lanjut apa permasalahan mereka sebenarnya." Beliau berkata dengan perjumpaan ini dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa sama ada kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Sabah agar bertindak lebih pantas dalam menangani isu ini. Sumber: TVSelangor |
Faekah Husin Dilantik Setpol Khalid Posted: 22 Jun 2010 11:06 PM PDT Pelantikan itu dibuat selepas Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bulan lepas. Sebelum ini, Faekah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Peguam lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat dengan Dr Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan beliau sehingga tempatnya diganti. Pengumuman itu dibuat Abdul Khalid dalam satu majlis bersama media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi. Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua yang ditemui di lobi parlimen petang semalam berkata KEADILAN akan melakukan rombakan kecil dalam struktur organisasi. "KEADILAN akan membuat pengumuman tersebut akhir bulan ini dan terdapat beberapa perubahan kecil akan berlaku selepas ianya dirombak. "Perubahan ini kita buat selepas mendapat maklumbalas selepas kongres bersidang di Kota Bharu sebelum ini," ujar beliau lagi. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan